Drapetomania ( Najwa Rahman)

AKAN DATANG

#KompilasiTheFighter

“Kenapa tak bagitau saya yang awak dah ada orang lain? Kalau pun tak nak jadi gila macam saya, tak boleh ke bagitahu yang awak dah tak mahu ada hubungan dengan saya?” Tanya Hafiy, tegas.

“Saya takut... saya takut awak cederakan diri awak. Awak pernah ada...” Naira matikan kata bila Hafiy mengukir senyum sinis kepadanya.

“Oh, jadi tipu saya hidup-hidup... boleh buat saya takkan cederakan diri saya ke?”
Naira diam.

Hafiy hela nafas, “Tak berbaloi saya cederakan diri untuk perempuan murah macam awak.”

“Bro!”

“Hafiy!”

Hafiy tersenyum sinis bila serentak pasangan kekasih itu menyerunya, “Marah saya panggil awak murah? Memang awak murah pun. Dah ada kekasih, boleh pasang satu lagi. Kalau awak jujur dari awal, saya boleh saja terima. Dah berapa lama awak dengan dia?”

“Hampir tiga bulan.”

“Wow, patutlah saya mesej tak berbalas. Call tak pernah berangkat. Bila ajak keluar, banyak alasan.”

“Saya minta maaf,” ucap Naira, perlahan! “Kita masih boleh jadi kawan, Hafiy. Saya sayangkan awak...”

Hafiy gelak besar dengan kata-kata Naira, “Sayang saya tapi buat saya macam orang bodoh. Tahniah, Naira dan Adam, semoga kau tak rasa apa yang aku rasa sekarang.”

Tanpa menunggu balasan daripada Naira dan Adam, Hafiy terus berdiri dan berlalu keluar dari restoran itu. Bila dia teringatkan air kopi o ais dia yang masih belum dibayar, hampir saja dia berpatah balik. Tapi dia tak jadi berpatah balik, biarlah Naira dan kekasihnya itu saja yang bayar duit minumannya itu.

Selamat tinggal, Naira.

.

Macam biasa, karya Najwa Rahman is my cup of teaaaaa and im super duper happy 💛💛

Drapetomania karya Najwa Ulfah Abdul Rahman dalam Kompilasi The Fighter (6 penulis 6 cerita 1 novel 🔥)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top