Teaser 2 ( Najwa Rahman)
Snippet Drapetomania #KompilasiTheFighter
💌💌💌
“Betul ke dia tu ada depression, Bainun? Aku baca kat Facebook, orang yang ada kemurungan ni hilang minat nak buat apa-apa. Aku tengok dia okey je datang kerja hari-hari. Sihat je...” Cemuh Alia sambil membetulkan ikatan rambutnya sebaik sahaja telekung dilucutkan.
“Itulah. Aku rasa dia berlakon ajelah. Lapar perhatian!” Sahut Yaya yang sedang menempek foundation di wajahnya.
“Entahlah, aku malas nak tegur. Karang dia cakap aku hipokrit pula, lepas tu sentap... mengada lebih,” ujar Bainun pula sebelum dia berpaling mahu memandang Yaya namun tubuhnya kaku apabila dia nampak Nazifah sedang memandangnya.
“Bai, kau kan ‘kawan baik’ dia. Tegurlah! Kesian dia, tak ada kawan! Boo-hoo!” Yaya yang dah siap berhias, ketawa besar lalu pintu loker miliknya ditutup sebelum ketawanya mati sendiri.
Nazifah pandang Yaya pula. Menunggu kata-kata cemuhan Yaya yang seterusnya.
“Korang dua orang senyap dah ken...” ayat Alia mati sebaik sahaja tirai yang memisahkan tempat solat dengan kawasan loker ditarik. Wajahnya berubah bila nampak Nazifah sedang bersandar pada dinding berhampiran pintu.
Nazifah berjalan tenang mendekati lokernya yang bersebelahan dengan loker Yaya. Pintu loker dibuka dan beg sandangnya dicapai lalu dompet dan telefon pintarnya diletakkan di dalam beg tersebut. Selesai semuanya, tanpa berkata apa-apa dia berjalan menuju ke pintu bilik itu.
Sebelum dia keluar dari bilik rehat itu, sempat dia berpaling memandang Alia, “There is such thing as high-functioning depression. Kalau kau ada masa nak scroll Facebook, cubalah Google juga. Bukan semua kemurungan duduk dalam bilik, tak buat apa-apa. Ada yang perlu bergerak, bekerja untuk kelangsungan hidup walaupun sebenarnya dia tak mahu pun hidup.”
💔💔💔
Kita semua adalah pejuang dalam kehidupan walaupun jalan cerita kita tidak sama 💪
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top