thejeon. 30

***

Hari terus berlalu dan malam ini adalah hari kelahiran anak dalam kandungan Haemi. Perempuan itu terus bertahan hidup bersama keyakinan bahawa Jungkook masih lagi peduli tentangnya. Sekarang hanya ada Jessica dan Hansol.

Jessica sudah pun dianggap sebagai unnienya sendiri , yang menjaganya sehingga ke hari ini. Bahkan Jessica sanggup menundakan kerjayanya hanya untuk berjumpa dan merawat Haemi.  Jessica sendiri akan memberikan informasi ini kepada Jungkook walaupun tidak disuruh Haemi.

"Dia perlu tahu kalau anaknya dah lahir!" Kata Jessica gembira , sedangkan Hansol hanya diam.

Jessica yang senyumannya mengembang tiba-tiba hilang apabila melihat seorang lelaki mendekati mereka berdua.

"Awak datang Wonwoo?" Soal Jessica separuh tidak percaya.

"Aku akan mewakili Jungkook" jawab Wonwoo

Jessica tersenyum tipis lalu memberikan ruang untuk Wonwoo duduk , namun Wonwoo lebih memilih untuk bersandar di dinding.

"Awak tak bersama Jungkook?" Soal Jessica , Wonwoo melipatkan kedua tangannya di dada sambil memandang Jessica yang setahun lebih tua darinya. Perempuan itu memilik sifat seperti Yoongi namun keras kepala seperti Wonwoo.

"Aku tak nak menganggu kebahagiaan Jungkook"

"Menganggu kebahagiaan? Macam mana boleh ? Dia appanya , dia patut tahu" sindir Jessica.

Bercakap dengan Wonwoo selalu membuat kepalanya sakit , Wonwoo begitu keras kepala. Tidak pelik kalau sampai sekarang lelaki itu tidak berkhawin , siapa yang nak dengan lelaki keras kepala dan ego tinggi sepertinya?

"Lagi pun dia dah putuskan untuk mempertahankan perkhawinan tu dengan Shanon" kata Wonwoo.

"Perkhawinan bodoh tu? Dengan perempuan yang jelas-jelas sukakan awak?" Soal Jessica.

Wonwoo terkedu , satu lagi kehebatan Jessica. Dia dapat mengetahui semuanya , kadangkala sia-sia sahaja menyimpan rahsia darinya. Jujur Jessica lebih menyeramkan dari Yoongi. Memang kadang-kadang perempuan itu menakutkan bukan? Seperti Shanon yang melakukan apa-apa sahaja untuk Wonwoo dan Haemi yang tetap bertahan walaupun dia berjalan di atas jalan berduri.

"Makluk pelik" keluh Wonwoo.

Jessica lantas bangun apabila seorang doktor mendekati mereka.

"Macam mana doktor?" Soal Jessica.

"Kamu semua keluarganya?" Soal doktor itu.

"Saya unnie dia!" Kata Jessica tidak sabar.

Doktor itu melirik ke arah Wonwoo sekilas , mungkin mengira lelaki itu adalah suami Haemi.

"Omma dan anak nya dalam keadaan sihat"

"Syukurlah!"

Jessica menghela nafas lega , begitu juga dengan Hansol. Sedangkan reaksi Wonwoo semakin dingin. Jujur saja kalau selama perjalanan dia datang ke hospital dia mengharap Haemi mati dalam keadaan bersalin , dia boleh mengambil anak itu untuk Jungkook.

"Anaknya lelaki , tahniah ye" kata doktor itu sambil tersenyum.

"Boleh saya masuk?"

"Selepas kami memindahkan nya ke ruang rawatan , kamu boleh melihatnya"

Doktor itu menunduk hormat lalu pergi dari situ. Jessica tersenyum bahagia dan menyuruh Hansol memberitahukan hal ini kepada Yoongi. Jessica juga akan memberitahu hal ini kepada Jungkook setelah Wonwoo tiada di sekitarnya.

"Awak dah tahukan keadaannya , awak dah boleh balik sekarang dan bagitau pada Jungkook yang dia telah jadi seorang appa" sindir Jessica.

Wonwoo berdiri tegak "Aku pergi dulu"

"Pastikan awak jangan kembali lagi sampai menyeret Jungkook datang sini" balas Jessica

Aura di sekeliling mereka dingin , akhirnya Hansol mendekati Jessica memberitahu bahawa mereka sudah boleh melihat Haemi.

***

"Hari ni awak yang cuci pinggan kan?" Soal Shanon

"Aku? Bukan kau ke?" Soal Jungkook pelik

"Perlu ke saya buatkan jadual dan tampalnya di peti hmm?"Soal shanon

Jungkook ketawa dan akhirnya mengangguk kepala. Shanon tersenyum lalu mengangkat pinggang dan diletakkan di dalam sinki. Dia mencuci tangan namun terhenti apabila sepasang tangan memeluknya dari belakang.

Wangian lavender , kata Jungkook dalam hatinya.

"Jungkook..?"

Tidak ada jawapan , dan Jungkook mencium leher Shanon. Membuatkan shanon sedikit melemas. Jungkook menggendong tubuh ramping Shanon lalu mendudukkannya di atas meja. Jungkook mencium lembut bibir Shanon.

Malam itu , malam pertama di mana anaknya lahir ke dunia dan juga akan menjadi malam pertama sebagai seorang suami untuk shanon.

Namun tiba-tiba phonenya bergetar , membuatkan aktivitinya tersekat di situ. Jungkook menunduk kepala lalu mengeluh.

Dia menjauhkan tubuhnya dari Shanon lalu mengeluarkan phonenya , satu mesej dari Jessica. Di dalam itu ada sekeping gembar , seorang bayi yang comel yang tengah memejamkan matanya

Itu anak awak , Tuan Muda Jeon.

Jessica memanggilnya dengan Tuan Muda ini bermaksud moodnya kurang baik. Dia memandang Shanon muncul rasa sesal.

"Awak akan ke hospital?" Soal Shanon yang sempat melihat phone Jungkook.

"Apa yang perlu aku buat?" Soal Jungkook balik.

"Jumpa dia"

Jungkook terdiam sesaat lalu membetulkan pakaiannya. Dia memutuskan untuk pergi ke hospital untuk berjumpa Haemi. Shanon menghela nafas melihat Jungkook keluar dari rumah itu.

"Aku rasa aku akan mengakhiri perkhawinan ni"

Shanon meraih phonenya lalu menghubungi seseorang.

"Saya akan mengakhiri semua ini , walaupun saya yang akan menanggung akibatnya" kata Shanon pada seseorang di seberang sana.

Shanon memejamkan matanya , kalau dia tidak dapat bersama dengan Wonwoo. Maka dia akan menyerah kalah cukup sampai di sini.

Dia akan memutuskan untuk mempertemukan Jungkook pada omma kandungnya.

***

"Di mana bilik rawatan Min Haem?" Soal Jungkook pada petugas hospital.

"Mohon tunggu sebentar , Tuan Jeon" bahkan petugas itu mengetahui Jungkook.

"Jungkook"

Suara panggilan itu membuatkan Jungkook berpaling ke belakang dan itu adalah Yoongi. Melihat Yoongi membuatkan dia mendidih kepanasan , mengingati macam mana dia melarikan Haemi daripadanya.

"Yoongi , di mana Haemi?"

"Aku fikir kau tak datang" sinis Yoongi.

"Kau yang larikan dia daripada aku , kau tahukan kalau aku takkan lepas dia"

"Aku rasa kau berjaya buatkan Haemi sengsara walaupun sekejap"

Mendengar itu membuatkan Jungkook mengepalkan tangannya. Kalau saja ini bukan tempat umum , sudah pasti dia akan menumbuk muka kacak Yoongi dengan kuat.

"Yoongi , macam mana dengan makan tengahari? Apa yang awak belikan untuk saya?"

Sekarang suara lain datang , dan kali ini suara Jessica. Jessica menyedari bahawa mereka sekarang tidak dalam keadaan baik.

Jessica menghela nafasnya dan memandang Yoongi seolah berhenti membuat Jungkook kepanasan

"Jungkook , saya akan bawa awak jumpa Haemi" kata Jessica.

Jungkook mengikuti langkah Jessica dari belakang sedangkan Yoongi berjalan dengan perlahan di belakang mereka.

"Jungkook , jangan masuk dulu. Biar saya dan Yoongi dulu masuk"

Jungkook tidak mengatakan apa-apa , dia berdiri di depan pintu sambil mengintip di tingkap pintu. Kelihatan Jessica sedang menggendong bayi di dalam pelukannya.

Ada rasa hangat di dadanya.

Sementara di dalam sana , "uhm , Haemi lebih baik saya beritahu hal ini pada Jungkook?" tanya Jessica

"Entahlah , saya tak yakin. Dia dah ada isteri dan.."

"Dia tetap appanya" kata Jessica sambil melirik bayi di dalam pelukannya.

Haemi diam , lalu dia memandang Jungkook yang sedang berdiri di luar pintu wad . Air matanya hendak mengalir , sumpah dia amat merindukan lelaki itu. Namun buat masa sekarang hatinya menolak untuk bertemu dengan Jungkook.

Sementara itu , Yoongi memandang skrin phonenya. Ternyata Tuan Jeon dari tadi lagi cuba menghubungi nya.  Yoongi keluar dari bilik itu menghiraukan Jungkook yang berada di luar.

***

Pang.

Tamparan kuat itu mampu membuatkan bibir perempuan itu terluka. Namun perempuan itu tetap berdiri di situ tanpa mengundur selangkah pun.

"Kamu lupa posisi , Shanon!"

Perempuan itu adalah Shanon William.

"Bukan ke appa dah buang saya?" Soal Shanon.

"Seharusnya kamu bersyukur kerana  keluarga Collins menjaga kamu"

"Bersyukur?" Soal Shanon

"Kamu boleh menjadi pendamping yang bagus untuk Jungkook"

Shanon menghela nafas kemudian tersenyum tipis. Memang sejak dari awal dia memang seperti patung. Namun lebih rendah posisi dari Wonwoo.

"Appa cakap semua ni untuk kebaikan Jungkook? Tapi kenape appa tak bagitau dia di mana omma kandung dia yang sebenar?" Balas Shanon.

Suasana di dalam bilik itu menjadi dingin dan menegang sekarang.

"Kehadiran ommanya sekarang tidak berguna"

"Macam mana dia seorang anak dan sekarang telah menjadi seorang appa?"

"SHANON! appa peringatkan kamu!"

"Appa bahkan memancing Min Yoongi dalam permainan ini. Appa memanfaatkan keluarga appa juga. Sesuai ke kalau anda disebut sebagai seorang appa?"

Rahang Tuan Jeon mengeras.

Tuan Jeon menghubungi petugas keamanan untuk menghalau Shanon dari bilik itu. Dia teringatkan bahawa Yoongi akan datang dalam waktu 15 minit lagi. Lalu dua orang petugas keamanan masuk.

"Bawa perempuan tu pergi!" Perintah Tuan Jeon.

"Saya boleh pergi sendiri!" Bentak Shanon lalu dengan kasar menghempaskan tangan dua petugas itu untuk melepaskan tangannya.

Shanon berbalik lalu berjalan keluar dari tempat itu.

Sementara itu Tuan Jeon terdiam di kerusinya. Sekarang dia perlu mencari cara lain untuk menyingkirkan Haemi dari kehidupan Jungkook dan menghalang Jungkook dari bertemu dengan omma kandungnya.

"Mengahwini Taehyung dengan Haemi sudah tidak akan berguna lagi , satu-satunya cara adalah menghapuskan perempuan itu dari dunia ini secepatnya"

TO BE CONTINUE

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top