9

"Kau memang tak akan faham"

Aku dan D.O serentak berpaling ke arah pintu. Aku tak kenal namja ni.

"Jadi ceritalah baru saya faham" balasku. Namja itu melangkah ke arah aku dan menarik kerusi duduk bertentangan dengan aku.

"Mereka sudah meramalkan bahawa akan ada seorang yeoja yang akan masuk ke dunia ni apabila mereka dilanda dengan kepupusan puak ahli sihir. Suho adalah manusia pertama yang sampai ke sini. Puak ahli sihir tidak suka dengan kehadiran manusia yang namja. Jadi mereka sumpah menjadi serigala. Mereka hanya mahukan yeoja manusia. Lama kelamaan yang masuk ke dunia ini hanyalah namja sahaja. Ahli sihir menyumpah kami semua menjadi serigala. Kami tinggal bersama di sini selama beratus tahun. Sehingga lah Suho membuat keputusan untuk menyerang puak ahli sihir jika mereka tidak menyumpah kami balik menjadi manusia biasa. Kami cuba mencari jalan untuk pulang ke dunia manusia semula dan kami terjumpa satu buku. Buku tu mengatakan untuk pulang semula ke dunia manusia kami perlukan darah seorang yeoja yang suci. Dan pada satu malam kami terbau kau" cerita namja itu. Aku hanya ternganga mendengar ceritanya.

"J-jadi.. darah saya yang korang nak?" Tanyaku tergagap gagap. Kenapa mesti aku!!

"Ya" balas D.O.

Aku tundukan kepala. Kenapa aku boleh tersesat masuk dalam ni. Kenapa? Uwargh!! Omma i miss you!

"Jadi boleh kan?" Tanya namja itu.

"Boleh apa?" Tanyaku pula yang tengah blur tiba tiba.

"Guna darah kau untuk buka portal supaya kita dapat pulang ke dunia manusia balik?" Balas namja itu. Aku hanya pandang wajahnya kosong. Aku teragak agak nak jawab.

"Tak guna banyak pun. Sekadar nak buka portal tu jer" kata D.O. aku berpaling memandangnya.

"Apa kata kau rehat dulu" kata namja itu. Aku hanya akur dan baringkan tubuhku ke katil. Namja itu selimutkan aku. Dia usap kepala aku dengan senyuman sebelum keluar dari bilik itu bersama D.O.

'Kenapa senyuman dia nampak seram?' Aku terus selimbungi tubuh aku dengan selimut. Tidur lagi baik. Aku lelapkan mata aku.

Kangg...

Aku terus bangun dari perbaringan bila terdengar bunyi yang kuat. Aku pandang sekeliling bilik tapi tak ada apa apa pun.

"Imaginasi aku jer kut" aku baring semula ke katil. Mata aku tak boleh nak pejam.

"Yunbi"

Siapa yang panggil aku? Aku bangun dari katil dan menuju ke tingkap. Tak ada orang.

"Yunbi"

Sekali lagi aku dengar seseorang panggil nama aku. Aku tak dapat cam suara tu. Tiba tiba pintu terbuka. Aku alihkan pandangan ke arah pintu. Seorang namja. Dia pegang pisau yang dipenuhi darah di tangan kanannya. Aku tak dapat tengok dengan jelas wajahnya sebab gelap. Dia lepaskan pisau yang berada di tangannya.

"Yunbi!!" Dia lari ke arah aku dan peluk aku erat. Bau darah menusuk masuk ke dalam hidung aku. Dan kali ini aku dapat lihat wajahnya dengan jelas. Dia. Jungkook.

"Jungkook?"

Jungkook senyum dalam pelukan. Aku dengan teragak agak membalas pelukannya. Macam mana dia boleh sampai sini? Mana yang lain?

Wajah Baekhyun di muka pintu aku pandang. Dia senyum sinis dan terus berlari ke arah aku dan Jungkook. Kapak di tangannya terus dihayun sehingga terkena kepala Jungkook.

"KYAAAAA!!!! JUNGKOOK!!!! JUNGKOOK IREONA!!!!!!! HUK! IREONA!!!!" aku pegang kepala Jungkook yang sudah membuak keluar darah. Jungkook senyum .

"Kau pulak" Sekali lagi Baekhyun mengangkat kapak dan mula mahu menghayun ke arah aku. Aku undur ke belakang.

"HAJIMA!!!!!!!"

"Yah! Ireona!!"

Aku buka mata aku. Peluh dingin membasahi dahi aku. Tu cuma mimpi? Aku ingat kan betul!

"Kau ok tak? Asal menjerit?" Tanya namja yang kini duduk di atas katil berhadapan aku. Aku tak jawab. Rasa macam suara aku hilang.

"Nama kau Yunbi kan? Nama aku Chanyeol" kata Chanyeol dengan sengihan. Aku cuma balas dengan senyuman nipis.

"Kau mimpi apa?" Tanyanya lagi.

"T-tak ada apa apa" aku geleng kepala. Mimpi tu seram. Kenapa Baekhyun bunuh Jungkook? Mungkin ke diorang akan bunuh bts? Dan seterusnya aku?

"Jom makan yang lain dah tunggu kat bawah" Chanyeol mula melangkah keluar dari bilik. Aku hanya turut dari belakang. Tiba-tiba perasaan takut muncul. Aku perlukan Jin! Omma!!!!

"Duduklah" Baekhyun senyum ke arah aku dan menarik kerusi untuk aku duduk. Tetiba seram pulak tengok muka Baekhyun.

"Hari ni kita makan ikan jer lah. Si Tao ni yang malas nak keluar memburu" kata D.O dengan jelingan. Tao hanya mencebik dan menyumbat makanan ke dalam mulutnya.

"Yunbi makan" Suho yang berada di tepi aku mula menolak pinggan ke arah aku. Aku sekadar angguk.

"Jadi Yunbi macam mana?" Tanya Sehun.

"Macam mana apa?" Tanyaku blur.

"Gunakan darah kau untuk balik ke dunia manusia semula" balas Suho. Aku telan perit liur.

"B-banyak ke?" Tanyaku lagi.

Mereka diam dan hanya berpandangan sesama sendiri. Aku pandang D.O yang menggeleng kepala kepada Suho. Suho pandang aku dan mengusap kepala aku.

"Makan" arahnya. Aku suap ikan dengan teragak agak ke dalam mulut.

Pelik. Macam mereka sorokkan sesuatu dari aku.

TBC..

Pendek kan? Huhu sorry idea melayan ke laut utara...

MV not today manyak daebak! Tapi kenapa diorang kena tembak!! T^T ... sedih lah.. tpi tarian dia rancak!!! Best!!!!!

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top