thejeon. 20
***
"Kita akan melakukan iklan dengan seseorang model yang sama sekali belum pernah muncul di media. Iklan ini akan berkait dengan semua bidang usaha kita. Dia akan mengenakan semua produk kosmetik dan pakaian kita , dan dicetak pada halaman hadapan" kata Yoongi dengan panjang dihadapan para sepupunya yang kini sedang bermesyuarat.
Jungkook menghela nafas melihat sikap Yoongi. Yoongi memang sangat terkenal dengan cara mengurus perusahaan.
"Aku dah jumpa modelnya dan semua akan di uruskan oleh Ji Hansol"
Yoongi melirik ke arah Hansol , Junghyuk memandang Hansol yang lebih terlalu muda darinya.
"Dia lebih sekadar mampu Jeon Junghyuk" kata Yoongi apabila melihat Junghyuk memandang Hansol dengan cara tidak suka.
Lalu Yoongi mengundur diri dan dia keluar bersama Hansol. Junghyuk mendekati Jungkook lalu menghela nafas beratnya.
"Dia tu memang menyakitkan hati"
"Dia memang macam tu?" Soal Jungkook sambil menutup laptopnya.
Jungkook bangun lalu melirik jam tangannya , sekarang waktu untuk makan tengahari.
"Jungkook , kau nak makan sama-sama tak?" Soal Mingyu.
"Taknak lah"
"Alaa , dia nak makan dengan Shanon la , siapa lagi" perlu Hoseok membuatkan semua sepupunya yang lain ketawa.
Yugyeom membaca satu mesej di phonenya "Wonwoo dah sampai di Korea"
"Siapa yang jemput dia?" Soal Jin
"Kim Namjoon" balas Yugyeom.
Sementara itu Jungkook keluar dari kumpulan pada sepupunya untuk berjumpa dengan Shanon.
***
"Shanon! Jackpot! Awak akan berkahwin dengan Jeon Jungkook!!" Jerit Seolhyun dengan gembira.
Shanon hanya mengeluh , sudah seharian para wartawan berkerumun dan memandangnya dengan rasa ingin tahu.
"Wonwoo!" Panggil Shanon apabila melihat Wonwoo berjalan melintasi koridor.
Nampaknya Wonwoo sedang membuat kunjungan syarikat. Wonwoo memandang ke arah Shanon lalu mendekati perempuan itu.
"Saya perlu bercakap dengan awak tentang perkhawinan ni"
"Shanon , kita dah sepakat"
"Sepakat? Hanya awak yang bercakap bukan saya!"
Wonwoo melirik ke arah koridor dan kelihatan Jungkook sedang di sapa oleh pekerja lain. Dia juga tengok ada sepupunya yang keluar dari bilik mesyuarat. Mereka kelihatan seperti sebuah group boy band daripada kumpulan CEO muda.
"Aku perlu pergi"
Shanon terlebih dahulu memegang pergelangan tangan Wonwoo dan memandang dengan senyuman sinis.
"Biasanya lelaki yang akan menahan perempuan" kata Shanon dengan sinis.
"Shanon , aku sekarang tak.."
"Wonwoo? Shanon?"
Sapaan Jungkook membuatkan Wonwoo melepaskan tangannya dari Shanon dengan kasar , membuatkan Shanon terkejut. Lalu kedua mereka memandang Jungkook yang berjalan mendekati merek dengan gembira , bukan seperti Jeon Jungkook seperti biasa.
"Dah lama tak jumpa kau Wonwoo!" Sapa Mingyu dari belakang Jungkook.
"Kau dari mana? Kenape Namjoon je tahu yang kau ke Japan?" Soal Hoseok
"Kau tak bagitau berita apapun!" Protes Jin.
"Jangan salahkan kamu kalau kitaorang lupa kau" kata Yugyeom.
Melihat reaksi sepupunya yang lain membuatkan senyuman di bibir Wonwoo sekian melebar , membuatkan wajahnya lagi kacak. Entah sejak bila ramai pekerja yang mengerumuni mereka , sehinggakan ada yang mengambil gambar mereka untuk dibuat kenangan. Bila lagi diaorang akan berkumpul macam ni?
"Wonwoo , jom makan dengan kitaorang!" Ajak Jin
Yang lain mula memujuk Wonwoo supaya mengikuti , dan mereka juga menyuruh Wonwoo belanja mereka.
"Shanon jom makan dengan aku" ajar Jungkook.
"..."
Tidak ada jawapan , malah Shanon memandang Wonwoo yang sedang bergembira dengan sepupunya.
"Jom" kata Shanon dengan perlahan , Jungkook merangkul pinggang Shanon dan menuju ke sebuah restoran
Sempat Shanon memandang ke belakang , memandang Wonwoo
"Pabo namja!"
Wonwoo dapat membaca gerakan bibir Shanon , sebelum mereka berdua masuk ke dalam lif.
"Boleh tak lain kali je aku belanja korang?" Soal Wonwoo untuk mengelak
"TENTU TAK!" Kata kelima lelaki itu bersamaan dan berakhir dengan gelak ketawa.
***
"Perusahaan akan membayar anda dengan harga yang tinggi"
Sudah hampir setengah jam Hansol menghalangi jalan Haemi. Dia tidak faham kenape sekarang perusahaan Yoongi inginkan dia menjadi model. Permintaan Yoongi? Lelaki yang tidak sengaja bertatapan mata dengan dia?.
"Maaf , tapi saya.."
"Perusahaan akan memberikan anda tempat tinggal"
"A-apa?"
Haemi memandang Hansol , bukan kerana tawaran tempat tinggal tapi sepertinya Hansol tahu masalahnya dengan Jungkook.
"Kami sudah menyelidik semua. Anda tinggal sebagai perempuan Tuan Jungkook yang disembunyikan. Kalau anda ingin lari dari Jungkook , anda boleh ambil kesempatan ini"
"..."
Haemi mula berasa geram kerana senang sahaja anggota keluarga itu memeriksa tentang dirinya dan memanfaatkannya.
"Saya yakin anda tertarik kerana tidak guna hidup sebagai perempuan simpanan Tuan Jungkook kalau Tuan Jungkook akhirnya akan berkahwin dengan perempuan lain"
Lelaki itu betul.
"Baiklah , tapi untuk sementara waktu saya tidak perlukan tempat tinggal"
"Tidak ada masalah , anda boleh bermula dari esok. Saya akan jemput anda"
Akhirnya lelaki yang bernama Ji Hansol itu pergi.
***
Seperti yang dikatakan , Hansol menjemput Haemi menuju ke studio di mana Haemi akan memulakan pekerjaan nya.
"Sila masuk ke ruang studio" kata Hansol lalu membuka pintu untuk Haemi.
Tanpa sedar dia mengundur satu langkah. Dia ingat hal ini , disaat dia diminta masuk ke dalam satu bilik membuatkan semua bentuk kehidupannya berubah.
Seseorang dibelakang menahan bahu Haemi , Haemi memandang ke belakang dan ternyata itu Yoongi. Yoongi menunduk sedikit kepalanya lalu berbisik perlahan.
"Bertenang , aku akan ada di belakang kau"
Haemi memegang hujung bajunya dengan erat dan menarik nafas dalam-dalam. Haemi masuk ke dalam lalu ditarik oleh seorang juru makeup , bahkan Yoongi berada di penjuru ruangan itu sambil bercakap dengan seorang petugas aktiviti itu.
***
Tiga hari telah berlalu sejak aktiviti Haemi bagi menjadi seorang model. Dan sekarang wajah Haemi sudah menghiasi sebahagian besar iklan dari 6 perusahaan milik lelaki kanak bersaudara itu. Termasuk billboard besar bangunan utama The Jeon Corporation. Di situlah Jungkook sekarang , berdiri sambil memandang Haemi yang sudah menjadi model untuk syarikatnya sendiri.
Dia memandang gambar besar itu. Macam mana perempuan itu menjadi model tanpa pengetahuan dia. Jungkook mula teringatkan kata-kata Yoongi tentang model , nampaknya lelaki itu telah tahu banyak tentang halnya.
"Macam mana perempuan tu boleh jadi model?"
Suara Junghyuk menghancurkan lamunan Jungkook. Jungkook hanya mengangkat kedua bahunya. Nampaknya dengan Haemi menjadi model , perusahaan mereka bertambah maju. Seperti biasa , Yoongi berjaya dengan cara dia sendiri
"Macam mana kalau dunia tahu tentang siapa diri dia?"
"Entah"
"Aku akan tenggelamkan dia dengan apa cara sekali pun" kata Taehyung yang turut juga berada di situ.
***
"Yah! Berehat 15 minit!"
Beberapa staf mula bergegas minum air dan memperbaiki makeup model. Sedangkan Haemi menghela nafasnya. Langkahnya terhenti apabila melihat Jungkook di situ.
"Aku tak tahu sekarang kau akan jadi model"
"Saya berkerja untuk ganti duit awak"
Jungkook tersenyum tipis mendengar jawapan yang keluar dari bilik Haemi. Perempuan itu sekarang menjadi semakin berani.
"Kau nak lari dari aku?" Soal Jungkook
"Apa alasan saya untuk bertahan?"
"Kau betul , aku juga akan berkahwin dengan Shanon"
Pengakuan Jungkook membuatkan dada Haemi sedikit pedih.
"Semoga bahagia dengan perkhawinan tu"
"Terima kasih atas ucapannya"
Haemi tersenyum sinis
Lalu Jungkook pergi dari situ , meninggalkan Haemi keseorangan.
Iya , Jungkook sama sekali tidak peduli dengan perempuan itu lagi.
TO BE CONTINUE
Vote [/]
Comment [/]
KsJin_Taehyung
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top