Special Chapter - Happy Family
Enjoy~♡
.
.
.
.
.
Aku mengiring ke kanan apabila telingaku terasa diusap seseorang. Kacau aku nak tidur jer!
"Ireona aegiya"
Aku tepis tangan tersebut yang gatal nak main telinga aku. Telinga dia tak ada ke sampai nak main telinga aku?
"Aegi"
Kali ini hidung aku pula dikucupnya lembut. Kacaulah! Nak tidur pun tak selesa. Kan ada yang kena tendang dia punya tut dengan aku ni pepagi buta.
"Ireona" pinggangku ditariknya mendekati tubuhnya.
"Bangun cepat atau nak oppa buat lovebite banyak-banyak"
Laju aku membuka mata dan merenung wajah Jeon Jungkook yang sedang tersenyum kemenangan. Tau nak mengugut jer sorang ni.
"Kacau jer orang nak tidur!" Aku pejamkan kembali mataku dan menarik selimut hingga ke paras bahuku. Sejuk.
"Aegi ireona. Lupa ke hari ni ada apa?" Kata Jungkook. Aku mengeluh lemah sebelum membuka kembali mataku.
"Ya! Dah bangun dah!" Kataku geram. Belum sempat aku nak bangun terus pinggangku ditarik oleh Jungkook sehingga aku jatuh ke atas dada bidangnya.
"Nak apa? Tadi suruh saya bangun lepastu tetiba tarik saya baring ni kenapa?" Kataku geram. Jungkook tersenyum ke arahku.
"Nak morning kiss" Jungkook muncungkan bibirnya. Aku julingkan mata dan terus aku lekapkan bibirku pada bibir Jungkook sepantas kilat dan jarakkan kembali wajahku dengan Jungkook.
"Dah!" Aku terus bangun dari terbarin di atas dada Jungkook. Baru saja kakiku ingin menyentuh lantai. Sekali lagi pinggangku ditarik oleh Jungkook sehingga aku terbaring ke atas katil dan Jungkook di atas ku.
Dalam banyak-banyak adegan. Aku paling benci adegan ni.
"Are you call that a kiss?" Kata Jungkook sambil merenung mataku. Dan ketahuilah anda apabila Jungkook berspeaking mean aku dalam zon amaran merah. I hate this.
"Awak minta morning kiss dan saya dah bagi. Apa lagi awak nak?" Tanyaku menyampah. Walaupun hakikatnya aku tengah menahan debar di dada. I hate this feeling.
"This is a kiss should be" Jungkook rapatkan bibirnya dengan bibirku. Laju aku kemamkan bibirku sambil mataku dipejam rapat.
Jungkook terus menggigit bibir bawahku apabila aku kemamkan bibir. Dan yes. Jungkook memang pandai bab-bab kiss ni. Aku mula menahan dada Jungkook dengan kedua tanganku.
Semakin lama aku terasa Jungkook semakin meliar. Ciumannya mula turun ke leherku.
(Why am i laughing so hard??)
"Argh!" Aku menjerit sakit apabila Jungkook menggigit leherku. Jungkook mula berhenti dan memandang wajahku yang sudah jelas kemerahan.
"Sorry dear" kata Jungkook dan cium bibirku sekilas sebelum dia mula bangun dari menindih badanku dan keluar dari bilik.
Aku tenung belakang Jungkook bagai nak tembus. Boleh dia cakap sorry. Aku tendang betul-betul dia punya tut tu memang mandul lah kau!
Aku ke arah cermin dan melihat leherku. Dan yup. Ada kesan.
Aku memang akan tendang dia punya tut!
Aku terus mencapai tuala dan memasuki tandas untuk bersihkan diri. Tau lah aku nak balas dendam kat budak tu.
.
.
.
.
.
"Aegi cepat turun! Semua dah sampai kita saja yang belum!" Jerit Jungkook dari bawah. Aku pula cepat-cepat masukkan apa yang patut kedalam handbag aku. Memang tak reti nak sabar yang sorang tu.
Entah kenapa lepas kahwin terus Jungkook gelar aku aegi. Bila aku tanya dia cakap.
"Sebab muka awak kecil dan comel macam aegi. Nanti kalau kita ada anak mesti muka dia comel macam aegi"
Entah apa lah yang dia fikirkan masatu.
"Aegi!!"
"Ya! Nak turun dah ni!"
Aku terus menuruni tangga dan menghampiri Jungkook yang tercegat di pintu.
"Kenapa lambat?" Tanya Jungkook. Handbag ditanganku diambilnya dan dimasukkan kedalam kereta.
"Biasalah. Perempuan nak bersiapkan ambil masa" balasku dan terus aku menuju ke arah kereta dan memasuki kereta.
"Jom kita pergi!!" Kata Jungkook gembira. Mana tak gembiranya nak pergi honeymoon.
Jungkook terus memandu keluar dari perkarangan rumah. Aku buka phone aku dah melihat WhatsApp.
♡Happy Family♡
Suga
Jeon Jungkook! Mana kau!?
Jin
Cepatlah Jungkook! Kaki bini aku dah lenguh ni!
Rinni
Oppa jangan nak menipu!
Jin
Sorry chagi🙏
Jimin
Hahahahhah Jin hyung takut bini😂😂😂
Minsoo
Oppa😬
Jhope
Hahahhahah😂😂😂
Rapmon
Cepatlah.. dah nak berlepas ni!🛫
Yunbi
Kami otw! Tunggu!
Taehyung
Cepatlah! Aku tak sabar nak kahwin ni!
Suga
Kau nak kahwin lagi 2 hari! Dan lagi satu bini kau tak lari lah!😒
Taehyung
Aku tak sabar nak honeymoon!!😍
Aku tergelak membaca setiap chat mereka semua. Memang happy family. Kami semua akan bertolak ke Kanada hari ni. Sebab Taehyung akan langsungkan majlis perkahwinannya disana dan selepas itu kami semua akan pergi honeymoon!
"Apa yang kelakar tu?" Tanya Jungkook. Aku gelengkan kepala.
"Nothing. Cepatlah! Semua dah tunggu tu!" Kataku. Jungkook jelingku sekilas. Apa jeling-jeling nak kena cungkil juga mata tu.
"Siapa yang liat sangat nak bangun pagi tadi?" Kata Jungkook.
"Siapa pulak yang gedik minta kiss pagi tadi?" Balasku.
"Ok fine!" Balas Jungkook. Aku tersenyum kemenangan.
"Cepatlah!!" Gesaku.
"Ya-ya cepat dah lah ni" balas Jungkook.
.
.
.
.
.
"Sampai pun kau!" Kata Jimin lalu memeluk erat bahu Jungkook. Aku pula terus ke arah unnie-unnie aku. Aka bini mereka.
"Lambatnya. Nasib baik tak berlepas lagi" kata Minsoo. Aku tersenyum sambil menggaru belakang kepala.
"Salahkan Jungkook" balasku.
"Tak payah nak salahkan sesiapa. Sekarang ni jom kita duduk dulu" ajak Rinni. Kami berenam terus ke arah tempat duduk yang sudah disediakan di Incheon International Airport.
Lupa nak perkenalkan. Rinni ni adalah isteri kepada Jin. Tau tak selama 5 tahun aku hilang ingatan tentang mereka. Rupa-rupanya Jin dah kahwin sebulan sebelum kami jumpa. Aish kejam betul.
Minsoo pula isteri kepada Jimin. Dia kahwin dengan Jimin waktu aku pulang ke Seoul dulu. Patutlah masa aku cari Jungkook dulu kat Jeju aku tak jumpa. Rupa-rupanya mereka pergi majlis perkahwinan Jimin dan Minsoo.
Solbi pula adalah isteri kepada Suga. Aku pun tak sure macam mana si Solbi ni boleh jatuh cinta kat Suga. Yang aku tahu. Suga pernah selamatkan Solbi waktu Solbi hampir nak kena bunuh dengan Jack. Jahat betul Jack.
Jhope pula dah kahwin dengan Sooyoung. Sooyoung pun perangai dia boleh tahan gila juga. Lebih kurang macam Jhope. Memang sepadanlah dua orang ni. Jhope kahwin dengan Sooyoung seminggu selepas aku dan Jungkook kahwin. Hah gila!
Rapmon pun dah kahwin dengan Hana. Hana ni jenis yang berhati-hati dan cermat. Rapmon pula selalu rosakkan barang. Memang hari-hari gaduhlah 2 orang ni. Tapi tetap sweet.
Dan lagi 2 hari Taehyung pula akan berkahwin dengan Eunmi. Taehyung punya majlislah yang paling grand. Buat kat Kanada kau. Lepas Taehyung kahwin kami semua akan honeymoon di Kanada bersama-sama.
"Jom! Kita dah nak berlepas" kata Rapmon.
"Ne!" Balas kami semua serentak.
Jungkook mula menghampiriku dan menarik perlahan lenganku untuk mengikut langkahnya. Sama dengan yang lain.
"Apa korang ni! Tinggal aku sorang-sorang!!" Jerit Taehyung geram.
"Kahwinlah cepat" balas Suga sedikit menjerit.
"Tunggu nanti aku kahwin. Aku pula yang tinggalkan korang!" Kata Taehyung geram.
.
.
.
.
.
Aku memakai gaun paras lutut berwarna pink muda. Dan kasut tumit tinggi. Rambutku yang paras bahu aku hanya lepaskan. Malam ni akan ada majlis tarian di lobi hotel. Semua dah berkumpul. Tinggal aku saja yang lambat nak bersiap. Jungkook pula dah lama turun sebab Taehyung panggil.
Nampaknya jalan sorang-soranglah aku.
Aku keluar dari lif apabila sampai di lobi hotel. Ramai tetamu yang hadir untuk memeriahkan lagi malam perkahwinan Taehyung dan Eunmi.
"Yunbi!!"
Aku kalihkan pandangan ke arah suara yang memanggil namaku. Bagaiku kenal suara lunak tersenyum.
"Hyuna!!" Aku terus berlari ke arah Hyuna dan memeluknya erat. Tak sangka dia pun datang ke Kanada. Ni mesti Taehyung yang jemput.
"Lama tak jumpa" tegur Lucas. Aku tersenyum ke arah Lucas. Lama lah sangat. 3 hari lepas baru jumpa.
"Aku nak pergi kat Jungkook jap. Makanlah dulu" kataku. Hyuna dan Lucas anggukkan saja kepala. Aku terus menuju ke arah Jungkook yang sedang berbual dengan Jimin dan Suga.
Hyuna dan Lucas. 2 orang ni pantang jumpa memang gaduh. Tapi sekarang dah kahwin. Bahagia lagi. Tulah aku dah cakap dulu jangan gaduh sangat kan dah kahwin 2 orang tu. Apa-apa sajalah janji mereka berdua happy.
"Oppa" panggilku. Jungkook berpaling memandang ke arahku dan menghampiriku.
"Lamanya. Kita rindu tau" kata Jungkook. Aku buat muka meluat. Mengada betul budak sorang ni. Laki siapalah ni.
"Jom makan" kata Jungkook. Aku dan dia berjalan beriringan ke arah meja bulat yang disediakan untuk kami.
Jungkook menarik kerusi untuk aku duduk. Dan kemudian dia melabuhkan punggungnya disebelahku.
"Wah berseri wajah pengantin baru ni" usik Jhope sambil tak lepas memandang wajah Taehyung dan Eunmi silih berganti.
Ada saja sorang ni nak mengusik.
"Diamlah hobi. Makan!" Kata Taehyung tegas. Jhope muncungkan bibirnya dan geselkan kepalanya pada bahu Sooyoung.
"Oppa janganlah! Saya nak makan ni" kata Sooyoung geram.
"Sebelum tu.. ATTENTION!" Jerit Jin kuat sambil tangannya melagakan sudu dan gelas. Menarik perhatian semua orang di meja mereka untuk tumpukan perhatian padanya.
"You just want attention. You dont want my heart umph-" mulut Jimin disumbat kasar buah anggur oleh Minsoo.
"Oppa ni janganlah kacau line" kata Minsoo. Jimin gigit anggur yang berada dalam mulutnya sebelum ditelan.
"Ish dia ni" kata Jimin.
"Sambung" arah Rapmon. Jin anggukkan kepalanya.
"Aku ada happy news dan sad news. Korang nak dengar yang mana satu?" Tanya Jin.
"Happy news" arah Jungkook.
"Rinni pregnant" kata Jin senafas.
"What?!"
Semua mata terus tertumpu ke arah kami semua. Mana tak terkejut kau.
"Wahh chukae!" Kata kami semua. Rinni hanya membalas senyuman kami.
"Sad news?" Tanya Taehyung.
"Nampaknya aku tak boleh join korang honeymoon. Sebab aku dah honeymoon lagi awal!" Kata Jin pasrah. Dan pada ketika itu kepit ketam Rinni sudah sampai di perut Jin.
"Aduh! Chagi sakit!" Renget Jin. Rinni melepaskan cubitannya.
Pinggangku terasa di peluk oleh tangan yabg gatal nak merayap. Siapa lagi kalau bukan Jungkook. Aku menjeling tajam ke arah Jungkook.
Jungkook rapatkan wajahnya pada telingaku.
"Jin hyung dah. Kita bila?" Bisik Jungkook perlahan.
Wajahku terus berubah merah bak tomato yang baru dipetik segar dari ladang.
"Haah Yunbi. Kau bila pulak?" Kali ini Jin pula yang menambah. Alahai diorang ni. Makin merah wajah aku.
"Tak apa nanti kami usaha" balas Jungkook bagi pihak aku. Aku benci topik ni! Kalau ni siaran langsung dah lama aku ambil remote tukar channel.
"Usaha lebih sikit" tambah Jimin.
"Dah lah!" Akhirnya keluar juga suara aku. Muka aku dah merah padam. Semua pula dah mula gelak. Ni yang aku nak merajuk larikan diri selama 5 tahun bagi diorang menderita.
"Ok aegi. Mianhae" Jungkook mula menarik bahuku mendekatinya.
Aku muncungkan bibir. Benci betul.
"Dah-dah sambung makan" kata Taehyung.
"Hah kau Taehyung! Usaha lebih!" Kata Rapmon.
"Malam ni aku usaha lah" balas Taehyung selamba. Semua mula bersorak riuh. Kali ini wajah Eunmi pula yang merah bak tomato.
"Kita usaha sama-sama malam ni! Tengok siapa jerit paling kuat!" Suga pula menambah. Semua kaum lelaki mula setuju. Manakala kaum perempuan ni pula sudah angkat kaki keluar dari dewan makan.
"Chagi!"
"Aegi!"
"Awak! Janganlah!"
"Babyboo!!"
Nak sangat kan? Malam ni aku kunci pintu! Kau tidur luar!
.
.
.
.
.
Beberapa tahun kemudian..
"Mama! Sirheo! Yeon tak nak ikut!" Suyeon memeluk tubuh sambil duduk tegak di atas katil. Buat apa nak pergi sana? Bukan ada apa pun. Hangout dengan kawan-kawan lagi bagus.
"Mama cakap pergi mean pergi. Jangan degil. Ni mesti ikut perangai papa kamu ni" kata Yunbi sambil bercegak pinggang. Tak lepas matanya memandang wajah anak perempuannya yang kini sudah menginjak umur 15 tahun.
"Tak nak!" Suyeon mula berguling di atas katil.
"Pergi juga!" Kata Yunbi muktamad. Dia terus berlalu keluar dari bilik anak perempuannya.
Suyeon sembamkan wajahnya pada patung arnab yang diberi nama Cooky.
"Yeon?"
Suyeon angkat kepalanya dan memandang ke arah papanya.
"Papa!"
"Kenapa ni?" Tanya Jungkook lembut. Rambut anaknya dibelai lembut.
"Mama paksa Yeon ikut. Tapi Yeon tak nak!" Luah Suyeon sambil memeluk erat tubuh tegap papanya.
"Alah Yeon ikut sajalah sayang. Bukan lama pun. Kalau Yeon ikut nanti papa belikan baju yang Yeon suka tu" kata Jungkook cuba memujuk anak tunggalnya yang sorang ni.
"Betul ni?" Tanya Suyeon tidak percaya. Jungkook anggukan kepalanya.
"Ok Yeon ikut! Sayang papa!" Suyeon memeluk erat tubuh papanya.
.
.
.
.
.
"Ni rumah siapa mama?" Tanya Suyeon. Yunbi yang baru mahu membuka kasut untuk masuk kedalam rumah terus terbantut dan memandang wajah anaknya.
"Ni rumah nenek mama. Moyang kepada Yeon" terang Yunbi. Perlahan-lahan dia membuka pintu menggunakan kunci yang diberikan oleh ommanya.
"Ada hantu ke?" Tanya Suyeon. Jungkook gelengkan kepalanya. Perangai penakut anaknya ni tak pernah nak berubah.
"Mama nak ambil barang yang nanny pesan. Yeon pergilah tengok-tengok kalau ada apa-apa yang Yeon nak. Oppa tolong aegi" kata Yunbi. Jungkook terus mengikut langkah Yunbi untuk mencari barang yang dipesan oleh omma Yunbi.
Suyeon melihat sekeliling. Seramnya.
Langkah Suyeon aturkan pada sebuah bilik yang pintunya terbuka separuh.
"Oppa!"
Bahu Suyeon terhinjut apabila mendengar suara mamanya menjerit.
"Apalah mama ni buat Yeon terkejut jer" kata Suyeon perlahan. Pintu ditolaknya perlahan sebelum dia memasuki bilik tersebut.
Kaki Suyeon melangkah ke arah sebuah kain biru. Perlahan Suyeon alihkan kain tersebut.
"Cermin?" Suyeon melihat pantulan wajahnya dicermin tersebut.
Mata Suyeon tak lepas melihat setiap mutiara yang berkilau di sisi cermin tersebut.
"Antiknya" Suyeon mengusap perlahan cermin tersebut. Mengalihkan habuk yang mengotori cermin tersebut.
Sedang Suyeon membersihkan habuk di permukaan cermin tersebut tiba-tiba satu tangan muncul dan menarik tangannya memasuki cermin tersebut.
"Suyeon?" Yunbi mengintai ke dalam sebuah bilik yang pernah dia inap dahulu.
Kosong.
"Jumpa Suyeon?" Tanya Jungkook. Yunbi gelengkan kepalanya.
"Tak"
.
.
.
.
.
Suyeon menggosok perlahan kepalanya yang terhantuk dengan lantai.
"Ahh sakitnya" Suyeon memandang ke hadapan dan matanya terus membulat melihat seorang lelaki yang sangat asing berada di hadapannya.
"Kau siapa? Aku kat mana ni?" Tanya Suyeon resah.
"Kau ni apa?" Tanya lelaki tersebut.
♡The End♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top