Chapter 21
VIOLET Zedra memandang Alvella Aline dengan pandangan sebal.
"Kenapa pula kita kena berlawan dengan mereka? Susah la kalau macam ni," bebel Violet Zedra sebelum melentokkan kepala di belakang badan Hanni Sakura.
Hanni Sakura menggelengkan kepala sebelum berkata, "Al, boleh ke kita lawan mereka nanti? Kau tahu kan apa akan berlaku nanti?"
"Kejap, tahu apa ni?" tanya Sayaka pelik.
"Menyibuk betul la dia ni," sindir Destiny Shadow sebelum mengeluh.
"Aku rasa tak sedap hati la. Macam sesuatu yang buruk akan berlaku," ujar Alvella Aline sebelum mendongak memandang langit biru. Mereka berada di taman sementara menunggu waktu rehat. Kata lain mereka ponteng kelas.
"Bukan ke biasanya kalau kau rasa tak sedap hati, memang perkara buruk akan berlaku?" tanya Scarlet Zaver sebelum dijeling oleh The KnightZ.
"Kau jangan macam-macam. Nanti betul-betul jadi, kau orang yang susah." Endene Ayll bercekak pinggang sebelum mengeliat.
Susah apanya? Kami dah pulih. Kuasa pun dah ada. Lawan saja, tak susah mana pun, getus Destiny Shadow dalam hati.
"Apa kata kita jumpa yang lain? Mana tahu mereka ada maklumat tambahan?" cadang Kitsune Yamamoto sebelum tersengih.
Destiny Shadow dan dua orang ahli The KnightZ mengangguk tanda bersetuju.
"Aku bukannya tak nak setuju tapi kau orang tak bau sesuatu ke?" tanya Red Hood sebelum matanya berpinar.
Mereka bertujuh saling berpandangan sebelum mereka terbaring di atas tanah. Dalam keadaan separa sedar, mereka melihat sepasang kasut putih mengatur lamgkah dan berhenti beberapa langkah di hadapan mereka berlapan.
"Kita berjumpa lagi nampaknya, Destiny Shadow dan The KnightZ."
"Kau..."
"Tak sangka yang kau orang akan bertarung bersama, sama seperti dulu."
Sama seperti dulu? tanya Red Hood dalam hati.
■ ■ ■ ■
KITSUNE Yamamoto tersedar apabila seseorang menyimbah mereka dengan air sejuk.
"Kau siapa? Lepaskan kami la!" bentak Kitsune Yamamoto sambil kakinya cuba menendang orang yang berdiri di hadapannya.
Orang di hadapannya hanya diam sebelum mengukir senyuman sinis. Destiny Shadow dan tiga orang ahli The KnightZ terbatuk-batuk sebelum membuka mata. Mereka masih dalam keadaan separuh sedar sebelum kembali memejamkan mata.
"Kau siapa? Kenapa kau culik kami? Kami tak kenal kau pun," ujar Red Hood.
"Destiny Shadow dan The KnightZ. Dua kumpulan yang dahulunya sentiasa bersaing tetapi disebabkan satu kejadian mereka berenam belas berbaik. Tetapi persahabatan mereka diuji apabila musuh Destiny Shadow menuduh Destiny Shadow melakukan hal yang dilakukan oleh mereka."
"Malangnya, The KnightZ tidak percaya dengan bukti yang dikemukakan oleh Destiny Shadow dan menuduh mereka macam-macam. Akhirnya, Destiny Shadow membawa diri ke bumi. Tetapi jodoh dua kumpulan itu kuat. Mereka terlibat dalam kemalangan pada masa yang sama."
"Apa yang kau cuba sampaikan?" bentak Scarlet Zaver.
"Mereka hilang ingatan dan tidak mengingati satu sama lain. Siapa sangka mereka bersekolah di sekolah yang sama iaitu Akademi Dream."
"Apa maksud kau?" tanya Endene Ayll.
"Tapi tak sangka kejadian yang sama berulang semula. Kereta Destiny Shadow hilang kawalan lalu terbabas ke jalan bertentangan."
"Diamlah!" jerit Alvella Aline sebelum melontarkan beberapa bilah pisau belati bersama api yang membara.
"Kau tahu semuanya, Alvella."
"Kalau aku tahu pun kenapa, Tatsuo? Apa kaitan kisah silam kami dengan kau? Aku tak akan maafkan orang yang kacau kebahagiaan kami. Aku tak nak kegembiraan kami diambil lagi!"
"Pedang halilintar ungu! Serangan halilintar ungu," seru Violet Zedra sebelum sebilah pedang yang bentuknya seakan kilat muncul. Kilat berwarna ungu menyerang orang yang menculik mereka tetapi dapat dielak di saat akhir.
"Tak adil la begini!" marah Scarlet Zaver apabila matanya ditutup dengan sehelai kain hitam. Gadis bermata jingga itu cuba meleraikan ikatan di pergelangan tangan sebelum menarik kain yang menutup matanya.
"Lightning Blood!" Hanni Sakura tidak berlengah apabila ikatan berjaya dileraikan. Reben yang dijadikan pengikat rambut dileraikan berubah menjadi pedang sebelum ditujukan ke arah The KnightZ. Tali yang mengikat tangan mereka dibakar sehingga menjadi abu.
"The KnightZ, pejamkan mata!" arah Scarlet Zaver sebelum matanya merenung seorang pelajar perempuan yang cuba menyerang hendap Red Hood dengan kuasa angin.
"Masalah sekarang ni kita nak tolong mereka ke tidak?" tanya Sayaka.
"Tunggu dan lihat. Aku yakin mereka tak nak kita masuk campur. Aku rasa asap tadi bukan asap biasa. Asap yang digunakan seperti melemahkan kita tetapi kenapa mereka tidak?" balas Red Hood tanpa riak. Namun dia juga tertanya kenapa gas tadi seakan tidak memberi kesan kepada Destiny Shadow.
"Siapa mereka sebenarnya? Kenapa mereka tak terkesan langsung?" marah salah seorang pelajar.
"Serang mereka!" jerit Scarlet Zaver sebelum menolak Alvella Aline yang leka melontar pisau belati tanpa melihat keadaan sekeliling.
Mata The KnightZ terbeliak apabila melihat beberapa ekor raksasa menyerang beberapa orang pelajar dengan arahan Destiny Shadow.
"Kenapa masa kita perlukan penyihir dan penyembuh, mereka ada dekat tempat lain?" marah Violet Zedra.
"Kau salahkan Al, dia yang suruh Iris jaga Crystale." Mereka berdua menjeling Alvella Aline yang menahan serangan air dengan serangan api. Berkabus sebahagian kawasan kerana bertembungan kuasa yang berbeza.
"Ikat mereka!" arah Hanni Sakura sebelum terbatuk-batuk. Mereka muntah darah beberapa kali sebelum terbaring lemah di atas lantai.
"Tuan puteri!"
"Lawan mereka habis-habisan. Kalau tiada tenaga, berundur, jangan lindungi kami," ujar Alvella Aline sebelum mata terpejam rapat.
"Giliran kita pula," kata Red Hood sebelum tersenyum sinis.
"Sekurang-kurangnya, mereka tak perlu lihat kegilaan kita," ujar Kitsune Yamamoto ceria sebelum menepuk tangan beberapa kali.
"Jaga tuan puteri kau orang. Biar kami selesaikan mereka." Sayaka memandang tanpa riak.
"Tapi amanah..."
"Kau orang cedera parah. Kau fikir kau akan mampu bertahan sementara kami lawan mereka? Jaga tuan puteri atau berundur. Pilihan terletak di tangan kau. Tuan puteri kau kuat, jangan risau." Endene Ayll memandang ke arah belakang beberapa ketika. Dia tidak tahu berapa lama Destiny Shadow boleh bertahan.
Mereka saling berpandangan sebelum mengundurkan diri daripada perlawanan. Empat orang ahli Destiny Shadow dilindungi dengan kuasa bayang milik Sayaka.
"Lepas perlawanan tamat, kita perlukan penjelasan Destiny Shadow yang lain walau apa cara sekalipun."
"Masa untuk beraksi."
Endene Ayll membelek senapang yang diseru sebelum memandang salah seorang pelajar lelaki yang tercedera dengan tatapan teruja. Tawa terletus apabila melihat pelajar tersebut mengesot ke belakang sambil menggelengkan kepala.
"Kenapa kau takut? Masa kau serang mereka berempat kau tak fikir pula mereka takut identiti mereka terbongkar pula?" tanya Red Hood tanpa perasaan.
"Jangan berlagak baik sedangkan kau sama saja dengan kami."
"Aku tak kata pun kami ni baik, tapi aku tak kata pula kami ni jahat," bidas Sayaka sambil memutarkan sebilah katana.
Kitsune Yamamoto menghampiri seorang pelajar yang mencederakan Hanni Sakura dengan tiga bilah pedang.
"Kalau kau rasa mereka lemah, kau silap. Mereka baru sahaja bermula. Kau fikir Destiny Shadow yang lain akan biarkan kau orang terlepas?" Kitsune Yamamoto bertanya dengan nada mendatar.
Tatsuo ketawa sinis sebelum menepis tangan Kitsune Yamamoto yang mencengkam mukanya.
"Untuk pengetahuan kau orang, aku di pihak mereka."
"Maksudnya, kau la yang ambil api milik Rayz?" sampuk Endene Ayll sebelum bercekak pinggang.
"Kau juga yang menyebabkan mereka kemalangan, kan?" tanya Red Hood dengan nada tinggi.
"Kemalangan? Aku tak ada kaitan dengan kemalangan tu, melainkan ada orang lain yang merancang untuk mereka menjejakkan kaki di sini semula." Dahi Tastuo berkerut apabila mendengar pertanyaan Red Hood. Kenapa pula dia perlu rancang kemalangan untuk membawa puteri kegelapan ke dunia fantasi sedangkan dia boleh menculik mereka?
Tatsuo terlentang ke belakang selepas wajahnya ditumbuk oleh Sayaka. Kolar kemeja ditarik sehingga kakinya tidak menjejak tanah.
"Kenapa kau tak lawan kami? Kenapa kau biarkan?"
"Kalau aku guna kuasa aku, kau orang mati. Aku naga. Tugas aku jaga mereka. Kalau kau rasa nak mati awal, kau cari orang yang tepat sebab aku dah lama tak membunuh."
Sayaka terus ditarik ke belakang apabila Tatsuo berubah menjadi seekor naga kecil berwarna ungu sebelum terbang menghampiri mereka.
"Orang yang merancang semua ni, satu-satunya musuh mereka di sekolah. Tapi dekat luar ramai yang ingin menjatuhkan mereka kerana darah yang mengalir dalam badan mereka. Tak terkecuali ahli sihir kecil. Putera mahkota tahu tentang identiti mereka bersebelas."
"Maksud kau?" tanya The KnightZ serentak.
"Ada masa kita berborak lagi. Aku cuma dapat pinjam sedikit masa agar kau orang sembuh dengan bantuan aku. Selamat berjaya menentang orang yang diarahkan untuk menguji Destiny Shadow. Aku cuma boleh tolong dari jauh saja."
"Oi! Tatsuo!" jerit Red Hood berang apabila Tatsuo terbang meninggalkan mereka.
"Mereka ni manusia atau robot? Kenapa mereka boleh berdiri semula?" tanya Sayaka apabila melihat beberapa orang pelajar berdiri walaupun cedera parah.
"Lantaklah siapa pun mereka. Apa yang penting kita boleh jalankan operasi prank kita. Destiny Shadow cedera, mereka jadi galang gantinya," ujar Kitsune Yamamoto sebelum menggunakan kuasanya, Takebushi no-jutsu.
"Tunggu apa lagi? Mari kita serang mereka. Kita berpecah kepada dua kumpulan. Satu kumpulan penyerang, satu kumpulan lagi pertahanan. Bila-bila masa sahaja mereka boleh pecahkan perlindungan budak berempat tu," kata Endene Ayll sebelum menumbuk perut pelajar lelaki yang tiba-tiba muncul di hadapannya dengan kuasa bayang.
"Demi keselamatan kita berlapan, mari. Kita serang mereka!"
Tbc
3/7/21
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top