thejeon. 22
***
Yoongi memainkan gelas kristal dalam genggamannya sambil memandang kosong ke luar dinding kaca yang menyajikan keindahan pemandangan Tokyo. Yoongi sedang menunggu sesuatu.
Drrrttt Drrrttt
Phonenya bergetar dan satu panggilan masuk , nama Ji Hansol tertera di skrin phonenya.
"Ada apa?"
"Para tertinggi pengusaha sudah bersedia memberikan Tuan Muda Min beberapa persen saham , namun bukan The Jeon Corporation"
Mendengar itu membuatkan senyuman di bibir Yoongi melebar. Dia meneguk wine putihnya yang dia bawa jauh-jauh dari Korea.
"Dan saya dah transfer wang sebanyak 20 juta USD ke akaun atas nama Min Haemi"
"Kau ada kat mana sekarang?"
"Airport"
"Kau tak perlu datang ke Japan , Ji Hansol. Aku nak kau awasi keluarga Jeon dan khususnya Min Haemi"
"Baik Tuan"
Jaringan telefon itu terputus , Yoongi tersenyum sambil memutarkan kerusinya lu bersandar. Dia sudah lama menantikan saat-saat ini , di mana Wonwoo akan mempertahankan segala hal yang berhubung keluarga angkatnya. Tentu dia akan bermain dengan Jungkook sebagai ganti kerana kelemahan keluarga Jeon adalah Jungkook. Yoongi mempunyai masalah peribadi dengan Wonwoo dan sekarang tiba masa dia bertindak.
"Aku cuma nak tahu macam mana reaksinya apabila mainannya di ambil orang lain"
***
Haemi memandang phonenya dengan separuh tidak percaya , satu mesej masuk yang mengatakan bahawa akaun bank nya telah dimasukkan duit sebanyak 20 juta USD. Dan dia sudah menerima apartmen mewah yang baru.
Haemi terbaring di sofa panjangnya , teringat kembali kenangan indah bersama Jungkook.
Hari pertama perjumpaan mereka , Jungkook begitu dingin dan bahkan Haemi merasa dirinya tidak wujud ketika bersama lelaki itu. Tapi Jungkook ada cara tersendiri untuk membuat hati Haemi sedikit terusik. Yang tersentuh adalah ketika Jungkook menolongnya merawat lukanya biar pun hanya sekadar merendamkan tangannya ke dalam air. Di saat mereka menghabiskan masa waktu makan malam bersama , ada je yang tidak di puas hati Jungkook tentang masakannya.
Dan sekarang semuanya hilang. Mengenangkan semua itu membuatkan dadanya terasa sesak. Tanpa sedar air matanya mengalir perlahan , dia bahkan sudah tidak tahu sudah keberapa kali dia menangis hanya kerana lelaki itu.
"Tak boleh ke awak dapat rasa kehadiran saya ? Biar pun sekejap?" Kata Haemi dengan lemah.
Dan yang paling diingati Haemi , dia mendapat berita dari Hansol bahwa majlis perkhawinan Jungkook dan Shanon akan berlangsung lebih kurang 17 hari lagi.
"Aku akan bertahan selama 7 hari kedepan untuk bayi ni , dia perlu rasa kehadiran appanya biarlah walaupun sekejap" kata Haemi sambil mengusap lembut perutnya.
"Kau belum tidur?"
Jungkook berdiri di hadapan Haemi dengan tatapan datar yang biasa.
"Saya belum mengantuk"
"Kau tak boleh tidur terlalu lewat"
"Saya tahu"
Jungkook memutuskan untuk duduk di sofa sambil melonggarkan tali lehernya.
"Macam mana dengan persiapan perkhawinan tu?" Soal Haemi perlahan.
"Berjalan dengan baik , Junghyuk dan Taehyung yang uruskan"
"Baguslah"
"Aku tahu keluarga aku sedikit kejam , aku akan belikan kau satu apartment lain. Aku akan tanggung semua hal"
"Macam mana bayi ni?"
"Dia anak aku , dia akan ikut aku"
"Tapi dia juga anak saya , saya omma dia"
"..."
Tidak ada perbualan untuk beberapa saat , sehingga akhirnya terdengar penebusan nafas Haemi dan ketawa kecilnya.
"Dia akan aman bersama saya"
"Kau betul"
Haemi tersenyum sambil membetulkan posisinya menghadap kaca dengan betul. Hal kegemarannya apabila dia terasa sepi dan sedih.
"Jungkook , awak masih ada masa 17 hari , macam mana kita buat satu permainan?"
"Permainan?"
"Nae , permainan selama 10 hari. Awak perlu ikut apapun yang saya kata"
Jungkook memandang Haemi dengan curiga.
"Hanya 10 hari , awak perlu bersikap seperti suami saya. Setelah itu awak akan sibuk dengan perkhawinan tu dan saya tidak akan ganggu"
"Jangan bergurau Haemi"
"Saya serius , sebagai ganti. Saya akan tunaikan 2 permintaan awak"
Kali ini Haemi bersungguh berusaha menyakinkan Jungkook. Tanpa sedar Jungkook mengangguk kepala dan membuatkan Haemi tersenyum gembira. Jungkook sedikit terkejut dengan senyuman Haemi , sudah lama dia tidak melihat senyuman itu.
"Jadi , apa permintaan awak?" Soal Haemi sambil menghadap Jungkook
"Berhenti jadi seorang model"
"Tapi tu pekerjaan baru saya"
"Kau sedang mengandung"
"Okay , saya akan buat dan yang kedua?"
"..."
Tidak ada apa-apa yang keluar dari mulut Jungkook. Mereka saling bertukar tatapan sehingga Jungkook mencium bibir Haemi dengan lembut. Tidak ada paksaan atau nafsu di situ.
"Jangan..Jangan pernah jalinkan hubungan dengan lelaki mana pun"
Haemi tersenyum tipis mendengar permintaan kedua Jungkook.
Jujur saja , tanpa diminta Jungkook pun dia tidak akan pergi dengan lelaki lain.
"Aku letih" kata Jungkook tiba-tiba
Haemi tersenyum lalu mengubah posisi duduknya , "tidurlah"
Jungkook segera merebahkan badannya dan meletakkan kepalanya di atas paha Haemi. Dengan perlahan Jungkook tertidur dan Haemi menghela nafasnya.
DOUBLE UPDATE
Vote [/]
Comment [/]
KsJin_Taehyung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top