4

Jhope tarik tangan aku memasuki satu bilik atau boleh aku katakan dewan. Sebab luas sangat.

"Kita nak main apa? Kejar-kejar?" Tanyaku. Jhope pandang aku dengan senyuman penuh makna yang aku sendiri tak dapat nak tafsir.

"Tak" balas Jhope dengan gelengan.

"Habis?"

"Ini!"

Jhope terus menghentak kaki kanannya ke atas lantai dan lantai terus menjadi ais(ala frozen gitu XD). Mata aku membuntang luas. Aku yang tak dapat nak imbang badan aku. Terus jatuh terduduk.

"Gwenchana?" Jhope menolong aku bangun. Aku angguk dengan teragak-agak.

"Jom main salji!!" Jerit Jhope dan terus tangannya di arahkan ke atas dan salji mula turun.

"Betul ke apa yang aku lihat ni?" Aku gosok mataku beberapa kali.

Pak!

Belakang badanku terkena bola salji yang dilempar oleh Jhope. Aku pandang Jhope yang galak ketawa.

"Yahh!!" Aku terus mengejar Jhope dengan membawa bebola salji di tangan. Jhope terus berlari mengelilingi dewan.

Gelak tawa kami bergepa satu dewan.

"Jom main perang salji!" Cadangku. Tanganku pula sibuk membuat kubu pertahanan. Jhope yang juga sedang sibuk membuat kubu pertahanan laju mengangguk.

"Kau pergi lah cari partner. Aku dah ada" kata Jhope. Aku pandang sekeliling. Tak ada pulak partner yang dimaksudkan oleh Jhope.

"Ok!" Aku terus berlari keluar dari dewan. Fuh! Rasa panas sikit kat luar.

Aku berjalan tanpa arah.

"Siapa yer aku nak cari?" Otakku sibuk berfikir. Tiba-tiba aku teringatkan seseorang.

"Jimin!" Aku terus berlari mencari Jimin. Senyumanku melebar apabila melihat Jimin yang sedang mengelap piano.

"Jiminie!!" Jeritku dan berlari ke arahnya.

"Ah! Yunbi wae?" Tanyanya.

"Jom jadi partner Yunbi!" Kataku teruja.

"Partner untuk apa?" Tanya Jimin blur.

"Yunbi ngan Jhope main perang salji. Percaya tak Jhope ada kuasa macam citer Frozen. Jadi Jhope suruh Yunbi cari partner. Jom lah Jiminie!" Aku peluk lengan Jimin dan menariknya untuk ke dewan.

"Jahanam Jhope! Main salji tak ajak! Cepat Yunbi kita kena kalahkan Jhope!!" Kain buruk yang digunakan untuk mengelap piano tadi telah melayang ke udara. Jimin tarik aku ke arah dewan.

Masuk sahaja ke dalam dewan mataku membutang luas apabila melihat tentera salji berbaris panjang disebalik kubu pertahanan Jhope.

"Mana aci!!" Jeritku. Jhope galak ketawa.

"Palli Yunbi kuatkan lagi kubu pertahanan kita! Jangan bagi Jhope menang!!" Kata Jimin. Tangannya sibuk membaiki kubu yang aku buat tadi. Aku laju menolongnya.

"Apa yang korang buat ni?" Tanya Suga pelik. Jungkook yang berada di belakang Suga juga memandang pelik ke arah aku dan Jimin yang sibuk mengukuhkan kubu.

"Suga! Jom join!" Ajak Jimin. Suga membuat derp face dan berlalu pergi.

"Ceh! Poyo" Perli Jimin.

"Jungkook-sii jom" ajak Jimin lagi. Tapi kali ni Jungkook ke arah Jimin dan Jungkook menolong Jimin.

"Hyung! Lama dah kita tak main!!" Kata Jungkook dengan senyuman. First time aku tengok biskut ni senyum.

"Muahahahhah Jhope baik kau mengalah" Jerit Jimin.

"Ouh kau nak aku mengalah yer. Mashmallow!!!! SERANG!!!!!!" Arah Jhope. Terus mashmallow membaling bola salji ke arah kami.

"Yah!! Jhope!! Mana aci!!!!" Jeritku kuat.

"Cepat Yunbi kita serang!!" Arah Jimin.

Aku terus membaling bola salji ke arah Jhope. Jungkook pula membaling ke arah marsmallow.

.

.

.

.

.

"Yeah! Menang!!" Jerit Jhope girang apabila kubu pertahanan aku musnah.

"Muahahahahhh i'm the king!!" Jerit Jhope sambil menabik dada.

"Erh perasaan" Jimin menjiling ke arah lain.

Aku berpeluk tubuh sebab sejuk. Jari aku pula dah rasa nak beku.

"Yunbi sejuk ke?" Tanya Jimin prihatin aku angguk.

"Jom keluar. Kat luar lagi panas" Jimin tarik tangan aku.

"Woi! Siapa nak kemas ni!?" Jerit Jhope.

"Kau lah" balas Jungkook.

"Alah" Jhope memuncungkan bibirnya.

"Baik kau kemas cepat sebelum Jin nampak" kata Jungkook dan terus keluar dari dewan.

Jhope pandang sekeliling. Semua dah beku. Dia menghembuskan keluhan berat.

"Malangnya nasib kau hobi" katanya sendirian.

.

.

.

.

.

Aku berjalan ke arah dapur selepas menukar baju yang diberikan oleh Jimin. Sebab baju aku eh! Bukan! Baju Jungkook yang aku pakai tadi dah basah.

Aku pandang Jin yang sedang memotong sayur.

"Jin~ boleh Yunbi tolong?" Tanyaku.

"Boleh jer. Ambik ni dan bersihkan daging yang ada kat sinki tu" Jin memberi aku pisau. Tangannya ditunjuk ke arah bekas merah yang berada di dalam sinki.

"Baik bos!" Aku terus ke arah sinki.

Mataku membulat apabila melihat beberapa ekor katak yang berada di dalam sinki. Salah seekor melompat ke arahku.

"WARGHHHHHHHHH!!!!!"

Aku terus melompat ke arah Jin. Aku panjat Jin.

"Yah!! Wae?" Tanya Jin.

"Ka..katak!!" Jeritku kuat di telinga kiri Jin.

"Ish katak pun takut" Jin ambik katak yang berada di lantai dengan tangannya.

Aku terus melompat naik ke kabinet dapur. Aku pandang Jin yang meletak katak tersebut ke atas papan pengiris. Pisau yang berada di tangan kanannya laju memenggal kepala katak tersebut.

Tekakku rasa mual.

Akhirnya katak itu mati dipenggal oleh Jin. Arwah katak baik sangat.

Jin ambil katak yang lain.

"Jangan!!" Jeritku.

"Kenapa?" Tanya Jin pelik.

"Aku..hmmpp!! Bluerkk!!!!" Aku termuntah di atas kabinet. Jin yang tengok sudah membulat mata. Dia datang ke arah ku.

"Ja..jangan datang!" Aku halangnya. Bukan apa tangan dia penuh dengan darah.

"Jungkook!!" Jerit Jin.

Serta merta Jungkook muncul di pintu dapur.

"Wae hyung?"

"Tolong Yunbi jap. Dia termuntah" kata Jin dan memandang aku.

"Yunbi boleh pergi sendiri" kataku. Tak nak susahkan Jungkook. Baru sahaja aku nak turun seekor katak yang terlepas melompat ingin memanjat kabinet.

"Wargh!!!! Katak!!" Jeritku lagi. Jungkook pandang aku pelik.

"Jungkook. Kau bawak Yunbi bersihkan diri dia. Dan bagi baju lain untuk dia tukar" kata Jin.

"Tak nak lah" balas Jungkook malas.

"Gwenchana. Yu..yunbi boleh pergi sendiri cuma katak ni" aku pandang katak yang berada di bawah.

Tiba-tiba Jungkook mencempung badanku. Aku peluk tengkuk Jungkook erat takut jatuh.

"Biar aku bawa dia tukar baju dulu" kata Jungkook sebelum beredar.

"Ne" balas Jin dan nenyambung kerjanya memenggal kepala Katak -,-

.

.

.

.

.

Jungkook letak aku ke dalam bathtub dan keluar ke arah almarinya. Aku hanya pandang gerak gerinya yang sedang memilih baju.

"Nah! Aku rasa yang ni muat kut ngan kau" Jungkook hulurkan aku baju yang berwarna hitam.

"Mandi cepat!" Katanya sebelum keluar dengan menutup pintu tandas.

Aku buka air dan terus aku selamkan diriku ke dalam air apabila sudah penuh.

Aku nak balik. Aku masih pening. Kenapa aku boleh sampai sini. Ni tempat apa. Adakah aku dah masuk ke dunia lain. Kenapa Jhope ada kuasa. Diorang ni siapa. Kenapa makan katak. Diorang ada kuasa jugak ke macam Jhope. Kenapa langit dia hijau bila siang dan ungu bila malam.

Aku timbul semula pada permukaan air dan menarik nafas.

"Mungkin aku tak akan balik dah" aku mengeluh berat.

"Weh! Cepatlah!!" Ketukan Jungkook di pintu membuatkan aku segera menukar pakaian.

"Aku nak balik"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top