Question

"Rin! Apa yang kau fikirkan?!" tanya seorang guru selepas Cikgu Rin merebahkan badan di atas sofa.

"Apa pula kali ni?" tanya Cikgu Rin dengan nada rimas.

"Kau tahu tak? Ramai cikgu membantah Destiny Shadow dan The KnightZ digandingkan!"

"Jadi?"

"Kau boleh bersenang lenang saja?! Kau tahu tak mereka sedang membuat menulis surat bantahan?!"

"Kisah apa aku? Aku percaya The KnightZ mampu melindungi Destiny Shadow. Kalau kau tak percaya aku, kau pergi bilik rawatan," ujar Cikgu Rin dengan geram. Mahu saja dicekik-cekik sahabatnya itu.

Kawannya atau lebih dikenali sebagai Nayli, hanya mampu mengeluh sebelum menggaru pelipis yang tidak gatal.

"Aduhai. Memang tak fikir panjang betul sahabat aku ni," sindir Cikgu Nayli tanpa suara. Walaupun Cikgu Rin dapat membaca gerak mulut sahabatnya, dia hanya membiarkan sahaja.

"Kau ingat tak? Keadaan mereka sekarang ni, sedikit sebanyak sama seperti kita dulu," kata Cikgu Rin sebelum tersenyum hambar. Senyuman mengejek di wajah Cikgu Nayli terus terpadam. Wajahnya bertukar masam.

"Kau masih ingat kisah lama? Move on lah!" marah Cikgu Nayli seraya mengeluh. Cikgu Rin memandang sahabatnya dengan pandangang 'kau dah kenapa?'

"Aku cakap aje. Yang kau over semacam dah kenapa?" tanya Cikgu Rin bengang. Cikgu Nayli menayang gigi tanda tidak bersalah. 

"Saja..." balas Cikgu Nayli.

"Kali ini, tiada sebarang babak yang akan ditulis oleh author. Sebaliknya, author akan membuka peluang kepada readers untuk bertanya jika di chapter-chapter yang lepas readers tidak faham akan sesuatu. Jadi, inilah peluang anda!"

"Mari serbu!!"

Soalan...

p/s: author akan cuba jawab semua  soalan korang. Nama Nayli ialah nama adik-adik sepupu author

Tbc 

18/12/18

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top