Teaser 2 ( Mia Azwari)

🔥 Second Chance - Mia Azwari

“Saya nak tanggalkan alat pernafasan ni sekejap. Puan bertenang ya. Mungkin agak sakit sedikit tapi itu perkara biasa.”

Aku sekadar kerdipkan kelopak mata. Berkerut wajah aku sebaik saja alat pernafasan ditanggalkan dari mulut. Tekak aku perit.

Terasa tanganku digenggam kemas. Aku pandang di sebelah. Melihat wajah Wazir, barulah aku rasa selamat.

Setelah mereka memastikan keadaan aku stabil, mereka tinggalkan aku bersama Wazir. Kami saling berpandangan. Melihat raut wajah Wazir yang tidak bercukur, aku bertambah keliru. Tak mungkin cepat sangat jambang di wajah Wazir tumbuh.

“Kenapa abang tak cukur ni?”

“Abang tunggu sayang yang cukurkan untuk abang.” Berkaca tubir mata Wazir ketika ini.

Aku tersenyum nipis. Memang itulah kerjaku setiap minggu selepas bergelar isteri Wazir. Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu.

“Dah berapa lama Akma tak sedar?”
“Hampir sebulan.”

Bulat mata aku memandang ke arahnya. Patutlah wajah Wazir kelihatan serabut. Lama betul aku tak sedarkan diri.

#KompilasiTheFighter

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top