TMS2 - 10

Sekarang aku dah tau sebab kenapa aku tiba-tiba emosional tadi. Period. Haish aku ni kalau dah period memang perangai tau nak melenting jer tak tentu pasal. Sebab tu lah tadi aku termarahkan Jungkook.

Nasib baik Rapmon perasan awal-awal perubahan aku dan dia dah siap pesan awal-awal dekat Jimin, Jin, Taehyung, Suga, Jhope dan Jungkook kalau aku marah jangan ambil hati. Tapi entah kenapa Jungkook pula terasa. Pelik.

Dan sekarang aku terpaksa pujuk dia. Punyalah aku minta maaf dengan dia dalam hati tapi dia boleh pula pakai earphone dan dengar lagu kuat-kuat nampak sangat tak nak dengar. Humph! Menyampah!

Bila aku cuba nak cakap dengan dia. Pandai pula nak mengelak. Ni yang bikin hati naik membara ni!

"Hari ni kita akan ke Manjanggul Cave!" Kata Cikgu Haneul ceria.

Semua bersorak gembira. Kecuali aku. Geram dengan Jungkook tak habis lagi. Aku dah nak minta maaf dia boleh pula buat tak tau! Tambah pula perut aku dah mula nak buat ragam. Senggugut!

Bas mula bergerak. Aku hanya melihat keluar tingkap. Hai perut janganlah kau buat hal hari ni. Tunggu balik hotel nanti kalau kau nak sakit satu malam pun aku tak kesah tapi jangan sekarang.

"Yunbi" panggil Yuju.

"Apa!" Aku pandang ke arah Yuju. Yuju sengih tanpa rasa bersalah. Dah terbiasa ngan perangai aku kalau aku period ni.

"Janganlah marah-marah nanti tak cantik. Aku nak tanya kau bawa tak pain killer?" Tanya Yuju. Aku pantas periksa beg aku. Setiap sudut aku selongkar. Tak ada. Good Yunbi!

Aku gelengkan kepala.

"Macam mana kalau kau sakit perut nanti?" Tanya Yuju risau.

"Lantaklah. Pandai-pandai akulah nanti" balasku ringkas. Kalau sakit nanti tau lah aku nak buat apa. Dah alang-alang nak pergi Manjanggul Cave tu aku ambillah batu hempap perut aku.

"Suka hati kaulah" balas Yuju.

Aku tahan sakit yang mula terasa. Ni yang aku paling menyampah. Minyak cap kapak pun tak ada.

Aku cuba lelapkan mata tapi tak boleh. Akhirnya aku dapat idea. Aku ambil phone yang terdapat dalam begku dan nombor Jungkook aku cari. Dia online! Laju aku taip sesuatu sebelum dia offline.

Awak.. maaflah saya tak bermaksud pun nak marahkan awak tadi.. sorry!!😢

Sent! Tak lama kemudian aku lihat Jungkook baca. Yeah! Dia baca. Kemudian dari online terus bertukar jadi offline. Dia kasi aku bleutick? Ni nak naikkan darah aku ni. Aku minta maaf tak nak maafkan. Lantak kau!

Aku buka gallery. Semua gambar Jungkook aku padam. Geram! Bila dah marah ni lah jadi. Tak nak maaf sangatkan? Fine! Aku tutup phone dan masukkan kedalam beg.

Aku cuba lelapkan mata. Perut yang terasa semakin mencucuk-cucuk aku tahan.

.

.

.

.

.

Aku tersedar dari lena apabila Yuju kejutkan aku. Mataku melihat sekeliling. Ada yang sudah mula turun dari bas. Perlahan-lahan aku bangun dan menggalas beg untuk turun.

Yuju menarik lengan aku ke arahnya. Aku lihat ke sekeliling. Dah sampai di Manjanggul Cave.

"Baik semua kita berada di hadapan Manjanggul Cave. Lokasi Manjanggul Cave adalah di Gimnyeong-ri, Guwaeup. Ketinggian batu ni dianggarkan 23 meter sehingga 30 meter dan sepanjang 8.928 km. Manjanggul Cave ni merupakan tiub lava yang ke 12 terpanjang di dunia dan kedua di Jeju ni. Suhu didalam Manjanggul Cave ni adalah 11°c sehingga 21°c" kata Cikgu Areum. Beberapa pelajar mencatatkan butiran yang diberitahu oleh Cikgu Areum.

Aku hanya mendengar.

"Yunbi kau ok? Muka kau dah pucat" tanya Yuju. Aku anggukkan kepala tanda ok.

"Kalau kau tak ok baik kau rehat jer dalam bas" kata Umji pula.

"Aku ok lah. Jangan layan aku macam nak mati" kataku cuba bergurau. Perut yang semakin mencucuk sakit aku tahan. Tak nak diorang risau.

"Sure ni? Aku ada panadol" kata Sowon. Dia mencari panadol didalam begnya dan dihulurkan kepadaku.

"Makan" kata Sowon. Aku akur. Air mineral yang aku bawa aku ambil. 2 biji panadol aku telan.

"Sure boleh jalan masuk dalam ni?" Tanya Yuju risau.

"Ya. Aku datang sini bukan nak tidur. Nak melancong" balasku. Yuju anggukkan kepalanya. Kami mula memasuki Manjanggul Cave.

Besar! Dapat aku lihat lingkaran beralur yang terdapat di dinding batu tersebut. Ni mesti kesan lava. Aku sentuh batu tersebut.

Masuk lagi kedalam dapat aku lihat lampu berwarna warni yang dipasang. Cantiknya. Tak lepas aku mengambil beberapa keping gambar. Perut yang tadinya terasa sakit sudah semakin hilang. Kesan ubat panadol.

Sedang aku mengambil beberapa keping gambar tiba-tiba seseorang menyentuh bahu kiriku. Bahuku terhinjut kerana terkejut. Aku kalihkan kepalaku dan memandang ke arah Jungkook.

Nak apa?

Aku tepis tangannya kasar. Dia yang minta perang dinginkan? Nah aku kasi. Aku berjalan mendekati Yuju dan Sowon tetapi Jungkook terlebih dahulu tarik tanganku sehingga aku terpusing menghadapnya.

"Sorry" kata Jungkook. Aku julingkan mata. Tangannya yang memegang tanganku aku cuba tepis.

"Kau marah aku kan? Sorry!" Jungkook buat puppy eyes. Aku bukan rasa cair tapi rasa nak cungkil mata tu! Tadi bukan main marah aku lepastu bila aku nak minta maaf dia buat tak tau jer. Kau ingat aku senang-senang nak maafkan kau. No!

"Sampai hati nak cungkil mata kookie" Jungkook muncungkan bibirnya. Aku julingkan mata ke atas.

"Tepilah! Buat apa kat sini, pergilah main tempat lain awak bukan suka saya pun. Awakkan menyesal kenal saya" aku cuba retap tangan aku. Tapi pegangannya kuat.

"Maafkanlah kookie! Kookie tak bermaksud pun. Kookie tau Yuyu tak boleh nak kawal perasaan Yuyu tapi kookie tetap ambil hati. Maafkanlah kookie. Kookie janji lepas ni kookie tak buat dah! Kookie janji!" Kata Jungkook dengan lagak keanak-anakkan. Whut? Yuyu? Nama aku punya cantik dia panggil aku Yuyu? Aku pandang Jungkook yang angkat tangan kanannya. Gaya bersumpah.

"Tak nak! Pergi main jauh-jauh. Jangan ganggu saya!" Aku tarik kasar tanganku dari Jungkook. Terlepas! Laju aku mengorak langkah meninggalkan Jungkook.

"YUYU!!" Jeritan Jungkook bergema. Sudahlah ada dalam gua ni. Semua palingkan muka ke arah Jungkook begitu juga aku. Bulat mataku melihat Jungkook melutut.

"Jungkook bangun! What are you doing?" Aku mendekatinya. Ish budak ni kan!

"Tak selagi Yunbi tak maafkan Kookie" kata Jungkook. Aku tepuk dahi kuat. Kuatkan hati aku.

Tak pernah Jungkook nak bermanja macam ni. Ni kenapa tetiba jadi macam ni?

"Bangun dulu!" Arahku. Laju Jungkook gelengkan kepala.

"Maafkan Kookie dulu!" Kata Jungkook dengan muncung yang dibuat-buat. Aku ambil batu hempap kepala budak ni bagi betul sikit sel otak dia baru tau!

"Ya ya. Saya maafkan awak. Now bangun!" Aku tarik tangannya. Jungkook berdiri dengan senyuman yang tak lekang dari bibirnya. Terus dia peluk aku. Mahu mati aku tak dapat nak sedut oksigen.

"Yeah! Sayang Yuyu!" Jungkook lepaskan pelukan dan cium pipi kananku. Terpanar aku buat seketika. Memang sah jin dalam gua ni dah sampuk Jungkook ni! Nyah kau wahai jin!

Kembalikan Jungkook yang dulu!

TBC..

Vote&Comments~♡

Promote

goldenmaknae_wife
- IMPOSSIBLE [PARK JIMIN]
- Who I Choose??

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top