Chapter 5

Aydina mengambil tempat di sebelah Nia.

"Apa yang berlaku?" tanya Aydina  dalam nada berbisik kepada Fiya. Fiya mengangkat bahu tanda tidak tahu kenapa mereka disuruh berkumpul secara mengejut.

Nia bangun sebelum berdiri menghadap beberapa orang jeneral, ahli sihir dan pahlawan diraja.

"Saya ada dua berita, berita yang baik dan berita yang buruk. Mana satu yang kamu nak dengar dahulu?"

"Lebih baik kami dengar berita buruk terlebih dahulu," balas Fiya dengan tenang.

"Berita buruk. Tidak lama lagi kebenaran tentang Destiny Shadow akan terbongkar. Berita baiknya ialah... mereka akan kembali ke sini tidak lama lagi!" ujar Nia dengan penuh semangat.

"Krik krik krik. Krik krik krik..." kata Aydina dengan perlahan. Semua mata memandang Aydina dengan tajam. Dia mengangkat kedua-dua belah tangan sehingga paras bahu.

"Tentang berita baik tu..." semua mata memandang Fiya yang mencapai sebuah buku tebal berwarna coklat gelap.

"...bukankah mereka pernah berkata mereka tidak ingin menjejakkan kaki di dunia fantasi lagi? Kita semua tahu jika mereka menjejakkan kaki di dunia fantasi buat kali ketiga, perang akan berlaku dan mereka akan terkorban!" ujar Fiya seraya menepuk meja dengan kuat. 

"Kalau begitu, kita kena halang mereka!" kata ahli sihir paling tua yang memakai jubah berwarna kuning.

"Kalau kita halang mereka, sama seperti kita mengubah takdir. Jika itu berlaku, takdir mereka akan menjadi lebih teruk lagi. Tak akan kamu semua ingin mereka menderita?" tanya seseorang seraya membelek pisau belati milik Farz alias Alvella Aline.

"Kau..." mereka semua saling berpandangan dengan muka terkejut. Mana mungkin dia boleh melepasi pelindung yang sangat berkuasa. Si dia membuka kerudung sebelum tersenyum.

"Aku terpaksa menyamar sebagai Crystale supaya aku boleh masuk dengan senang tanpa disyaki oleh sesiapa. Ini barang-barang yang kau minta. Bukan senang nak menewaskan beberapa ekor raksasa hodoh yang menjaga barang-barang ini. Aku balik dulu, kesian pula Crystale di Bumi yang pengsan secara mengejut. Pasti Destiny Shadow risau." dia menghilangkan diri semasa ahli sihir tua ingin bertanya.

"Haish... dia ni. Memang suka menghilangkan diri semasa aku nak bertanya," keluh ahli sihir tua sebelum menggelengkan kepala.

Mereka semua beredar meninggalkan bilik mesyuarat. Dayang-dayang dilarang mendekati bilik mereka bertiga.

"Aku pelik, macam mana Cystale boleh biarkan si dia menyamar?" tanya Fiya selepas menggaru kening yang tidak gatal.

"Jangan tanya aku, aku tak tahu. Hanya Cristale sahaja yang tahu apa sebabnya," balas Nia manakala Aydina pula cuba membaca tulisan purba.

"Macam mana kau boleh baca tulisan purba dengan lancar?" tanya Aydina sebelum merebahkan diri.  Fiya menggelengkan kepala manakala Nia memandang Aydina dengan pandangan sebal.

"Kau tanya macam mana aku boleh baca tulisan purba dengan lancar? Kau yang tidur dalam kelas, sebab tu kau berdua tak boleh baca tulisan purba," bebel Nia. Mereka berdua menundukkan kepala dan saling menyiku.

Mereka berdua dipaksa membaca tulisan purba asas pada waktu petang. Nia memerhati mereka sambil menghirup teh yang masih panas dengan berhati-hati.

"BILA AKU BOLEH BEREHAT??!!" tanya Aydina dengan nada menjerit. Air yang diminum  oleh Nia disembur ke tepi manakala buku yang berada di tangan Fiya melayang ke arah kepala seseorang.

BUK!!

"Mana buku aku pergi?" tanya Fiya selepas dia mengejar Aydina dengan penyapu sihir.

"Ni..." Fiya memandang ke bawah sebelum memandang ke atas seraya tersengih.

"Maaf putera..." pinta Fiya selepas mengambil buku yang dihulurkan.

"Apa yang terjadi? Dari dalam bilik saya boleh dengar suara kamu bertiga,"  putera bertanya dengan muka berkerut. Mereka bertiga menggunakan isyarat mata untuk mencari jawapan.

"Err... sebenarnya..." Fiya cuba mencari jawapan.

"Sebenarnya, kamu berdua sedang belajar membaca tulisan purba untuk menulis dan membaca jampi, kan?" tuan putera mengagak. Mereka bertiga mengangguk perlahan-lahan. Putera sulung kerajaan Fantasy hanya mengangguk sebelum menghulurkan beberapa botol kecil kepada Fiya. Fiya tercengang.

"Apabila Destiny Shadow koma, tuang pada badan mereka. The KnightZ tidak akan mengenali mereka jika mereka menggunakan air magik tersebut." putera sulung kerajaan Fantasy beredar selepas tersenyum.

"Aku rasa, kan. Putera minat kau," ujar Nia selepas memukul bahu Aydina. Aydina juga turut mengangguk. Fiya memandang mereka sekilas lalu sebelum menggelengkan kepala.

"Mustahil. Putera mesti ada pilihan hati sendiri. Mungkin lebih lawa dan mahir menggunakan senjata. Mana mungkin putera suka aku. Lagipun kau tahu aku akan bertunang selepas tamat peperangan. Kau nak nenda aku terlantar di atas katil kalau aku batalkan pertunangan?" balas Fiya sebelum beredar. 

Aydina dan Nia saling berpandangan sebelum mengeluh.

"Kenapa sepupu kita ni bengap sangat? Putera bagi hint banyak kali, dia ni buta ke apa?" rungut Aydina sebelum menendang kayu yang digunakan untuk latihan.

....

Putera Carl, putera sulung Fantasy Kingdom mengeluh selepas merebahkan badan di atas katil yang empuk. Dia mengiring ke kanan sebelum mencapai sekeping gambar yang diletakkan di bawah bantal seraya merebahkan badan.

"Kenapa aku kena bertunang selepas peperangan dengan pilihan ayahnda? Aku tak nak! Aku nak bertunang dengan pilihan hati aku sendiri!" Putera Carl mencapai sebiji bantal sebelum menekup muka dan menjerit.

"Anaknda kenapa?" tanya permaisuri selepas mendengar jeritan anak sulungnya itu. Putera Carl menggelengkan kepala tetapi tidak mengalihkan bantal.

"Cuba anaknda beritahu bonda, apa masalahnya? Bonda tahu anaknda dilanda masalah. Cerita dekat bonda apabila kamu mahu menceritakan masalah anaknda. Bonda tahu anaknda kuat. Bakal pemerintah tidak boleh lemah!" permaisuri cuba memberi kata-kata semangat kepada puteranya itu. Dia tahu bagaimana kelakuan anaknda-anaknda jika mereka dilanda masalah.

"C-carl... tak nak tunang..." rengek Putera Carl perlahan selepas mengalihkan bantal.

"Kenapa pula?"

"Carl nak bertunang dengan pilihan hati Carl sendiri. Carl tak nak bertunang dengan puteri Wind Kingdom..." Putera Carl mencebik apabila melihat bondanya tersenyum.

Kadang kala, Putera Carl sering makan hati dengan ayahndanya. Disuruh melakukan itu dan ini tanpa kehendaknya. Dia tidak dapat bergerak bebas seperti adiknya yang kini berada di Bumi. Dia juga mahu pergi dan melihat bagaimana suasana di Bumi. Tetapi, dia tidak boleh melawan arahan ayahndanya.

"Kalau Carl ada kuasa, mesti Carl bebas seperti sepupu-sepupu yang lain," rungut Putera Carl selepas berjeda sebentar.

Permaisuri tergamam. Apa yang dikatakan oleh anakndanya memang benar, kuasa anaknya hilang selepas menyelamatkan Fiya. Anakndanya sudah berpesan jangan beritahu Fiya siapa penyelamatnya.

"Anaknda tak boleh terbang seperti dulu lagi tetapi, anaknda gembira bonda sentiasa berada di sisi anaknda selain ahli sihir kecil."

Permaisuri ketawa perlahan. Ahli sihir kecil ialah gelaran kepada Aydina, Nia dan Fiya. Gelaran itu diberi kerana ketika mereka bertiga masih kecil, mereka berjaya menghasilkan serbuk magik dan mahir menggunakan tongkat sihir.

"Bonda keluar dulu," permaisuri meminta diri sebelum menutup pintu. Air mata menitik ke lantai. Permaisuri menekup mulut dengan sebelah tangan kerana tidak mahu Putera Carl mendengar tangisannya.

"Kalau anaknda tahu kenapa ayahnda buat begitu. Ayahnda sedang mencari penawar untuk mengembalikan kuasa dan memulihkan sayap anaknda," ujar permaisuri tanpa suara sebelum beredar. Fiya melihat permaisuri berlalu pergi dengan pandangan suram..

"Kenapa? Kenapa ini harus berlaku?"

Tbc

13/12/18

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top