Teaser 3 Noah 💓 AEIN DHIYAUDDIN
“MUNGKIN ini jawapan dari Allah untuk doa-doa kau selama ni.” Haris menepuk bahu Noah. Faham akan perasaan sahabatnya itu.
“Betul tu. Ini peluang kau untuk jadi lelaki normal. Macam yang kau selalu sebut kat kita orang.” Leon menyokong kata-kata Haris.
Walaupun mengejutkan, dia menyokong perkahwinan ini.
Mungkin Fifi dapat bantu Noah nanti.
“Selama ni kau takut-takut nak lamar perempuan buat isteri. Sekarang bakal isteri kau sendiri tawarkan diri.”
“Fifi tu... serius ke? Aku boleh reka alasan untuk batalkan pernikahan kami. Lagipun tak rasmi lagi, kan?”
Noah masih tidak percaya yang dia akan berkahwin. Berkahwin! Ya Berkahwin dan berkongsi hidup dengan seorang perempuan. Paling menyeramkan berkongsi katil.
“Fifi yang aku kenal tak pernah tak serius dengan tindakan yang dia ambik. Dan dia tak akan senang-senang tarik balik apa pun keputusan yang dia buat. Ramai yang nasihatkan dia jangan bercerai masa tu... tapi Fifi tetap dengan keputusan dia.” Sambung Noah lagi.
“Betul tu. Tapi Ja yakin Fifi jugak bukan buat keputusan bodoh dan melulu untuk kahwin dengan Noah. Pasti dia dah fikir masak-masak.”
Najah mencelah. Dia turut terkejut dengan keputusan Fifi tadi.
“Tapi Ja...” Entah kenapa dia rasa Fifi membuat keputusan melulu. Memang dia mahu beristeri dan mencari teman hidup, sekali gus membantu dia untuk melupakan masa silamnya.
Tetapi bukanlah dengan perempuan seperti Fifi. Tambahan pula dia kenal sangat dengan keluarga perempuan itu. Kenalan baik keluarganya. Hancurnya hubungan dia dengan Fifi bakal menghancurkan persahabatan dua buah keluarga.
“Kau fikir apa lagi?” tanya Haris.
“Selama ni kau sendiri yang berazam nak berubah. Nak kembali ke jalan yang lurus. Ini peluang kau, dan aku yakin Fifi akan bantu kau.”
“Leon. Aku tidur sini malam ni. Aku,” ucap Noah sebelum jeda. Serabut kepalanya saat ini.
“Pergilah tidur.” Bukan perkara aneh Noah menginap di rumahnya. Malah ada bilik khas untuk Noah di rumahnya. Keluarganya langsung tidak kisah. Lagipun, dia tahu Noah kepenatan.
Noah bangkit. Tanpa pamit dia terus hayun langkah menuju biliknya.
“Darling nak balik atau nak tidur sini?” Tanya Haris. Sudah pukul 1 pagi. Matanya benar-benar mengantuk.
“Tidur sinilah.” Najah perasan suaminya sudah beberapa kali menguap. Tidak sampai hati pula hendak ajak Haris balik. Untuk memandu sendiri memang tidak bolehlah. Najah tidak dibenarkan memandu sejak berbadan dua.
“Thanks darling. Sayang memang mengantuk betul ni.” Selamba sahaja Haris cium dahi Najah di hadapan Leon. Dia capai tangan isterinya. Seperti Noah, dia ada bilik sendiri di rumah ini.
“Haris... aku nak cakap dengan Ja sekejap. Kalau kau tak kisah,” pinta Leon.
“Sekejap saja tau.” Haris lepaskan tangan Najah. Rasanya dia tahu apa yang Leon mahu katakan. Dia ingin turut serta tetapi matanya betul-betul sudah berat dan hampir melekat.
“Kalau dia nakal-nakal, darling tendang dia tau.”
“Awek kawan pun aku tak kacau, apa lagi bini kawan.” Leon pura-pura buat muka serius. Dia tahu Haris cuma bergurau. Bukan dia tidak biasa berborak berdua dengan Najah.
Najah kembali duduk. Haris pula sudah mula melangkah untuk ke bilik tidur.
“Pasal Fifi.” Leon menarik nafas.
“Ja... aku tak kenal sangat kawan kau tu. Tapi dia serius ke? Aku risau Ja. Seperti masa aku risau kalau-kalau kau tak boleh terima Haris dulu, macam tu jugalah aku risau sekarang ni. Aku risau tiba-tiba kawan kau batalkan niat dia atau putus asa di tengah jalan... Kau pun tau Leon.”
Najah tarik nafas. Dia risaukan perkara yang sama seperti Leon. Kalau sebab hanya berdengkur jadi punca cerai, tidak mustahil Fifi akan ungkit sejarah hitam Noah nanti.
“Ja tak tau. Ja pun risau jugak. Tapi kita sama-sama doa agar semuanya berjalan lancar. Soal Fifi, Ja akan pastikan dia tak akan kecewakan Noah. Sekarang, kerja kita nak yakinkan Noah yang dia mampu jadi suami yang baik. Suami yang normal.” Najah yakin, sama seperti Haris, bukan mudah untuk Noah singkirkan kenangan hitam.
“Yalah... aku pun takut. Tak apa. Nanti aku suruh Haris ajar dia...”
“Ajar apa?” Najah kerut dahi tidak faham.
“Kata nak jadi suami normal. Kena belajar mata pelajaran bilik tidur,” ucap Leon dengan muka naifnya. Mungkin terlupa yang dia sedang bercakap dengan seorang perempuan.
“Ya Allah. Benda tu bincang dengan Haris lah. Malu Ja tau. Dahlah. Ja nak tidur.” Najah bangun. Lebih baik dia lari sebelum tangannya naik ke muka kacak Leon.
“Tak boleh ke?” Leon memerhatikan langkah Najah.
“I’m muslim Leon.”
Leon menutup mulutnya. Alamak! Kenapa dia terlupa? Matilah esok dia bakal kena syarah dengan Haris.
wsp 0198817140
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top