3

Selepas Jin menutup pintu bilik dan beredar aku terus duduk di birai katil. Aku rasa mengantuk tapi tak boleh tidur. Aku rasa lapar tapi tak nak makan. Tadi tu pun aku paksa jugak telan supaya aku tak sakit. Aku betul-betul terkejut. Kenapa aku boleh sampai sini sedangkan aku kat rumah halamonie.

Aku bangun dari duduk apabila aku terpandangkan cermin yang sama dengan cermin halamonie.

"Cermin ni kenapa sam... ARGHHHHH!!! KAKIKU!!" Aku terlompat-lompat apabila kaki aku tersepak kaki katil. Sakit weh! Macam kaki aku sebelum ni dah pernah tersepak sesuatu. Aku pandang ibu jari kakiku. Kuku dia hampir tercabut. Sakit!

"Jap! Aku ingat sesuatu!! Cermin tu. Kaki meja. Hah! Aku tau!!! Sebelum ni aku tersepak kaki meja dan jatuh eh! Bukan maksud aku masuk dalam cermin tu dan aku sampai sini!! Wah! Yunbi kau bijak!!" Aku tepuk tangan untuk diri aku sendiri.

"Omma!! Halamonie!! Yunbi balik sekarang!!!" Aku jerit macam orang gila. Dan dengan lajunya aku berlari ke arah cermin dan menyepak kuat kaki meja yang berada di sisi cermin seperti yang aku buat di rumah halamonie.

"ARGHHH!!!! SAKIT!!!!!" Jeritku kuat dan jatuh terduduk sambil memegang kakiku yang kukunya 3/4 nak tercabut.

"Kenapa tak masuk pun dalam cermin ni!?" Aku tepuk cermin beberapa kali. Tapi tiada apa yang jadi.

"Auch!! Hikk sakit" aku menangis kesakitan. Kaki aku dah keluar darah.

Kreak!!

Bunyi pintu terbuka membuatkan aku memandang ke arah Jungkook yang melangkah masuk ke dalam biliknya.

"Kau dah kenapa duk kat situ?" Tanyanya pelik. Aku kesat air mata yang berada kat pipi.

"Kenapa nangis?" Tanyanya lagi dan kali ini dia menghampiri aku yang terduduk.

"Sa..sakit" aku tunjuk kakiku yang sudah berdarah.

"Dah kenapa boleh sampai berdarah ni?" Tanyanya dan melihat kakiku.

"Hikk! Tadi Yunbi nak balik rumah ha-halamonie! Hikk! Hikk! Y-Yunbi langgar lah M-Me-ja hikk! Macam yang Yunbi p-pernah bua-at! Hikk! Tapi tak jadi!!!!!" Jeritku dalam tangisan. Jungkook dah pandang aku pelik.

"Memang betul cakap Rapmon. Yeoja kuat nangis" kata Jungkook dengan gelengan.

"MA-MANA ADA!!!" Jeritku dan menyapu air mata.

Tiba-tiba Jungkook mengangkatku ke bahu kanannya. Ingat aku ni guni beras ke apa?

"Nak pergi mana!?" Tanyaku takut-takut.

"Diam jer lah!" Balasnya. Dan aku terus diam.

"Hyung!" Panggil Jungkook.

"Yunbi? Kenapa dengan Yunbi?" Aku dapat dengar suara Jin menanya Jungkook.

Jungkook letak aku duduk di atas meja yang panjang macam meja makan. Tapi kat sekeliling meja ni ada banyak rak buku. Aku terpegun melihat buku yang TERlampau banyak.

"Kaki dia" Kata Jungkook pada Jin. Jin lihat kaki aku yang dah berdarah.

"Kenapa boleh luka ni?" Tanya suga.

Aku sekadar diam.

"Yunbi ok?" Tanya Jimin. Aku angguk.

"Sakit?" V pegang luka di kakiku.

"Sakit!!" Jeritku menahan sakit akibat V pegang tadi.

"Mian mian!!" Kata V.

"Mari sini kaki tu" arah Jin yang sudah duduk di atas kerusi berhadapan aku. Aku yang duduk di atas meja terus menghulurkan kaki pada Jin.

"Tahan yer" kata Jin dan aku angguk.

"Sakit" rengetku apabila Jin mula menyapu ubat. Sisi meja aku pegang kemas menahan sakit.

"Bukan sakit sangat pun" kata Jungkook yang kedengaran seperti mengejek. Aku jeling ke arah lain.

"Siap!" Kata Jin. Aku alihkan kaki aku yang berada di atas paha Jin tadi. Aku lihat ibu jari kakiku yang sudah dibalut rapi.

"Gomawo" kataku pada Jin dengan senyuman. Jin membalas senyuman ku dan menggosok kepalaku sebelum beredar menyimpan kotak first aid.

"Yunbi nak tidur? Jom Hobi angkat Yunbi sampai bilik. Kaki Yunbi kan sakit" kata Jhope.

"Aik! Hyung. Asal lain macam jer bunyinya" kata Jimin lalu smirk.

"Kau tu yang otak byun!" Balas Jhope.

"Biar aku jer yang bawak dia ni. Lagi pun tu bilik aku" kata Jungkook dan mendekati aku yang berada di atas meja.

Dia pusingkan tubuhnya. Aku memeluk tengkuknya dan dia memegang pahaku supaya aku tidak jatuh.

"Cepat sembuh Yunbi!" Kata V. Aku senyum ke arahnya.

"Selamat malam!" Kataku.

"Selamat malam Yunbi!!" Balas mereka serentak.

Jungkook terus membawa aku ke biliknya. Aku eratkan pelukanku pada tengkuk Jungkook.

"Kau nak bunuh aku ke apa ni?" Tanya Jungkook dingin.

"Ani!" Balasku.

Jungkook letakkan aku di atas katil. Sebelum ingin melangkah keluar.

"Kau tidur mana?" Tanyaku tiba-tiba. Tetiba pulak berani nak tanya si Jungkook ni.

"Ngan Jimin. Kenapa? Kau nak aku tidur ngan kau ke kat sini?" Tanya Jungkook tanpa rasa segan. Aku laju menggeleng.

"Kau jangan pulak nak sepak sesuka hati meja ke katil ke pulak" pesan Jungkook sebelum melangkah keluar.

"AKU ADA SEBAB LAH KENAPA AKU SEPAK!" Jeritku kuat.

.

.

.

.

.

"Yunbi~" suara Jin yang menyapa telinga kananku membuatkan aku membuka kedua mata.

"Selamat pagi!" Katanya riang.

"Ughhh" aku bangun dari pembaringan dalam keadaan mamai. Aku pandang ke arah jendela. Dahiku berkerut.

"Yunbi kenapa?" Tanya Jin pelik.

"Langit tu... kenapa hijau?" Tanyaku pelik.

"Ouhh. Biasalah tu" balas Jin yang meletak tuala dan pakaian yang diambil dari almari.

"Biasa? Tapi bukan ke langit biru?" Tanyaku lagi.

"Macam-macam lah Yunbi ni. Ni baju. Yunbi mandi dulu pastu turun makan yer" kata Jin sebelum berjalan keluar dari bilik.

.

.

.

.

.

Aku pandang baju yang tersarung di tubuhku. Baju kemeja putih yang besar dan labuh hingga paha membuatkan tubuh aku kelihatan kecil. Yang peliknya. Jin hanya bagi aku baju. Seluar tak pulak. Mungkin dia tau kalau aku pakai seluar pun mesti besar dan labuh.

"Baju siapa lah Jin curi ni"

Aku terus berjalan turun ke bawah untuk makan. Baru aku perasan yang rumah ni tersangatlah besar. Macam istana pun ada jugak besarnya.

Aku ke arah meja makan. Semua sudah ada dan sedang seronok menjamu selera.

"Yunbi duduk sini" kata Suga dengan menepuk satu kerusi yang kosong. Aku akur dan terus duduk.

"Macam kenal baju ni. HYUNG!!!!" Jeritan Jungkook yang berada bertentangan dengan aku membuatkan aku memandangnya tepat.

"Kau dah kenapa?" Tanya Jin. Jin letakkan pinggan yang berisi roti di hadapanku.

"Tu baju aku ke?" Tanya Jungkook yang melihat ke arah baju yang tersarung di tubuhku.

"Haah kenapa pulak?" Tanya Jin.

"Tu baju kesayangan aku!!" Jerit Jungkook.

"Alah chill lah Jungkook. Biarlah Yunbi pakai lagipun dia tak ada baju kan" kata Jimin. Jungkook mendengus kasar.

"Kau kotorkan baju tu nahas kau!" Kata Jungkook memberi amaran. Aku menelan payah liur.

"Baju dia kat mana?" Tanya Rapmon.

"Baju dia kotor. Jadi aku nak basuh" kata Jin.

Aku yang kaku rasa nak menangis bila rasa macam semua nak kecam aku.

"Yunbi makanlah" kata Jhope yang berada di sebelah aku. Aku angguk dan menggigit roti yang disapu jem.

"Yunbi lepas makan kita main nak?" Tanya  Jhope yang penuh teruja.

"Main apa?" Tanyaku pelik.

"Ada lah. Yunbi mesti suka punya" kata Jhope. Aku angguk dan tersenyum.

TBC...

Vote and comments🍓

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top