Dua
❀
Hujan.
Air jernih itu jatuh tidak putus- putus menyembah bumi. Angin yang dingin menyapa kulit pucat lelaki yang berjalan di taman itu bagai tiada apa apa yang menghalangnya.
Wajahnya dia dongakkan menghadap langit. Kemudian dia menutup matanya rapat menikmati satu persatu air hujan yang menghempap wajahnya.
Lama dia berada di posisi itu. Tanganya dia depakan, rambutnya dia raup kebelakang menampakkan dahi mulus miliknya.
Satu senyuman dia koyakkan kemudian dia mengigit bawah bibirnya rapat. Kali ini dia mendengar arahan Jeno. Dia tidak menjejakkan kakinya ke kelab malam. Kerana itu dia mengambil keputusan untuk duduk di taman namun lain yang terjadi pabila hujan mulai turun.
Awalnya dia mahu balik. Tapi hujan kali ini seperti memahaminya. Hujan kali ini turut bersedih bersama dia.
"Perasaanya pasti lebih istimewa kalau kau turut menikmati hujan yang turun ini bersama aku", Lelaki itu ketawa kecil.
Kawasan itu kosong memandangkan sekarang hujan. Ramai orang mencari tempat berteduh sedangkan dia tidak. Dia malah berjalan dengan enak di kawasan itu bersama senyuman yang tidak lekang di bibir.
Jaemin menghembuskan nafas berat. Sesekali dia cuba untuk mengekalkan senyuman itu.
Untuk kesekian kalinya, dia gagal.
Senyuman itu pudar lalu digantikan dengan tangisan kecil.
"Hyun...Apa kita benar benar sudah berakhir?", Dia menekup wajahnya rapat.
Waktu yang berlalu itu terlalu pantas. Tidak pernah sekalipun dia melupakan gadis itu. Setiap apa yang dia lakukan pasti semuanya akan mengigatkan dia pada Hyunjung. Hingga ada pada satu masa dulu, dia cuba untuk mengakhiri kehidupanya. Kerana Jeno, di kekal hidup hingga sekarang.
"Aku mahu padamkan perasaan ini. Aku mahu melupakan kamu, tapi hati menolak sekerasnya", Rintihnya.
Bawah matanya kelihatan sedikit hitam, bibirnya kebiruan, wajahnya pucat. Dia berada di hujan terlalu lama.
"Lihatlah aku Hyunjung", dia menatap langit malam.
"Lihatlah sebagaimana aku begitu merindui kamu. Hingga aku rasakan saat ini kamu sedang memerhati aku sambil tersenyum manis", Lelaki itu menundukkan wajahnya.
"Kembalilah semula. Sakiti aku kalau kau rasa itu membuatmu nyaman, asalkan aku boleh menatapmu semula".
Dia berjeda sebentar. Bawah bibirnya dia gigit kuat hingga meninggalkan kesan kemerahan.
"Aku masih mengharapkan kamu Hyun"
"Sial"
Kata kata itu keluar dari mulutnya pabila dia tergelincir disebabkan tanah yang dibasahi air hujan.
Bajunya yang berwarna putih itu dipenuhi dengan lopak lopak tanah. Dia mencarut lagi di dalam hati.
Payung yang berada ditanganya dia lepaskan. Punggungnya dia urut kecil. Seketika dia merasakan kesakitan apabila bahagian itu disentuh. Untuk kesekian kalinya dia mencarut lagi.
Dia perlahan lahan bangkit dari duduk. Huh, nasib malam ini tiada ramai orang yang berada di luar. Lagipula, hujan yang tadinya gerimis sudah bertukar menjadi lebat.
Tapak tanganya dia sapu kemudian dia mencapai payungnya perlahan lahan. Rambutnya dia betulkan kemudian berjalan meninggalkan kedai serbaneka itu.
"Aku masih mengharapkan kamu Hyun"
Langkah terhenti. Kepalanya dia tolehkan menuju kehadapan kedai serbaneka itu.
"Baru putus cinta?", ucapnya kemudian ketawa di hujung ayat.
Permandanganya dihiasi dengan seorang lelaki yang sedang membiarkan dirinya dibasahi hujan. Lama dia memerhati lelaki itu sebelum dia berdecak kecil.
"Bodoh, muka dah boleh jadi bapa orang pun masih nak mandi hujan", Ucapnya.
Dia meneruskan langkah namun terhenti sekali lagi. Bukan kerana lelaki berkata kata lagi.
Kali ini lelaki itu menangis. Menangis dengan kencang.
Sedikit sebanyak dia juga merasa simpati. Lelaki itu duduk melutut. Bahunya bergerak gerak. Suara hujan menyembah bumi bahkan tidak sekuat tangisanya.
Dia kelihatan terlalu terluka.
Liurnya dia telan kasar. Bawah bibirnya dia basahkan kemudian dia merenung lelaki itu lama.
Yang dia dengar lelaki itu sedang meraung nama yang sama. Suara lelaki itu pecah. Dia terlalu terluka, bisiknya sendirian.
Dadanya seakkan sesak. Air matanya turun tanpa dia sedari.
"Maaf Hyunjung aku gagal menjaga hati kamu"
Sekali dia tersentuh dengan kata kata lelaki itu. Kepalanya dia geleng kemudian dia meninggalkan tempat itu perlahan lahan.
Fikiranya melayang mengingatkan keadaan lelaki tadi. Kepalanya dia ketuk kemudian mengembungkan pipinya.
"Nampaknya aku dan bekas kekasihnya punya nama yang sama".
❀
bunuh je la aku, aku lupa plot story ni. btw can i get 80 votes? also ment if ada typo
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top