thejeon. 07
***
Tidak berasa sudah hampir satu bulan Haemi bekerja dengan Jungkook. Jungkook dengan perlahan seluruh menambah pekerjaan , dan sekarang Haemi dengan perlahan sudah memahami macam mana Jungkook berinteraksi. Jungkook lebih banyak diam daripada bercakap.
Berkaitan Taehyung, Haemi amat kekok kalau berselisih dengan Taehyung. Di awal perjumpaan mereka , Taehyung memang kelihatan kejam terhadapnya.
Namun akhir-akhir ni Taehyung selalu datang ke pejabat Jungkook dan bercakap sedikit dengan Haemi. Dan memberitahu bahawa dia adalah lelaki yang baik. Walaupun macam tu ,Haemi tetap berjaga-jaga.
"Kita akan ke Bangkok untuk bisnes minggu depan"
Hanya itu diberi tahu Jungkook sambil menandatangani kertas yang berselerak di atas mejanya. Lalu diberikan kepada Haemi. Haemi mengambil kertas itu lalu keluar dari bilik Jungkook.
"Nah" Haemi memberikan kertas itu kepada Mijoo.
"Terima kasih"
Mijoo ketawa perlahan "kerja lagi?"
"Dia ada sedikit masalah di otak"
Lagi-lagi Mijoo ketawa , sejujurnya Mijoo takjub dengan Haemi kerana Haemi menolak mentah-mentah pesona Jungkook. Walaupun Mijoo sudah pun mempunyai suami , namun dia tetap juga penggemar lelaki kacak seperti Jungkook atau Taehyung.
"Nak makan sekali? , atau awak masih ada kerja?"
"Dah takde , saya pun lapar ni"
"Jom ke kantin!"
Kedua mereka berjalan menuju ke kantin , sesekali mereka bersapa dengan pekerja lain. Itu membuatkan Haemi terasa selesa kerana semua pekerja di syarikat ni amat peramah.
Kantin penuh , Haemi memandang sekeliling untuk mencari meja untuk dua orang.
"Hai ladies , korang boleh bergabung dengan kami" sapa Woonho. Salah satu staf marketing yang juga kacak.
"Dua?" Soal Mijoo
"Cukup!"
Mereka mula bergabung di sebuah meja. Sambil makan mereka berbual dan ketawa kecil. Haemi tersenyum menikmati hidup barunya sekarang , dikelilingi orang baik yang menerima kehadirannya.
"Kau cantik" puji Woonho
Pujian itu membuatkan Haemi merona malu. Jarang sekali dia mendapat pujian dari seorang lelaki. Tambahan lagi sekarang pakaiannya tidaklah selekeh seperi dulu kerana Jungkook selalu menekan kan cara pemakaian Haemi. Bahkan Jungkook sanggup membeli pakaian yang mahal kepada Haemi agar kelihatan profesional.
"Terima kasih" kata Haemi tersenyum
"Sama-sama" balas Woonho membalas senyuman Haemi
***
Jungkook tak nak bercakap banyak untuk menasihati Haemi untuk memberitahu semua hal. Jungkook menyuruh Haemi menuju ke biliknya dan disitulah Haemi berada , berdepan dengan Jungkook tapi mereka saling mendiamkan diri.
"Ada apa?" Soal Haemi memecahkan keheningan
"Aku tengok kau suka main-main"
Haemi mengerutkan dahinya , tidak faham apa yang dimaksudkan Jungkook. Haemi hanya membuat kerja yang disuruhnya dan ke kantin makan bersama rakan sekerjanya yang lain.
"Aku tak suka kau ketawa tadi"
"Sa-saya?"
"Di kantin"
"Biasalah , saya berbual dan—"
"Kau tak boleh dan tak berhak dengan lelaki mana pun tanpa keizinan aku"
Haemi menaikkan keningnya , Jungkook sudah maju hingga akhirnya rapat dengan tubuh Haemi.
"Kau perlu dihukum"
Dan lantas Jungkook mencium Haemi dengan kasar dan paksa membuatkan Haemi terkejut dan berusaha melepaskan diri. Namun tenaganya tidak.boleh dibanding dengan tenaga Jungkook. Jungkook terus memaksa dan semakin memperdalamkan ciumannya dengan tangan kanannya memegang bahagian belakang kepala Haemi. Mendesak perempuan itu agar terus maju dan semakin merapatkan.
Jungkook melepaskan ciumannya apabila Haemi kehabisan nafas.
"A-awak!" Haemi menyeka sedikit air liur yang tersisa di sudut bibirnya kerana ciuman panas tadi.
"Aku boleh buat lebih lagi dari tu , aku boleh buat kau dan mempergunakan kau sesuka hati aku. Perlu ke aku ingatkan lagi tentang kontrak tu?"
Tidak ada jawapan.
Jungkook menjauhkan tubuhnya dari Haemi lalu memandang pintu keluar biliknya. Haemi mendengus kasar, lalu dengan langkah geram dia berjalan keluar.
Setelah pintu ditutup , Jungkook menjilat bibir bawahnya.
"Manis dan menarik" kata Jungkook datar sebelum menyambung kerjanya
***
Haemi menyiapkan makan malam mereka dengan kekok. Jungkook hanya biasa sahaja seperi tidak ada yang berlaku di pejabat tadi. Sedangkan Haemi tidak berani memandang muka Jungkook yang sedang menikmati makanan nya.
"Makanlah , jangan senyap je" kata Jungkook apabila menyedari bahawa makanan milik Haemi belum disentuh.
"Kau sakit?" Soal Jungkook
'Aku sakit hati!" Balas Haemi dalam hati.
"Nak pergi hospital?" Soal Jungkook lagi.
"Tak perlu"
Jungkook mengangguk faham lalu menyambung makan. Apabila selesai Jungkook bangun menuju ke biliknya untuk menyambung kerjanya.
Haemi hanya diam di meja , seperti biasa berada di dapur lalu memandang pintu bilik Jungkook tertutup.
"Itu ciuman pertama aku" kata Haemi perlahan
TO BE CONTINUE
Vote [/]
Comment [/]
Itsmaniesa
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top