Chapter 4
Zurinz merenung wajah Haya yang tenang ketika tidur. Dia mengeluh apabila terkenang sesuatu. Masa yang tinggal tidak banyak, mampukah dia meluahkan perasaan?
"Kenapa kau pandang aku lain macam saja?" tanya Haya dingin. Sebenarnya dia tidak selesa apabila seseorang memandang wajahnya ketika tidur.
"Pandang pun salah ke?" tanya Zurinz bengang. Dia sudah menyingsing baju sehingga paras siku. Haya hanya mengangkat bahu.
"Aku sunyi tahu tak? Aku bosan, tak ada orang yang aku nak kacau selain daripada kau. Kenapa kau tidur hampir empat puluh lapan jam? Kau sengaja, kan? Kau sengaja nak seksa aku!" Haya tercengang melihat Zurinz meroyan. Dia mengurut kepala.
"Apa salah aku dapat partner gila macam dia ni?"
"Kalau kau nak bunuh diri, jangan bunuh diri depan aku!" jergah Haya seraya menolak kepala Zurinz menjauhi bucu meja. Zurinz mencebik seraya menggosok kepala dengan perlahan. Apabila dia melihat Haya, dia tersentak. Dia tergamam melihat Haya memalingkan wajah ke arah lain namun dia lihat dengan jelas Haya mengalirkan air mata.
"Kau kenapa?" tanya Zuriz gelabah, hilang sudah perangainya yang suka mencari masalah. Haya hanya mendiamkan diri tanda tidak mahu menjawab pertanyaan Zurinz. Zurinz menemui jalan buntu, dia tidak tahu bagaimana cara memujuk Haya yang sedang menangis. Jika Destiny Shadow tahu, pasti dia akan dibelasah dengan teruk. Akhirnya, dia memilih untuk mendiamkan diri sahaja.
....
"Sepatutnya, kau hentak kepala dia pakai penukul Thor, jangan sampai mati. Selepas itu, kau letakkan jasad dia atas meja, jangan lupa ikat kaki dan tangan sekali. Kau asah katana sampai tajam tapi jangan kau asah katana hingga menyebabkan nyawa kau melayang."
"Selepas kau dah asah katana, kau jangan ukir corak dalam sangat, kau ukir atas kulit saja. Baru syok!"
"Syok apanya?"
"Syok dengar orang tu menjerit kesakitan! Hahaha!!"
"Kau buat ukiran sampai perut dia. Kau angkat katana tu tinggi-tinggi, kau hayun dekat jemari dia jangan lupa dekat kaki sekali. Kalau boleh potong satu-satu, kasi feel lebih sikit!"
"Selepas itu?"
"Kasi kelar sama leher dia!"
"Kalau orang tu mati tak syok la!"
"Syok apa? Kau belah perut dia. Kau buat ukiran dekat jantung, hempedu, hati dan paling penting, usus. Yang usus tu, kau kasi bedah sampai ke tulang belakang. Tulang belakang tu bagi la haiwan peliharaan kau yang sentiasa kebuluran."
"Mayat dia bagi anjing makan, organ dia kau jual. Habis cerita." Tsukasa menutup buku yang berjudul How To Be A Killer. Wani menjulingkan mata ke atas.
"Bosan~." Wani menguap tanda kebosanan. Tsukasa menggelengkan kepala.
"Buku cerita apa lagi kau nak aku baca? Aku baca buku yang kau dah habis baca berulang kali, aku rasa nak termuntah!" Tsukasa menunjukkan beberapa timbunan buku di atas lantai. Susah menjadi penjaga kepada budak bawah umur ni.
Banyak perangai, banyak ragam dan paling penting, melibatkan perasaan. Eh? Perasaan? getus Tsukasa seraya menggelengkan kepala.
Wani memandang Tsukasa pelik. Gila agaknya penjaga tidak bertauliah ni. Readers jangan bagitahu Tsukasa, nanti Wani kena marah. Ini rahsia antara kita-kita saja, okey?
"Nanti aku belikan kau buku cerita dongeng. Apa nama cerita tu? Ha... aku tak ingat tajuk, nanti aku cari." Tsukasa bangun sebelum membuat senaman ringan. Wani memandang Tsukasa dengan pandangan menyakitkan hati.
Tsukasa keluar untuk menghirup udara segar setelah beberapa jam terperap di dalam wad.
"Bila nak balik ke sana lagi? Aku rindu masakan bonda," rungut Tsukasa. Wani yang berada di dalam wad, tersenyum nipis.
"Tuan putera, heh," katanya sebelum terlena.
....
"Kenapa kita kena datang sekolah?" tanya Hanni bengang.
"Kau patut gembira Cikgu Rin benarkan kita pakai baju biasa," bidas Hilya. Dia menaip maklumat yang perlu dihantar melalui e-mel kepada pihak atasan tentang tahap disiplin pelajar.
"Aku benci kalau kita yang kena buat semua ni," rungut Diana.
"Kau ingat jejaka-jejaka terlajak hot tak buat apa-apa ke? Mereka menggantikan tempat kita disebabkan kecederaan yang kita alami daripada melakukan denda," kata Iris.
P/s: Author tukar nama watak author dari Airin Alyana kepada Iris Alys.
"Apa kata kita tolong mereka?" cadang Melysa. Destiny Shadow memandang Melysa dengan pandangan yang sukar ditafsirkan.
"Mari!" jerit Destiny Shadow dengan penuh semangat.
"Tetapi... apa akan jadi kalau kita tertangkap?" soalan daripada Wani membuatkan mereka berhenti melangkah. Mereka berfikir sebelum Farz memetik jari.
"Identiti sebenar kita. Kita akan gunakan itu sebagai alasan untuk mengelakkan diri daripada disabitkan dengan kesalahan. Memandang kita ada kelebihan masing-masing, ayuh! Kita gunakannya sekarang!"
"Kalau tertangkap dengan pihak atasan di sana, macam mana pula?' tanya Haya.
"Rantai kamu, ia boleh membuat pelindung semasa kamu menggunakan kuasa kamu. Tetapi disebabkan kamu tak gunakan kuasa selama beberapa tahun, mungkin akan menggunakan banyak tenaga," ujar seseorang atau lebih tepat lagi, pari-pari.
"Apa dia buat dekat sini? Matilah kita kalau pihak istana tahu ketua pari-pari ada di Bumi dengan k-" Hilya dikenakan sihir kaku oleh Iris.
"Memekak betul kau ni." kata Iris. Dia mencari mantera yang betul sebelum dibaca. Tongkat sihir miliknya muncul dalam bentuk yang agak pelik.
"Kenapa tongkat sihir kau-"
"Shush... diam," Iris mengenakan sihir bisu kepada mereka bertujuh sebelum melangkah pergi. Mereka mengangkat bahu sebelum mengikuti langkah Iris. Hilya ditugaskan untuk mematikan bekalan elektrik dengan kuasanya.
Diana membekukan kaki cikgu yang memerhati The KnightZ melakukan tekan tubi. Wani berdiri di hadapan cikgu itu sebelum menggunakan kuasa miliknya iaitu kuasa pukau. Hanni melonggarkan reben yang digunakan untuk dijadikan tali leher, sebelum melontarkan ke kaki The KnightZ lalu reben itu ditarik sekuat hati.
"Anak gajah lagi ringan," rungut Diana seraya mengelap peluh di dahi. Haya mengusap bahu Diana apabila dia meratapi rebennya yang sudah terkoyak gara-gara The KnightZ.
"Tali apa yang lilit kaki aku ni?!" jerit Rubah sekuat hati. Akabane menyakat Rubah dengan meletakkan tangan di atas bahu Rubah seraya ketawa mengilai. Melysa berdiri di belakang Rubah dengan menghalakan api biru di hadapan mukanya membuatkan dia kelihatan seperti hantu. Akabane pengsan apabila melihat Melysa mejelirkan lidah.
Farz menggelengkan kepala melihat keadaan itu. Destiny Shadow mengeluh. Mereka beredar sebelum The KnightZ sedar mereka ada di sini untuk menolong The KnightZ. Tanpa mereka sedar, Rayz ternampak kelibat kelibat mereka tetapi dia hanya mendiamkan diri sahaja. Cukuplah hanya dia sahaja yang tahu siapa penyelamat mereka.
"Kenapa Akabane pengsan?" tanya Akira pelik. Zurinz diarahkan untuk memikul Akabane yang pengsan.
"Aku sudah tahu siapa yang akan menjadi burung hantu malam ni," usik Hiroshi sebelum ketawa. Rayz menjeling Hiroshi. Soalan daripada Tsukasa membuatkan mereka berhenti melangkah.
"Siapa yang selamatkan kita? Bukan ke penduduk dunia fantasi dilarang menggunakan kuasa mereka di bumi?"
"Mungkin mereka akan perlukan bantuan kita satu hari nanti, jadi tak salahkan kalau mereka tolong kita kali ini?" tanya Rayz sebelum beredar. The KnightZ menganggukkan kepala tanda bersetuju tetapi bukan Akabane. Dia masih tertanya. Dia pernah nampak wajah itu seketika dulu, tetapi, siapa?
Tbc
7/12/18
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top