24 [END]

"Jungkook!!!! Ireona!!!!! Hikss!! Jangan tinggalkan saya!!!!!!" Rintihku dengan air mata yang tidak henti mengalir sejak tadi. Bangun-bangun sahaja dari pengsan tadi Jungkook sudah terbaring lemah.

"Kook mengantuk"

Aku tersedar dari pengsan apabila terdengar suara Jungkook. Aku pandang Jin yang membelakangi aku. Aku lihat pula lengan aku. Langsung tiada sebarang luka.

"Ani!! Jangan pejamkan mata!!"

Aku terus bangun dari berbaring dan melihat Jin. Aku merangkak ke arahnya dan apa yang mengejutkan aku adalah tubuh Jungkook yang terbaring lemah ditanah bersama lengannya yang luka akibat torehan.

"Jungkook!!" Aku laju memeluk Jungkook. Air mata laju jatuh ke pipiku. Tak dapat aku tahan lagi rasa sebak dalam dadaku.

Jin mengundur kebelakang dan mencapai pemanah Jungkook sebelum berlari tinggalkan aku dan Jungkook di situ.

"Jungkook bangun!!!" Aku goncang bahu Jungkook beberapa kali. Dari tadi lagi dia tidur. Dia kata nak tidur kejap jer. Tapi ni dah lama.

"Jungkook!! Bangunlah!!! Tadi kata nak tidur kejap jer!!!!!" Aku kesat air mataku yang tak henti mengalir.

"Yunbi?" Suga pegang bahu kanan aku perlahan. Aku menoleh memandangnya dan yang lain.

"Suga! Tengoklah Jungkook ni!!! Tadi dia kata nak tidur kejap!! Tapi bila Yunbi kejutkan dia tak nak bangun pun!!" Aduku. Suga gosok belakangku.

"Yunbi. Dah lah. Jungkook dah tak ada" kata Jhope yang menahan air matanya.

"Tipu!! Jungkook cuma tidur!"

"YUNBI! TERIMA LAH KENYATAAN YANG JUNGKOOK DAH TAK ADA!!" Marah Rapmon geram. Jin gosok bahu Rapmon menyuruh Rapmon bersabar.

"Semua tipu!!! JUNGKOOK TAK MATI LAGI!!!! Hikks!! Tak!!! Jungkook tak mati.." aku tersedu-sedu menangis.

"Tak Jungkook tak mati.. Jungkook bangunlah saya rindu nak dengar suara awak. Rindu nak berbual dengan awak. Rindu nak bersama awak. Rindu nak kenakan awak. Rindu nak pegang tangan awak. Jungkook.. saya hik! Saya cintakan awak Jungkook! Saya sayang awak. Saya rindu awak! Tolonglah bangun.. tu jer yang saya minta.. bangunlah Jungkook" aku genggam bajunya dan menundukkan kepala sambil menangis. Bts yang lain hanya mampu berdiam diri dan memandang aku.

Sudah lama aku nak luahkan semua tu. Tapi aku takut dan pendamkannya sahaja. Dan sekarang aku sudah terlambat untuk luahkannya.

Air mataku tak lepas menitik di wajah Jungkook. Aku pejamkan mata. Cuba menahan sebak dan terima kenyataan yang Jungkook dah tak ada.

Sedang aku pejamkan mata. Setitik air mataku yang jatuh di pipi Jungkook tiba-tiba bercahaya. Dan air mata itu turun dari wajahnya ke arah lengannya yang luka. Dan lengannya yang luka itu mula keluarkan cahaya putih yang terang. Aku yang perasaan akan itu terus membuka mata dan terkejut melihat cahaya itu.

Dan apabila cahaya putih itu hilang luka itu juga hilang. Aku pegang lengan Jungkook itu. Dan memerhatikannya.

"Yunbi"

Aku pandang Jungkook. Dia tersenyum ke arah aku. Aku bagaikan tidak percaya. Adakah ini mimpi. Tangan Jungkook mula naik ke wajahku dan menyeka air mataku.

"Jungkook?" Tanyaku tidak percaya.

"Terima kasih sebab selamatkan aku!" Kata Jungkook dan mula duduk bersila dihadapan aku. Aku pukul dadanya.

"Kenapa awak ni jahat sangat!!! Awak buat saya menangis teruk!! Saya ingat saya akan kehilangan awak.. saya ingat lepas ni saya dah tak dapat jumpa awak dah..." kataku lemah.

Jungkook pegang kedua pipiku dan dia pandang anak mataku.

"Lepas ni aku tak akan biarkan kau menangis sebab aku lagi"

Jungkook terus mencium bibir aku lembut. Mataku membulat. Terkejut. Lama kelamaan aku balas ciumannya. Dia tersenyum dalam ciuman itu. Dia lepaskan ciuman dan pandang aku.

"Saranghae.." katanya. Aku tersenyum girang. "Nado saranghae" aku peluknya erat.

"Ehem! Nak sweet pun jangan kat sini. Jeles pulak kita ni.." kata V.

Aku lepaskan pelukan dan tersenyum malu. Kenapa aku boleh tak perasan kehadiran mereka ni!?

"Jeles cakaplah!" Kata Jungkook dan memeluk bahuku.

"Pelik macam mana dengan air mata boleh selamatkan seseorang" Jin masih memerah otak berfikir.

"Wahai hyung ku.. tak perlu penat berfikir.. ini adalah kuasa cinta" kata Jhope sambil memeluk bahu Jin.

"Kalau ya pun tak perlu lah main peluk-peluk!!" Marah Jin.

"Alah peluk pun salah!" Jhope menarik muncungnya.

Aku dan Jungkook ketawa melihat aksi Jhope dan Jin itu.

Aku pandang Jungkook disebelahku dan Jungkook memandang aku yang berada di sebelahnya.

Disebabkan oleh satu cermin aku berjumpa dia. Disebabkan oleh satu cermin aku tahu apa itu cinta yang selama ini aku langsung tidak ambil kisah. disebabkan oleh satu cermin hidup aku lengkap dengan kehadiran seorang lelaki yang bernama Jeon Jungkook dalam hidupku.

Terima kasih kerana ketemukan aku dengan dia..

Jungkook sekali lagi mencium bibir aku.

"Janganlah wehhh!!!" Marah Jimin.

"Kami tau lah kami ni forever alone~" jerit Jhope tidak puas hati.

Aku dan Jungkook serentak ketawa.

END

Seperti yang dijanjikan.. happy ending.. maaf sebab ending tidak memuaskan.. Candy masih belajar cara nak buat ending..

Btw.. thanks yang sudi membaca sehingga ff ni tamat.. harap kalau Candy buat ff lagi ada yang sudi baca~~♡ thanks again Lolypop..

Love from Candyland

CanDy

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top