22
"Jungkook kamu nak kemana!?" Tanya Mummynya. Jungkook tidak hiraukan pertanyaan Mummynya. Dia perlu selamatkan Yunbi.
"Jungkook!" Suga menarik lengan Jungkook yang ingin membuka pintu. Jungkook berpaling dan menolak Suga.
"Lepaskan hyung!! Yunbi dalam bahaya takkan kita nak termenung jer kat sini!? Kita kena cepat!!" Kata Jungkook geram.
"Yunbi dalam bahaya? Maksud kamu Jungkook?" Tanya Mummy. Jungkook gigit bibir bawahnya. Tak boleh bagitau benda ni pada Mummy. Tak!
"Tak ada apa!" Jungkook buka pintu dan terus keluar dari rumah. Halatujunya sekarang adalah rumah didalam hutan yang dia jumpa Yunbi tadi.
"Apa yang jadi?" Tanya Mummy. Melihat ke arah anak-anak angkatnya. Pelik. Tadi Jungkook pulang dengan keadaan cedera. V pula tadi pulang dan selepas itu cepat-cepat keluar pula katanya dia ingin berjumpa Jhope. Dan sekarang Yunbi dalam bahaya? Apa yang jadi?
"Ahh! Tak ada apa pun yang jadi! Kami ikut Jungkook tau mummy!" Kata Jimin dan terus mereka keluar dari rumah mencari kelibat Jungkook yang tidak jauh beberapa meter dari mereka.
.
.
.
.
.
"Lepaskan!" Jeritku kuat. Tali yang mengikat kaki dan tanganku membuatkan aku terhad untuk bergerak.
"Sabar jagiya. Kejap jer lagi" kata Xiumin dengan sengihan. Tangannya membelai rambutku. Aku langsung tak boleh menepis lengannya. Rimas! Dah lah badan aku sekarang ni dah sakit sebab dari tadi meniarap di atas tanah. Tekakku haus. Perut lapar.
"Lepaskan" Aku pandang Xiumin dengan pandangan sayu meminta simpati. Xiumin hanya pandang aku kosong dan terus bangun dan ke arah sebuah cermin antik dihadapan kami. Cis! Hati batu!
Aku pandang jer cermin antik tersebut. Semasa aku sampai sini tadi cermin ni dah ada. Dengan semak disekeliling cermin itu. Akar-akar kayu pula melilit disetiap sisi cermin. Lumut menghiasi setiap genap ruang di sebalik ukiran kayu di sisi cermin itu. Dah macam bukan cermin. Kotor sangat. Kalau berdiri depan cermin tu pun tak keluar pantulan.
"Kau tau tak?" Tanya Xiumin. Lamunanku terhenti. Aku pandang dia dan menanti untuk dia sambung kata-katanya.
"Aku nak bunuh. Kau. Dan. Ahli sihir" kata Xiumin dengan senyuman sinis. Kalau yang tu aku pun tau. Dia nak bunuh Bts dan aku.
Mana Jungkook? Harap dia ok. Tadi dia cedera teruk. Jap! Kenapa aku risaukan dia? Mestilah aku risau dia yang cuba untuk selamatkan aku tadi! Ahh! Aku pening dengan perasaan aku. Aku tak tau apa yang aku rasa selama ni. Setiap kali aku berada dengan Jungkook hati aku rasa lain. Pelik. Tak pernah aku rasa perasaan macam tu. Aku sendiri tak dapat nak tafsir apa yang aku rasa.
"Yunbi"
Aku berpaling ke arah semak dibelakang aku. Macam aku kenal suara tu. Tapi mana tuan badannya?
"Yunbi" aku pandang ke arah V yang tersenyum petak ke arah aku. Jhope disebelahnya pula meletakkan jari telunjuk dibibirnya tanda untuk diam.
"Ouhhh datang rupanya" aku terus berpaling ke arah hadapanku semula. Wajah Xiumin aku pandang. Masalah!
"Ingatkan tak nak datang dah" sambung Xiumin lagi. V dan Jhope terus keluar dari terus menyorok didalam semak.
"Lepaskan dia! Kau nak bunuh kami bukan Yunbi!" Kata V tegas. Xiumin gelengkan kepala.
"Aku nak bunuh semua! Korang bunuh kawan-kawan aku!! Dan aku akan bunuh korang semua!!!!" Marah Xiumin. Tangannya digenggam menahan marah.
"Kami buat semua tu ada sebab! Ingat kami nak ke biarkan korang mati dalam tu!!? Kau tak tahu apa yang akan jadi kalau kami biarkan kau dengan kawan-kawan kau keluar dari cermin tu!!!" Marah Jhope. Tiba-tiba suasana disitu menjadi dingin. Sejuk!
Aku pandang Jhope dan mataku teralih kearah kakinya. Tanah sudah diliputi ais. Begitu juga pokok-pokok yang berdekatan dengannya.
"Kau tipu!!! AHLI SIHIR TAK GUNA!!!!!" Jerit Xiumin lalu tangannya dihayunkan ke arah Jhope. Tetapi Jhope dengan pantas menghalakan tangannya ke arah Xiumin dan salji terus keluar dari tangan Jhope tepat mengenai dada Xiumin. Xiumin jatuh ke atas tanah. Tangannya memegang dadanya.
"Daebak lah hyung!" Taehyung tepuk bahu Jhope.
"Kau tak payah bangga sangat! Selamatkan Yunbi!" Kata Jhope tegas. V hanya menurut. V membuka ikatan di tangan dan kakiku.
"KAU INGAT KAU KUAT SANGAT KE!!!!!!!" Jerit Xiumin. Dengan segera dia bertukar ke bentuk serigala.
"Bawa Yunbi lari!!" Kata Jhope. V terus menarik tanganku memasuki hutan. Selepas itu aku hanya dengar suara Jhope dan serigala yang sedang berlawan.
"V! Macam mana dengan Jhope?" Tanyaku risau. Tanganku yang berada didalam genggamannya terus aku lepaskan.
"Dia ok! Sekarang ni kau kena selamatkan diri kau dulu!" Kata V.
"Tak! Takkan kita nak tinggalkan Jhope seorang sahaja kat situ! Kalau apa-apa jadi? Kalau dia luka? Kalau dia dah tak mampu nak lawan? Kalau dia mat-" v tekup mulutku dengan kedua tangannya. Dia gelengkan kepala.
"Kau buat aku takutlah!! Jom!!" V tarik tangan aku ke arah Jhope semula. Mudah takut rupanya dia ni.
Sampai sahaja ditempat tadi kelibat Xiumin sudah tiada. Yang ada cuma susuk tubuh Jhope yang terbaring lemah di tanah.
"Hyung!!!" V berlari mendapatkan Jhope. Seperti apa yang aku kata. Jhope luka teruk.
"Hyung!! Ireona!!!!" V goncang bahu Jhope beberapa kali. Matanya berair.
"Dia masih bernafas! Cepat bawa dia keluar dari sini!!" V pandang aku dan selepas itu dia terus memikul Jhope dibelakangnya. Aku mengikut langkah V dari belakang.
"V gwenchana. Jhope selamat!" Kataku memujuk V. V angguk lemah.
"Nak kemana?"
Aku dan V memandang ke arah hadapan. Wajah Xiumin yang terdapat calar di pipinya menghentikan langkahku dan V.
"Jangan harap kau boleh lari dari aku!" Xiumin mengeluarkan pisau dari belakangnya dan terus melempar pisau tersebut ke arah V. Pisau itu tepat terkena dibahu kiri V.
"V!!!!"
V rebah ke tanah bersama Jhope yang berada dibelakangnya. Darah mula mengalir keluar dari bahu kirinya.
"Yu-yunbi l-lari!" Kata V menahan sakit. Air mata aku gugur. Sedih! Disebabkan aku mereka luka.
"L-la-lari" kata V lagi. Aku teragak-agak untuk tinggalkan V dan Jhope yang luka parah itu.
"Kau sini! Kau jangan harap nak lari dari aku!!" Xiumin tarik rambut aku sehingga aku terbangun dari duduk.
"Lepaskan! Hikk!!! Lepaskan aku tak guna!!!!" Jeritku. Xiumin ketawa. Lawak ke?
"Nanti riwayat kau tamat baru aku lepaskan" kata Xiumin sinis.
"Sekarang aku nak sesuatu dari kau" xiumin lepaskan rambut aku dan dia tolak tubuhku sehingga terlanggar batang pokok yang besar. Tangan kanannya memegang tangan kiriku.
"K-kau nak apa setan!!?" Tanyaku geram.
"Aku nak ni" kuku kirinya terus menjadi tajam dan terus dia menoreh lengan kiriku yang berada dalam genggaman tangan kanannya.
Aku hanya mampu melaung sakit. Tak mampu untuk melawan Xiumin. Selepas dia mengumpulkan darah aku ke dalam satu bekas dia terus lepaskan aku. Aku terbaring lemah ke tanah. Darahku banyak yang hilang. Penglihatan aku makin kabur.
Dalam samar-samar aku dapat lihat kelibat beberapa namja yang berlari ke arah Xiumin sebelum aku terus pengsan.
TBC...
Vote & comments~♡
Mungkin next chapter ending🤔 mungkinlah... tapi tak tahu lagi..
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top