thejeon. 23

***

Hari pertama permainan yang dibuat Haemi akan bermula. Jungkook perlu bersikap seperti seorang suami. Haemi sudah pun menyiapkan sarapan pagi dan tambahan hari ni adalah hari cuti bagi Jungkook. Kebiasaannya walaupun hari cuti Jungkook akan membuat kerja di bilik kerjanya , namun hari ni tiada istilah kerja.

Janji adalah janji

Dan Jungkook sebagai seorang lelaki perlu memenuhi janji seperti apa yang diminta Haemi.

"Saya dah siapkan sarapan" kata Haemi sambil tersenyum lalu menghidangkan makanan di atas meja makan , Jungkook sudah pun bersiap sedia di situ. Pagi ini Jungkook melihat Haemi memakai dress putih selutut dan mengikat rambut coklatnya , amat simple namun itulah cara pemakaian ideal type Jungkook. Hal yang jarang Jungkook jumpa di kalangan perempuan lain , perempuan lain disekitar menggoda Jungkook dengan pakaian yang seksi dan Jungkook tidak menyukainya.

"Baguslah" balas Jungkook dengan kaku.

Kalau bersarapan dengan Haemi , Haemi akan menyediakan segelas susu hangat , kalau tidak Jungkook akan minum kopi dan air mineral sahaja.

Jungkook duduk dengan tenang sambil menikmati makanannya , begitu juga dengan Haemi. Tiada perbualan di antara mereka , sehinggalah Jungkook habis makan. Lelaki itu mendekati Haemi lalu berdiri tepat di samping Haemi , membuatkan Haemi memandang nya.

Satu ciuman singkat di bibir Haemi cukup membuatkan Haemi membeku seketika.

"Aku fikir kau mahukannya , morning kiss"

Kata Jungkook di telinga Haemi lalu berlalu pergi dari situ , masuk ke biliknya.

Haemi menyentuh bibirnya lalu tersenyuman , mukanya pasti sudah merah.

***

"Jom keluar bersiar-siar!" Ajak Haemi sambil memandang Jungkook yang duduk di sampingnya dengan tablet di tangan.

Jungkook melirik Haemi "Kau serius?"

"Jomlah , awak tahu kan anak kita.."

"Anak kita?"

"Jangan macam tu Jungkook , kan ni anak kita. Awak appa dia dan saya omma dia"

Haemi mengingati Jungkook yang membalas dengan anggukan perlahan.

"Jadi saya bebas bermanja dengan awak dan awaaakk sebagai suami yang baik , awak tahu kan tugas awak?"Soal Haemi

"Hanya ikut kemahuan kau je kan?" Soal Jungkook balik.

"Betul Tuan Muda Jeon , takkan lah awak nak bersikap marah dan kasar kan?"

"Kalau aku jadi suami Shanon? Mesti tak"

Haemi tersenyum paksa apabila mendengar nama Shanon keluar dari mulut Jungkook. Rasa cemburu mula timbul namun Haemi berusaha mencegahnya.

Kalau dia dan Jungkook berjumpa dengan cara yang elok.

Kalau dia dan Jungkook tidak berada dalam hubungan serumit ini.

Kalau dia dan Jungkook saling mencintai dengan cara benar.

Kalau dia dan Jungkook berkahwin dalam dunia nyata.

Kalau dia dan Jungkook dalam hubungan suami isteri dan sedang bahagia menunggu anak pertama mereka.

Kalau dia dan Jungkook..

Tanpa sedar air mata Haemi mengalir keluar , dia tersenyum tipis sambil mengingati peristiwa indah yang akan berlaku dalam masa 10 hari.

"Kenape kau nangis? Sakit?" Soal Jungkook mula risau.

Haemi menggeleng kepala sambil tersenyum , dia menyimpan bahagiannya sendiri.

"Kau yakin kau tak de pape?" Soal Jungkook sekali lagi.

"Saya okay , Jungkook"

Haemi meyakinkan dan kembali tersenyum.

"Aku akan berusaha sebaik mungkin untuk jadi suami kau" kata Jungkook dengan yakin.

"Gembira mendengar , bukan saya seorang tapi anak kita juga gembira"

Mendengar kata-kata itu membuatkan Jungkook tersenyum

"Jadi bila kita akan keluar?" Soal Haemi penuh berharap.

"Bersiaplah , kita akan bertolak 20 minit lagi"

Mendengar kata-kata Jungkook membuatkan Haemi melompat gembira dan memeluk Jungkook lalu Haemi menuju ke biliknya untuk menukar pakaian.

Meninggalkan Jungkook yang tersenyuman manis yang pernah ditunjukkan . Setidaknya mereka merasakan bahagia bersama.

***

Jungkook memandang dua keping tiket wayang di tangannya dengan tidak percaya. Haemi baru sahaja membeli tiket filem panas.

"Kau yakin kita akan tengok cerita ni?"

"Kenape? Mina kata cerita dia bagus"

"Kau dah tenguk siri pertama?"

"Ah , tak lagi"

Jungkook membeku di situ , Haemi mengajaknya menonton cerita ini bahkan cerita ini di siri pertama belum lagi dilihatnya.

"Apa yang Mina ceritakan?" Soal Jungkook sambil memberikan minuman kepada Haemi

Haemi berdiri di samping Jungkook sambil mengingati apa yang diceritakan Mina.

"Mina kata kalau cerita ni menceritakan tentang CEO muda yang kaya jatuh cinta pada seorang perempuan miskin , lalu kehidupan mereka rumit"

"Ya ,ya dan sedikit panas"

"Panas?"

"Macam tu lah"

"Saya tak faham"

Reaksi Haemi membuatkan Jungkook setengah malu dan malas.

"Dah la , kau akan tahu juga nanti" putus Jungkook lalu merangkul pinggang Haemi pergi dari situ

***

"Euhm , maaf" kata Haemi apabila cerita yang ditonton mereka selesai.

Jungkook menghela nafas lega lalu memandang Haemi yang muka memerah

"Ah , sudahlah. Mari pergi makan"

Haemi mengangguk setuju , macam mana Mina boleh memberikan dia cadangan untuk menonton cerita yang terlalu banyak scene lucah? Haemi menghela nafas kesal.

Bruk.

Tanpa sengaja , seorang perempuan berjalan dengan cemas dan tertolak Haemi dan hampir Haemi jatuh dari tangga namun sempat dipegang Jungkook.

Jungkook mengepalkan tangannya dan memandang perempuan tadi yang kini berjalan jauh. Haemi yang melihat nafas Jungkook yang tidak teratur lantas memegang tangan Jungkook.

"Sabar , saya okay je"

"Kalau kau jatuh tadi mana mana? Bukan kau je yang luka tapi anak kita juga" kata Jungkook dengan kesal.

Haemi tersenyum lalu memaut lengan Jungkook dan mencium pipi Jungkook.

"Dah okay?" Soal Haemi dengan lembut.

Jungkook hanya diam dan membiarkan Haemi memaut lengannya sehingga ke perjalanan.

***

"Saya nak naik roller coaster!" Kata Haemi dengan setengah jeritan gembira

Jungkook sudah berulang kali melarang Haemi bermain permainan ekstrim kerana dia sedang mengandung. Namun berulang kali juga Haemi memaksanya.

"Aku rasa anak kita seorang lelaki" kata Jungkook sambil menghulurkan gula-gula kapas yang besar kepada Haemi.

"Kenape? Awak nak anak lelaki?"

"Aku takde masalah lelaki atau perempuan , tapi cuma aku nak mereka sihat dan sempurna"

"Awak betul"

"Aku selalu betul"

Haemi ketawa , membuatkan Jungkook memandangnya dengan pelik dan risau. Haemi pelik kebelakangan ini , selalu mudah ketawa mac budak dan sangat bersemangat. Mungkin ini kerana efek anak yang sedang dikandungnya.

"Kenape?"

"Perbualan ni , rasanya macam kita ni memang pasangan suami isteri yang betul"-

Jungkook tersenyum lalu merangkul pinggang Haemi.

"Kita naik merry-go-round je lah , sambil tengok pemandangan"

Mereka berdua mula menuju ke permainan itu

"Hati-hati"

"Tapi saya takut ketinggian , Jungkook"

"Tenang , aku ada dengan kau"

Jungkook menolong Haemi masuk ke dalam tempat duduk dengan susah payah

"Tuan , tolong jaga isteri anda , nampaknya dia takut ketinggian" kata si penjaga

"Baiklah"

Petugas itu menutup pintu dan permainan itu mula bergerak secara memusing.

"Kau takut?"

"Si-sikit"

Jungkook tersenyum , "Jom , pegang baju aku"

Haemi dengan terketar-ketar memegang baju Jungkook menyuruh Haemi bangun dari duduk.

Kedua mereka melihat pemandangan indah Korea , banyak lampu warna warni kelihatan. Haemi terpukau untuk beberapa saat sehingga akhirnya dia membeku apabila sepasang tangan melingkari pinggangnya.

"Jungkook.."

"Aku cuma taknak kau kedinginan"

Tidak ada perbualan lagi di antara mereka berdua. Keduanya seolah hanyut dengan keindahan di depan mata mereka.

Air mata Haemi kembali turun , kali ini bukan air mata kesedihan melainkan kegembiraan

TO BE CONTINUE

Vote [/]
Comment [/]

KsJin_Taehyung

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top