Chapter 22

SAYAKA meletakkan sebilah tombak cina di sisi sebelum menoleh ke belakang seketika.

"Harap mereka pulih dengan segera," ujar Sayaka apabila melihat kuasanya diserap oleh Destiny Shadow.

"Sayaka, jaga-jaga!" jerit Endene Ayll apabila melihat satu serangan menghampiri Sayaka yang leka memandang ke belakang dengan kelajuan angin.

Sayaka menoleh ke hadapan sebelum matanya terbeliak. Belum sempat dia mengelak serangan hendap tersebut, serangan itu hilang secara tiba-tiba.

"Destiny Shadow."

Red Hood memandang sekilas sebelum menghayun sebilah katana beberapa kali. Tidak salah lagi, salah seorang antara mereka berempat masih berada dalam keadaan separa sedar dan sempat menolong Sayaka.

"Darah yang mengalir dalam tubuh mereka bukannya penghalang untuk mereka menjadi baik," ujar Kitsune Yamamoto sebelum dia terseret ke belakang lalu terhentak ke dinding.

Darah diludah ke tepi sebelum darah di tepi bibir dikesat dengan kasar. Dia rasa seperti mahu menikam orang yang berani mengacau dia bercakap.

"Serangan bayang!" Endene Ayll menyeru selaras senapang dengan segera sebelum serangan dilepaskan bertubi-tubi dari jarak jauh.

"Kenapa mereka hidup lagi ni?" marah Kitsune Yamamoto sebelum menikam tiga orang pelajar dengan tiga bilah katana serentak. Darah yang terpercik di muka dibiarkan tidak dibersihkan.

Mereka berempat berdiri saling membelakangi selepas serangan mereka seakan-akan tidak memberi kesan kepada pihak lawan.

"Kita nak buat apa lagi? Tenaga aku semakin berkurang," tanya Red Hood dengan nada mendatar.

"Apa kata kita gabungkan kuasa kita?" cadang Sayaka seraya tersengih. Sebatang tombak cina ditukar kepada dua bilah katana berbeza corak.

"Kedengaran seperti menarik..." Mereka bertiga tersenyum lebar sebelum menarik nafas lalu dihembus perlahan. Badan ditujah ke hadapan.

"Serangan bayang!"

"Takebushi-no jutsu!"

Endene Ayll dan Kitsune Yamamoto bergabung kuasa. Klon-klon Kitsune Yamamoto bergabung dengan kuasa bayang milik Endene Ayll menyebabkan pihak lawan tidak dapat mengesan kelibat mereka.

"Red Hood, sekarang!" jerit Sayaka sambil menahan serangan angin dengan dua bilah katana miliknya. 

"Baik..." Red Hood menyalurkan kuasa api merah ke arah katana milik Sayaka sebelum Sayaka menghayunkan salah satu bilah katana secara mendatar manakala sebilah lagi secara melintang.

Tidak lama kemudian, mereka berjaya menumpaskan semua musuh. Mereka jatuh terduduk sebelum terlentang ke belakang. Degupan jantung mereka sangat laju sehingga boleh didengari yang lain. Entah berapa lama lagi mereka boleh bertahan jika serangan bertalu-talu.

"Apa motif kita diserang? Kalau tak silap aku, orang yang perlu menjalani ujian saja yang diserang. Kenapa pengetua libatkan kita dalam hal ni?"

"Mungkin sebab kita ada dengan mereka sekali? Kenapa aku rasa sesuatu berlaku kepada lapan orang yang berada di taman? Atau ini cuma firasat aku sahaja?"

"Kalau tak silap aku, aku ada terdengar mengenai beberapa peraturan yang hanya digunapakai ke atas Destiny Shadow sahaja. Tapi aku seperti ingat-ingat lupa, sebab aku curi-curi dengar tadi."

"Mungkin orang yang berada dengan orang yang akan menjalani ujian akan diserang sekali?"

"Memang betul pun."

Mereka berempat mendongak dan melihat Destiny Shadow cuba untuk duduk daripada terbaring.

"Balik ni aku rasa memang kita kena bebel dengan ahli sihir kecil kerana luka lama tak sembuh lagi tapi kita dah tambah luka baru dekat tempat yang sama. Bagusnya," rungut  Violet Zedra sebelum membetulkan rambut yang menutupi pandangannya.

Dia tahu identiti mereka sudah terbongkar berdasarkan pandangan The KnightZ sekarang. Tidak ada gunanya mereka berselindung lagi.

"Kami puteri kegelapan. Gas tadi hanya memberi kesan kepada golongan seperti kau orang," jawap Hanni Sakura tenang.

Dia pula gigih mengikat semula rambut yang dibiarkan lepas menjadi tocang kuda. Beberapa helai rambut berdekatan telinga dibiarkan lepas.

"Tak mungkin kau orang puteri kegelapan," bidas Kitsune Yamamoto selepas mengeluh.

"Kalau kau rasa kami bukan puteri kegelapan, kenapa kami boleh seru pelbagai jenis raksasa, malah ada di antara raksasa tadi memerlukan beberapa jenis sihir dengan tenaga yang banyak untuk menyerunya," balas Alvella Aline sambil mengukir senyuman.

"Tapi kenapa? Kenapa mesti kau orang? Mereka yang lain pun sama juga ke?" tanya Sayaka perlahan.

"Ya, mereka juga sama seperti kami. Crystale, Alice, Iris dan Reol ialah puteri kegelapan. Pihak sekolah tahu, Flower pun tahu juga. Sebab itu mereka cuba jatuhkan kami dengan menggunakan kau orang. Kami bukan seperti yang lain. Bila tiba masanya, kita akan menjadi musuh. Aku tak nak persahabatan kita menjadi taruhan, tapi ini takdir kita."

"Sama seperti tahun lalu tapi bezanya, yang berada di sini bukan kau orang tapi mereka. Mereka tak nak dengar penjelasan kami dan menuduh kami mempermainkan perasaan mereka."

"Kalau mereka masih ada dan mereka pinta untuk kau orang kembali, kau orang akan lakukannya ke?"

"Tak. Kata-kata mereka masih terkesan di hati kami tak mungkin kami akan maafkan mereka."

Kalaulah kau orang tahu, hubungan kita akan menjadi dingin, getus Destiny Shadow dalam hati sambil memandang The KnightZ yang tercengang.

"Maksud kau kalau mereka muncul, kau tak akan berpaling?"

"Boleh dikatakan begitu."

"Apa rancangan kita sekarang?"

"Apa kata kita buat macam ni?"

The KnightZ saling berpandangan sebelum memandang Destiny Shadow. Entah kenapa mereka rasa rancangan itu akan membuatkan hubungan mereka menjadi rengang.

■ ■ ■ ■

CRYSTALE merangkul lengan Alex Nightmare sambil tersenyum. Lyana Alice dan Reol merelakan diri apabila Iris Herlac menarik lengan mereka supaya berjalan dengan pantas.

"Kau jalan laju-laju nak pergi mana Iris? Kafe akademi tak lari pun," tegur Yuu Kousuke.  Dia hampir kekurangan oksigen mengejar langkah Destiny Shadow dan Alex Nightmare.

"Memang la kafe tak lari, tapi aku dah lapar. Kau tengoklah Crystale, tak ingat kawan betul," balas Iris Herlac sebelum merungut.

"Bukan selalu Crystale dapat berbual dengan Alex macam tu, biarlah mereka," ujar Lyana Alice pula.

"Crystale!"

Mereka berlapan berhenti melangkah apabila seseorang memanggil nama Crystale. Luz melihat keadaan sekeliling sebagai langkah berjaga-jaga. Rayven de la Crusz pelik melihat tingkah Luz.

"Kau kenapa?" tanya Rayven de la Crusz pelik.

Luz tersentak. Dia terlupa bahawa dia saja yang akan ingat tentang kejadian yang menimpa mereka tadi.

"Aku rasa tak sedap hati secara tiba-tiba. Kita tak tahu kalau ada orang perhatikan kita, kan?" balas Luz dengan tenang.

"Pengetua kata nanti tolong Iris. Bila dah sedia pergi sana."

Crystale mengangguk tanda memahami. Alex Nightmare mengalihkan pandangan apabila bertentang mata dengan orang yang bercakap dengan Crystale. 

"Jom kita..."

"Alvella! Kau tak habis jelaskan apa yang berlaku lagi!"

Mereka tercengang apabila melihat Alvella Aline berjalan melepasi mereka sambil dikejar oleh Kitsune Yamamoto. Tidak lama kemudian, suara orang bergaduh pula menghampiri mereka.

"Tak nak!" balas Alvella Aline dengan nada tinggi.

"Kau ada kaki dan tangan, kan? Pergi la tanya orang lain! Jangan tanya aku, aku tak tahu! Kalau aku tahu pun aku tak akan beritahu kau!" marah Violet Zedra kepada Endene Ayll.

"Kau cerita bagi habislah!" Endele Ayll menghentak kaki sebelum sambung mengejar Violet Zedra.

Hanni Sakura hanya memandang Red Hood sebelum mengukir senyuman. Red Hood hanya memandang sepi sebelum berlalu mengikuti langkah Violet Zedra dan Endene Ayll.

"Jangan tanya aku siapa mereka. Kau pergi tanya Alice," arah Scarlet Zaver sebelum menjengilkan mata apabila Sayaka ingin membuka mulut.

"Kenapa nama aku tiba-tiba naik?" tanya Lyana Alice bengang. Dia tidak tahu cerita daripada awal tiba-tiba namanya disebut.

"Kenapa mereka pandang kita macam kita ada sorokkan sesuatu daripada mereka?" tanya Reol.

"Aku dapat rasakan sesuatu yang tak baik telah berlaku kepada mereka tadi," ujar Yuu Kousuke.

"Apa kata kita kejar mereka? Kita berteka-teki dekat sini bukannya dapat selesaikan masalah," ujar Luz sebelum berjalan melepasi Reol, Lyana Alice dan Iris Herlac.

"Tunggulah!"

Mereka berempat berlari-lari anak meninggalkan Alex Nightmare, Luz, Yuu Kousuke dan Rayven de la Crusz di belakang.

"Rayven, aku rasa mereka berempat tahu tentang identiti sebenar Destiny Shadow." Rayven de la Crusz segera memandang Luz.

"Aku tahu, tapi cuma kita sahaja yang tahu tentang identiti mereka. Kousuke dan Alex tak tahu lagi."

"Macam mana kalau mereka bergaduh dengan Destiny Shadow yang tak tahu tentang identiti mereka yang telah terbongkar? Pergaduhan besar akan berlaku dan kita akan tersepit di antara mereka," ujar Rayven de la Crusz perlahan.

"Kami hidup lagi ye, tolong jangan bincang berdua," tegur Alex Nightmare tiba-tiba.

"Kalau nak bergosip beritahulah kami sekali, jangan sembang berdua je."

Yuu Kousuke merangkul bahu Rayven de la Crusz walaupun jejaka itu lebih tinggi daripada dia.

"Tentang Destiny Shadow dan The KnightZ tadi, kau tak rasa pelik ke? Mereka dari pejabat pengetua, kan? Mungkin ada sesuatu yang terjadi menyebabkan mereka bergaduh dengan teruk."

"Mungkin. Aku tak tahu kenapa badan aku sakit tiba-tiba," ujar Alex Nightmare sebelum menyentuh sebelah lengan. Luz hanya mendiamkan diri. Mana mungkin dia beritahu yang tadi mereka diserang.

"Apa yang kau cakap ni?"

Mereka berempat berhenti melangkah apabila mendengar nada suara Iris Herlac seperti kecewa.

"Kenapa kau tipu aku?"

"Cuba kau cakap dengan aku bila aku tipu kau? Kau faham atau tidak, tak semua perkara aku boleh beritahu kau. Sesetengah perkara kena kekal menjadi rahsia." Iris Herlac mengundur ke belakang beberapa tapak apabila Kitsune Yamamoto cuba menghampirinya.

"Aku kecewa dengan kau," ujar Sayaka kepada Lyana Alice.

"Aku tak tahu apa-apa, tiba-tiba kau kecewa dengan aku. Apa masalah kau?" marah Lyana Alice. Nasib baik dia sempat mengawal diri daripada mencakar muka Sayaka.

"Apa?" tanya Reol apabila Endene Ayll memandang lama.

"Kau pasti ke kau tak ada sesuatu nak beritahu aku?"

"Ouh... mengenai identiti kami ke? Kalau dah tahu baguslah tak perlu aku beritahu kau kemudian hari." Reol berlalu pergi meninggalkan Endene Ayll. Destiny Shadow memandang The KnightZ lama sebelum mereka melangkah pergi.

"Kenapa mereka perlu tahu secepat ni?" tanya Reol, Iris Herlac dan Lyana Alice.

Crystale cuba menenangkan mereka bertiga. Air mata mereka mengalir turun apabila terkenang kata-kata yang didengari sebentar tadi.

" Kenapa mereka berlapan mesti orangnya?" tanya Endene Ayll, Red Hood dan Kitsune Yamamoto sebelum melutut dan memandang tanah.

"Kenapa dengan mereka?" tanya Alex Nightmare pelik. Mereka bertiga saling berpandangan sebelum air mata mengalir.

Tbc

31/12/21

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top