Prolog

Cebisan gambar perkahwinan itu aku pandang lama tanpa ada sebarang riak. Aku senyum sinis. Bahagia yang aku sangka akan kekal akhirnya musnah.

Sepatutnya, dari awal aku sedar diri bahawa aku dan dia tidak layak bergandingan. Aku dan dia tidak pernah serasi bersama. Dan, Yusuff menerima aku dahulu hanya kerana nafsu bukan? Aku sedar tentang itu.

Luka menggelupas di seluruh tangan sehingga pangkal bahu aku tilik. Ya, aku dah makin hodoh. Tiada apa yang dapat aku beri pada lelaki bergelar suami. Seluruh badanku menderita penyakit kulit, menggelupas dengan darah dan nanah. Hukuman ini kerana dosa lamaku mungkin kerana meretakkan hubungan cinta Zulaikha dan Yusuff.

Cinta mereka agung, kan? Tak dapat dipisahkan. Akhirnya mereka bersatu. Aku, penghancur hubungan mereka ini menjadi sampah terburuk. Tiada yang memandang, lagikan mengingini wanita seperti aku.

Masih terlayar wajah bengis Yusuff buat kali terakhir. Memandangku dengan penuh kebencian. Benci yang meluap-luap. Tidak hairanlah, aku sendiri yang menanam benci itu. Aku sendiri yang merancang agar dia melepaskan aku pergi. Aku sendiri mengundur diri kerana kekurangan yang aku ada. Tidak dapat elak mahupun usir. Kekurangan kekal.

Sejak itu, aku Asiah... Berhenti mengejar cinta pertamaku, Yusuff. Namun, aku tidak buang cinta ini. Aku masih simpan semua kebahagiaan yang pernah Yusuff berikan, yang tidak tahu ikhlas ataupun tidak. Mungkin aku seorang saja yang mencintai dengan sepenuh hati.

Aku senyum tawar. Tangan mengutip gambar itu lalu aku buang ke dalam tong sampah. Kaki berjalan lemah, sakit memedih. Aku tahan. Padan muka, kau. Herdikku kerana mengeluh. Padahal aku layak menerima sakit sebegini.

Aku punca kerosakan yang berlaku dalam rumahtanggaku. Mungkin kerana itu, harta yang paling aku sayang juga pergi meninggalkan aku. Aku lebih layak hidup sendiri. Mendepani cabaran hidup keseorangan. Siapalah nak peduli? Ada atau tidak, seolah-olah aku tidak wujud.

Sedang berjalan, namaku dipanggil dari belakang. Aku buat-buat tidak dengar. Mungkin Asiah yang lain. Dah hampir 2 bulan juga tiada yang panggil atau tegur aku.

"Asiah..."

Aku cuba lajukan kaki. Tak sedap hati. Tak suka nama aku dipanggil oleh gerangan itu. Aku tahu insan itu siapa. Aku benci. Benci lelaki itu!

Malang tidak berbau, kakiku tersadung dan maha dahsyat kesakitan yang aku alami kerana kakiku terseliuh dek kerana menahan badan daripada jatuh tergolek.

"Asiah... Tunggu aku..."

Aku tidak menoleh. Malah mahu sambung kaki untuk melangkah. Tapi, terhalang apabila tanganku diraihnya. Pedih teramat. Aku tepis laju.

"Kau siapa? Kau nak apa, hah?!" jerkahku lantang. Sabar dah habis. Ikutkan hati hendak saja menampar lelaki itu.

"Kenapa kau pergi macam tu je, Asiah? Kau tahu kan aku tunggu kau siang malam."

Bodoh! Rasa nak saja memaki hamun lelaki itu.

"Berhambus jelah! Aku tak nak ada kena mengena dengan kau!"

"Kenapa aku kena berhambus? Aku takde salah apa pun. Kau marahkan orang lain, lepas tu lepaskan pada aku? Kau rasa adil ke bagi aku?" Keluhan terlepas berat mendengarkan suara lelaki itu.

Aku membalikkan tubuh, menghadap lelaki itu. Mata tertunas tajam merenung jejaka kacak itu, yang seiras dengan Yusuff. Tapi, tak langsung aku jadi sejuk hati melihat wajah itu. Hatiku memulas dengan benci. Sebenarnya bukan bencikan lelaki itu, tapi bencikan wajah yang seiras itu. Dan telah menjadikan hidupku sesakit ini.

"Apa kau nak dari aku?"

"Aku nak kau."

Aku ketawa buat-buat. Terasa lawak tapi pedih hati ini. Sudahlah dengan cinta lelaki. Terlalu sakit nak hadap cinta kedua. Nanti aku juga sakit. Nanti aku juga jadi sampah. Nanti aku juga dihumban ke gaung. Nanti aku juga jadi manusia hina kerana cinta manusia.

"Aku tak nak kau. Kau tak layak untuk aku." Angkuh sekali aku ujarkan itu. Padahal aku yang tidak layak untuk lelaki itu, dan mana-mana lelakipun termasuk Yusuff.

"Aku akan lakukan yang terbaik untuk kau. Aku layan kau istimewa. Aku akan sayangkan kau..."

"Buang je kata-kata manis kau tu." Aku bersedia nak pergi tapi masih ditahan oleh sepasang tangannya. Dipegang kuat tangan kiriku. Luka kering disebalik baju hospital ini mencengkam sampai ke urat hijau. Sakit dan pedih.

"Lepaslah. Sakit..."

Lelaki itu melepaskan. Tatapannya seakan bersimpati dengan aku. Aku tak perlukan pandangan seperti itu. Cukuplah aku terlihat hina.

"Biarlah dia buang kau. Aku ada untuk kau selalu, Asiah. Cuma aku terlambat datang. Takkanlah kau tak nak pandang aku. Cubalah pandang apa yang ada pada aku. Hati dan perasaan aku. Jangan disebabkan dia, kau jadi prasangaka dengan aku."

Aku lelah nak menghadap dia. Aku selak tangan aku sehingga ke siku. Terpampang luka kering berpeta-peta menampakkan seperti aku ada sisik. Wajahnya terkaget. Dia seperti hilang upaya untuk berbicara.

"Masih nak perempuan berkudis macam aku?" Sinis aku menyoal. Dari riak pun aku dapat teka hatinya mendongkol dengan hinaan. Lepas ni mesti dia hina aku. Dan, tidak lagi mengejar aku.

"Kenapa masa tu aku tak nampak? Sejak bila kau sakit macam ni?"

"Sejak bila tu tak penting. Yang penting, aku nak pergi dari sini."

"Ya Allah... Jangan, Asiah. Beritahu aku bila kau kena penyakit ni? Dan, doktor cakap apa? Kau boleh sembuh, kan?" Dia meraup wajah tanda kesal. Tampang wajahnya berselirat dengan kerisauan.

Aku hargai dengan lakonan dia.

"Dah lah tu. Aku dah janji tak kacau keluarga kau. So, kau pun jangan kacau aku. Bawa haluan masing-masing. Okey?"

Dia menggeleng laju.

"Apa kau merepek? Keluarga aku tu aku tak peduli. Sekarang ni aku pedulikan kau." Keras nadanya memarahiku.

Aku tak terharu pun.

"Pergi mampus!" Herdikku sebelum melangkah panjang. Lantaklah sakit atau tidak kaki aku tadi. Larianku terhenti depan tangga kecemasan di hospital. Aku duduk sebentar di tangga untuk melepas lelah. Mata terpejam rapat, menahan kesakitan yang tidak terperi. Aku berharap lelaki itu tidak datang dan mengganggu aku. Cukuplah penderitaan ini.

...

Writer's comment : Tiba-tiba nak buat prolog... :')

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top