TMS2 - 1
Aku ke arah kantin bersama Gfriend. Lapar. Cacing pita dalam perutku tidak henti mengeluarkan bunyi. Meminta untuk memberi makan kepadanya. Bising betul.
Selepas lama beratur menunggu giliran akhirnya tiba giliran kami untuk mengambil makanan. Kami duduk di tempat yang sedikit tersorok dari pelajar lain. Senang nak buat kecoh apa pun tak ganggu orang lain.
"Jemput makan!" Kata Umji girang. Dia mula mencapai chopstick dan memakan daging dengan berselera.
"Perlahan-lahanlah nanti tercekik!" Marah Sowon. Geram.
"Uhuk!!"
"Kan aku dah cakap. Minum air ni!" Sowon menepuk perlahan belakang Umji. Mengurangkan rasa perit di tekak.
"Lain kali jangan gelojoh" kataku.
"Ne" balas Umji dengan cebikan.
Aku mula makan. Mengisi perut dan dalam masa yang sama memberi makan kepada cacing pita yang dari tadi meminta makanan.
"Sedapnya daging ni!" Kataku dengan mata yang bersinar. Sedap. Kenyal dan manis.
"Aloha!" Jeritan Jhope dari jauh dapat didengari. Kami semua berpaling memandangnya. Tak malu betul Jhope ni. Bts yang lain menundukkan kepala. Malu.
"Boleh kami join?" Tanya Jhope dengan senyuman yang tidak pernah lekang dari bibirnya.
"Silakan" kataku dengan senyuman. Makin melebar senyuman Jhope. Terus dia mengambil tempat disebelah Eunha.
Mereka mula mengambil tempat dan Jungkook duduk berhadapan denganku.
Dia tersenyum sambil keningnya diangkat-angkat. Dah kenapa?
Aku teruskan makan. Mengabaikan Jungkook yang tak lepas merenungku makan. Aku pula yang rasa tak selesa bila direnung oleh Jungkook sedemikian.
"Mwo?" Tanyaku kepadanya.
"Nothing. Suka tengok kau makan" kata Jungkook. Wahh Jungkook dah makin mahir bahasa Inggeris sejak tinggal kat sini.
"Jangan tengok saya. Saya tak selesa nak makan" kataku. Dia buat tidak tahu dan tidak lepas merenungku. Makanannya langsung tak terusik.
Tiba-tiba kakiku rasa digesel oleh Jungkook. Aku mengangkat muka memandangnya. Nak makan kasut saiz 3 aku rasanya dia ni.
"Kenapa tak makan?" Tanyaku. Dia menghentikan geselan dan tersenyum ke arahku
"Nak kau suap" balasnya sambil mulut dingangakan kepadaku. Ingat comel? Tapi memang comel pun! Rasa nak gigit jer pipi tu! Aipp Yunbi! Behave.
Ting!
Bunyi chopstick terjatuh mengejutkan aku. Aku melihat ke arah Yuju yang ternganga melihat aku dan Jungkook.
Aku alihkan pandangan dan memandang wajah Jungkook semula.
"Jangan nak menggatal. Makan!" Kataku dingin.
"Nak suap!" Balas Jungkook lagi. Aku menjulingkan mata. Menyampah. Makin mengada Jungkook sekarang ni. Akhirnya aku mengalah. Aku mengambil seketul daging dan menyuapkan Jungkook.
Ting!
Aku melihat semua chopstick yang dipegang oleh Yuju, SinB, Eunha, Yerin dan Sowon jatuh dengan mulut yang terbuka luas. Umji pula rileks saja makannya.
"Korang berdua ada apa-apa ke?" Tanya Sowon.
"Diorang couple" balas Umji bersahaja. Daging tak lepas dimasukkan kedalam mulutnya. Berselera sekali.
"What? How?? When???" Tanya mereka serentak. Meja pula dihempas kuat. Nasib baik kami duduk jauh dari orang lain. Kalau tak buat malu jer.
"Dah hampir sebulan" balasku. Tak nak bagitau lebih-lebih. Nanti mereka terkejut sama macam Umji masa mula-mula tahu kisah sebenar dahulu. Sampai nak bercakap dengan Bts pun takut. Tapi sekarang dah ok.
"Kenapa tak bagitau?" Marah Yuju. Geram. Aku hanya tersengih ke arahnya.
"Dah-dah. Makan" Jin mengambil daging didalam pinggan Yuju dan disuap ke dalam mulutnya.
"Woi! Daging aku tu setan!" Marah Yuju. Semua sudah ketawa.
Aku juga turut ketawa. Ada-ada jer perangai diorang ni yang buatkan aku tak boleh henti daripada gelak.
.
.
.
.
.
Kami berjalan bersama memasuki kelas. Terasa seperti diri ini dilindungi setiap masa. Mana taknya. Pergi mana-mana mesti bertemankan 7 orang bodyguards yang handsome. Untung betul kami. Ramai juga yang jeles.
Sepanjang perjalanan ke kelas bunyi gelak ketawa kami mengisi setiap ruangan.
"Hah! Yunbi ceritalah macam mana kau boleh couple dengan Jungkook" kata Eunha bersemangat. Keningnya diangkat berulang kali.
"Tak penting pun" balasku tak berminat.
"Alah ceritalah" desak Eunha.
"Sudah jangan paksa. Babap kang" kata Umji. Tangannya diangkat buat-buat mahu memukul Eunha.
"Kalau kau tak nak cerita aku tanya Taehyung!" Eunha terus ke arah Taehyung. Tangan Taehyung ditarik agar membuka cerita. Taehyung menggelengkan kepala.
"Mana aci kau dah bersubahat dengan diorang!" Marah Sowon.
"Tiba masanya aku buka cerita. Nanti siapkan popcorn semua aku akan story semuanya kat korang" balasku.
"Janji?"
"Janji!"
"Tak payah nak janji sangat. Cepat! Sekarang ni subjek cikgu Meriam! Masuk kelas cepat sebelum kena tembak dengan meriam tu!" Kata Rapmon mengarahkan kami semua. Kami semua tergelak. Ada ke patut cikgu Jiyeon digelar sebagai cikgu meriam. Cikgu Jiyeon terkenal dengan gelaran tersebut kerana mulutnya yang tidak henti membebel seperti meriam.
"Cepat!" Kata Jimin. Baru sahaja kami mahu berlari jeritan SinB menghentikan langkah kami.
"Eh kejap! Mana Taehyung dengan Jhope?" Tanya SinB yang perasan dengan kehilangan Taehyung dan Jhope.
"Dia dah teleport ke kelas tadi" kata Jungkook selamba. Aku membulatkan mata. Main lepas jer budak ni.
"Hah! Teleport?" Tanya mereka blur.
"Jom masuk" kata Umji. Langsung dia tak terkejut. Yalah sudah tahu cerita sebenar nak terkejut apa?
"Petang ni keluar nak?" Tanya Jungkook. Menyempat lagi dia ni. Kami berjalan beriringan ke kelas.
"Ke mana?" Tanyaku berminat. Bukan selalu Jungkook ajak aku keluar. Selalunya aku yang akan ajak dia.
"Tempat yang paling aku suka pergi dan tempat tu istimewa sangat" kata Jungkook. Aku anggukkan sahaja. Aku bukan kemana pun hari ni.
"Pukul 8 aku tunggu kat rumah kau" kata Jungkook sambil memeluk bahuku.
"Ne" balasku dengan senyuman.
Gembira dapat peluk Jungkook. Kalau boleh hari-hari aku nak bersama dengan dia. Tak nak lepaskan dia. Aku hanya perlukan Jungkook. Dan Jungkook perlukan aku. Itu sudah cukup untuk aku.
Aku sayang dia sangat-sangat.
Jungkook mencubit pipiku. Aku ketawa kecil.
TBC...
Vote & Comments~♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top