10

Aku hanya terperap dalam bilik. Mereka yang lain semuanya sibuk dengan portal yang akan bawa kami balik ke dunia manusia semula. Tiba-tiba pulak aku rindukan bts. Aku suka diorang walaupun exo cakap diorang tu jahat dan hanya pergunakan aku. Tapi exo pun gunakan aku jugak kan?

"Haih~ Jungkook" aku mengeluh dan pandang ke luar tingkap.

"Aik! Jungkook jer?" Tanya seseorang.

Aku laju berpaling ke belakang. Kelihatan Taehyung sedang berdiri di belakang aku sambil berpeluk tubuh. Macam mana dia boleh sampai sini.

"TAEH- UMPHH!!!!" mulutku laju ditekup oleh Taehyung.

"Jangan jerit nanti diorang dengar" kata Taehyung. Jarinya dilekap di bibirnya. Aku angguk.

"Macam mana boleh sampai sini? Serigala tu tak nampak? Mana yang lain?" Tanyaku dengan suara berbisik.

"Kau lupa ke aku boleh teleport?" Kata Taehyung. Kelihatan hidungnya sedikit kembang.

"Asal lambat sangat!!" Aku pukul lengannya. Aku lupa yang Taehyung ni boleh teleport. Tapi kenapa baru hari ni nak datang selamat kan aku! Wait selamat? Macam mana kalau diorang gunakan aku?

"Kau ni! Sakit lah! Aku teruk tau tak kena belasah ngan wolf tu sampai aku nak teleport pun tak boleh. Tau tak punggung aku diorang gigit! Sakit woo! Kau patut bersyukur yang aku datang. Kalau tak?" Taehyung gosok punggungnya. Aku menahan dari ketawa.

"Jom balik" Taehyung pegang tangan aku. Aku angguk dengan senyuman. Sejujurnya aku memang nak balik. Tinggal kat sini tak best.

"Jom!" Aku balas dengan semangat.

"Yun-"

Aku dan Taehyung serentak berpaling ke arah pintu. Wajah Lay kelihatan terkejut melihat Taehyung.

"O-o!" Taehyung tutup mulutnya dengan tangan. Aku sudah mula gelisah bila wajah Lay mula mahu kelihatan seperti serigala.

"KAU!!!!" Lay laju menyerang aku dan Taehyung.

"YUNBI PEGANG AKU KUAT-KUAT!!!!" Jerit Taehyung. Aku pegang erat tangan Taehyung dan menutup mata.

Zrpppp!

Aku terus membuka mata apabila terasa aku terbaring di atas benda lembut. Wajah Taehyung yang tersengih di bawah ku membuatkan aku laju bangun dari terus terbaring di atasnya.

"Yah!!! Taehyung kau boleh tak kalau nak teleport tu teleport tempat lain!!!?" Suara jeritan dari Jimin membuatkan aku dan Taehyung berpaling ke arahnya.

"KYAAAA!!!!!!" Aku laju menutup mata. Jimin! Dia hanya memakai tuala dan ABSnya yang macam coklat bar tu berketul ketul terpacar.

"MY INNOCENT EYESSSSSS!!!" Taehyung turut menutup matanya.

"Bangang ah! Kau Tae! Aku duk syok mandi kau tiba-tiba muncul ngan Yunbi!! Kau kena bertanggungjawab Yunbi!!" Jerit Jimin.

"Andwee!!" Aku terus berlari keluar dari tandas itu bersama Taehyung.

Aku dan Taehyung melepaskan lelah berlari dan terus duduk di sofa. Aku dan Taehyung tiba-tiba ketawa serentak.

"Hahahhahahahhh lawak lah!!" Taehyung memegang perutnya yang terasa sakit.

"Yunbi!!" Tubuhku tiba-tiba terasa di peluk. Aku pandang ke sisi dan kelihatan wajah Jin sedang menikam anak mataku.

"Jin~"

"Maaf! Maaf sebab Jin tak dapat selamatkan Yunbi!!" Jin eratkan pelukan.

"Gwenchana lagipun mereka tak buat apa-apa" balasku. Tak nak Jin rasa bersalah. Tiba-tiba otakku teringatkan seseorang. Jungkook.

"Jungkook mana?" Tanyaku.

"Kat dalam bilik tengah berehat. Luka dia teruk lagi-lagi kat perut dia" kata Jin dengan keluhan. Aku angguk kepala.

"Yunbi nak tengok Jungkook yer" kataku. Jin hanya mengangguk dan membiarkan aku pergi meninggalkan Jin dan V di ruang tamu.

V merapati Jin yang duduk di sofa.

"Hyung kita dalam bahaya" kata V. Kepalanya disandarkan di sofa.

"Kenapa?"

"Tadi salah satu dari mereka nampak aku larikan Yunbi. Aku rasa dia akan serang kita lagi" balas V.

"Kita siapkan apa yang patut. Lagipun tinggal beberapa malam lagi sebelum semuanya berakhir" kata Jin. Senyuman nipis terukir di bibirnya. V yang tadinya duduk bersahaja terus tegakkan tubuhnya.

"Beberapa malam lagi?" Tanya V tidak percaya.

"Yup. Aku dengan Rapmon dah ada plan dan kita kena pastikan mereka tak akan dapat Yunbi. Sebab Yunbi yang akan bawa kita keluar dari sini sebelum semuanya hancur" jawab Jin. V anggukkan sahaja kepalanya tanda faham.

"Pergi panggil yang lain. Kita kena bincangkan ni dan kita juga kena fikirkan plan B" arah Jin. V hanya akur dan terus bangun dari duduknya dan pergi memanggil yang lain. Jin tersenyum sendirian.

.

.

.

.

.

Aku masuk ke dalam bilik. Jungkook yang sedang terbaring lesu di atas katil aku pandang. Rasa bersalah pula dengan dia. Bukan setakat dia tapi dengan semua. Sebab aku diorang sakit. Aku ni pembawa malang ke apa?

Aku duduk di birai katil. Wajah Jungkook yang lena itu aku pandang. Kepalanya yang berbalut aku sentuh. Mesti sakitkan? Kesian Jungkook.

"Maaf Jungkook. Sebab saya awak jadi macam ni" aku tundukkan kepala. Jari Jungkook aku main.

"Dah tak ada kerja ke main jari aku?" Serta merta aku lepaskan jari Jungkook. Aku pandang Jungkook. Jungkook cuba bangun dari baringnya tetapi terbaring semula.

"Sakit" rengetnya. Perutnya dipegang.

"Dah tau sakit tetap nak bangun" aku muncungkan bibir.

"Muncung lagi bibir tu cium baru tau!" Ugut Jungkook. Aku kemamkan bibirku.

"Buatlah kalau berani!" Aku silangkan tangan.

"Aku boleh jer tapi keadaan tak mengizinkan" Jungkook pegang perutnya. Tiba-tiba rasa kasihan melihat dia sakit macam ni.

"Sakit?" Itu dia soal bodoh sudah keluar. Pandai kau Yunbi. Jungkook membuat muka menyampah.

"Sakitlah!"

"Ouh" aku anggukkan sahaja kepala. Nampak kejam kan.

"Tu jer?"

"Apa?"

"Tak apa lah" Jungkook tarik selimut sehingga menutup mukanya. Aku tarik selimut hingga paras hidungnya.

"Nak tidur ke?"

"Hmm"

"Alah jangan lah tidur"

"Kau kenapa jadi manja semacam ni?" Jungkook pandang wajahku. Aku pun tak tau kenapa aku jadi manja. Memang aku manja tapi dengan omma, appa dan halamonie jer.

"Mana ada manja" aku cuba menidakkan kebenaran.

"Lantaklah aku nak tidur" Jungkook kembali menarik selimut hingga menutup wajahnya. Aku mengeluh. Baru nak lepaskan rindu tapi dia nak tidur pulak. Aku hanya tengok Jungkook yang sudah lena. Dengkuran halus kedengaran.

Aku ke arah tingkap. Aku pandang bulan. Ada 2 bulan. Sebelum ni tak perasan pula ada 2 bulan. Selalu tengok ada 1 jer. Aku ke arah balkoni. Mataku tertacap pada sebuah tangga yang bersandar di dinding. Tanpa banyak fikir aku panjat tangga itu dan duduk di bumbung rumah. Bulan yang ada 2 itu aku pandang. Satu keluhan dilepaskan.

"Bila agaknya aku boleh keluar dari sini?"

"Yunbi"

TBC..

Di sini Candy nak tanya..

Siapa rasa nak candy habiskan cepat ff ni? (Mungkin lagi 2 part akan habis)

Siapa pula nak candy panjang kan lagi ff ni?(tak pasti berapa part)

Minta kerjasama..

Jimin sayang orang yang vote dan comment💕

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top