Kompilasi Cerpen 6 Penulis
6 Penulis, 6 Cerita, 1 Buku...
#NOAH
🧡 Aein Dhiyauddin 🧡
“Kenapa bila kita betul-betul nak berubah ada sahaja ujian yang datang. Allah tak terima taubat aku ke? Allah tak sayang aku ke?” – NOAH
Perjuangannya adalah melawan kehendak nafsu dirinya sendiri. Dia mahu berubah. Mahu meniti jalan ke syurga jannah. Mahu menjadi lelaki normal. Fifi menjadi sandaran untuk dia kembali normal.
“I nak tolong you berubah Noah. Tapi you dah sia-siakan pengorbanan I. Mungkin ini sebabnya kenapa you nak batalkan perkahwinan ni awal-awal lagi. I yang bodoh dan terus desak you sebab I fikir I boleh tolong you. You dah hancurkan kepercayaan I, Noah. I nak cerai.” – FIFI
Dugaan datang membuat dia goyah. Mampukah dia terus berjuang untuk kembali ke jalan Allah?
#SecondChance
💚 MIA AZWARI 💚
Akma pernah jatuh cinta...
Tapi sayang, cinta yang hadir hanya membuatkan dia menderita. Setelah bertahun-tahun diseksa, akhirnya dia bangkit demi anak-anak. Bagi Akma, dia mampu hidup tanpa seorang suami. Tak jadi kudis pun walaupun gelaran janda disandang.
Baru nak bernafas dengan tenang, muncul pula seorang lelaki mata sepet di tempat kerjanya. Kemunculan Doktor Wazir membuatkan Akma dibelenggu dengan kisah silam. Puas dia menolak tetapi lelaki itu masih tetap sama seperti dulu. Pantang ada masalah, ada aje mamat mata sepet tu muncul.
Kemunculan bekas suami Akma membuatkan hidupnya makin tertekan.Bagi Doktor Wazir, ini peluang terbaik untuk dia masuk ke dalam hidup Akma dengan niat melindungi wanita itu. Tapi tak mudah buat Akma menerima cinta seorang lelaki lagi.
Benarkah peluang kedua itu wujud? Jika betul, siapa yang perlu diberi peluang kedua?
Wazir
Atau
Si bekas suami?
#Drapetomania
❤️ NAJWA RAHMAN ❤️
Drapetomania
(n.) an overwhelming urge to run away.
Nazifah semakin lelah melawan 'demon' yang ada di mindanya. Namun melawan 'demon' itu tidak selelah melawan stigma yang dilontarkan kepadanya.
Sakit yang dia rasa menjadi bahan kutukan orang sekeliling. Lapar perhatian, mengada-ngada sudah menjadi halwa telinganya.
Oleh kerana itu, dia mahu lari. Lari dari semuanya.
Dalam perlariannya mencari bahagia, Tuhan menemukannya dengan seseorang yang menyambut huluran tangannya tika dia sudah hampir kalah, lemas dalam fikirannya sendiri.
#HadirDenganRindu
🖤 RINSYA CHASIANI 🖤
Airin Sofea, menjadi pegawai bomba kerana hatinya tegar.
Aryan Raziq, menjadi pelakon dan penyanyi popular kerana minatnya dalam bidang seni.
Mereka jiran sebelah, saling mengenali. Hati Raziq terpaut sejak dulu pada Sofea. Malangnya gadis itu buta menilai cinta.
"Aku suka kau, Fea?" - Raziq
"Hati tak boleh dipaksa. Aku tak suka kau masalahnya." - Sofea
Kehadiran Drew, pegawai bomba berbangsa Cina, tinggi dan sasa, membuat Raziq berasa terancam. Dia cuba meyakinkan Sofea tentang hatinya.
"Aku serius, aku tak main-main. Tapi kalau kau reject aku kali ni, tolong jangan putuskan persahabatan kita macam tempoh hari..." - Raziq
#BukanCintaPertama
💛 TULIP UNGU 💛
Darlina tidak menyangka kunjungannya ke klinik Mirza akan mempertemukan jodoh antara mereka. Dengan rela hati dia menerima Mirza sebagai suami.
“Kalau tak nak saya datang dan kacau, tolong setuju. Terima saya jadi suami. Boleh?"
Sekali lagi Darlina rasa geram. Nak kata bodoh, lelaki ini seorang doktor. Tetapi gelojohnya tak boleh nak bawak bincang.
“Apa yang saya dapat kalau kahwin dengan doktor?”
“Awak dapat saya.” Mirza sengih lagi.
Namun pada awal perkahwinan, dia dan Mirza terpisah. Kesibukan Mirza membuatkan hubungan mereka semakin menjauh. Apabila Darlina mula menerima mesej aneh daripada nombor Mirza, dia semakin curiga dengan kesetiaan lelaki itu.
“Sorry darling, I’m engaged to her.” Pendek mesej yang ditujukan buatnya namun berdebar hebat jantungnya membaca sebaris ayat itu.
Hari demi hari, hubungan mereka semakin jauh. Darlina makan hati dengan sikap Mirza. Mengapakah Mirza tegar mempermainkan hatinya begitu?
#KauBuatSemuanyaSempurna
💙 ATEEN KHALID 💙
Kerana kasihnya, Ayana mahu membela Anim, si kakak dari cengkaman suami umpama biawak hidup, Nazim. Namun kerana silap percaturan, maruahnya hampir tergadai oleh abang ipar. Namun yang lebih memeritkan, dia dituduh mahu merampas lelaki itu.
Menemui Firhad Nadean tanpa sengaja, Ayana disuntik rasa berani. Anehnya, lelaki yang dia tidak kenali, menyentuh hati Ayana, membuat Ayana berani untuk mengambil langkah demi berubah.
Dean, lelaki itu sangat melindungi...
Adakah cinta yang Dean rasa?
Atau cuma kasihan yang menepuk jiwa?
Dan berjayakah Ayana membuka hati Dean yang menyimpan seribu rahsia?
.
PREUORDERR DIBUKA ❣️ sehingga 1/4. WASAP 0129284568
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top