Teaser 2 ( Ateen Khalid)

MELIHAT jambangan bunga di tangan, Nadean Firhad tersenyum nipis. Kepala melangut memandang nombor yang bertukar-tukar sehinggalah pintu lif terbuka. Dean keluar dengan perasaan teruja. Dia terus ke sini untuk berjumpa dengan Isabelle sebaik saja pulang.

Sudah lama juga dia tidak berjumpa dengan tunangnya itu memandangkan dia asyik keluar bandar untuk selesaikan kerjanya. Ini pun dia pulang awal dari tarikh yang sepatutnya.

Jarang-jarang dia mengabaikan wanita itu. Jadi bila dah lama tidak berjumpa, dia rasa lain.
Belum sempat dia menekan loceng, anak matanya menangkap sepasang kasut lelaki.

Mata bertukar sepet. Itu bukan kasut miliknya.
Sekelip mata perasaan teruja tadi hilang diganti dengan perasaan bercampur baur. Dean mengukir senyuman kelat. Dia memandang pintu yang tertutup rapat. Perlahan-lahan jari menekan kata laluan sebelum pintu dibuka.
Dean masuk ke dalam rumah dan cuba untuk tidak mengeluarkan sebarang bunyi.

Telinganya menangkap suara gelak ketawa lelaki dan perempuan dari dalam bilik. Genggaman tangan pada jambangan bunga menjadi kuat. Dia tidak terus menuju ke situ sebaliknya dia ke dapur.

Bunga yang dibeli diletakkan di atas table top. Peti sejuk dibuka dan satu tin air Nescafe dikeluarkan dan dia kembali ke ruang tamu sambil membuka minumannya.

Dia duduk di atas wing chair. Kaki disilang dan tangan menongkat dagu. Air dihirup sedikit demi sedikit. Telinga masih mendengar bunyi gelak tawa itu. Dia tidak berniat untuk merempuh masuk ke dalam bilik.

Dia punya cara tersendiri untuk berdepan dengan situasi seperti ini.

Dengan tak semena-mena, dia tersenyum lagi tapi kali ini lebih kepada sinis. Ya, sinis kepada diri sendiri. Dia kecewa tapi lebih kepada kecewa akan dirinya.

Mudah, mudah sungguh dia percaya.
Fikirnya, dia akan berjumpa dengan wanita yang sesuai. Yang ikhlas. Selebihnya, dia akan cuba bimbing secara perlahan.

Tapi silap. Nampaknya sukar untuk dia mencari seseorang yang ikhlas menerima dirinya tanpa mempunyai agenda lain.

Duit. Itu sebab utama dia rasa dia sukar untuk bertemu dengan cinta sejati. Kebanyakan wanita mendekati kerana itu.

Jika dekat dengannya disebabkan wajah, agak mustahil. Kalau dia tak ada duit, walaupun ada rupa, takkan ada siapa pun yang mahu. 
Dean memejam rapat matanya. Ada satu soalan yang berlegar-legar dalam kepala.
Kenapa Belle sanggup buat macam tu?
Bukan dia tak setia. Ramai yang datang dekat dengannya, dia tetap setia dengan Isabelle sebab wanita itu yang menjadi pilihannya. Dia tak pernah mengabaikan wanita itu walau sibuk macam mana sekalipun. Dia tetap akan luangkan masa. Melayan kemahuan Belle bagai seorang puteri.

Jadi, kenapa? Di mana silap dia?

Genggaman pada tin minuman menjadi kuat. Cepat-cepat Dean sedarkan diri. Dia menarik nafas panjang. Air dihirup sehingga habis.
Tak lama selepas itu, pasangan merpati dua sejoli itu keluar. Berpelukan sambil bergelak tawa.

Dean masih merenung dari ruang paling hujung berdekatan balkoni. Dia kekal memerhati tanpa bersuara. Baju yang dipakai Isabelle sangat mencolok mata. Lelaki itu pula, butang baju kemeja pun tidak dipakai sepenuhnya.

“Tak nak stay sini ke? Dah lama tau you tak stay sini. Bukan selalu kita dapat berdua-duaan macam ni. Tak ada sesiapa tahu pun. Lagipun dia tak ada, esok baru dia balik.”

Ayat itu buat segaris senyuman terbit di bibir Dean. Nampaknya memang dah lama Isabelle buat kerja di belakang dia. Kenapalah dia bodoh sangat sampaikan tak sedar semua ni?

“I kena balik... sebab...” ayat lelaki itu termati sendiri apabila melihat kelibatan Dean di ruang tamu.

“Sebab apa?”
Diam.

“Hey, apa yang you pandang...” Isabelle berpaling. Saat wanita itu bertentang mata dengan Dean, Dean melepaskan tawa. Tak cukup dengan itu, Dean siap bertepuk tangan.

“Wow... Ini rupanya kerja you di belakang I.”
“Dean...”

Mendengar nama yang disebut oleh Isabelle, mata lelaki itu membuntang. Dia mula rasa gelabah. Dean. Nadean Firhad!

“Syhhh! Stop.” Dalam suara Dean. Itu saja sudah mampu buat Isabelle hilang kata-kata. Wanita itu hanya tunduk dengan mata yang terpejam rapat. Dia menggigit bibir. Resah memandangkan sudah terkantoi.

Kekasih gelap Isabelle itu sudah kelam kabut. Mahu pergi dari situ. Tapi suara Dean membantutkan niatnya.

“Eh, kau. Nak pergi mana? Tunggu situ. Don’t worry. Tangan aku bersih. Aku takkan kotorkan tangan aku dengan sentuh sampah macam korang berdua.” Dean bangun dan menapak perlahan. Dia memandang Isabelle yang sibuk membetulkan cardigan nipisnya.

“Belle, why?”

Barulah Isabelle angkat wajah. Mata wanita itu berair. Tapi Dean sudah tidak peduli. Dia tak boleh tertipu dengan drama air mata Isabelle.

Dia jijik! Selama ini dia terlalu berlembut sehingga dipijak-pijak oleh Isabelle. Dipijak sampai lumat.

“Dean. I... Sebenarnya...”

👀

Berani curang berani tanggung 😤

KompilasiTheFighter

PO berbaki 3 hari lagi ❣️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top