Tiga

Payung aku tutup kemudian aku letak di belakang pintu. Kasut aku buka lalu aku letakkan di rak kasut. Sedikit air hujan yang terkena di dahiku lekas aku lap dengan telapak tangan. Langkah aku teruskan ke bilik tidurku. Sedikit sebanyak aku mengeluh sebelum aku menghempaskan badan ke katil.

"Penatnya, takpayah mandi lah", Aku gumam kecil. Ketahuilah aku bukan penat, sebaliknya malas.

Aku capai telefonku yang berdering. Aku tumpukan mataku pada skrin telefon sebelum satu senyuman muncul menghiasi bibirku. Lantas butang hijau aku tekan kemudian aku lekapkan alat itu ditelingaku.

"Sayang!", Ucapku gembira. Aku duduk dari berbaring, bantal aku capai kemudian aku peluknya erat. Dapat aku dengar suara lelaki itu ketawa kecil di sebalik panggilan.

"Kenapa belum tidur?", Soalnya. Aku kemam bibirku rapat kemudian aku bermain dengan jari jemariku. "Belum mahu tidur sayang...", Balasku lagi.

Sebenarnya aku berbohong, ini mungkin terdengar gila aku sebenarnya tinggal di Jeju, kampung halamanku tetapi aku menghitung hari tinggal 10 hari sebelum hari lahir dia kerana itu aku ingin buat sedikit kejutan buat dia kemudian aku buat keputusan untuk datang ke tempatnya. Dia kerja jauh dari aku.

Dia berada di Seoul.

Tapi aku yakin dia pasti gembira lihat aku ada disini. Ya kenapa tidak? Aku sudah tidak melihat dia secara realiti dalam masa yang panjang. Dia pasti merindui aku seperti mana yang aku rasakan.

Aku sibuk menyiapkan semua hal hal yang patut dilakukan untuk kejutan itu. Dua tiga hari ini aku kerap tidur lewat termasuk kali ini. Jangan bahaskan lagi, sudah tentu ini memenatkan.

"Baiklah. Tapi jangan tidur telat ya Hyunjung? Nanti sakit", Balasnya. Aku tersengih kecil menyukai cara dia prihatin pada aku. Aku mengumam kecil sebelum menyebamkan wajahku ke bantal.

"Sayang, cuba teka apa hadiah hari lahir dari saya nanti?", Soalku. Dia berdiam sebentar sebelum suaranya mulai kedengaran semula.

"Entahlah. Mungkin kiriman kasih sayang?", Balasnya. Aku mengguling bebola mataku sedikit terkesan dengan kata kata manis darinya.

"Bukan-"

"Ciuman online?"

"Bukan!"

Aku terkekeh sebelum menyelitkan rambutku ke telinga. "Kali ini lebih istimewa dari yang lain. Hehe", Ucapku sebelum aku dengar sedikit riaksi hebat darinya.

"Saya pasti awak suka", Sambungku lagi.

"Apa apa sahaja dari kamu aku suka Hyun. Aku sebenarnya tidak peduli kau mahu berikan hadiah atau tidak. Yang aku mahu cuma kamu untuk sentiasa bersama aku. Selamanya", Balasnya panjang.

Aku tewas. Senyumanku semakin melebar. Kenapa dia tidak pernah kalah dalam memberikan aku kata kata manis? Aku akui aku menyukai hal itu hinggakan aku terkadang takut sekiranya di pergi. Kerana lihatlah, aku jatuh cinta dengan lelaki yang sama setiap hari dan itu membuatkan perasaan aku pada dia semakin mendalam.

"Baiklah, demi apapun Na Hyunjung tidak akan meninggalkan kamu", Balasku kemudian dia ketawa kecil di panggilan.

"Sekarang tidur ya?"

"Iya. Selamat malam Jeno",

"Apa?"

Aku berdecit perlahan.

"Selamat malam sayang"

maaf lambat update . ment if ada typo . also need 80 vote !

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top