16
Kami semua terus meluru ke tingkat atas selepas mendengar jeritan nyaring Jin.
"Jin! Turun! Apa yang kamu takut sangat ni!?" Dari tangga aku dapat dengar suara Mak ngah menjerit. Dah kenapa?
Masuk saja dalam bilik aku tengok Jin sudah selamat mendarat di atas almari. Mak ngah pula tak habis menarik kaki Jin untuk turun.
"Kenapa ni?" Tanya aku. Mak ngah pandang aku dan gelengkan kepala.
"Entah Jin ni" kata Mak ngah. Aku ke arah Jin.
"Hyung kenapa?" Tanya Rapmon.
"Jin turun" pujuk aku. Tapi Jin gelengkan kepala. Muka pucat macam baru nampak hantu.
"Wah!!! Spiderman!!!! Hyung daebak!!!" Shin menjerit girang. Tangannya dibuat ala-ala spiderman menembak sarangnya.
"Spiderman tu apa?" Bisik Jungkook di telinga V.
"Spender kut" Bisik V semula. Jungkook angguk faham.
"Jin turun!" Arah aku. Jin sekali lagi geleng.
"Tak nak!! Nanti robot tu nak telan Jin!!" Jin menunjuk ke arah vakum yang berada di sebelah aku. Lah takut benda ni ke? Aku tutup suis vakum dan pandang ke arah Jin.
"Turunlah! Robot ni tak telan dah" kataku dan menyepak vakum ke tepi. Kesian Jin. Vakum pun nak takut.
"Tu kan vakum. Bukan robot" kata Shin pelik. Tabahlah Shin kau dapat hyung macam diorang ni.
Jin akhirnya turun dari almari. Mak ngah dah hela nafas lega. Susah kalau macam ni. Kalau hari-hari jadi macam ni mesti Mak ngah pun pelik.
"Dah pergi keluar. Biar mummy buat sendiri yang ni" kata Mak ngah kepada Jin. Jin akur dan kami semua keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu semula.
Kami semua duduk di sofa. Shin dah selamat landing kat depan tv. Ada banyak soalan yang aku nak tanya dengan diorang.
"Yunbi ada soalan" kata aku membuka bicara. Ececeh.
"Tanya lah" balas Jungkook.
"Serigala tu kan. Mac-"
"Mati" Suga memotong percakapan aku. Aku angguk.
"Hmmm. Macam mana korang boleh keluar dari dunia tu?" Tanyaku lagi. Mereka pandang sesama mereka.
"Kau cakap lah" Jin menyuruh Jimin. Kemudian Jimin menyuruh Jhope pula. Adegan tolak menolak berlaku. Sehinggalah Jungkook yang membuka mulut.
"Ingat tak yang jari kau luka kena pisau haritu?" Tanya Jungkook. Aku angguk. Mesti lah ingat yang Jungkook tekan luka aku sampai jadi besar. Sampai sekarang rasa lagi sakit.
"Kan aku ada tekan luka kau. Darah kau banyak yang keluar dan berkumpulan dalam mangkuk haritu. Kitorang gunakan darah kau lah yang boleh bawak kami keluar ni" cerita Jungkook. Ouh.. sakit pulak hati kita ni. Kalau yer pun nak ambik darah aku mintak lah elok-elok ni tak macam nak cederakan aku adalah. Sakit wuu.
"Ada soalan lagi?" Tanya Jungkook. Aku berfikir seketika. Tak ada kut.
"Buat masa ni tak ada lagi. Nanti kalau ada Yunbi tanya" kataku. Mereka angguk.
.
.
.
.
.
Aku duduk di sebelah Jungkook di taman rumah. Dia ni tiba-tiba jer tadi suruh aku datang sini. Katanya nak bagi wasiat. Nak mati ke apa?
"Ada apa?" Tanyaku. Aku tak lepas pandang dia yang sedang bermain dengan sekuntum bunga tahi ayam di tangan.
"Kau rasa tak apa yang aku rasa?" Tanyanya. Aku kerutkan dahi. Rasa apa yang dia rasa? Alah main teka teki pulak. Aku ni dah lah IQ rendah. Tak boleh ke straight to the point jer terus.
"Rasa apa?" Tanyaku balik. Aku dengar dia lepaskan keluhan. Kenapa pulak dia ni.
"Aku tau kau tak rasa apa yang aku rasa" kata Jungkook. Hish! Budak ni nak saja aku sumbat bunga tahi ayam tu dalam mulut. Main teka teki. Tau ah pandai aku ni apalah sangat nak main teka teki.
"Straight to the point jer lah. Saya tak pandai lah teka teki ni" aku dah jujur. Harap dia terus terang jer. Senang kerja. Tak ada lah pulak aku berserabut fikir jawapan.
"Belum masanya kau tahu. Nanti kau akan tahu juga apa yang aku rasa" balasnya dan senyum melihat aku.
Fikir apa yang dia rasa jer. Habis yang aku rasa sekarang ni. Sengaja nak bagi aku pening kepala.
Dia tarik tangan aku. Laju aku pandang tangan aku. Dia letakkan bunga tahi ayam ke atas tangan aku dan berlalu masuk ke dalam rumah. Aku pandang kosong bunga tahi ayam dalam tangan aku. Kalau yer pun nak bagi bunga. Agak-agak lah. Bunga tahi ayam kau bagi aku. Punya lah banyak bunga kat taman ni dia bagi aku bunga tahi ayam!? Seriously?
Haih! Nampaknya aku kena ajar budak ni jenis-jenis bunga.
Aku masuk ke dalam rumah. Bunga tahi ayam yang tadi aku simpan dalam poket seluar. Kelibat Mak ngah aku cari.
"Mak ngah!! Yunbi balik dulu tau! Hari dah nak gelap. Lagi pun esok dah sekolah" kataku. Mak ngah yang sedang menonton tv bersama Shin dan yang lain memandang aku.
"Ne~ balik elok-elok yer" kata Mak ngah. Aku angguk.
"Bye unnie Bi!!" Shin lambaikan tangan. Aku balas lambaian dia dan terus keluar dari rumah.
.
.
.
.
.
Hari ni sekolah!
Masuk jer pagar sekolah aku dapat dengar suara gelak ketawa kawan-kawan aku. Aku lambaikan tangan ke arah mereka yang berada di pondok sekolah.
"Yunbi!" Jerit mereka. Aku hanya sengih.
"Uish! Yuju suara kau punya lah kuat. Sampai kat pintu pagar pun dengar" kataku. Yuju tersengih memandang aku.
"Amacam cuti? Best balik kampung?" Tanya Yerin. Aku angguk.
"Best!"
"Kau ni sawan ke? Tiba-tiba cakap best. Setahu aku kau ni paling benci kalau balik kampung" kata Umji. Aku hanya sengih.
"KYAAA!!!!"
Kami pantas berpaling apabila terdengar suara pelajar perempuan menjerit.
"WARGHHH!!! HANDSOMENYA!!!!"
"Apa yang jadi?" Tanya Sowon. Aku angkat bahu. Tak lepas aku pandang pelajar perempuan yang berkumpul.
Ada artis datang ke?
"Mak!!!! Saya dah jumpa menantu mak!!!" Lagi sekali aku dengar pelajar perempuan yang tak lepas menjerit.
Aku panjangkan tekak. Nak intai apa yang dibisingkan sangat tu.
"Nak pergi tengok ke?" Tanya SinB.
"Tak nak lah. Sesak sangat" kataku. Kejap lagi reda lah tu. Mula-mula jer kecoh.
"Dah jumpa! YUNBI!!!" Aku laju berpaling ke arah suara itu. Seakan aku kenal. Yup memang aku kenal. Kelibat Jungkook yang berlari terkadet-kadet ke arah aku tak lepas aku pandang. Apa yang dia buat kat sini? Siap pakai uniform sekolah lagi. Mana pulak yang lain?
"Jungkook!! Jangan tinggalkan kami!!" Jerit Suga. Ouh tu pun yang lain. Tengah berjuang nak melepaskan diri dari pelajar perempuan.
"Yunbi kau kenal ke?" Tanya Yuju. Aku angguk lambat-lambat.
"Wah!! Yunbi tolong aku!" Jungkook menyorok ke belakang aku.
"Apa yang awak buat kat sini?" Tanyaku.
"Tak ada masa nak jelaskan! Selamatkan hyung aku dulu!!!" Jungkook tolak bahu aku ke arah pelajar perempuan yang tak lepas berkerumun.
"HOLY SHIT!!" Tak pasal-pasal aku dah mencarut. Makin bertambah dosa aku.
"Yunbi!!" Gfriend dah jerit nama aku.
Apa yang jadi ni!? Haish! Kenapa diorang ni boleh sampai ke sekolah? Habislah!
TBC...
Vote and comments~♡
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top