thejeon. 01

***

"Bwo?! 80 juta USD?!"

Jeritan nyaring dari mulut Haemi kedengaran kuat akibat terkejut dengan apa yang dibagitahu appanya. Mana tidak?

Itu adalah duit hutang dari pinjaman appanya yang belum diselesaikan. Haemi terkejut kerana macam mana appa dia dapat berhutang sebanyak itu tanpa pengetahuannya.

"Macam mana boleh jadi macam tu appa..." lirih Haemi.

"Pinjaman itu terus menaik" kata appanya dengan kesal dan nampak bersalah.

"Hmm...apakata kita minta tolong dari Mina unnie dan..."

"Ini masalah keluarga kita saja Haemi, jangan libatkan Mina ataupun orang lain"

"Habis tu macam mana cara kita nak melangsaikan hutang tu" keluh omma Haemi.

Haemi mengigit bibirnya sambil berfikir , macam mana dia nak melangsaikan hutang tu tanpa melibatkan orang lain. Macam mana juga dia nak cari duit ? Hanya dengan dia bekerja sebagai kerani di sebuah syarikat khas untuk pereka fashion terkenal itu tidak mencukupi.

"Untuk sementara itu omma dan appa boleh tinggal di apartmen saya" kata Haemi. Nae, semua harta benda dan rumah keluarganya disita dan sekarang keluarganya tidak mempunyai tempat tinggal.

Omma dan appanya setuju lalu mengemas barang masing-masing.

Beberapa minit dalam perjalan menuju ke apartmen Haemi. Haemi di dalam kereta berfikiran kusut tentang hal duit itu. Sampaikan tidak sedar bahawa mereka telah pun sampai dengan selamat.

"Aahh...kita dah sampai" kata Haemi.

Nasib baik apartmennya ada dua bilik. Bilik satu lagi adalah biliknya dan bilik kedua bolehlah dia bagi kepada omma dan appanya.

"Berehatlah dulu appa , omma. Jangan fikir sangat" pesan Haemi

"Maafkan appa Haemi"

"Jangan risau appa"

Haemi menuju ke dapur lalu minum segelas air. Apa yang perlu dia buat sekarang?

***

Berkat bantuan dari Mina , sekarang hutang appanya hanya tinggal 40 juta USD. Walaupun Mina adalah kerabat dari keluarga itu tidak boleh juga membiarkan perempuan itu menanggung semuanya.

Haemi menuju ke syarikat di mana dia bekerja. Dia terpaksa memberikan file kertas dan memberikan pada orang yang disuruhnya kelmarin.

Kim Taehyung

Namanya terlalu asing di telinga Haemi . Nampaknya syarikat kini terlibat dengan orang-orang ternama dan baru. Haemi masuk dah lantas mencari Jihyo , itu adalah seniornya

Haemi terus mencari dan akhirnya dia menjumpai perempuan itu yang sedang menatap beberapa keping gambar yang mempunyai lukisan corak di atasnya. Dia nampak betul-betul profesional dan serius walaupun dia sentiasa mengeluh seperti budak kecil.

"Jihyo!"

"Haemi? Kenapa?" Sapa Jihyo balik dengan menaikkan keningnya seakan bertanya.

"Awak tahu ada tetamu yang datang di syarikat kita?" Soal Haemi

"Tahu, kenapa?"

"Um...kenal Kim Taehyung?"

"Ouh! CEO muda tu? Kenallah! Dia salah satu pemegang saham di syarikat kita. Kehebatan dia memang betul luar biasa! Dan awak tahu? Dengar kata dia tu playboy , awak perlu hati-hati kalau berjumpa dengan dia!" Cerita Jihyo panjang lebar.

Haemi membeku. Baru sahaja mendengar cerita dari mulut Jihyo pun boleh buat bulu roma nya berdiri tegak.

Haemi akan memastikan dirinya tidak terlibat dengan CEO muda yang bernama Kim Taehyung itu.

"Awak tahu?"

"Tahu apa?" Soal Jihyo balik

"Saya disuruh orang atasan untuk bagi file kertas ni pada dia"

"Kejap eh , saya ada gambar dia"

Jihyo mengeluarkan phonenya lalu membuka galeri gambar. Jihyo menunjukkan gambar seorang lelaki sedang tegap berdiri dan dia nampak profesional

"Dia?"

"Wae? Jatuh hati? Dia memang kacak tapi berhati-hati lah"

Jihyo menepuk bahu Haemi beberapa kali lalu menyambung kerjanya yang terbengkalai tadi.

Sekarang Haemi sendiri sibuk meneka berapa umur lelaki itu. Memang benar Kim Taehyung itu amat kacak.

***

Jungkook terbangun dari tidurnya apabila bunyi jam penggera mengganggunya. Jam itu dimatikan dengan kasar lalu Jungkook mengeliatkan badannya lalu terpandang phonenya yang bercahaya. Menandakan ada satu mesej masuk.

Yang terhormat, Tuan Muda Jeon. Tolong ambil alih tempat aku untuk hadir ke majlis Burning Sun. Kau tak perlu keluarkan duit satu sen pun. Bolehkan Jungkook? Tolong yaaaa

Jungkook menggeleng kepala membaca mesej dari Taehyung. Jungkook baru sahaja sampai di Korea semalam setelah menetap lama di New York untuk menguruskan perniagaannya di sana. Sekarang dia telah pulang ke tanah air dan dia akan berjumpa dengan omma tirinya dan adik angkatnya Jeon Junghyuk.

Jungkook dengan cepat bangun dari katil untuk mempersiapkan dirinya takut jika majlis itu berlangsung awal. Pada masa itu Jungkook terpandang frame gambar di mana ada keluarga barunya , semuanya berubah.

Jungkook menghala nafas lalu mengambil kunci keretanya di atas meja dan menuju ke tempat di mana ditunjukkan Taehyung

***

Haemi sudah pun sampai di sebuah bilik bangunan besar yang tidak diketahuinya.

Burning Sun.

Haemi membaca nama bangunan itu, nama itu seperti tidak asing lagi ditelinga.

Haemi melangkah masuk ke dalam bangunan itu. Namun dia tidak menjumpai lelaki yang kacak dan kaya raya itu. Lalu Haemi memutuskan untuk bertanya pada seorang perempuan yang kemungkinan pekerja di situ.

"Maaf, Kim Taehyung ada? Saya datang untuk hantar file kertas ni" kata Haemi lalu menghulur kertas itu kepada perempuan itu.

Perempuan itu mengambil kertas itu lalu membuka dan membacanya. Kertas itu juga belum dilihat isinya oleh Haemi. Lalu perempuan itu memanggil seorang lelaki dan menyuruh lelaki itu membawa Haemi menuju ke satu tempat.

"Miss boleh ikut lelaki ni ya" kata perempuan itu dan Haemi tanya mengangguk.

Lalu Haemi dibawa oleh lelaki itu menuju ke sebuah ruangan.

Lelaki itu berhenti di depan bilik yang tidak mempunyai nama. Dan lelaki itu menyuruh Haemi masuk. Haemi melangkah dengan ragu dan terkejut apabila melihat apa yang ada di dalam.

Banyak perempuan yang sebaya dengannya. Berpakaian seksi , ketat dan pendek. Mereka juga kelihatan sombong bahkan ada yang memandang Haemi dengan muka yang terkejut.

"Kau perempuan baru?" Tanya salah seorang dari mereka , dengan make up tebal yang dipakainya.

"Saya hanya datang untuk hantar file dan—"

"Ouh! Kau perempuan istimewa? Untuk siapa? Ataupun kau korban dari salah satu penjual itu?" Tanya perempuan  itu bertubi-tubi.

Haemi sama sekali tidak faham dan dia mula mengundur ke belakang. Dia juga melihat ada tiga perempuan sedang menangis di sudut bilik itu.

Tempat apa sebenarnya ni?! Dia perlu pergi dari situ sekarang juga. Haemi berjalan ke belakang dan cuba untuk membuka pintu namun pintu itu terkunci.

"Oh my god!" Jerit Haemi terkejut.

"Selamat datang ke dunia baru" kata perempuan lain dengan senyuman sinisnya.

Haemi baru tahu bahawa dirinya berada dalam bahaya. Dia baru sahaja termasuk dalam perangkap. Dia perlu keluar dari sini sekarang juga , sayangnya pintu itu terkunci.

Satu-satunya cara adalah melawan penjaga yang akan menyeretnya keluar apabila majlis jual beli akan dimulakan

***

Jungkook memakai topeng yang sudah disediakan oleh panitia. Jungkook amat kenal dengan selebriti dan usahawan muda yang berjaya yang turut serta dalam majlis ni.

"Aku nak tahu berapa harganya"

"Dia yakin yang dia akan menawarkan perempuan tu?"

"Perempuan tu nampak selekeh"

Jungkook menggeleng kepala apabila melihat perangkap sebenar orang ternama di negara ini. Ini adalah aktiviti dalam mereka.

Ternyata di sebalik lakonan mereka yang sepertinya baik di khalayak ramai adalah mempunyai sifat peribadi yang mengerikan.

Jungkook membuka phonenya apabila sampai mesej baru bersertakan gambar yang dihantar oleh Taehyung.

Pilih perempuan ni. Aku akan bayar walau dengan harga apa sekalipun. Jangan pilih yang lain , ini special.

Sekarang yang perlu Jungkook buat adalah hanya tunggu di kerusi sehingga perempuan yang berada di dalam gambar ini keluar dari balik tirai. Sejujurnya Jungkook sedikit tertarik dengan wajah perempuan ini.

Setelah beberapa minit menunggu akhirnya seorang perempuan keluar dari tirai secara paksaan. Pakaiannya rapi dan tidak menjolok mata , lalu Jungkook memandang gambar dan memandang perempuan itu. Sama,

"New arrival! Anda semua tidak akan menyesal kerana ini belum disentuh"

Jungkook melihat banyak lelaki kaya yang berebut mengangkat tangan untuk membeli perempuan itu.

Jungkook teringat pada pesanan Taehyung bahawa dia akan membeli perempuan ini tidak kira berapa harganya. Jungkook mengangkat tangan dan menyuarakan jumlahnya.

"80 juta USD" kata Jungkook dengan santai.

Seisi bilik itu bersorak, ntah untuk apa.

Mungkin dengan harga yang disebut itu terlalu tinggi kerana Jungkook sentiasa mendapatkan 'doorprize' dalam majlis ni. Jungkook hanya mengabaikan mereka , sekarang Jungkook cuma memberikan perempuan itu kepada Taehyung.

"Sial..." desis Haemi dari atas pentas sambil memandang Jungkook yang bertopeng. Dia bersumpah dia takkan memaafkan lelaki itu sampai mati.

TO BE CONTINUE

Vote [/]
Comment [/]

Itsmaniesa

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top