Teaser 3 Bukan Cinta Pertama 💙 TULIP UNGU

BAB 2

KALAU lima bulan lepas dia ditanya soalan siapa jodohnya, pasti dia tidak akan mampu menjawab. Namun anehnya hari ini dalam sejarah, dia dan Mirza duduk bersanding atas pelamin. Orang kampung pula ramai yang datang memeriahkan majlis kenduri mereka. Sekali sekala dia menjeling Mirza di sebelah. Segak dalam busana baju melayu, dilengkapi dengan tengkolok. Mirza tidak kelihatan kekok terutama saat melayani beberapa orang sahabat yang datang dari jauh untuk mengucapkan tahniah. Kenduri pihaknya tempoh hari hanya kecil sahaja. Hari ini, keluarga Mirza buat kenduri besar-besaran. Semua tetamu diundang hadir.

“Psst…” Leka mengelamun terdengar Mirza menyeru. Darlina berpaling.
“Awak cantik.”

Puji lelaki itu tanpa segan silu. Dia pula yang tersipu-sipu dengan wajah yang sudah bertukar merah padam. Lelaki itu seperti mahu mengatakan sesuatu tetapi terhenti dengan kehadiran seorang perempuan berkebaya kota bharu berwarna oren. Jelas air muka Mirza berubah tiba-tiba.
“Hai Mir.” Perempuan berkebaya itu menegur Mirza sambil menjeling ke arah Darlina.

Darlina terpegun dengan penampilan perempuan itu. Kebayanya ketat membalut tubuh yang berpotongan menarik. Wajahnya dicalit nipis dengan solekan namun terserlah keayuan. Kukunya berwarna merah dan panjang. Rambut pula disanggul tinggi persis orang lama-lama. Dan bersuara lunak. Tiba-tiba hati Darlina rasa tidak sedap. Entah kenapa aura perempuan itu tidak menyenangkan hati.

“Congratulations handsome.” Ucapnya lunak dengan mata yang memanah tepat ke wajah Mirza.
“Thank you.”Jawab Mirza.

Kalau tadi Darlina lihat air muka Mirza berubah, kini dia lihat Mirza bersahaja menjawab ucapan perempuan itu. Rasa hendak marah apabila Mirza selamba menjawab sedangkan jelas perempuan itu tekankan perkataan ‘handsome’ itu.
“...and, congratulations to you too.” Perempuan berkebaya itu beralih memandang Darlina pula.

“Do you mind?” Soal perempuan itu kepada Darlina sambil menunjukkan bekas air mawar yang tersedia di situ.
Tidak menolak sebaliknya Darlina hanya angguk memberi kebenaran.
Perempuan itu menghampirinya rapat, mengambil bekas air mawar. Mendekatkan kepalanya ke wajah Darlina.

“He is my fiancée….and he still is… he is lying to you dear.” Bisik perempuan itu di telinga Darlina. Cukup perlahan sehingga hanya dia yang mampu mendengar.

Perempuan berkebaya itu meninggalkan pelamin dengan senyuman lebar.

Ada pelbagai persoalan dalam kepala Darlina. Dia cuba memproses bisikan perempuan itu tadi. Sempat dia jeling cincin di jari manis perempuan itu, cincin bertatah sebiji batu putih.

Majlis yang tadinya riuh bertukar menjadi sepi. Dia berpaling memandang Mirza tetapi lelaki itu hanya tersenyum seolah-olah tiada apa yang disembunyikan dalam hati. Benarkah tindakan yang diambilnya ini? Mengahwini Mirza tanpa dia kenal siapa lelaki itu sebenar-benarnya?

0198817140

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top