23

"Sakit!! Xiumin lepaskan aku!!!"

Jungkook memandang Jimin yang berada disebelahnya.

"Tu suara Yunbi!" Kata Jungkook. Baru sahaja dia mahu berlari ke arah suara milik Yunbi itu tiba-tiba belakang bajunya ditarik. Dia pandang ke belakang dan memandang Rapmon yang memegang bajunya.

"Lepaskan hyung!!" Jungkook tempis tangan Rapmon.

"Kalau ya pun kau nak selamatkan Yunbi takkan kau nak lari dan terkam Xiumin macam tu jer. Silap hari bulan dengan nyawa kau sekali melayang" kata Rapmon.

"Habis kita nak buat apa!? Tunggu sini sampai Yunbi, Jhope dan V mati baru kita nak terhegeh-hegeh lawan Xiumin tu?!" Kata Jungkook geram dengan sikap Rapmon.

"Jangan bergaduh!! Jungkook! Kalau kau nak Yunbi, Jhope dan V selamat kau ikut jer apa yang Rapmon arah! Dia tahu apa yang dia buat! Dan dia tak akan buat ni tanpa sebab" kata Jin. Jungkook mengeluh. Betul kata Jin, apa yang Rapmon buat mesti ada sebab.

"Jadi apa plan hyung?" Tanya Jimin yang dari tadi berdiam.

.

.

.

.

.

Jungkook yang duduk di atas dahan pokok bersama pemanah ditangannya memandang ke arah sasarannya, Xiumin. Kemudian dia melihat ke arah Rapmon. Menunggu arahan untuk lepaskan panahannya.

Rapmon memandang Jungkook dan anggukan kepala. Dengan segera Jungkook lepaskan panahannya dan tepat terkena bekas yang berisi darah Yunbi. Darah itu tumpah ke tanah.

"SIAPA!!!!????" Jerit Xiumin kegeraman.

Rapmon, Jimin dan Suga berlari ke arah Xiumin. Manakala Jin dan Jungkook membawa tubuh Jhope, V dan Yunbi ke dalam hutan. Xiumin yang perasan dengan kehadiran mereka terus bertukar ke bentuk serigala. Dan mahu menyerang Suga.

"Jangan harap aku biarkan kau lukakan kawan-kawan aku lagi!!!!!" Jerit Jimin dan terus satu akar pokok yang berduri keluar dari tanah dan menjalar di kaki Xiumin.

"WARGHHHHH!!!!!" Jerit Xiumin kesakitan. Tetapi akar itu tidak mampu bertahan lama. Dalam beberapa saat akar itu terus masuk semula ke dalam tanah semula.

"HYUNG!! CERMIN TU!!!!" Jerit Jimin. Rapmon terus berlari ke arah cermin yang dimaksudkan oleh Jimin dan dalam sekelip mata Cermin itu berubah menjadi besi.

"SIAL!!!!" Xiumin mula menyerang Rapmon.

Sedang Rapmon, Jimin dan Suga menarik perhatian Xiumin. Jungkook dalam senyap-senyap membawa badan Yunbi yang pengsan itu ke dalam hutan. Jauh dari Xiumin. Jungkook letak tubuh Yunbi disebelah Jhope dan V.

"Hyung lakukan sesuatu!" Kata Jungkook.

Jin menekup luka dibahu V dan memejamkan matanya rapat. Dalam sekelip mata luka itu hilang dan hanya tinggal kesan darah di baju. Dan kemudiannya Jhope.

"Hyung selamatkan Yunbi!!" Kata Jungkook resah apabila Jin hanya diam kan diri selepas menyembuhkan luka V dan Jhope.

"Tak boleh" kata Jin.

"Kenapa!? Hyung memang tak nak sembuhkan luka Yunbi? Hyung nak tengok Yunbi mati ke?!" Tanya Jungkook.

"Tak! Baiklah dengar. Aku bukan tak nak sembuhkan Yunbi tapi aku tak boleh. Aku cuma boleh sembuhkan yang sama jenis dengan kita sahaja. Kalau aku sembuhkan manusia. Nanti luka yang ada pada badan manusia tu akan jadi pada aku" terang Jin berharap agar Jungkook faham.

Jungkook terdiam. Wajah Yunbi yang pucat itu dia pandang. Bagai mayat. Tangannya yang luka akibat torehan Xiumin itu sudah kering dengan darah.

"T-tapi hyung-"

Jin memandang wajah sedih Jungkook. Dan kemudian Pandangannya jatuh pula pada wajah Yunbi yang pucat itu.

"Apa aku nak buat? Jungkook sayangkan Yunbi dan kalau Yunbi mati dia akan sedih. Tapi kalau aku selamatkan Yunbi aku pula yang akan mati" kata hatinya. Dia gigit bibir bawahnya. Fikirannya keliru.

"Hyung?" Panggil Jungkook membuatkan Jin memandang kearahnya.

"Takkan tak ada cara untuk selamatkan Yunbi" kata Jungkook.

"Tak ada. Tu saja cara yang aku tah-- kejap! Ada satu lagi cara!" balas Jin dan melihat kearah Jungkook. Perlu ke dia lakukan cara yang kedua.

"Cara apa?" Tanya Jungkook berminat. Jin gigit bibir bawahnya.

"Cara kedua adalah pindahkan kecederaan dari Yunbi pada orang lain. Jadi Yunbi akan selamat. Tapi masalahnya siapa yang sanggup? Kalau pindahkan pada yang sama jenis dengan kita bolehlah aku selamatkan" Jin mengeluh.

"Aku!" Kata Jungkook. Jin memandang Jungkook tak percaya. Ya dia tahu Jungkook sayangkan Yunbi. Tapi tak sangka sampai mahu gadaikan nyawanya hanya untuk Yunbi.

"Aku sanggup buat apa saja supaya Yunbi selamat. Jadi hyung cepat lakukan cara kedua tu!" Kata Jungkook. Dia melihat ke arah Yunbi yang bernafas lemah.

Jin teragak-agak. "Kau betul ke ni?" Tanya Jin. Dia takut kalau-kalau nanti dia tak sempat selamatkan Jungkook.

"WARGHHHH!!!!!!!!!!"

Jin dan Jungkook berpandangan sesama sendiri.

"Tu suara Jimin kan?" Tanya Jin. Jungkook angguk.

"Apa da--"

"Hyung cepat selamatkan Yunbi dulu!!" Kata Jungkook tegas. Jin laju memegang lengan Yunbi yang luka itu dan tangannya yang satu lagi memegang lengan Jungkook. Jin pejamkan matanya.

Bibir Yunbi yang pucat lama kelamaan menjadi merah dan sekarang wajah Jungkook pula yang pucat.

"Apa yang jadi?" V bangun dari pengsannya dan matanya terarah pada Jungkook dan Jin.

"Apa yang korang buat?"

"WARGHH!!!!!" Sekali lagi suara Jimin menjerit. Mata V membuntang dia laju mengejutkan Jhope disebelahnya. Jhope terpinga-pinga bangun dan memandang sekeliling.

"Cepat kita kena bunuh Xiumin tu!" V menarik lengan Jhope dan berlari ke arah suara jeritan Jimin. Jungkook dan Jin sudah tidak diendahkan olehnya.

Jin lepaskan pegangan tangannya pada lengan Yunbi dan Jungkook.

"Jungkook!" Jin tepuk bahu Jungkook beberapa kali untuk sedarkan Jungkook.

Jin pegang lengan Jungkook yang luka dan pejamkan matanya untuk sembuhkan luka itu. Namun tidak menjadi.

"Kenapa tak boleh?" Jin cuba sekali lagi namun tetap sama. Tiada hasil. Luka itu langsung tidak sembuh.

Jungkook rebah ke tanah. Matanya separuh terpejam.

"Jungkook! Ireona!!! Apa yang aku dah buat!" Jin menepuk pipi Jungkook.

Dia tersilap! Dia terlupa apabila manusia biasa pindahkan lukanya pada ahli sihir. Ahli sihir itu sudah tidak boleh disembuhkan lagi!

"Jungkook maafkan hyung!" Jin menepuk lagi pipi Jungkook supaya Jungkook sedar.

"Kook mengantuk" kata Jungkook lemah dengan senyuman.

"Ani!! Jangan pejamkan mata!!" Jin tidak henti menepuk pipi Jungkook supaya Jungkook tidak pejamkan matanya.

.

.

.

.

.

V dan Jhope melihat ke arah Jimin yang sudah terbaring lemah di tanah manakala Rapmon dan Suga masih berlawan.

"Argh!" Rapmon memegang dadanya yang terkena cakaran Xiumin. Xiumin tersenyum sinis kemudian dia mula mahu mencakar Suga. Tetapi Suga sedaya upaya mengelak cakaran itu.

"Tak guna!!!" V berlari geram ke arah Xiumin dan terus dia teleport dan muncul betul-betul didepan Xiumin dan dengan laju dia menendang wajah Xiumin sebelum dia teleport semula ke arah Jhope.

Xiumin pegang bibirnya yang berdarah. Dia merenung wajah Xiumin seperti mahu menerkamnya.

"Aku akan pastikan kau mati!!!!!" Xiumin berlari kearah V. Jhope menghentakkan kakinya pada tanah dan terus ais membeku di kaki Xiumin. Xiumin meronta untuk lepaskan diri dari ais yang menyelubungi kakinya.

"Kau yang patut mati!" Satu anak panah tepat terkena di dada Xiumin. Xiumin kaku. Tangannya perlahan memegang dadanya.

Mereka memandang ke arah gerangan yang memanah tadi.

Jin..

Jin menjatuhkan pemanah yang selama ini digunakan oleh Jungkook.

Xiumin rebah ke tanah dengan mata yang terbeliak memandang ke arah Jin. Jhope membekukan tubuh Xiumin yang kaku itu.

"Jadi semua dah selamat kan?" Kata V memandang ke arah Jhope.

"Tak! Kau tengoklah Jimin dan Rapmon tu bengap!!" Sampuk Suga geram.

"Alah chill kitakan ada Jin. Jin cepatlah!!" Jerit V. Jin akur dan terus ke arah Jimin dan Rapmon untuk sembuhkan luka mereka.

"Apa yang jadi?" Tanya Jimin lemah.

"Kita menang!!!!" Jerit Jhope girang.

"Kenapa aku rasa macam kita ni tak cukup?" Tanya Rapmon.

"Haah. Mana Jungkook?" Tanya V. Semua mula memandang Jin yang sejak tadi tundukkan kepalanya. Dan tadi dia yang memanah Xiumin bukan Jungkook. Biasanya Jungkook yang akan pegang pemanah.

"Jin, mana Jungkook?" Tanya Rapmon. Jin tidak menjawab tapi terus diamkan diri dan tundukkan kepalanya.

"Jungkook dah tak ada" kata Jin. Air matanya laju jatuh ke pipi. Semua yang ada di situ terkaku.

Tak mungkin..

TBC..

Ok.. srs talk.. next chapter ending..🙈

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top