Chapter 6

Destiny Shadow kecuali Farz, Haya dan Wani sedang memanaskan badan, begitu juga dengan The KnightZ kecuali Rayz, Zurinz dan Tsukasa. Mereka yang tiada di padang semasa waktu pendidikan jasmani, sedang menolong Sir Heyl mengemas dewan utama.

"HIROSHI!!" Melysa menjerit selepas seorang junior memberitahu ada seekor katak di atas kepalanya.

"LARI!!" Hiroshi melarikan diri apabila Melysa berlari ke arahnya. Dia menjerit dengan riang apabila Melysa menyumpah seranah dirinya.

"KALAU AKU DAPAT KAU, AKU CAMPAK KAU ATAS JALAN RAYA! BIAR KAU MATI KATAK!!" Melysa ketawa jahat dengan muka yang menyeramkan. Hiroshi berlari dengan lebih laju mengelilingi padang.

Diana pengsan secara tiba-tiba ketika sedang berlari. Yuu yang berada berhampiran, berlari mendapatkan Diana.

"Diana, kau kenapa?" tanya Yuu cemas. Wajah Diana bertukar pucat.

'Kalau nak menyamar jangan menyamar jadi aku!'

'Maaf la.'

'Banyak la kau punya maaf!'

'Nanti aku belanja kau. Kau cakap je kau nak apa.'

'Aku tuntut!'

'Baik! Apa pun, aku menyamar jadi kau tahu!'

'Ye la!'

Yuu memanggil Hilya dan Akabane sebelum berkata sesuatu.

Hilya dan Akabane pergi mendapatkan Madam Arena untuk memberitahu keadaan Diana.

"Kau ni, lari pun lambat!" marah Hilya apabila dia menoleh ke belakang. Akabane berjalan seperti mahu pergi ke pasar tani.

"Kau atlet, kan? Kau lari la. Aku tak larat, aku penat," Akabane cuba memberi alasan.

"Partner in crime tak guna!" Hilya menjerit sebelum sebelah kasut sukan milik Haya melayang ke arah Akabane, lebih tepat lagi ke arah wajah Akabane. Akabane yang tidak sempat mengelak rebah ke belakang manakala kasut sukan Hilya pula berada di atas abdomen Akabane.

"Apa yang berlaku?" tanya Madam Arena pelik apabila melihat Hilya menyeret sebelah kaki Akabane sebelum dilepaskan ke tanah.

"SAKITLAH!!" Akabane menjerit  kesakitan selepas sedar dari pengsan. Hilya menjeling sebelum memandang Madam Arena dengan muka cemas.

"Madam! Diana pengsan!"

Madam Arena mengarahkan beberapa orang Doktor Muda merawat Diana. Dia mengunci pintu stor sukan tanpa menyedari ada orang di dalam stor itu.

Iris dan Rubah sedang bertekak tanpa menyedari kotak yang berada di atas rak hampir jatuh mengenai mereka berdua.

BUK!!

Rubah sempat menolak Iris ke tepi sebelum beberapa kotak jatuh menimpa dirinya. Iris terkejut apabila melihat Rubah berada di bawah timbunan kotak. Dia terpaku apabila melihat darah mengalir ke arah kakinya. Secara tidak sengaja, warna matanya bertukar.

Dia tiada pilihan lain, dia menggunakan magik pengalih untuk mengalihkan timbunan kotak yang menimpa Rubah. Dia juga turut menggunakan magik penyembuh untuk merawat luka di kepala Rubah. Iris menarik nafas lega apabila darah berhenti mengalir.

"Terpaksa la aku rawat dia," keluh Iris.

Sementara itu

"Kenapa aku rasa mereka sedang bertengkar?" tanya Wani kepada Haya dan Farz. Mereka berdua mengangkat bahu serentak.

"Kenapa?" tanya Sir Heyl kepada mereka bertiga. Mereka saling berpandangan sebelum menggelenggkan kepala.

"Tak ada apa-apa, sir," balas Haya selepas menyiku pinggang Farz yang ingin membuka mulut untuk berkata. Farz mengangguk tanda mengiyakan.

"Kau ni mengemas ke membawang?" Tsukasa bertanya selepas melihat mereka bertiga bersembang.

"Dua dalam satu," balas Farz sinis. Rayz yang berdiri di atas tangga menggelengkan kepala sebelum memanggil Farz supaya menolak kotak ke arahnya.

"Apa lagi? Buat la kerja!" marah Zurinz. Wani dan Haya mencebik sebelum mengajuk semula percakapan Zurinz.

Mereka berenam melihat Sir Heyl beredar kerana mendapat panggilan kecemasan. Wani, Haya, Zurinz dan Tsukasa saling menjeling sehingga ada aliran elektrik di mata mereka sebelum berpaling ke arah lain.

"Apa pula kali ni?" keluh Rayz. Farz membersihkan kotoran di tangan.

"Berdiri atas tangga betul-betul! Kau jatuh, aku juga yang susah!" marah Rayz. Farz ketawa mengejek. Rayz bengang sebelum melepaskan tangannya yang memegang tangga.

"Mummy!!" jerit Farz sambil berpaut pada tangga yang bergoyang. Rayz bersiul sebelum memegang tangga semula.

"Kalau aku jatuh, aku bunuh kau!" Farz menjerit dalam tangisan. Rayz hanya mengangkat bahu tanda tidak ambil pusing dengan ugutan Farz.

Haya menggelengkan kepala melihat Farz menjerit ketakutan dan Wani yang sedang menghentak kaki apabila reben yang diletakkan berdekatan telinga, diambil oleh Tsukasa.

"Apa la nasib aku? Bekerjasama dengan orang gila," keluh Haya sebelum mencapai beberapa kertas berbentuk hati yang berwarna-warni lalu diletakkan di atas kertas A4.

"Kau buat apa?" tanya Zurinz tanpa memandang Haya kerana dia sedang mengecat dinding dewan.

"Tampal kertas," balas Haya ringkas. Mereka mendiamkan diri selama beberapa minit.

"Kenapa senior tak pergi ke bilik kesihatan?" tanya junior yang menegur Melysa tadi. Mereka berenam saling berpandangan sebelum memandang junior tersebut.

"Apa yang berlaku?" tanya Rayz  tetapi tidak melepaskan pegangan pada kaki tangga. Kalau dilepaskan, mahu melalak orang di atas.

"Senior Diana pengsan di padang tadi,"

"HAH?!" Wani menjerit kerana terkejut.

"Terima kasih!" ucap Farz sebelum menarik tangan Wani dan Haya. Rayz mengunci pintu dewan utama sebelum berlalu pergi. 

Rayz menoleh ke belakang apabila terasa dirinya diperhati oleh seseorang. Memang betul sangkaannya.

"Apa yang kau nak?" tanya Rayz dingin.

"Tak ada apa, cuma aku nak cakap. Kau tak akan dapat mengubah takdir. Takdir di mana-"

"DIAMLAH!" buat pertama kali, Rayz marah. Dia tersenyum sinis.

"Betul apa yang aku kata, kan? Salah The KnightZ kerana tidak mempercayai Destiny Shadow. Mereka dihukum atas kesalahan yang tidak pernah mereka lakukan. Adakah ini bakal pemimpin?" tanya dia lagi dengan nada mendatar. Rayz mengetap gigi sebelum-

BUM!!

Dia menarik nafas lega apabila sempat mengelak api hitam milik Rayz.

"Jangan kau ungkit lagi kalau kau nak hidup lama!" Rayz memberi amaran dengan nada yang tersekat-sekat. Rayz menjeling sebelum beredar. Jika dia berada di situ lebih lama, mungkin hanya tinggal jasad sahaja.

Si dia mencebik sebelum mengambil api hitam yang masih menyala lalu dimasukkan ke dalam balang kecil.

"Cukup untuk membangkitkan puteri-puteri kejahatan," kata dia sendirian sebelum menghilangkan diri. Farz yang berada di sebalik tembok tergamam.

"Pu... put... puteri... kegelapan?" 

Beberapa gambaran terlayar di depan mata sehingga Farz terpaksa memejamkan mata, menekup telinga dan melutut.

"Tak...  ini tak mungkin. Tapi, kenapa? Kenapa?" tanya Farz kepada diri sendiri. Melysa menepuk perlahan bahu Farz.

"Ini takdir kita. Cepat atau lambat kita kena lawan mereka. Kita tak akan kenal siapa mereka ketika itu. Jadi, dengan masa yang tidak banyak ini, baik kita gunakan sebaik mungkin. Jangan ada penyesalan jika hari itu tiba," ujar Melysa sebelum menarik tangan Farz untuk bangun.

"Kenapa madam kaku?" tanya Hanni yang baru tiba. Dia dan Akira disuruh membersihkan semua makmal sains dan perpustakaan.

"Diam."

Wani menjeling sebelum memakai semula kanta lekap. Hanni menggelengkan kepala sebelum badan beranjak ke depan kerana dirempuh dari belakang.

"Maaf," pinta Akira seraya menggaru kepala yang tidak gatal. Hanni menggelengkan kepala tanda tidak mengapa. Hanni faham apa yang Wani cuba sampaikan melalui reaksi muka, dia menolak Akira ke tempat lain.

"Thank you sebab selamatkan aku," ujar Iris yang berada berhampiran dengan Rubah yang tidak sedarkan diri.

"Kami nak kau janji."

"Janji apa?"

"Jangan gunakan kuasa kau secara terbuka kerana ia akan memberi kesan kepada kau pada masa yang akan datang. Kau pun tahu,kan?"

Iris mengangguk. Dia tahu kesan jika dia menggunakan kuasa sihir secara terbuka, lebih-lebih lagi di Bumi. Tidak mustahil mereka akan ditangkap dan diambil sayap.

Mereka menggelengkan kepala, cuba menghilangkan gambaran jika sayap mereka diambil dan diarahkan tinggal di Bumi untuk selamanya. Mereka tidak mahu menjadi Fallen Angel.

"Apa yang terjadi dengan Putera Carl selepas selamatkan Fiya?" tanya Hanni selepas mereka berdiam diri. Mereka berenam saling berpandangan sebelum menggelengkan kepala.

"Tiada siapa yang tahu apa yang terjadi selepas itu. Kita tidak dapat sebarang berita selepas kita tinggalkan dunia Fantasi," balas Diana yang menyandar di dinding.

"Mana yang lain?" tanya  Melysa. Diana menunjuk ke arah Wani. Melysa mengangguk tanda faham.

"Iris. Cuba kau bagitahu kami kenapa mamat tu boleh cedera?" tanya Hilya selepas melihat sekilas lalu Rubah yang terbaring tidak sedarkan diri. Iris tersengih selepas melihat di tangan Destiny Shadow terdapat bebola kuasa masing-masing kecuali Wani. Wani pula bersiap sedia untuk memukau Iris jika dia degil.

"Habislah aku!" gumam Iris perlahan selepas melihat wajah Destiny Shadow yang menakutkan.

Tbc

21/12/18

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top