13
Jungkook masuk kedalam bilik dan melihat Yunbi yang sudah nyenyak tidur. Kesan dari potion yang Rapmon buat. Plan pertama siap!
Jungkook tutup kembali pintu dan menuju ke arah bilik Suga. Kelihatan Jin sedang cuba menggayakan rambut palsu pada Suga. Wajah Suga kelihatan cemberut. Rimas? Atau benci? Tapi Suga tak boleh membantah. Itu arahan dari Rapmon.
"Oh! Jungkook! Yunbi macam mana?" Soal Jin. Jungkook duduk di birai katil sambil memerhatikan gerak geri Jin.
"Dah tidur" Jin mengangguk dan kembali fokus kepada Suga.
Jungkook pandang jam yang tergantung di dalam bilik itu. Sudah menginjak pukul 3 petang. Tepat pukul 12 malam dunia ni akan musnah. Mereka tidak ada masa yang banyak. Masa yang ada sekarang ni perlu digunakan dengan baik.
Hempasan pintu membuatkan Jin, Jungkook dan Suga laju berpaling. Kelihatan Jhope sedang tercungap cungap mencari nafas.
"Kau kenapa?" Tanya Suga.
"Hah! Hah! Tadi V teleport ke kawasan serigala dan dia kata hah! S-serigala dalam perjalanan ke sini! Hah! Hah! Mungkin lagi 2 jam akan sampai!" Kata Jhope yang sudah menyandar di pintu. Nafasnya masih tidak teratur.
"Kita kena cepat!" Kata Jin tangannya mula tergesa-gesa menyiapkan Suga. Jungkook pula ke biliknya untuk mengambil pemanah. Jhope berehat seketika di katil empuk milik Suga. Melepaskan penat berlari.
.
.
.
.
.
Rapmon menyapukan darah Yunbi yang berada di dalam mangkuk itu pada setiap batu permata yang ada di sekitar cermin. Batu permata itu akan menyala setiap kali darah Yunbi disapu. Selepas itu Rapmon memandang Jungkook yang sedang mendukung Yunbi yang lena tidur.
"Masuk sekarang" arah Rapmon.
Jungkook mula melangkah kehadapan cermin. Kaki kanan didahulukan dan kakinya betul-betul masuk kedalam cermin tersebut. Dengan sekali langkah dia sudah berada di satu bilik yang sangat asing baginya. Barang make-up berterabur di atas lantai. Jungkook meletakkan Yunbi di atas katil. Kepala Yunbi diusap dan meninggalkan ciuman didahi itu.
"Jangan lupakan kami. Percaya kami. Dan kami akan jumpa kau lagi Yunbi"
Selepas membisikkan perkataan itu ditelinga Yunbi, Jungkook mula melangkah semula memasuki cermin dan kembali ke biliknya.
"Sudah?" Tanya Rapmon. Jungkook angguk.
"Sekarang kita kena bersedia. jangan bagi diorang jumpa cermin ni dan juga darah ni" kata Rapmon. Mereka angguk.
.
.
.
.
.
"Yunbi!! Bertuah punya budak!!"
Aku segera membuka mata. Macam aku kenal suara ni. Mataku tertumpu ke arah omma yang sedang bercekak pinggang di hadapan pintu bilik.
"Omma?" Itu perkataan pertama yang keluar. Aku pandang sekeliling. Ni rumah halamonie. Macam mana aku boleh ada kat sini? Mana Jungkook?
Aku berpaling pula ke arah cermin. Lama aku pandang cermin itu sampai aku tak perasan yang omma dah duduk disebelah aku.
"Ni baju siapa kamu pakai? Jari ni kenapa berbalut? Tau tak omma puas cari kamu tapi rupa-rupanya kamu ada dalam bilik tengah tidur! Tapi tadi masa omma masuk tak perasan pulak. Kamu ni buat omma risau lah! Jom makan! Semua dah ada tunggu kamu jer!" Omma mula membebel. Tapi mataku langsung tidak dialih dari memandang cermin.
"Yunbi kenyang" betul tu. Aku kenyang. Baru tadi aku makan masakan Jin. Omma pandang aku pelik.
"Kenyang? Tapi kamu tak makan apa-apa lagi. Dah jangan nak merapu. Jom makan!" Omma mula tarik tangan aku. Aku hanya ikut sahaja.
'Jungkook. Tadi tu mimpi ke? Tak tu bukan mimpi! Itu memang betul-betul jadi! Kalau mimpi takkan lah jari aku boleh cedera dan baju yang aku pakai ni adalah baju Jungkook' getus hatiku.
.
.
.
.
.
(Candy skip lah part lawan2 tu yer🐼)
"Shh!" Jari telunjuk Jimin dilekapkan di bibir. Memberi arahan kepada Suga untuk senyap.
"Diorang cari Yunbi" kata Jin berbisik. Mata mereka bertiga tidak lepas memerhati gerak geri serigala yang sedang berkeliaran di kawasan ruang tamu. Mereka menyorok di dalam almari. Sudah lah sempit.
"Aku rasa diorang sembunyikan yeoja tu!" Kata Suho. Mereka yang lain mengangguk.
"Cari sampai jumpa! Cepat! Kita tak ada masa!" Arah Suho. Serigala yang lain mula menyelongkar rumah. Jin, Jimin dan Suga sekadar memerhati dengan debar. Buatnya serigala tu buka pintu almari ni.
"Lambat lagi ke?" Tanya Suga. Tangannya tidak lepas mengibas wajahnya yang sudah berpeluh. Akibat dari rambut palsu yang dia pakai.
"Belum masanya" balas Jin berbisik. Semua serigala mula melangkah keluar dari ruang tamu. Mungkin dah puas mencari. Jimin perlahan lahan membuka pintu almari dan keluar. Selepas memastikan semuanya selamat baru Jin dan Suga pula yang keluar.
"Cepat! Kita cuma ada masa 30 minit lagi!" Kata Jimin. Jin dan Suga terus ke arah yang sudah ditetapkan oleh Rapmon. Bilik bawah tanah.
Jimin ternampak Lay yang sedang membuka satu persatu pintu bilik. Huhu masa untuk mengumpan.
"Yunbi cepat lari!!" Jimin buat-buat jerit. Lay mula berpaling memandang Jimin yang menarik tangan Suga untuk lari. Suga tidak lepas memegang rambut palsu yang dia pakai supaya tidak jatuh. Entah dari mana Jin rembat rambut palsu itu.
"PEREMPUAN TU ADA KAT SINI!!!!!!" Lay mula menjerit dan mengejar Jimin dan Suga. Sampai di dapur Suga dan Jimin mula melompat ke bilik bawah tanah. Tak perlu gunakan tangga.
Suga menyorok di belakang Jimin. V yang menyorok disebalik kotak yang berhampiran dengan Suga dan Jimin hanya memerhati. Hanya menunggu masa.
Satu-satu dari mereka mula memasuki bilik bawah tanah. Sehingga lah semuanya cukup 12.
"Serahkan yeoja tu" arah Chanyeol. Jimin geleng.
"Jangan harap!" Jimin mula undur sedikit untuk dekat dengan V.
"Aku tak ada mas-"
Percakapan Chanyeol mula berhenti apabila terasa seperti gempa bumi. Tak lama lepas itu gegaran itu berhenti. Muka masing-masing sudah cuak. Jimin mula laju mengundur untuk betul-betul dekat dengan V.
"Serahkan yeoja tu!!" Jerit Chen.
"Aku namja lah!!!! Fedup betul aku dengan benda alah ni!!!!" Suga mula membuang rambut palsunya dan membuang ke lantai. Lega apabila sudah bebas dari rambut palsu tu.
"Ni perangkap!!!!" Jerit Kris.
"Memang pun!!" V mula memegang tangan Suga. Dan Suga memegang tangan Jimin. Dalam sekelip mata mereka sudah keluar dari bilik bawah tanah itu.
"Cepat Rapmon tutup!!" Arah V.
Rapmon mula memejamkan mata sambil tangannya memegang pintu bilik bawah tanah. Bagaikan magik pintu itu terus berubah menjadi besi.
"Cepat kita tak ada masa!!!!" Jerit Jungkook. Mereka mula berlari ke arah bilik Jungkook. Tiba-tiba gegaran mula berlaku lagi ketika mereka mendaki tangga.
"Cepat!!!!" Jerit Jhope.
Mereka terus berlari walaupun badan mereka tidak seimbang. Sampai di bilik, Rapmon terus menyapu darah Yunbi di setiap batu permata.
"Sedia?" Tanya Rapmon.
Mereka angguk dan mula berlari masuk ke dalam cermin sebelum dunia itu hancur.
TBC...
Ini dia double update~~~ huhu pening Candy nak cari idea...
So? So? Macam mana? Apa akan jadi lepas ni? Agak2 apa akan jadi? Hmm? Hmm? Hmm?
Ok bubye~🍭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top