14

"Bye halamonie!!! Halabuchi!!!!! Nanti Yunbi datang lagi!!" Aku menjerit ke arah mereka sambil melambai tangan. Mereka membalas lambaian aku dan terus kereta meluncur laju meninggalkan rumah halamonie.

Pagi tadi omma tiba-tiba kejutkan aku. Suruh cepat-cepat bersiap. Katanya appa ada metting petang ni. Jadi kami terpaksa balik walaupun asalnya kami nak tinggal kat kampung ni lama sikit. Tak sempat aku nak pusing kampung naik motor ngan halabuchi.

"Mana mereka yer?" Aku pandang ke luar tingkap. Rindu pula dengan BTS. Macam mana diorang sekarang.

"Kamu cakap apa tadi Yunbi?" Tanya omma. Aku laju menggeleng "tak ada apa-apa"

.

.

.

.

.

Halamonie masuk ke dalam bilik Yunbi. Nak kemas apa yang patut. Matanya terarah pada cermin. Kepalanya digelengkan.

"Haish! Budak Yunbi ni. Orang dah cakap jangan alih kain ni. Dia alih jugak" Halamonie mengambil kain biru yang berada di lantai dan menutup semula cermin tersebut.

Tangannya pula mula membaiki cadar dan selimut yang tidak sempat di kemas oleh Yunbi tadi. Kerana kalut.

"UWARGHHHHHH"

Halamonie laju berpaling ke arah suara jeritan itu. Datang dari arah cermin. Mata Halamonie tidak lepas melihat sekumpulan namja yang bergelut dalam kain yang menutup cermin tadi.

"WARGHHH!!! KENAPA GELAP NI!!!"

"BUKAK LAMPU!!! BUKAK LAMPU!!!!"

"AKU DAH BUTA!!!!!!!! TIDAK!!!!!!"

"DIAM LAH!!!!"

"AKU TAK NAK JADI BUTA!!!!!!"

"HISH!!" Suga terus mengalih kain yang menutup pandangan masing-masing dengan kasar. Semua yang menjerit tadi terus diam membisu.

"Aku tak buta!" Kata Jhope girang. Matanya dikelip beberapa kali.

"Kamu semua ni siapa?" Tanya Halamonie. Semua mata memandang tepat ke arah halamonie.

"Nenek kebayan!!!" V laju menyorok ke belakang Jungkook.

"Bukan lah bodoh!" Laju saja tangan Jimin mendarat di kepala Jhope.

"Kamu semua ni siapa?" Tanya Halamonie lagi.

"Kami Kawan Yunbi" Balas Jin.

"Yunbi mana?" Tanya Rapmon.

"Ouhh" halamonie hanya anggukkan kepala. Dia dah jangka benda ni akan jadi. Yunbi dah masuk dalam cermin tu.

"Yunbi mana?" Sekali lagi Rapmon bertanya.

"Yunbi dah balik" balas Halamonie.

"Balik? Balik rumah dia?" Teka Suga. Halamonie angguk.

"Rumah dia kat mana! Jom aku teleport!! Bagitau lokasi!" Kata Taehyung.

"Rumah dia jauh. Sebelum kamu semua nak pergi jumpa Yunbi. Jom kita makan. Halamonie masakan" pelawa Halamonie.

Semua mata bersinar. Mereka benar-benar lapar. Kata orang rezeki jangan ditolak mentah-mentah.

"NAK!!"

.

.

.

.

.

"Mana ni? Dari tadi cari tak jumpa-jumpa" rungut Jimin. Dia bersandar di bawah pokok. Penat rasanya apabila dari tadi lagi mencari tapi tetap tak jumpa-jumpa rumah Yunbi.

"Hyung pandai tak ni baca peta tu" tanya V. Rapmon tidak menjawab tapi matanya fokus pada cebisan kertas yang mempunyai lakaran peta hasil tangan halabuchi.

"Rasanya sekitar ni jer" balas Rapmon. Matanya melihat sekeliling.

"Ahh! Penat dan lapar!!" Rungut Jungkook sambil memegang perutnya.

"Aku dah tak larat nak teleport" kata V. Jin mengurut bahu V.

"Habis kita nak kemana ni. Hari pun macam dah nak gelap" tanya Suga.

"Kita cari makanan" kata Rapmon. Mereka hanya akur dan mengikut langkah Rapmon.

Lama mereka berjalan dan mereka sampai di jalan besar. Masing-masing tak berani nak pijak jalan.

"Apa ni? Kenapa warna hitam? Berbahaya ke tak ni kalau pijak?" Tanya Jhope. Jungkook rendahkan tubuhnya. Tangannya mula memegang jalan dengan perlahan-lahan.

"Tak ada apa pun jadi. Selamat kut" kata Jungkook. Mereka mula melangkah ke atas jalan.

"Tak ada apa jadi!" Kata V. Mereka sambung kembali berjalan mengunakan jalan raya.

Lama kelamaan mata mereka tertacap pada satu cahaya berwarna kuning cerah yang menyuluh jalan.

"Menyorok!" Jin menarik mereka semua menyorok di balik semak.

"Kenapa?"

"Apa jadi?"

"Cahaya tu" Jin tunjukkan jarinya ke arah lampu jalan.

"Makhluk apa tu?" Tanya Jimin.

"Tak pasti. Tapi kita kena hati-hati" kata Jin. Mereka hanya perhatikan lampu jalan itu lama. Tapi lampu jalan itu langsung tidak ada reaksi nak bergerak.

"Kenapa benda tu tak bergerak?" Tanya Suga.

"Aku rasa tu lampu. Tapi diubah suai jadi bentuk macam tu" kata Rapmon pasti dengan andaiannya.

"Mungkin. Sebab tu macam lampu jer" kata Jhope. Mereka terus berjalan tapi tetap berhati-hati ketika terserempak dengan lampu jalan.

Lama berjalan. Mereka sampai di kawasan bandar. Mulut mereka terlompong melihat ramai manusia yang berkeliaran. Ada yang pakai baju ala-ala diva. Ada yang pakai seksi. Ada yang berpelukan. Dan yang paling mengejutkan mereka adalah.

Kenderaan..

"Apa tu? Kenapa ada manusia dalam tu?" Tanya Jungkook.

"Benda tu bergerak" kata V pula dengan mata yang bulat.

"Banyak nya lampu macam-macam warna" kata Jhope teruja.

"Ramai nya perempuan shekshi" kata Jimin. Mulutnya sudah ternganga melihat yeoja yang memakai baju tak cukup kain. Mungkin terlampau miskin sampai tak mampu nak beli baju baru yang lebih besar dan selesa.

"Makanan" Jin memandang ke arah gerai yang menjual makanan. Mereka semua mula memandang ke arah yang dikatakan oleh Jin.

"Jom makan!" V dan Jimin mula melangkah ke arah gerai tersebut tapi sempat Suga menarik telinga mereka.

"Arghh!! Sakit hyung!!" Renget V dan Jimin.

"Kau kena ingat kita ada kat dunia lain. Kalau kat dunia kita dulu boleh jer nak makan apa sahaja. Tapi dunia ni kalau nak makan kena tukar barang. Tengok tu mereka bagi kertas dan dapat makanan" kata Suga. V dan Jimin sekadar angguk tanda faham.

"Macam sistem bater?" Teka Jhope. Jin angguk bagi pihak Suga.

"Kalau macam tu kita nak cari kertas kat mana?" Tanya Jungkook. Matanya meliar mencari kertas.

Kreukk....

Perut masing-masing sudah berbunyi.

"Lapar" renget mereka.

Mereka mula berjalan ke arah gerai itu dan memandang makanan yang tersusun rapi di atas meja. Masing-masing dah menelan liur.

"Nak tu" Jin menunjuk jarinya ke arah kimbap. Dia memeluk tiang yang berada berdekatan gerai itu.

"Sabar hyung" Jungkook menepuk-nepuk belakang Jin.

Mereka hanya menjadi pemerhati di situ. Sehinggalah seorang yeoja lingkungan 3o-an menegur mereka.

"Adik ni kenapa? Dari tadi ahjumma tengok duk kat sini" tanya ahjumma itu.

"Lapar" kata Jimin.

"Lapar? Kenapa tak beli?" Tanya ahjumma lagi.

"Tak ada kertas" kata Jungkook. Mukanya dibuat-buat sedih. Meraih simpati.

"Ouhh.. tak ada duit" ahjumma itu angguk.

"Jom. Ahjumma belanjakan! Pilih apa yang kamu semua nak makan. Jom! Jom!" Ahjumma itu tersenyum melihat ke arah mereka. Mereka mula tersenyum girang. Murah benar rezeki mereka hari ni.

"Yeah!! Terima kasih ahjumma!!" Jerit mereka girang.

TBC...

Yunbi dah jarang muncul🙈 mesti semua rindu Yunbi kan? Huhu sorry.. nanti Yunbi akan muncul dont worry~~

Candy reput.. semua pun reput jugak ke? Candy nak jumpa my boyfriend Chanyeol!!!!!!! ><

Uwarghhhhhh!!!!!!!!!!

Vote and Comment 🍭

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top