Chapter 3

"Lihat siapa yang berada di hadapan kita ni, orang yang lemah!" ejek seorang gadis berambut coklat keperangan. Destiny Shadow yang sedang berjalan berhenti tetapi tidak menoleh ke belakang. Mereka tidak mahu kemarahan menguasai diri, jadi mereka mendiamkan diri sahaja.

"Dah bisu ke?" tanya seorang gadis berambut hitam, berang kerana tiada jawapan daripada Destiny Shadow.

"Buang masa kita sahaja melayan mangsa yang bisu, terlupa pula aku. Mereka anak yatim, kan?" sindir gadis berambut separas bahu sebelum ketawa sinis.

"Heh perempuan gila!" sergah Hilya. Destiny Shadow yang lain mengurut dada tanda terkejut manakala geng diva alias kumpulan sorak yang telah dikerjakan oleh mereka beberapa hari yang lalu, terkejut beruk.

"Kalau mereka masuk Critical Care Unit malam ni, jangan tanya aku," kata Melysa selamba selepas menyingsing lengan kemeja sehingga bawah siku.

"Aku tak kisah kalau kita kena denda cuci tandas sekejap lagi. Janji, dendam kita terbalas," ujar Wani seraya tersenyum.

"Aku nak jadi tukang potong rambut!" Destiny Shadow memandang Diana, pelik. Diana baru teringat kenapa Destiny Shadow memandang pelik, dia telah memegang gunting dan sikat. Mesti bersedia lebih awal!

"Aku baru dapat lima paket tepung, enam paket yis dan beberapa biji telur daripada mak cik kantin. Nanti kita tolak 'doh' dalam kolam," kata Iris seraya menunjukkan barang-barang di dalam baldi.

"Jangan lupa pewarna makanan," ujar Hanni seraya meletakkan beberapa tin cat di atas meja.

"Aku ada bawa senduk," kata Haya selepas menyeret beberapa batang kayu besbol. Destiny Shadow menjeling Haya yang menayang muka selamba.

Farz menepuk tangan beberapa kali sebelum berkata, "Mari, kita mulakan aktiviti memasak."

Mereka mengepung kumpulan sorak itu sambil tersenyum sinis.

"TIDAK!!"

....

Akira memandang ke kiri dan ke kanan beberapa kali sehingga mengundang tanda tanya ahli The KnightZ yang lain. Yuu, Zurinz, Akabane dan Hiroshi saling menyiku antara satu sama lain manakala Tsukasa berdiri di belakang Akira.

"Kau kena sampuk ke?" sergah Tsukasa selepas memegang bahu Akira dari belakang. Akibatnya, satu pukulan padu hinggap di bahu Tsukasa. Rubah menggelengkan kepala melihat Rayz yang berdiri secara tiba-tiba.

"Aku dapat rasakan Destiny Shadow sedang menjalankan hukuman kepada kumpulan sorak yang selalu mencari masalah dengan mereka." Mereka berlima tercegang selepas Rayz dan Rubah meletakkan blazer di kerusi.

"Tunggu aku!" jerit mereka berlima. Yuu hanya memandang mereka bertujuh sebelum menyengetkan sedikit kepala ke sebelah kanan. Dia menggaru kepala yang tidak gatal seraya meletakkan sebuah kotak kecil di dalam laci sebelum mengunci pintu.

"Nampaknya, lambat lagi aku bagi hadiah dekat dia," Yuu mengeluh sebelum berlari untuk menyaingi langkah The KnightZ. Apabila The Knightz tiba, mereka tergamam. Bukan kumpulan sorak yang cedera, sebaliknya Destiny Shadow. Tangan The KnightZ tergetar-getar melihat keadaan Destiny Shadow.

"Kenapa korang tak laporkan kejadian ini kepada cikgu?" jerit mereka serentak. Para pelajar menundukkan kepala, memandang lantai kerana takut melihat pandangan The KnightZ. Faryana dan Risya yang baru tiba segera menuju ke arah Destiny Shadow.

"Aku pelik kenapa mereka yang jadi 'doh', bukan kumpulan sorak," bisik Risya perlahan selepas Destiny Shadow dibawa ke ambulance.

"Kenapa The KnightZ risau apabila melihat keadaan DestinyShadow? Adakah mereka..." Faryana memandang laluan yang dilalui oleh The KnightZ beberapa minit yang lalu sebelum tersenyum sinis.

"...sudah jatuh cinta?" sambung Risya seraya menggelengkan kepala.

"Macam mana keadaan di sana?" tanya Aydina.

"Setakat ini baik, kecuali Destiny Shadow  akan berada di hospital selama beberapa hari," balas Risya.

"Korang boleh tolong selesaikan kerja mereka?" tanya Nia. Faryana mengangguk.

"Bawa mereka ke sini," arah Fiya.

"Yes, miss!" sakat mereka sebelum telepati diputuskan.

"Bagus tak kerja kami?" tanya gadis berambut separas bahu atau lebih dikenali sebagai Yuni. Risya mengangguk manakala Faryana menepuk tangan.

"Nasib baik aku reti buat real make up," kata gadis berambut coklat keperangan atau lebih dikenali sebagai  Fiqa.

"Sekarang, terserah kepada Destiny Shadow untuk misi seterusnya. Susah nak paksa mereka pulang ke dunia fantasi," ujar gadis berambut hitam atau lebih dikenali sebagai Irah. Mereka beredar dari situ. Namun tanpa mereka sedari, seseorang memerhati mereka di sebalik tangga.

"Menarik betul lakonan korang," kata dia sebelum menghilangkan diri.

....

"Apa yang berlaku?" tanya  Farz perlahan selepas membuka mata. Dia menoleh ke sebelah kanan apabila dia tidak boleh menggerakkan jari.

"Aik? Sejak bila dia ada dekat sini?" tanya Farz perlahan. Dia memerhati wajah Rayz yang tenang apabila tidur.

"Kan bagus kalau kau senyum, asyik tayang muka dingin saja dua puluh empat jam," kutuk Farz seraya memandang arah tingkap. Dia memandang Rayz apabila Rayz bergerak sedikit. Farz melopong dan matanya terbeliak. Dia segera mencapai telefon di atas meja sebelum membuka aplikasi kamera lalu menangkap gambar Rayz yang tersenyum dalam tidur beberapa kali.

"Comelnya!" jerit Farz perlahan.

"Kenapa kau menjerit?" tanya Rayz, mamai seraya menggosok sebelah mata. Farz segera menyorokkan telefon di belakang bantal sebelum menggelengkan kepala.

"Kau mimpi apa sampai bangun selepas tiga hari?" tanya Rayz seraya mengeliat. Farz berfikir seketika.

"Aku mimpi kita jadi musuh." Rayz tersentak sebelum memandang Farz yang menunduk.

'Kenapa dia juga mengalami mimpi yang sama seperti aku?' 

"Aku takut. Dalam mimpi aku, kami mempunyai sayap hitam dan tidak mempunyai rasa belas kasihan apabila korang melutut dan meminta maaf," ujar Farz sebelum air matanya mengalir. Dia tidak tahu kenapa dia boleh menceritakan semula mimpi yang dialami kepada Rayz. Adaka Rayz dan yang lain ada kaitan dengan mereka di dunia fantasi nanti?

"Kami pula bersayap putih dan cedera parah kerana kami tidak menggunakan pelindung lalu terkena kuasa korang?" tanya Rayz selepas mendiamkan diri selama beberapa minit. Farz kelihatan tersentak sebelum mengangguk perlahan.

"Selepas itu, kami tersenyum sinis lalu menggabungkan kuasa. Kuasa itu terkena korang berlapan kerana korang berdiri di hadapan para tentera untuk melindungi mereka," Farz berkata sebelum mengelap air mata di pipi tetapi menoleh ke arah lain.

"Korang ketawa sebelum tergamam. Sayap kami muncul lalu melindungi kami sebelum kuasa tersebut terkena tubuh kami. Korang tersenyum nipis sebelum korang jatuh menjunam ke bawah dengan laju lalu sebuah kawah besar terbentuk," sambung Rayz tetapi matanya masih memandang Farz.

"Bulu sebelah sayap kami gugur satu persatu manakala sebelah lagi cedera parah. Kami tidak sedarkan diri sebelum tubuh kami menghilang dan menjadi cahaya yang kecil. Bak kata lain kami telah ma-"

"TIDAK!" cerita Farz terhenti apabila Rayz menjerit, kemudian dia memandang lantai.

"Itu hanya mimpi sahaja. Kau tak perlu takut, itu hanya mainan tidur. Kau mesti penat, baik kau tidur," Rayz terus beredar selepas berkata. Dia menutup pintu wad sebelum melurut jatuh.

"Itu semuanya hanya mainan tidur sahaja," berkali-kali Rayz berkata benda yang sama. Dia meraup muka untuk menghapuskan air mata yang hampir mengalir sebelum bangun lalu beredar ke kafe.

"Sejuta kali kau cuba menidakkan, tetapi itulah hakikatnya. Mereka mati kerana menggunakan kuasa melebihi had," kata seseorang sebelum menghiris jari Farz untuk mendapatkan darah. Selepas itu, dia merawat luka di jari Farz.

"Kejahatan sentiasa bersama mereka walaupun kau cuba merawat mereka. Itulah diri mereka yang sebenar," dia menghilangkan diri selepas melihat pintu wad dibuka.

Tbc

11/11/18

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top