Chapter 20
"AKU harap lepas ni tiada lagi adegan kejar-mengejar. Aku dah tak larat nak lari," rungut Luz sebelum membuka topeng yang menutupi sebelah mata. Matanya yang berwarna kuning dan bercorak jam bersinar sebelum jarum jam mula bergerak.
Berbelas-belas klon dihasilkan sebelum semua klonnya berdiri dalam bulatan melindungi mereka berlapan.
Destiny Shadow terpaku melihat wajah Luz tanpa topeng. Seperti orang dalam mimpi Scarlet Zaver.
"Patutlah Scarlet terpikat," sakat Destiny Shadow sebelum ketawa.
"Apa tunggu lagi? Kita serang mereka sekarang," ujar Yuu Kousuke apabila melihat Destiny Shadow tidak bertindak dan hanya berdiri kaku.
"Kami tak boleh cederakan orang sehingga kami jalani ujian tu. Aku benci semua ni," rungut Crystale sebelum membetulkan rambut yang serabai dengan jari. Iris Herlac menepuk dahi apabila mendengar kata-kata Crystale.
"Reol, buatlah sesuatu. Kau kan pakar dalam hal sebegini," ujar Lyana Alice perlahan.
"Memang tongkat berlian aku boleh seru sekarang. Ada di antara mereka yang menyekat kuasa tertentu seperti kuasa aku dan Iris. Kau beruntung sebab kuasa kau berunsurkan api."
"Lama lagi ke kau orang nak berbincang? Aku rasa kalau lama lagi, memang kita dah pengsan dulu," tegur Rayven de la Crusz bengang apabila Lyana Alice dan Reol berbincang di belakangnya.
"Sabarlah! Kau orang uruskan mereka dahulu. Curi sedikit masa supaya kami boleh fikirkan sesuatu."
"Masa untuk beraksi," ujar Luz sebelum beberapa klon miliknya menyerang beberapa orang pelajar yang menyerang hendap dari arah atas.
"Iris! Jom lawan mereka, satu lawan satu. Luka boleh rawat. Aku nampak seorang atau dua orang yang terlibat dengan kes pembulian mereka bertiga di sini," ujar Crystale sebelum mengamit seorang pelajar lelaki yang mempunyai ketinggian seperti Alex Nightmare.
"Kau lemah sama seperti dahulu." Crystale menguap sebelum mengipas lawannya dengan kipas tangan. Lawannya ketawa sebelum menghampiri Crystale dengan langkah bersahaja.
"Ais!" Pelajar lelaki itu berteriak apabila melihat badannya kaku selepas Crystale mengipas dirinya.
"Kau main kotor!"
"Sejak bila ada lumpur dekat sini?" tanya Alex Nightmare dingin sebelum menggunakan salah satu kuasanya iaitu black halilintar. Berasap badan lawan Crystale selepas kuasa jejaka bermata merah darah dipancarkan. Tidak lupa juga jejaka itu menenggelamkan separuh badan lawannya dengan lumpur.
"Hiargh!"
Iris Herlac menghayunkan sebilah pedang milik Yuu Kousuke yang dipinjamnya namun serangan tidak dapat dielak sebelum wajahnya disapa dengan angin kencang. Badan gadis bermata hijau itu terpelanting dan menghentam sebatang pokok, tidak jauh daripada tempat Lyana Alice dan Reol berbincang.
"Iris!"
Api hitam melingkari tempat Iris Herlac terpelanting. Rayven de la Crusz memandang tajam orang yang mencederakan satu daripada empat ahli Destiny Shadow yang bersama dengan mereka.
Luz berpaling sebelum terpandang anak mata Reol. Anak mata Reol bertukar daripada warna biru kepada warna merah. Petanda tidak baik.
"Jangan ganggu kami!!" jerit Reol sebelum berlari. Dia menghiraukan batu-batuan kecil dan reranting yang sedang menghala ke arahnya. Apa yang dia tahu kawan-kawannya selamat.
"Kau bukannya lawan bersendirian, Reol!" ujar Lyana Alice sebelum menarik anak panah ke belakang. Salah satu klon Luz membantu melengahkan salah seorang pelajar yang dia mahu jadikan sasaran.
"Terimalah kesakitan daripada aku. Api biru!" Panah yang dilepaskan disaluti api biru menjadi banyak lalu menyerang beberapa orang pihak lawan tanpa mencederakan yang lain.
"Angin! Tanah! Air! Api!" Setiap das tembakan yang dilepaskan oleh Yuu Kousuke, terkandung kuasanya. Sesiapa yang terkena akan tercedera. Paling teruk pun cedera parah.
"Siapa sebenarnya mereka?" tanya Luz kepada Rayven de la Crusz. Jejaka itu hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
"Hanya orang tertentu saja yang tahu. Nampaknya mereka bukan orang biasa," ujar Rayven de la Crusz sebelum menyeru dua pedang besar yang disaluti api hitam atau lebih dikenali dengan Amaterasu.
"Kalaulah kau tahu siapa mereka, kau akan terima siapa sebenarnya Alvella Aline ke?" soal Luz apabila melihat percikan api terhasil apabila pedang disilang untuk menghalang serangan. Dia pula mengeluarkan dua pucuk pistol, satu panjang dan satu pendek.
"Nampaknya terpaksalah aku bersekongkol dengan mereka kali ni." Luz melepaskan tembakan tanpa henti namun dia tidak bergerak daripada tempat Iris Herlac cedera.
Crystale menangkis reranting yang menyerang Reol. Gigi diketap sebelum corak kepingan salji muncul dalam mata birunya. Kipas tangan dibuka sebelum kuasa ais keluar tanpa henti. Dia terdengar Iris Herlac terbatuk-batuk tanpa henti.
"Cari penyakit betul la dia ni," kata Crsytale sebelum menghalakan tapak tangan ke belakang lalu kuasa penyembuh keluar dari tapak tangannya.
Alex Nightmare yang berada berhampiran melindungi Crystale supaya tiada orang mengganggu proses penyembuhan Iris Herlac. Lyana Alice dan Reol pula melindungi Luz sebelum letupan berlaku menyebabkan mereka tercampak ke tepi.
"Nak serang beritahu dulu la!" marah Lyana Alice apabila Rayven de la Crusz menangkis bebola api sebelum terkena pada tanah berdekatan mereka berdua. Hampir sahaja anak panahnya dilepaskan kepada jejaka bermata hitam itu.
"Hujan ribut!" Hampir semua pelajar yang menyerang mereka tewas dengan sekali serangan apabila Reol menyeru tongkat berlian asli.
"Sihir pemulih."
Yuu Kousuke memandang sebilah pedang miliknya yang dikembalikan sebelum tongkat sihir yang berada berdekatannya diambil oleh Iris Herlac.
"Crystale. Alice. Duduk tepi. Biar aku dan Reol uruskan mereka."
Lyana Alice menggenggam busur sebelum berjalan mendekati Crystale yang duduk dalam lingkaran api hitam.
"Kau yakin mereka akan selamat?" tanya Lyana Alice perlahan. Nafasnya tidak selaju tadi ketika sihir pemulih bergerak di atas kepala mereka.
"Aku yakin dengan mereka tapi aku tak yakin The KnightZ akan biarkan mereka berdua bertarung."
"Awan mendung!"
"Serangan hujan petir!" jerit Iris Herlac sebelum menghayunkan tongkat sihir ke arah langit gelap.
"Jangan bazir tenaga, kau orang tak pulih lagi," arah Yuu Kousuke risau.
"Kami dah sihat. Giliran kau orang pula berehat," ujar Reol tenang.
"Reol! Iris! Jaga diri!" jerit Luz sebelum letupan berlaku di antara mereka.
The KnightZ terbatuk-batuk kerana letupan tersebut bukan letupan biasa. Crystale menghalakan sebelah tapak tangan ke hadapan di mana The KnightZ berada.
"Gempak," puji Lyana Alice apabila terpandang beberapa orang pelajar menjerit kesakitan apabila disambar petir tanpa henti. Yuu Kousuke melopong apabila Lyana Alice berkata sedemikian.
Rayven de la Crusz mengelak salah satu serangan sebelum belakang badannya menghentam sesuatu yang halimunan.
"Serangan luar tidak memberi kesan kepada kita."
"Lawan mereka semakin ramai. Macam mana ni?" Yuu Kousuke memandang Reol dan Iris Herlac yang mula cedera apabila diserang tanpa henti.
"Tolong percaya mereka. Mereka boleh lakukannya. Tadi kita dah berusaha mengurangkan jumlah pihak lawan, sekarang biar mereka selesaikan."
Mereka berenam hanya memerhati Reol dan Iris Herlac membuat serangan balas. Reol menyeru supaya cuaca menjadi cerah manakala Iris Herlac membaca serangkap jampi yang menyeru api.
"Apa rancangan kau, Iris? Aku tak boleh bertahan lebih lama lagi. Kau sendiri tahu kalau kita hilang kawalan identiti kita akan terdedah."
"Serangan berganda yang terakhir? Tenaga aku hampir habis kerana menyeru banyak sihir yang memerlukan banyak tenaga."
"Nama serangan? Hujan meteor? Meteor asid? Ais berduri?" Reol memberi idea yang dia sempat fikirkan beberapa saat yang lalu.
"Ais berduri? Macam menarik tapi macam mana nak seru? Aku tak mahir lagi."
"Crystale! Halakan kipas kau keluar sekarang!" jerit Reol sebelum satu serangan mengenai perutnya.
Iris Herlac pula menjerit ketakutan apabila melihat warna darah Reol. Dia memandang pelajar yang menyerang Reol dengan muka ketakutan sebelum riak wajahnya bertukar menjadi ceria.
"Selamat tinggal," ucap Iris Herlac sebelum menghalakan tongkat sihir ke atas.
Alex Nightmare menggabungkan kuasa dengan Crystale lalu ais berduri menyerang saki-baki pelajar yang tinggal. Reol muntah darah selepas Crystale melihat wajah Reol yang calar-balar.
"Alice. Kenapa darah banyak ni? Siapa punya darah ni?" tanya Iris Herlac blur apabila melihat kemeja putihnya bertukar warna.
"Kau cedera parah!" Lyana Alice segera menyambut tubuh Iris Herlac apabila gadis itu tiba-tiba pengsan.
"Crystale, macam mana ni?" tanya Yuu Kousuke cemas.
"Luz. Kau undurkan masa semula. Apa yang berlaku cuma kau saja yang ingat. Kami mungkin ingat-ingat lupa apa yang berlaku," ujar Rayven de la Crusz sebelum memandang Luz yang tergamam.
"Maksud kau? Masa orang panggil Crystale ke?" Melihat anggukan daripada ketua The KnightZ membuatkan Luz menghela nafas.
"Buat la apa yang terbaik. Aku tak mampu nak tolong lagi. Tenaga aku hampir habis kalau aku rawat Reol," ujar Crystale sebelum mengukir senyuman.
Luz menumpukan perhatian untuk bertenang selepas berlawan tanpa henti tadi.
"Aku cuma nak kau tahu, aku gembira dapat berlawan dengan kau, Alex Nightmare. Aku harap kita dapat berlawan lagi. Aku hargainya dan aku gembira sangat pengetua arahkan ujian dilakukan hari ini. Entah bila lagi kita akan dapat berlawan bersama lagi."
Kata-kata Crystal membuatkan The KnightZ tersentak. Mereka juga turut gembira kerana dapat berlawan berada Destiny Shadow walaupun tidak dapat berlawan dengan ahli-ahli yang lain.
"Aku pun gembira dapat berlawan dengan kau, Crystale," ujar Alex Nightmare sebelum satu cahaya menerangi kawasan itu.
Yuu Kousuke menutup mata menghalang cahaya yang begitu terang.
Tbc
10/6/2021
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top