Lima
Semestaku..kebelakangan ini semuanya seakkan menyakiti. Tolong beritahu tuhan, aku tidak mampu lagi
❀
"Apa ada sesiapa datang tadi?", Jeno dengan keadaan kabut itu menuju kearah laki laki yang sedang duduk bersendirian di hujung sofa rumah. Jaemin menatapnya sekilas sebelum bibir pucatnya melakarkan senyum segaris. Kemudian dengan kudrat yang dia punya, laki laki itu mengangguk kecil.
Seandainya Jeno tahu, temanya itu sedang berbelah bahagi rasa. Jeno kemudian meneguk liur perit. Bibir bawahnya dibasahkan kemudian dia cuba untuk mengatakan sesuatu pada Jaemin.
"Siap-"
"Ibu bersama temanya"
Jeno menghela nafas lega kemudian duduk disebelah temanya itu. Dia ketawa kecil sebelum melirik ke arah Jaemin yang masih mendiamkan diri.
"Kau baik baik sahaja?", Soal Jeno kemudian menepuk bahu laki laki itu.
Jaemin mengangguk.
Wajah Jeno ditenung, teman baiknya yang selalu bersama saat dia susah dan senang. Jeno, laki laki yang paling dipercaya. Bahkan Jaemin laki laki hilang harapan itu kagum dengan dirinya, kagum dengan betapa sayangnya dirinya pada Jeno.
Jeno laki laki hebat,
Tapi kenapa kau ambil semestaku? Bisik Jaemin, hatinya meronta memahukan jawapan.
Dadanya seakkan dicucuk sesuatu yang tajam. Lehernya bagaikan ada sesuatu yang menyekat. Air matanya tidak mahu jatuh menyembah bumi lagi. Laki laki itu terlalu terluka hingga tidak mampu menangis.
Na Jaemin mengambil nafas dalam kemudian pandanganya dia larikan dari Jeno.
"Aku iri dengan kehidupanmu Jeno", Ucapnya sarkastik membuatkan dahi Jeno berkerut.
"Apa yang kau irikan Jaemin? Kau punya segalanya dari aku. Kau punya harta, kau punya rupa-"
"Kau punya segalanya yang aku mahu Jeno. Bahkan aku cemburu hingga senyumanku tidak hancur seperti hatiku bila melihat punyamu", Ucap Jaemin kemudian menutup matanya rapat.
Jeno semakin penasaran, bahu Jaemin dikuis kemudian dia menaikkan alisnya. "Apa maksudmu Jaemin?", Soalnya.
Jaemin tersenyum lagi.
"Senyumanmu Jeno, terlalu menawan aku cemburukan itu hehe", Jaemin ketawa kecil namun matanya masih tertutup rapat.
Jeno menatap rakanya itu lama sebelum menjelingnya sekilas. "Berbohong lagi kamu Jaemin", Ucapnya.
"Aku tidak berbohong lagi Jeno sejak semestaku pergi"
Jeno jadi hilang kata, mulutnya tekatup rapat. Dia berdehem sebelum menyisip minuman yang berada di meja. Matanya dia lirik ke arah Jaemin yang masih menutup matanya rapat.
"Kau pasti mahu rehat bukan Jaemin? Aku pergi dahulu", Jeno bangkit dari duduknya kemudiam menapak satu persatu meninggal tempat itu.
Kesunyian rumah itu menemani laki laki itu melayan perasaan. Na Jaemin membuka matanya kemudian rambutnya ditolak kebelakang.
"Malang sekali..."
"Semesta sudah kembali"
"Jadi aku berbohong semula padamu Jeno"
❀
b
erapa bulan aku hilang geng , mcm biasa aku update bila aku nk je HAHSHAH . vote la bebanyak baru aku ada mood nk update HSHSHHS
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top