thejeon. 04

***

Jungkook melemparkan sebuah map coklat bertali di atas katil pembantunya , lebih tepat lagi Haemi. Haemi memandang Jungkook dengan tanda tanya.

"Tanda tangan tu" arah Jungkook.

Haemi melirik sekilas map coklat itu lalu mengeluarkan isinya. Surat kontrak , Haemi terus membaca hingga ke akhir dan memandang Jungkook.

"Saya tak akan tanda tangan" tegas Haemi berkata.

"Tapi kau perlu buat juga"

"Kenapa perlu?"

"Sebab kau berhutang dengan aku" kata Jungkook membuatkan Haemi terdiam.

Haemi masih diam di situ sambil berfikir. Sedangkan Jungkook bukan jenis yang mudah menunggu , tanpa berkata dia keluar dari bilik Haemi. Haemi membaca lagi syarat di dalam kertas itu.

*Pihak pertama akan menanggung seluruh pembiayaan hidup dan hutang pihak kedua

*Pihak kedua akan melakukan apa sahaja yang diperintahkan oleh pihak pertama. Apapun tanpa penolakan.

*Pihak kedua akan bersedia berada di dalam kontrak ini selama satu tahun setelah kepentingan yang melibatkan kedua belah pihak dianggap tidak ada sama sekali.

Haemi mengalihkan perhatian daripada kontrak itu dan memandang pintu biliknya. Jungkook betul-betul membelinya dan menfaatnya sekarang.

Haemi baru sahaja ingin pergi berjumpa Jungkook namun sekali lagi pintu biliknya dibuka. Jungkook masuk dengan pakaian formal lain namun tetap kelihatan profesional.

"Aku akan keluar jumpa dengan klien"

"Lepas tu ? Ni?"

"Aku yakin yang kau tak bodoh Haemi" kata Jungkook sambil mengeluh.

Jungkook terus keluar dari bilik. Dia sangat sibuk sehingga tidak ada masa untuk bercakap tentang kontrak yang dibuatnya dengan susah payah , dan semestinya keuntungan diperolehinya.

Disaat itu juga Haemi tahu bahawa hidupnya telah berubah.

***

Shinee Club.

Bunyi alunan muzik bergema kuat di dalam club itu. Jungkook baru sahaja selesai bertemu dengan kliennya dan Jungkook datang ke club ni kerana permintaan Taehyung.

"Lama betul kau" keluh Taehyung apabila Jungkook menuju ke arahnya.

"Jadi dia adik angkat kau" tanya salah satu lelaki di sebelah Taehyung.

"Ah , perkenalkan ni adalah salah satu usahawan terkenal di Amerika Syarikat. Zayn Malik." Kata Taehyung sambil menunjukkan kepada Jungkook seorang lelaki kacak dan tegap , dipenuhi tatto di tangannya

"Selamat berkenalan" sambut lelaki yang bernama Zayn Malik itu dan dibalas mesra oleh Jungkook.

"Dan yang ni calon penerus perusahaan syarikat Zayn iaitu Park Jimin"

Lelaki yang bernama Park Jimin itu memberi senyuman mesra kepada Jungkook dan Jungkook membalasnya.

Taehyung tiba-tiba menghampiri Jungkook "macam mana dengan hadiah yang aku bagi tu?"

"Dia perempuan baik"

"Kau jatuh cinta , dude?"

Jungkook mengelak dan menggeleng kepala. Jungkook tidak suka bila Taehyung mula bercakap dengan hubungan yang intim.

"Jangan bercakap tentang hal yang tidak masuk akal Tae"

"Okay , lupakan. Sekarang nikmati je pesta ni sekarang!" Laung Taehyung lalu menuju ke dewan tarian dan mula menggoda perempuan di situ. Jungkook hanya memesan wine lalu berbual mesra dengan Jimin dan Zayn

***

Taehyung menghantar Jungkook yang setengah sedar ke apartmennya dan membuka pintu bilik itu. Taehyung membaringkan tubuh Jungkook di sofa. Dia melirik sekeliling , sunyi.

Taehyung memandang ke satu bilik lalu mendekati bilik itu. Taehyung membuka pintu dengan perlahan lalu kelihatan ada seorang perempuan di dalam.

Perempuan yang dibeli untuk hadiah jadi Jungkook. Taehyung tersenyum tipis kemudian menutup pintu lalu berjalan menuju ke arah Jungkook yang terbaring di atas sofa.

Taehyung tidak bersuara , dia hanya berlalu pergi meninggalkan apartmen Jungkook.

Sementara itu , Haemi membuka matanya dengan perlahan apabila terasa seseorang yang datang. Haemi merasa mengantuk memikirkan nasibnya.

Dia sudah pun memberitahu keluarganya bahawa dia sedang bekerja dan menetap di rumah kawannya.

Haemi keluar dari biliknya dan hendak mengambil air mineral , tapi dia terpaku apabila memandang Jungkook yang tertidur di sofa.

Berbeza dengan pengusahakan terkenal yang dia kenali. Haemi mendekati Jungkook lalu terbau alkohol yang kuat.

"Aigoo...Dia mabuk"

Haemi mengeluh lalu menuju ke dapur dan mengambil segelas air suam untuk Jungkook. Tidak ada tindak balas bahawa lelaki itu tersedar. Haemi memutuskan untuk membangunkan Jungkook dengan tangannya namun pergelangan tangannya di pegang.

Jungkook memegang tangannya dengan mata terpejam.

Haemi berusaha untuk melepaskan pegangan Jungkook namun tidak berhasil. Haemi terlalu mengantuk lalu dia memutuskan untuk duduk di atas lantai dan menyandarkan kepalanya pada sofa. Sambil membiarkan Jungkook memegang pergelangan tangannya.

TO BE CONTINUE

Vote [/]
Comment [/]

Itsmaniesa

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top