Chapter 9

PUTERA Carl merenung cermin ajaib untuk melihat sama ada pengawal berkawal di hadapan biliknya. Apabila cermin ajaib berubah menjadi cermin biasa, maknanya tiada pengawal yang berada berdekatan. Putera Carl menukar baju sebelum mencapai kerudung, topeng muka dan sarung tangan. Buku tebal yang belum habis dibaca dibawa bersama. Dia berlari sepantas yang boleh untuk berada di destinasi tepat pada waktunya. Permaisuri Fantasi menggelengkan kepala apabila melihat kelibat anakandanya dari jauh.

"Bertuah betul budak ni. Ada sahaja akalnya untuk lari dari istana. Anakanda siapa la ni?"

Putera Carl menarik nafas apabila dia berjaya sampai. Bangku yang berada berdekatan dibawa sebelum dibawa ke tempat yang agak tersorok.

Putera Carl membaca buku sebelum mencari kelibat seseorang. Seseorang berjalan melintasi taman bunga menyebabkan putera itu tersenyum sendirian. Dia lebih suka menjadi pemerhati daripada mendekati gadis itu. Dia tidak mempunyai kekuatan untuk meluahkan perasaannya. Apa yang akan berlaku sekiranya gadis itu tahu tentang perasaanya? Mestilah gadis itu akan menjauhi dirinya.

"Susah betul jadi putera mahkota. Selalu sahaja diekori. Aku tak bebas langsung," keluh Putera Carl sebelum memandang ke hadapan. Dia terkejut apabila melihat wajah seseorang di hadapannya. Fiya ketawa sebelum duduk di hadapan putera itu.

"Haish... terkejut beta," kata Putera Carl sebelum mengurut dadanya. Aydina yang mahu menjerit ditekup mulutnya dari belakang oleh Nia. Nia menggelengkan kepala tanda jangan menganggu perbualan mereka.

"Jangan ganggu mereka. Biarkan mereka berdua," ujar Nia sebelum menarik tangan Aydina ke meja berdekatan.

"Susah nak tengok putera mahkota tersenyum sekarang." Mereka berdua saling berpandangan sebelum menyorok.

"Ya, dan aku selalu nampak putera mahkota selalu tersenyum bila lihat sekeping gambar. Aku tak tahu gambar siapa yang baginda lihat."

"Kenapa putera mahkota korbankan sayap baginda semata-mata mahu melindungi ahli sihir kegelapan itu? Sepatutnya mereka tidak dibenarkan menjejakkan kaki di sini sejak dulu lagi." Nia tergamam sebelum air matanya menitik.

"Mungkin mereka bertiga berguna untuk masa depan, siapa yang tahu? Lebih baik kita buat baik dengan mereka agar mereka boleh pergi dari sini dengan segera." Apabila dua orang pengawal istana beredar, tangisan dihemburkan.

"Apa yang berlaku?" tanya Fiya cemas. Dia terkejut apabila mendengar bunyi tangisan dari belakang.

"Mereka jahat!" Mereka berdua memeluk Fiya dengan erat. Putera Carl dan Fiya saling berpandangan.

"Mesti ada orang yang lakukan perkara ni," teka Putera Carl. Fiya tidak membalas. Aydina dan Nia tertidur selepas menangis. Fiya mengajak Putera Carl ke halaman belakang rumah mereka.

"Patik ingin bertanya."

"Tanyalah..."

"Kenapa tuanku selamatkan patik dan korbankan sayap tuanku? Sayap ni seperti nyawa tuanku. Sayap tak akan tumbuh untuk kali kedua," kata Fiya. Putera Carl hanya berdiam diri mendengar luahan Fiya. Putera Carl menarik nafas sambil mecari idea.

"Beta buat semua ni sebab kamu rakyat beta. Kalau kamu tak ada, siapa yang akan menghasilkan penawar atau racun yang sangat berkuasa? Nak harap ahli sihir yang lain memang tak boleh langsung." Putera Carl mengukir senyuman untuk mengaburi hatinya yang sakit kerana terpaksa berbohong.

"Dia hanya anggap aku sebagai rakyat dia saja?" gumam Fiya tanpa suara selepas membelakangkan Putera Carl.

"Maafkan beta Fiya, tapi beta tak boleh berada di sini untuk bersembang dengan kamu lebih lama. Beta ada kerja yang perlu diselesaikan." Fiya terduduk sebelum ketawa perlahan. Lama-kelamaan, ketawa bertukar tangisan.

"Kenapa? Kenapa?" Fiya menjerit sebelum menekup mulut. Kelakuannya diperhatikan oleh Putera Carl.

"Maafkan beta, Fiya. Beta tak boleh ingkar arahan ayahanda. Kalau beta ingkar, ayahanda akan murka dan mungkin akan halau kamu pergi. Beta tak nak," kata Putera Carl sambil memerhati kelakuan Fiya lagi.

Entah kenapa hatinya sangat sakit apabila melihat Fiya menangis. Dia tahu akan perasaan gadis itu namun dia berharap gadis itu akan bertemu dengan orang yang lebih baik daripadanya. Dia sangat berharap selepas peperangan, dia masih mempunyai masa untuk memberitahu gadis itu tentang perasaannya sebelum terlambat.

"Maafkan beta, Fiya. Maafkan beta." Putera Carl beredar selepas melihat Fiya untuk kali terakhir pada hari ini.

....

THE KnightZ mencari kelibat Destiny Shadow namun hampa. Ke manakah gadis berlapan itu pergi? Nak kata tak datang, nampak sangat menipu. Skateboards mereka tersadai di dalam bilik pengetua.

Pengetua terpaksa merampas skateboards mereka kerana mereka membawa benda larangan ke sekolah. Namun, Destiny Shadow tetap Destiny Shadow, mereka mana mahu makan saman. Akhirnya, mereka terpaksa berjanji dengan pengetua untuk melakukan sesuatu sebagai pertukaran sekiranya mereka mahu skateboards mereka semula. Jika tidak, mereka mahu balik dorm jalan kaki? Sungguh mereka tidak rela. Walaupun mereka tahu jalan pintas, namun mereka malas. Katanya, nanti lambat datang sekolah.

"Kau tak rasa bosan ke?" tanya Akira. Akabane hanya mengganggukkan kepala tanpa mengeluarkan sebarang suara. The KnightZ kecuali Rayz mengeluh.

"Kau tak rasa pelik ke? Mereka seolah-olah mengelak daripada kita," ujar Rayz tanpa memandang kerana sedang menaip dokumen yang perlu dihantar pada esok hari.

"Bila difikirkan semula, ada betulnya kata-kata kau," balas Rubah sebelum mencapai sebatang pensel. Dia membuat lakaran tentang sesuatu namun apabila lukisan itu siap, dia ketawa.

"Kau dah kenapa?" tanya Hiroshi pelik. Dia mengambil kertas lakaran itu sebelum dilihat dengan teliti. Hiroshi dan Rubah saling menjeling sebelum memalingkan muka.

Yuu menggelengkan kepala sebelum berkata, "Daripada korang pening memikirkan tentang mereka, aku nak tanya ni. Kerja yang Sir Heyl bagi dah siap belum?"

Mereka hanya tersengih selepas ditegur oleh Yuu. Kerja yang Sir Heyl bagi, mereka belum sentuh langsung. Jika Sir Heyl tahu, habislah mereka kena denda. Pintu ditutup dengan perlahan dan mereka tidak menyedarinya. Namun, siapa yang menutup pintu itu kalau mereka sedang duduk. Siapa lagi kalau bukan Destiny Shadow.

"Esok hari terakhir kita, sempat ke?" tanya Wani. Sebenarnya sepanjang hari, Destiny Shadow berada di bilik sebelah kerana mengemas.

"Sempat. Dengan masa yang ada lebih baik kita gunakan sebaik mungkin," ujar Diana sebelum mengelap alas meja yang berhabuk. Farz dan Haya pula sedang terbaring di atas sofa kerana kepenatan membersihkan kantin, makmal-makmal dan pejabat serta bilik stor.

"Aku bukan tak nak tolong tapi kesihatan aku tak mengizinkan aku membantu korang," ujar Iris selepas menutup pintu. Melysa menjeling Iris dengan jelinganmenyampah.

"Untunglah kau ada alahan habuk," kata Melysa sebelum terbersin. Iris ketawa sebelum Melysa membaling kain yang berada di tangannya tepat ke wajah Iris. Iris mencampakkan kain itu ke tepi sebelum mengejar Melysa.

"Tak akan korang dah penat?" sindir Hilya sebelum membuka peti sejuk. Air mineral dicari sebelum diberi kepada Farz dan Haya yang kepenatan. Hanni menggelengkan kepala melihat Farz dan Haya terbaring seperti membersihkan padang.

"Esok ialah harinya, kita dah bersedia ke?" tanya Hanni. Farz mengangkat kepala sedikit sebelum menggeleng. Hanni menepuk dahi sebelum mencapai sehelai kertas dan sebatang pensel.

"Apa kata kita tolak perkara tu ke tepi dulu? Lebih baik kita fikir, apa yang kita nak makan sekarang ni," ujar Haya perlahan selepas duduk bersandar. Perut mereka berbunyi serentak menyebabkan mereka memegang perut sendiri.

Farz berfikir sebelum berkata, "Kita makan dekat kantin." Farz menerima jelingan daripada tujuh orang kawannya.

"Kau bawa duit ke?" Farz hanya menayang gigi. Mereka mengeluh dan menepuk dahi. Mereka berlapan terlupa mahu membawa duit belanja kerana tergesa-gesa ke sekolah. Lebih haru lagi, mereka tersalah bawa beg. Mereka terbawa beg jalan.

Tbc

17/5/19

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top