21
"Tak semudah tu" kata Xiumin. Tangan kanannya erat memeluk pinggangku manakala tangan kirinya berada di leherku.
"J-jungkook" aku melihat ke arah Jungkook yang terkejut dengan kehadiran Xiumin yang tiba-tiba. Jungkook memanjat tingkap dan masuk ke dalam bilik tersebut.
"Jungkook jangan!" Jeritan Jimin sudah tidak dihiraukan oleh Jungkook.
"Kau jangan buat benda gila!!" Jerit Jimin lagi.
"Kau bawa Woozi ketempat selamat! Aku ok!" Balas Jungkook sebelum berpaling semula ke arah Xiumin.
"Kau nak dia ke?" Tanya Xiumin sinis. Tiba-tiba kukunya menjadi tajam dan tangannya diliputi bulu-bulu halus. Kukunya yang tajam itu diletak ke arah leherku.
"Cubalah ambil" sambung Xiumin lagi. Dia jilat leherku. Mata Jungkook membulat dengan aksi Xiumin. Begitu juga aku. Geli!
"Lepaskan dia! Kau marahkan aku dan kawan-kawan aku! Bukan dia jadi kau lepaskan dia dan aku akan buat apa yang kau nak!" Marah Jungkook. Kedua tangannya digenggam menahan geram.
"Boleh percaya ke cakap ahli sihir macam kau ni? Tak! aku tak patut percaya! Aku tak patut percaya ahli sihir yang sudah membunuh kawan-kawan aku!!" Marah Xiumin. Kukunya yang berada dileherku terasa bagai menusuk masuk kedalam leherku.
"S-sakit!" Aku cuba tarik lengannya tapi langsung tidak membuahkan hasil. Darah merah terasa mengalir keluar dari leherku.
"Ouh darah! Darah ni lah dulu yang kita berebut tu kan? Tengoklah darah ni dah ada!" Kata Xiumin dan sekali lagi dia jilat leherku berserta darah. Geli! Yuk!
"AKU CAKAP LEPASKAN DIA!!!!" Jungkook berlari menyerang Xiumin. Xiumin tolak aku ke tepi sehingga aku terlanggar dinding bilik tersebut.
Xiumin terus bertukar menjadi serigala dan dengan satu hayunan sahaja pukulan Jungkook terus melambung ke dinding.
"Jungkook! Ireona!!" Jeritku. Leherku terasa perit. Tanganku memegang luka dileherku. Darah makin banyak keluar.
Jungkook bangun sambil tangannya mengesat darah di tubir bibirnya.
"Lemah!" Kata Xiumin. Jungkook ketap giginya menahan marah.
Sekali lagi Jungkook menyerang Xiumin. Xiumin laju mencakar tubuh Jungkook. Tapi Jungkook dengan penuh tenaganya menumbuk wajah Xiumin sehingga Xiumin terpelanting jauh. Jungkook menumbuk wajah Xiumin bertubi-tubi melepaskan amarahnya sehingga Xiumin tidak terkutik.
"Lemah!" Jungkook meludah ke wajah Xiumin. Dia berpaling memandang aku. Luka di dadanya akibat cakaran Xiumin tadi tak lepas mengeluarkan cecair merah sehingga baju yang dipakainya basah.
Jungkook menghampiri aku. Dia tarik leherku dan melihat ke arah luka tersebut.
"Jungkook? Gwenchanayo?" Tanyaku risau. Dia hanya tersenyum nipis sambil tangannya mengoyakkan lengan bajunya. Cebisan kain tersebut diikat dileherku untuk hentikan darah yang mengalir.
"Jungkook awak berdarah teruk!" Aku tekan darah yang mengalir di dadanya. Jungkook ketawa. Aku pandangnya.
"Aku okay!" Balas Jungkook dengan senyuman.
Pakkk!!
"JUNGKOOK!!!!" Aku peluk Jungkook yang jatuh ke dalam pelukanku. Cecair merah mengalir keluar dari kepalanya.
Aku pandang Xiumin yang membuang kayu ketepi. Senyuman puas terukir di bibirnya.
"Kau ahli sihir lemah!" Xiumin menendang Jungkook beberapa kali.
"Hentikan!!" Marahku. Xiumin menarik tanganku.
"Ikut aku!" Arahnya.
"Tak nak!!! Lepaskan aku!!!!!" Aku memberontak. Xiumin kelihatan bengang dengan aku. Dia mengangkat aku ke bahu kanannya dan melangkah keluar dari bilik tersebut.
"ANDWEEE!!! LEPASKAN AKU!!!!! JUNGKOOK TOLONG!!!!!!!" Aku tak henti memukul belakang tubuh Xiumin. Tapi Xiumin langsung tidak mengaduh. Bagaikan langsung tidak terasa aku yang memukulnya.
Jungkook sedarlah!
.
.
.
.
.
"Jungkook!!" Jin berlari mendapatkan Jungkook yang sudah pengsan di lantai bilik tersebut bersama darah yang membanjiri lantai bilik itu.
"Jungkook! Jimin kenapa kau tinggalkan Jungkook!!" Marah Suga. Jimin hanya diam. Dia tahu itu memang salahnya.
"Jungkook?" Jin tepuk bahu Jungkook beberapa kali.
"Mana Yunbi?" Tanya Jhope. Matanya meliar keseluruh ruang bilik tersebut.
"Cuba cari dalam rumah ni. Mungkin ada" Arah Rapmon. Jhope dan V mengangguk dan terus keluar dari bilik tersebut.
"Ughh!!" Jungkook buka matanya perlahan.
"Gwenchana?" Tanya Jin.
"Yunbi mana?" Pertanyaan Jin dihiraukan. Dia ingin tau pasal Yunbi.
"Kau luka teruk ni. Jom balik aku ubatkan" kata Jin cuba memapah Jungkook bangun.
"Ani! Yunbi mana!?" Tanya Jungkook lagi.
"Masa kami sampai sini tadi kami tak nampak Yunbi. Tapi jangan risau V dan Jhope dah pergi cari" kata Rapmon.
"X-Xiumin!" Kata Jungkook.
"Apa?" Tanya mereka memandang tepat ke arah Jungkook.
"Apa yang hyung cakap tu betul. Salah seorang dari mereka terlepas dari cermin tu! Dia Xiumin! Dia yang culik Yunbi dan Woozi! Kita kena cari Yunbi cepat sebelum dia apa-apakan Yunbi!!" Kata Jungkook. Dia cuba untuk bangun tapi jatuh kembali. Jin memegang Jungkook. Tangannya memegang dadanya yang luka.
"V dan Jhope dah pergi cari Yunbi! Kau jangan risau sekarang ni biar aku rawat kau dulu! Kalau kau pergi sekarang pun kau tak boleh nak buat apa. Kau lemah" Kata Jin geram dengan kedegilan Jungkook.
"Hmm" Jungkook iyakan sahaja. Jimin dan Jin membantu Jungkook untuk bangun.
.
.
.
.
.
"Rehat dulu" kata Jin sebelum keluar dari bilik Jungkook. Jungkook angguk dan pejamkan matanya.
Dia rasa cemas. Entah kenapa tapi dia rasa cemas kalau apa-apa terjadi kepada Yunbi. Kenapa? Kerana dia cintakan Yunbi. Ya! Cinta. Sejak Yunbi tiba-tiba muncul di biliknya dia terasa jantungnya berdegup kencang. Bila dia melihat Yunbi senyum hatinya terasa tenang dan lapang. Bila dia lihat Yunbi sakit dia turut terasa sakit. Setiap kali dia melihat wajah Yunbi dia terasa mahu pegang tangannya, peluknya dan lindungi dia. Tapi itu semua hanya mampu diluahkan didalam hatinya. Ini kerana ego. Dia hanya pendamkan perasaannya. Berlagak dingin depan Yunbi. Walau hakikatnya dia sayang.
Satu keluhan berat dilepaskan olehnya.
"Saranghae" ucap Jungkook perlahan.
BAMMM!!!!
Jungkook buka matanya dan melihat ke arah pintu. Wajah Jimin yang pucat dipandangnya pelik.
"Kenapa?"
"V dan Jhope dah jumpa Yunbi!" Kata Jimin. Satu senyuman terukir dibibir Jungkook.
"Tapi.." Kata-kata Jimin terhenti. Senyuman Jungkook mati.
"Tapi?" Tanya Jungkook.
"Bukan tu jer yang mereka jumpa" sambung Jimin.
"Bukan tu jer? Maksudnya mereka jumpa Xiumin juga?" Tanya Jungkook. Jimin gelengkan kepala.
"Bukan Xiumin dan Yunbi tapi..."
TBC...
Vote! Comment!! ♡!!!
사랑해~
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top