Chapter 7

"Rin! Apa yang kau fikirkan?!" tanya seorang guru selepas Cikgu Rin merebahkan badan di atas sofa.

"Apa pula kali ni?" tanya Cikgu Rin dengan nada rimas.

"Kau tahu tak? Ramai cikgu membantah Destiny Shadow dan The KnightZ digandingkan!"

"Jadi?" tanya Cikgu Rin tanpa membuka mata.

"Kau boleh bersenang lenang saja! Kau tahu tak mereka sedang membuat menulis surat bantahan?"

"Kisah apa aku? Aku percaya The KnightZ mampu melindungi Destiny Shadow. Kalau kau tak percaya aku, kau pergi bilik rawatan," ujar Cikgu Rin dengan geram. Mahu saja dicekik-cekik sahabatnya itu.

Kawannya atau lebih dikenali sebagai Nayli, hanya mampu mengeluh sebelum menggaru pelipis yang tidak gatal.

"Aduhai. Memang tak fikir panjang betul sahabat aku ni," sindir Cikgu Nayli tanpa suara. Walaupun Cikgu Rin dapat membaca gerak mulut sahabatnya, dia hanya membiarkan sahaja.

"Kau ingat tak? Keadaan mereka sekarang ni, sedikit sebanyak sama seperti kita dulu," kata Cikgu Rin sebelum tersenyum hambar. Senyuman mengejek di wajah Cikgu Nayli terus terpadam. Wajahnya bertukar masam.

"Kau masih ingat kisah lama? Move on la!" marah Cikgu Nayli seraya mengeluh. Cikgu Rin memandang sahabatnya dengan pandangan 'kau dah kenapa?'

"Aku cakap aje. Yang kau over semacam dah kenapa?" tanya Cikgu Rin bengang. Cikgu Nayli menayang gigi tanda tidak bersalah.

"Saja..." balas Cikgu Nayli. Cikgu Rin menjeling.

"Tapi kenapa Arena dengan Heyl tak kisah langsung?" 

Cikgu Rin yang ingin melelapkan mata terjaga. Dia mengeluh seraya meraup muka dengan kasar. Nasib kawan, kalau tidak nahas kau!

"Kau tengok muka aku."

Cikgu Nayli menurut. Diteleknya wajah Cikgu Rin yang kelihatan bengang.

"Kau ingat aku apa? Ahli sihir? Peramal masa depan? Cucu cicit ahli nujum Pak Belalang?"

Cikgu Nayli ingin membidas tetapi apabila melihat wajah Cikgu Rin seperti serigala jadian, dia membatalkan niat. Tiada yang mustahil jika orang itu ialah Cikgu Rin. Jika tersalah cakap, seluruh badannya akan bersimen.

"Anak kau tak kenal kau ke?" tanya Cikgu Nayli lagi. Cikgu Rin menjeling sebelum menekup bantal di tepi kepala dan tidur.

"Aku tahu jawapan kau," balas Cikgu Nayli perlahan. Dia tidak mahu mengacau sahabatnya itu. Dia tahu jika berbuat demikian, makan penamparlah jawapannya.

....

"Kau okey?" tanya Farz sebelum duduk bersila di hadapan Rayz. Rayz tidak menjawab pertanyaan Farz. Dia mendongak memandang langit.

"Kalau aku kata aku tak okey, kau nak kata apa?"

Sebelah kening Farz terangkat. Farz menarik nafas sebelum meletakkan sesuatu di tangan Rayz. Farz bangun sebelum menepuk debu yang melekat pada lengan baju.

"Dekat luar ni sejuk. Kau pakai baju tiada lengan. Kalau kau pakai baju lengan pendek tak apa juga. Pakai, jangan tak pakai hoodie tu," bebel Farz sebelum berlalu pergi.

Apabila Farz sudah berada agak jauh daripada Rayz. Dia membaling beberapa pisau belati tepat ke sasaran yang berada di dalam gelap. Api yang berada di genggaman Farz dihalakan ke hadapan. Farz menyeringai marah melihat mereka bertujuh ketawa.

"Kalau tak disebabkan dare kau yang mengarut tu, jangan harap aku buat kerja gila ni," Farz mengacu hujung pisau belati di pipi mulus Hilya. Hilya hanya ketawa tanpa menghiraukan pisau belati yang berada di pipinya.

"Jom balik dorm. Kita sambung main truth or dare," kata Farz sambil menepuk tangan. Mereka bertujuh saling berpandangan tetapi tidak mampu untuk berbicara kerana Farz memberi amaran supaya tidak mengeluarkan kuasa. Jika mereka ingkar, pisau belati akan mencederakan badan mereka.

Mereka duduk dalam bulatan. Giliran Farz untuk memusingkan botol kosong. Mereka bertujuh berharap agar salah seorang antara mereka yang akan kena. Malangnya....

"Jadi Hanni, kau pilih siapa?" tanya Farz dengan nada serius. Mereka berenam saling menunjuk antara satu sama lain.

"Aku pilih Haya." Haya melopong sebelum menyeka air mata palsu.

"Haya. Truth or dare?"

"Apa barang pilih truth?" provok Hanni sebelum tersenyum sinis. Haya mengetap gigi.

"Aku pilih dare," kata Haya dengan geram. Tanpa Haya sedar, dia sudah masuk perangkap Hanni.

"Aku cabar kau curi hoodie Zurinz tengah malam nanti."

"Kau gila?" tanya Haya terkejut. Hanni menggelengkan kepala.

"Kira okey la daripada dare kau suruh aku buat muka comel dan wink dekat Tsukasa. Tak pasal-pasal Tsukasa pengsan," kata Wani senada. Haya ketawa sebelum menyeka air mata.

Farz memusingkan botol kosong sekali lagi. Muka Hilya berubah menjadi pucat apabila botol tersebut berhenti di hadapan Farz.

"Aku pilih Hilya. Jangan kau berangan nak pilih truth. Aku cabar kau menari lagu Temberang. Aku nak rakam untuk dijadikan ugutan," kata Farz sebelum menyeringai. Hilya menggelengkan kepala.

"Apa nasib aku dapat dare macam ni?" rintih Hilya sebelum mencari lagu Temberang di dalam galeri muzik.

Farz mengekek ketawa melihat Hilya menari selama lima belas saat manakala mereka berenam menggelengkan kepala.

"Ini kali terakhir aku menari," kata Hilya sebelum menangis. Farz telah merangka sesuatu. Yang pastinya, Hilya tak akan suka dengan rancangannya itu.

Farz melarikan diri di dalam dorm daripada Hilya yang mengamuk sambil menggenggam erat pedang halilintar berwarna ungu. Iris memasang pelindung sebelum mengambil alih tugas Farz.

"Aku pilih dare,"kata Melysa dengan dingin. Dia tahu apa yang akan dikatakan oleh Iris.

"Aku akan hantui Hiroshi tengah malam. Aku akan teman Haya," kata Melysa lagi. Iris mengambil tempat Melysa manakala Melysa pula mengambil tempat Iris. Dia memusingkan botol dengan sekuat hati sehinnga botol tersebut terbakar dengan api biru. Diana yang duduk di sebelah kanan Melysa mengelap peluh.

"Iris. Aku cabar kau masak masakan kegemaran Rubah dan bagi dekat dia esok," kata Diana sebelum ketawa riang.

"Hanni Khaira, aku cabar kau gaduh dengan Akira," kata Melysa.

Hanni memutarkan semula botol sebelum meniup jari-jari yang melecur. Akhirnya, botol itu berhenti di hadapan Hanni.

"Diana, aku cabar kau selamatkan Yuu di dunia fantasi," kata Hanni sebelum mengesat peluh menggunakan tuala.

"Dengan ini, siapa yang sudah berjanji mahu melakukan cabaran pada malam ini, sila tunaikan janji anda," ujar Iris. Haya dan Melysa menjeling Iris. Melysa tersenyum sinis seraya menunjukkan api biru bersaiz kecil di hadapan wajah Iris.

"Siapa tahu restoran mana delivery makanan malam-malam ni?" tanya Wani seraya mengusap perut yang lapar.

"Kau dengan Farz sama je, kebulur," kata Melysa bengang.

"Perut aku jangan kau kutuk. Merajuk dia nanti," kata Farz.

"Pergi kafe la jawabnya. Itu delivery paling cepat," kata Diana.

"Siapa belanja?" Hanni.

"Aku belanja," ujar Hilya sebelum mencapai cardigan dan tudung sarung berwarna hitam. Wani, Iris dan Haya mencapai hoodie sebelum diikat di pinggang. Hanni pula membetulkan shawl berwarna kelabu yang senget.

Diana, Haya dan Farz pula tidak membawa cardingan, sweater atau hoodie. Mereka hanya memakai baju separas peha bercorak rama-rama, bunga dan hati.

"Jangan lupa," ujar Farz sebelum merangkul bahu Hilya. Hilya mendengus sebelum menolak tangan Farz di bahunya.

....

"Esok jangan tanya aku kenapa Hiroshi demam," kata Melysa sebelum memakai topi. Haya menghulurkan topeng muka berwarna hitam. Haya mencapai cermin mata hitam di atas meja sebelum berlalu pergi. Mereka berenam melambaikan tangan sebelum pintu ditutup.

Mereka berdiri di hadapan dorm The KnightZ. Mereka berdua menarik nafas sebelum menghembus nafas berulang kali.

"Ini memang kerja gila," kata Hanni sebelum menolak pintu dorm

"Our mission start now," ujar mereka berdua serentak.

Tbc

31/12/18


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top