thejeon. 08
***
Haemi sekarang menjaga jaraknya dengan Jungkook. Mijoo tidak tahu kontrak yang berkaitan Haemi dan Jungkook. Tapi Mijoo dapat merasakan ada sesuatu di antara mereka.
"Awak benci atasan kita?" Soal Mijoo
"Tak , tak jugak"
"Nampaknya awak lebih kenal dengannya"
"E-eh? Tak la"
Mijoo tersenyum lalu menggeleng kepalanya. Mijoo merasa ada sesuatu di antara mereka dan itu membuatkan Mijoo akan mencari sendiri rahsia di sebalik mereka berdua.
"Dengar , saya tak faham dan tak tahu apa yang ada diantara awak dan Jungkook. Tapi saya selalu tengok awak bersama dengan dia di luar pejabat"
"...." tidak jawapan dari Haemi.
Keduanya terdiam , tidak ada lagi perbualan sehingga Jungkook datang dan melirik ke arah mereka berdua. Mijoo memberikan senyuman ramahnya sebagai sapaan sedangkan Haemi hanya terdiam tanpa menunujukkan reaksi. Mijoo menuju ke mejanya tanpa disedari Haemi. Sedangkan Jungkook sudah berdiri di depan Haemi , seperti biasa mukanya hanya datar.
"Kau tengah mengelamun apa? Kau nak aku bagi banyak lagi kerja?"
Soalan Jungkook mengejutkan Haemi dan terkejut apabila Haemi mendapati Jungkook berada di depannya.
"E-eh itu.."
"Aku larang kau jangan berbual terlalu banyak tapi sekarang kau mengelamun?"
Larangan jangan berbual terlalu banyak itu mengingatkan kembali tentang peristiwa ciuman paksa? Omo! Muka Haemi mula merah , Jungkook mengamati reaksi Haemi lalu berbisik perlahan.
"That is your first kiss , thanks anyway"
Haemi memandang Jungkook dengan mulut ternganga. Kemudian Jungkook hanya memberikan senyuman tipis yang dianggap menyeramkan pada Haemi. Ya tuhan ! Bahkan Jungkook berterima kasih sebab dia yang mengambil first kissnya.
"Le-lelaki gila!" Marah Haemi
***
Jimin baru sahaja kembali bertugas , selepas menghabiskan percutiannya di Paris. Dia membeli banyak barang berjenama dan membawa ke syarikat Jungkook. Dia membelikan Jungkook jam tangan berjenama mahal dan barang yang sama untuk Taehyung. Untuk Mijoo juga dia tidak lupa belikan dan juga Haemi. Kedua mereka mendapat rantai yang sangat cantik.
"Kau baru habis bekerja atau bercuti?" Soal Jungkook sambil memandang jam biru hitam yang diberikan Jimin.
"Keduanya , aku tak kaku macam kau" balas Jimin dengan malas.
Taehyung hanya ketawa perlahan mendengar perbualan mereka berdua. Hubungan Jungkook dan Jimin macam seperti karekter kartun Tom and Jerry.
"Ouh ya , aku ada beli jugak hadiah untuk sweety aku"
"Kau ada kekasih?" Soal Jungkook
"Tak , dia assistant peribadi kau yang cantik tu lah"
Jungkook hanya mendengus kesal.
"Ouh ya , aku dapat berita dari agen aku yang berada di Jepan dan Singapura. Mereka tak de di di sana , kemungkinan besar mereka akan datang di Korea" kata Jimin sambil membuka penutup minumannya.
"Macam mana kau dapat berita secepat tu?" Soal Taehyung
"Kau tak ingat aku di bidang apa?"
Jimin bukan sekadar pengusaha biasa , dia juga bergerak ke beberapa bahagian keamanan dan politik. Dari luar Jimin memang kelihatan seorang pengusaha muda yang santai dan suka main-main.
Taehyung faham , lalu dia memandnag Jungkook yang terdiam. Bukan terdiam dingin , dia sedang berfikir.
"Kau nak buat apa kalau dapat berjumpa dengan dia?"
"Tak tahu"
Kata itu keluar dari mulut Jungkook
Taehyung dan Jimin saling bertukar pandangan.
"Sekurangnya kau sapa 'Hai! Apa khabar?' Boleh juga kan?" Soal Jimin
"Itu tak mudah kalau kau duduk di posisi Jungkook" tambah Taehyung
"Tapi aku tak nak kalau mereka tengok sisi lemah aku" balas Jimin
Jungkook memejamkan matanya. Jimin betul dan dia sendiri pelik macam mana lelaki yang baru dikenalinya beberapa bulan lalu sudah terlibat dalam kehidupan peribadinya. Tapi dia lebih mempercayai dan yakin dengan Taehyung.
"Aku tak tahu" balas Jungkook lagi.
Taehyung dan Jimin menyerah
Jungkook memandang pemandangan Korea dari dinding kaca , menyajikan pemandangan yang indah
"Kau perlu berehat" kata Taehyung perlahan
"Kau perlu tunjukkan diri kau yang sekarang sudah berbeza" tambah Jimin
Lalu mereka berdua mengundurkan diri untuk menuju ke syarikat masing-masing.
Selang beberapa minit setelah itu , seorang lelaki berpakaian kulit masuk dengan map coklat ditangannya. Dia menunduk hormat lalu menghulurkan map itu kepada Jungkook
"Ini laporan yang saya dapatkan kelmarin atas orang arahan Tuan Jimin"
"Di mana?"
"Mereka mengarahkan memperkecilkan pencarian ke wilayah Busan dan Daegu"
"Then?"
"Mereka ada di Incheon"
"Incheon?"
"Nae , nampaknya tidak jauh dari kota ni"
"Baiklah , kau boleh sambung dengan kerja tu"
Lelaki itu meminta diri lalu keluar dari bilik pejabat Jungkook
Jungkook membuka dan mengeluarkan isi dari map itu. Ada banyak gambar dan membuatkan Jungkook tersenyum tipis. Ada rasa kecewa dan marah dalam dirinya. Dia tidak habis berfikir kenapa
kehidupannya terlalu buruk.
Tambahan lagi appanya tidak pernah datang untuk mengambilnya padahal dahulu waktu ommanya amat menginginkannya. Tapi akhirnya dia berada di pinggir jalan lalu diambil oleh orang yang tidak dikenalinya.
Sekarang dia bersama ibu tirinya dan appa nya. Dan sekarang , Jimin dan Taehyung sedang menolong Jungkook untuk mencari omma kandungnya.
***
Kini Haemi dan Jungkook sedang berada di central park , mereka berada di sana untuk memeriksa macam mana aktiviti penggambaran iklan berjalan.
"Kita perlu periksa lokasi tu"
"Saya ikut!" Kata Haemi dengan semangat , sempat dia berfikir bahawa dia mungkin akan berjumpa dengan pelakon muda yang kacak.
"Aku harap kau takkan melirik pelakon muda lain kan?"
"Sekejap je" kata Haemi tersengih lalu Jungkook hanya diam dengan muka datarnya.
Betul! Pelakon yang dimaksudkan nya tadi betul-betul kacak dari luar. Haemi baru je nak melangkah kakinya untuk meminta tandatangan tapi melihat Jungkook yang berdiri di sebelahnya lantas Haemi membatalkan niatnya.
"Jadi Tuan Jeon boleh tengok hasilnya kat sini" kata seorang petugas di situ kepada Jungkook.
Jungkook berjalan lalu diikuti Haemi di belakang. Mereka berjalan melewati beberapa peralatan besi dah tangga yang diperlukan untuk penggambaran itu. Termasuk tiang lampu dan sebagian nya.
"Haemi , tolong ambilkan aku file kat sana" arah Jungkook
Haemi mengangguk , dia berusaha melangkah dengan berhati-hati , tapi dia tidak sengaja tersepak satu tiang lampu yang tidak digunakan. Beberapa peralatan besi yang kecil jatuh dan membuatkan bunyi yang bising. Petugas lain terkejut lalu memandang Haemi , membuatkan Haemi berasa malu dan bersalah
"Maaf , saya akan bersihkan" kata Haemi dengan kaku.
Haemi lantas duduk lalu mengemas peralatan yang berselerak di lantai. Tanpa dia sedari , ada salah satu tiang besi yang bergoyang menandakan tiang aku akan terjatuh. Dalam masa itu , Jungkook melihat tiang itu lalu berlari ke arah Haemi. Jungkook meraih tubuh Haemi lalu tiang itu terhempas di belakang badan Jungkook.
"Jung..Jungkook.."
"Haemi..." panggil Jungkook sebelum pengsan.
Dan saat berikutnya , petugas mula berlari menuju ke arah mereka , dan Haemi disitu diam. Dan tiba-tiba air matanya mengalir , apabila Jungkook menyelamatkan nya.
TO BE CONTINUE
Vote [/]
Comment [/]
Itsmaniesa
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top