Prolog

Kedengaran bunyi retakkan retakkan kayu seperti ditebas dan dipijak yang berasal dari dalam hutan.

Bila di zoom in, rupa rupanya, ianya adalah 2 pemuda yang sedang mencuba meredah hutan dengan hanya berbekalkan 2 parang di tangan mereka masing masing.

"Weh Kaizo. Kau tak penat ke? Tangan aku dah rasa nak tercabut dah ni"

Salah satu dari mereka yang memiliki rambut kerinting pirang, meroyan tak tentu pasal akibat kepenatan sambil melibas parangnya dengan sesuka hatinya macam kanak kanak rebina tak dapat gula gula.

Dia bergelar Ramenman. Kenapa? Sebab rambut dia macam maggi.

"Kau diamlah lahanat. Aku penggal kepala kau sat gi baru tahu. Jangan main libas je parang tu lah setan! Kau nak bunuh aku ke apa?!"

Seorang lagi bersuara. Dialah yang disebut oleh Ramenman tadi, sebagai Kaizo. Mata warna merah saganya itu memang buat sesiapa sahaja kecut perut, terutamanya waktu tengah marah.

Tanpa sengaja, Ramenman terpijak kaki Kaizo menyebabkan Kaizo tersadung. Nasib tak terjatuh.

"WOI KEPALA MAGGI!!! KAU JALAN ELOK ELOK SIKIT TAK BOLEH KE?!?!"

Habis meletop sang Itik.

"Ala, sorry lah babi. Aku bukannya sengaja. Hutan ni sempit ok?!"

Dua jantan ni memang kerjanya bergaduh je.

Diorang sebenarnya dalam perjalanan ingin pulang ke rumah mereka, selepas berjaya mencari makanan di dalam hutan sana.

Mereka berdua sebenarnya adalah anak yatim, yang diselamatkan oleh seorang pengembara yang bergelar Maskmama.

Ramenman adalah anak tunggal, manakala Kaizo ada seorang adik dan seorang kembar. Si kembar bergelar Kassim, manakala sang adik bergelar Fang.

Mereka dah lihat Maskmana sebagai ayah kandung mereka, walaupun tiada hubungan darah sesama sendiri. Tapi Kaizo masih tak lihat Ramenman sebagai adik beradik dia.

"Cukup ke semua makanan yang kita petik ni? Aku takut tak cukup je. Kita kan ada 5 orang kesemuanya" Ramenman.

"Cukup. Tak kan lah 2 beg penuh ni tak cukup kot. Kau apa? Anak gajah?" Kaizo.

"Eh, kurang ajar anak beruk ni" Ramenman.

"Beruk beruk pun Tuan sayang aku" Kaizo.

"TUAN PUN SAYANG AKU LAH LAHANAT!!!"

Maka, mereka pun bergaduhlah sepanjang jalan.

Selalunya mereka tak pergi sejauh ni ke dalam hutan. Cuma disebabkan pokok biasa diorang petik buah belum berbuah baru lagi, jadi diorang pergi cari pokok baru.

Sambil sambil tu buru haiwan kecil yang diorang jumpa dalam perjalanan.

Boleh nampak dekat tangan diorang ada bekas darah dari buruan diorang.

Tiba tiba, sipi sipi di udara, Ramenman seperti ada terdengar suara tangisan.

"Weh mangkuk. Kau ada dengar tu tak?" Ramenman.

"Dengar apa?" Kaizo.

"Ada macam bunyi orang menangis" Ramenman.

Mendengar Ramenman berkata begitu, Kaizo terus sahaja meletakkan tangannya di telinganya, mencuba untuk mendnegar apa yang Ramenman dengar.

"Aku pun ada dengar bunyi tangisan. Tapi, ada satu lagi. Macam...... bunyi air terjun" Kaizo.

Bermaksud, ada sungai berdekatan dengan diorang. Tanpa berkata pada Ramenman, Kaizo terus berlari ke arah bunyi tangisan yang dia dengar itu.

"W-WOI BODOH!!! TUNGGU AKU!!!"

Ramenman pun mengejar Kaizo dari belakang.

Lari punya lari, Kaizo betul. Ada sungai di sana.

Tapi malangnya, dia tersadung batu dan jatuh tersembam.

Ramenman pula berjaya kejar Kaizo, tapi dah termengah mengah sebab kepenatan.

"Jap.... jap weh.... hah.... pa.... pancit jap....."

Ramenman mengangkat kepalanya, dan muncul perkaki empat di kepalanya selepas melihat keadaan Kaizo yang masih terbaring atas tanah dengan muka bercium dengan lantai.

"Yang.... yang kau ni, dah kenapa terpeleot atas tanah ni woi? Kotor babi" Ramenman.

"Kau diamlah mangkuk" Kaizo.

Kaizo akhirnya bangun, dan menyapu pergi semua tanah yang melekat dekat baju dia.

HUAHHHHHHHHHHHH!!!!

"Huh?! Suara tangisan tu lagi!" Ramenman.

Kali ni, suara tangisan itu semakin kuat. Bermakna, benarlah yang suara itu datang dari sana.

"Kau rasa dekat mana datang suara tu?" Kaizo.

"Lah, manalah aku tahu! Kau ingat aku ni peta ke apa?! Dora The Explore?!" Ramenman.

"Pergi mampos lah kau" Kaizo.

"Eh, mamat ni! Aku terajang kang!" Ramenman.

HUAHHHHHHHHHHH!!!!

Suara itu muncul lagi. Kali ni, Ramenman dengarnya lebih jelas. Di ekor matanya, dia terlihat sebuah sampan kayu tidak jauh dari mereka.

Terus sahaja dia berpaling kepalanya ke arah sampan itu.

"Aku rasa suara tu datang dari sana" Ramenman.

Tanpa buang masa lagi, mereka berdua berjalan ke arah sampan itu.

Perlahan lahan, mereka melihat ke dalam sampan itu.

Seorang bayi.























674 perkataan.

To be Continue.

Sambung or nah?

Author ingat nak buat buku ni dalam bahasa english. Tapi buat mamat dua ekor tu bergaduh dalam bahasa melayu lagi aesthetic 🗿✌🏻



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top