Chapter 1

Habis terkaku, terpaku, tersentak, terngaga lalu terkentut 2 sekawan itu.

Mana tak nya. Jumpa bayi tu. Bayi! Anak orang!

Kalau jumpa emas tak apa jugak AHAHAK-

Ok ok, gurau.

"W-weh?! Baby?! Anak sapa pulak yang sesat ni?!"

Ramenman memegang kedua dua belah bahu Kaizo sambil menggongcang gongcang badan Kaizo dalam keadaan panik.

Tumbuh perkaki empat di kepalanya, Kaizo menumbuk muka Ramenman, sampai dia terjatuh ke belakang dan terlepaskan bahu Kaizo.

"Kau ni tenang sikit boleh tak?! Manalah aku tahu anak siapa ni! Kau ada lihat aku mengandung ke?!" Kaizo.

"Ala, sorry lah. Sakit babi kau tumbuk muka aku" Ramenman.

"Padan muka" Kaizo.

Kaizo melihat kembali ke bayi tadi. Dia masih lagi tidak berhenti menangis.

Kaizo, perlahan lahan menghulurkan tangannya ke bayi itu, dan menyentuh tangan kecilnya.

Sesaat, bayi itu berhenti menangis, dan memegang jari Kaizo, sambil melihat ke wajah Kaizo. Kaizo terkedu melihat itu.

Wajah bayi itu habis dibasahi tangisannya. Matanya juga merah, seperti sudah lama menangis.

Entah apa yang merasuki dirinya, Kaizo perlahan lahan, mengangkat bayi itu dari dalam sampan, den mendukungnya.

"WAAAAAA!!!" sang bayi itu menangis kembali akibat terkejut Kaizo tiba tiba mendukungnya.

"Op- op- op, cup cup cup. Jangan nangis dik. Abang tak akan sakitkan adik ok?"

Kaizo berusaha memujuk bayi kecil itu agar tidak menangis. Panik lah jugak. Siap berpeluh dahi dibuatnya. Entah anak siapa dia jumpa tengah tengah hutam ni.

Selang beberapa saat, bayi itu sudah mulai tenang, dan tertidur di dalam dukungan Kaizo.

Ramenman pula bangun, dan melihat bayi yang tertidur di dukungan kawannya itu.

"Kesiannya. Kau rasa dah berapa lama dia macam ni?" Ramenman.

"Genggamannya lemah, sangat lemah. Badannya sangat ringan, tak macam bayi biasa. Mesti dah lebih kurang 2 hari dia terbiar di sini. Memang keajaiban dia masih lagi hidup" Kaizo.

Kaizo tahu, sebab dia pernah jaga adik dia, Fang. Jadi dia tahu sikit sikit pasal bayi.

"Kita kena bawak balik dia ke rumah" Kaizo.

"W-weh, tunggu. Kau biar betul? Entah anak siapa kita bawak balik ni, karang mak ayah dia marah kita macam mana?" Ramenman.

"Habis tu, kau nak biar je budak ni mati kelaparan dekat sini? Tak ada tanda tanda mak ayahnya ada di sini. Diorang mesti dah tak ada....." Kaizo.

"E-erm.... Ah, yelah! Tapi kalau jadi apa apa jangan salahkan aku!" Ramenman.

"Yelah, yelah-"

Tiba tiba, hujan mulai turun. Semakin lama, semakin lebat.

Dalam kelam kabut, Kaizo menanggalkan bajunya, dan menggunakannya untuk melindungi bayi itu dari terkena hujan.

Tanpa menunggu Ramenman, Kaizo membuka langkah, dan berlari meninggalkan Ramenman.

"Woi bodoh! Tunggu aku lah!" Ramenman mencapai kedua dua beg makanan mereka, dan berlari mengikuti Kaizo.

Kesian, asyik dia je kena tinggal AHAHAHAK-

Kaizo dan Ramenman berlari meredah hutan dalam keadaan hujan itu.

Walaupun dalam keadaan kelam kabut, yang hebatnya, bayi itu masih tertidur lena. Penat menangis lah tu kot.

Ramenman pulak dah semput kena bawak 2 guni penuh belakang dia sambil lari.

"W-weh, tunggu lah aku! Memang semput aku lama lama ken akejar kau hari hari macam ni!" Ramenman.

"Sebab tu lah kalau Tuan suruh berlatih, buat! Bukan pergi lari main dengan ayam dekat kampung! Kan dah tak aktif!" Kaizo.

"Dah kalau suruh pergi panjat pokok kelapa memang tak nya lah aku nak ikut! Pecah kepala aku nanti bodoh!" Ramenman.

"Pecah apa nya?! Suruh petik kelapa bawak balik je! Lepas tu bersilat gayung macam biasa! Hah, lepas tu keesokkan harinya mampos termakan racun tikus! Nasib ada buah kelapa lebih! Kalau tak, dah 7 kaki dalam dah kau!" Kaizo.

Sempat lagi gaduh mat. Memang dah tak ada harapan dah dua ekor ni.

Ramenman dah banjir satu dahi akibat kepenatan, tambah lagi dengan hujan. Dia dah nampak masa depan dia demam lepas ni.

"Kalau aku mampos lepas ni, pastikan tanam aku sebelah kubur Mak Jah" Ramenman.

Mak Jah tu ayam yang dia pernah belah tapi mati terjatuh dalam perigi.

"Tak de nya kau mati lah mangkuk. Demam je pun. Macam lah kau tak pernah pengsan terbaring atas katil 3 hari macam tak ada hari esok sebab demam panas" Kaizo.

5 minit berlari tanpa henti, akhirnya sudah kelihatan rumah mereka dari jauh.

"R-rumah!!!" Ramenman.

Nampak sahaja rumahnya, terus semua penat lelah hilang, sampaikan dia berlari melintasi Kaizo yang memang lebih laju darinya itu.

Dia menghulurkan tangannya ke depan, ingin mencapai tombol pintu, dan, tiba tiba.........

.
.
.
.
.

KEDEBUSSSHHHH!!!!

Pintu rumah itu tiba tiba terbuka dari dalam, menyebabkan Ramenman terlajak, terpeleset masuk ke dalam rumah dan tersadung jatuh menimpa bumi.

"Adoii......."  Ramenman.

Muka bercium dengan lantai mat. Mana tak sakit tu. Dah lah lantai kayu.

"Hah! Balik pun!"

Seseorang lagi bersuara dari balik pintu. Dialah gerangan yang pergi buka pintu dari dalam akibat nampak 2 ekor tu melulu ke arah rumah dari tingkap.

"Lama aku tunggu. Dah lah dengan hujan lagi. Korang berdua pergi mana sampai lambat sangat balik ni?"

Ramenman mengangkat kepalanya dan memandang nya dengan wajah dendam seabad.

"Kau ni dah kenapa Kassim? Kena rasuk?" Ramenman.

"Rasuk terkorok hang lah bodoh" Kassim.

Hah, dialah Kassim, adik kembar Kaizo. Muka memang sebijik dengan kembar dia tu. Mata merah, rambut ungu gelap, dan wajahnya.

Yang membezakan mereka hanyalah Kaizo ada parut di pipi kirinya akibat bergaduh dengan budak kampung lain sebab curi kompang dia.

Kassim juga mengikat kain di kepalanya sehingga bahagian rambung panjang tengah di dahinya diselak kebelakang, meninggalkan dahinya kosong tanpa rambut, tak macam Kaizo.

"Kassim!" Kaizo akhirnya sampai ke pintu rumah. Dia berhenti kejap, tarik nafas. Pancit lari tak berhenti dari tadi.

"Hah, Kaizo! Sampai pun! Lama aku tunggu!" Kassim berjalan ke arah kembarnya.

"Dapat buah banyak? Aku terfikir nak masak Pai buah malam ni-" tak sempat dia habiskan ayat dia, dia terpandang bawah, dan terlihat bayi yang berada dalam dukungan Kaizo.

"W- woi woi woi! Anak sapa kau culik ni setan?!?!" Riaksi sama macam Ramenman, Kassim pun terkejut lihat bayi yang ada dukungan kembarnya itu.

"Mana lah aku tahu! Aku dengan si kepala maggi ni jumpa dia dekat dalam sampan dekat sungi dalam hutan sana. Tak ada tapak kaki lain selain kitorang, bermakna, kemungkinan besar ibu bapanya dah tak ada" Kaizo.

Kassim memberi pandangan kedua ke bayi itu semula. Dia memang nampak sangat kurus, tak macam bayi yang sepatutnya.

"Kecilnya dia...." Kassim.

"Dia ringan. Ringan sangat. Mesti dia dah terbiar lama dalam sampan tu....." Kaizo.

"Apa kita nak buat ni?" Kassim.

"Tuan dekat mana?" Kaizo.

"Dekat ruang tamu" Kassim menunjukkan jarinya ke arah ruang tamu rumah itu.

"Thank you" Kaizo terus berlari ke arah ruang tamu.

.
.
.
.
.
.
.

Camera berubah ke ruang tamu rumah itu, kelihatan seorang lelaki muda, dalam lingkungan awal 20-an tahunnya, sedang duduk di atas sebuah kerusi kayu, sambil membaca selembar surat khabar.

"Tuan!"

Kaizo melulu masuk ke ruang tamu, dan berlari mendekati lelaki itu.

Dialah Maskmana.

"Ya, Kaizo. Kenapa-oh....."

Maskmana melihat bayi di tangan Kaizo, dengan basah kuyupnya kedua dua mereka.

"Tuan, tolong saya....."

Maskmana bangun dari kerusinya, dan berjalan mendekati Kaizo. Dia melutut di depannya, sehingga paras bayi di tangan Kaizo.

"Mana Kaizo jumpa dia?" Maskmana.

"Dekat sungai dalam hutan sana semasa perjalanan balik, dalam sampan" Kaizo.

"Dia berseorangan?" Maskmana.

"Ya. Tak ada tanda tanda orang lain ada berdekatan dengan sungai itu, mahupun dekat dengan sampan budak ni" Kaizo.

"Hm...... KASSIM!!! RAKASH!!! SINI KEJAP!!!"

Maskmana memanggil kedua dua budak lagi itu.

Rakash adalah nama sebenar Ramenman. Cuma Ramenman tu nama ejekkan yang diberi oleh Kaizo kepadanya.

Nama sebenar Maskmana sendiri adalah Merle. Cuma digelar Maskmana sebab dia suka pakai topeng muka ketika mengembara.

Kedua dua budak itu pun berlari ke arah ruang tamu selepas dipanggil oleh Maskmana.

"Y-ya Tuan! Kenapa?!" Ramenman dah macam budak tak tentu arah sebab masih lagi semput, tak cukup rehat selepas berlari sepanjang jalan balik ke rumah tadi.

"Tolong. Budak ni" Maskmana.

Kassim dan Ramenman faham maksud Maskmana, dan mengangguk.

"Kassim, kamu tolong tuangkan susu ke dalam cawan, dan tolong kisarkan buah yang Rakash dan Kaizo dah bawak balik untuk bagi bayi ni makan" Maskmana.

"Baik tuan!" Kassim.

"Kaizo dan Rakash pulak, tolong mandikan budak ni ya. Saya pulak akan buatkan baju untuk bayi ni" Maskmana.

"Baik!" Kaizo dan Ramenman.

.
.
.
.
.
.
.

Skip sebab Author malas, ohok-

Setelah selesai memandikan bayi itu, Kaizo dan Ramenman bawa bayi itu ke Maskmana, dan berinya baju baju, dan bawanya ke Kassim pula, yang dah sedia dengan susu dan makanan bayi yang dia buat dengan buah kisar.

"Sebut ahhhhhhhh!" Kassim menghulurkan suduh penuh buah kisar ke depan muka bayi itu.

Bayi itu ketawa, dan membuka mulutnya. Kassim pun memasukkan sudu itu ke dalam mulut bayi itu.

"Budak baik!" Kassim.

"Korang rasa, apa patut kita namakan budak ni?"

Ketiga tiga mereka melihat bayi itu yang masih sibuk menelan makanannya.

Disebabkan tiada tanda tanda dia masih ada ibu bapa, Maskmana memilih untuk membawa masuk bayi itu ke keluarga kecilnya itu juga.

Cuma, masalah sekarang adalah nama.

Tiba tiba, datang bunyi dari arah pintu masuk ke dapur.

"Erm..... Abwang.... apa bunyi bwising bwising ni......"

Seorang kanak kanak berusia 4 tahun muncul dari muka pintu. Dia memiliki warna rambut dan mata yang sama dengan Kassim dan Kaizo.

Dialah adik mereka, Fang.

"Pang! Bangun pun kamu!" Kassim.

"Apa abwang abwang buat tu?" Fang.

"Pang...." Kaizo mengangkat bayi itu dan berjalan ke arah Fang, dan melutut di depannya.

"Inilah adik baru kamu mulai saat ini" Kaizo mendekatkan bayi itu ke Fang.

Fang terdiam, memandang bayi itu. Fang mengangkat tangan kecilnya, dan mendekatkannya ke tangan bayi itu.

Bayi itu memegang tangan Fang sambil ketawa.

"Adik... saya?" mata Fang membulat, bersinar. "Tuan Maskmanwa mengandung kwe?"

"Bu-bukan macam tu!" Kaizo hampir terlepaskan bayi itudari tangannya sebab terkejut mendengar jawapan Fang.

Yang lagi 2 tu pulak tengah tahan ketawa sebab jawapan mengejut Fang itu.

"Apa apa pun, dia ada keluarga kita sekarang" Kaizo tersenyum, memandang bayi itu.






























1595 perkataan

Ohohohoho- Author ada lukis Boboiboy dan Reverse yang dekat buku EAC Author! Ini dia!

Dan Author ada buat video dengan Beliung! Ini dia!

Sambung or nah?

Ok, tata titi tutu~ pergi dulu- *lesap jatuh tangga*

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top