Chapter 2
Aydina atau nama sebenarnya Aydina Walker mengeluh.
"Kenapa kau mengeluh?" tanya Fiya atau nama sebenarnya Fiya Dern.
"Aku bosan," balas Nia atau nama sebenarnya Nia Zronies.
"Kau rasa macam mana keadaan Destiny Shadow di dunia realiti?" tanya Aydina sambil memejamkan mata.
Fiya membaca jampi selepas memejamkan mata. Bola kristal di hadapannya bercahaya.
"Wei!! Itu mereka. Kenapa mereka menangis?" tanya Nia selepas mengerutkan dahi.
"Sekejap. Aku baca jampi untuk dengar isi hati mereka." kata Fiya selepas mengeluh.
"Kalau marah kita, tak payah ungkit pasal arwah keluarga kita."
Mereka bertiga memandang antara satu sama lain.
"Tuan p-"
Fiya meletakkan jari di bibir dan menunjuk ke arah meja di sebelah dayang itu. Dayang tersebut menundukkan kepala dan meletakkan dulang makanan di atas meja yang ditunjukkan lalu beredar.
"Mama... Papa... Kenapa pergi?"
"Kesian mereka," kata Nia simpati.
Aydina berasa menyesal kerana menyuruh Fiya menggunakan bola cristal untuk melihat keadaan mereka berlapan. Dia dapat merasakan kesedihan Destiny Shadow.
"Aku tak nak sekolah dekat sekolah lama kita iaitu Vogue Academy!!'
"Aku pun! Dekat sana kita kena buli. Hik hik hik..."
"Kalau kita sekolah sana, kita bukan ada backup pun kalau kita kena fitnah."
"Kita jadi dingin sebab mereka. Mereka punca segalanya."
"Aku-bukan. Kita benci mereka"
"Aku harap kita tak kembali semula ke dunia fantasi yang beri kenangan buruk kepada kita"
"Gone..."
Fiya membaca jampi untuk menghilangkan bayangan Destiny Shadow.
"Jadi, ini..." kata Nia.
"...sebab mereka tak..." sambung Aydina.
"...ingin pulang kembali ke dunia fantasi." Fiya menghabiskan ayat. Mereka memandang antara satu sama lain sebelum mengeluh.
"Jadi..." kata NIa sebelum berjeda.
"Kita gagal jaga amanah keluarga mereka," kata Aydina sebelum mengesat air mata.
"Apa nak jadi dengan kita ni? Nama sahaja guardian tetapi tidak boleh lindungi orang yang diamanahkan," kata Fiya sebelum menumbuk dinding.
Mereka mengeluh. Tanpa mereka sedari, pintu perlahan-lahan ditutup rapat sebelum bunyi tapak kasut kedengaran semakin perlahan.
"Jangan risau. Suatu hari nanti, mereka akan kembali ke pangkuan kita semula."
....
"Aku rasa macam pernah dengar nama lain mereka tapi tak ingatlah."
"Aku pun macam pernah tengok muka Destiny Shadow tetapi tak ingat dekat mana."
"Kenapa Cikgu Rin macam takut dengan Destiny Shadow?"
"Rasanya ada sebab kenapa mereka pindah beberapa tahun lepas. Tetapi bila tengok dalam laman web, tidak ada satu pun berita tentang mereka pindah ke sini iaitu Dream Academy."
"Kau ingat tak satu hari tu?"
Imbas Kembali
"Pukul berapa ni?"
Jam menunjukkan pukul tujuh pagi.
"WEHH!! DAH LAMBAT!!"
"Kenapa kau tak kejutkan kami?!"
BUMM!!
Keenam-enam pintu bilik air dihempas serentak.
"Lambatnya bangun... Nanti kena marah dengan Cikgu Rin." perli Tsukasa.
"Siapa suruh main game tak ingat dunia semalam?" tanya Rubah.
"Diri sendiri juga yang susah" balas mereka sebelum kembali membaca buku.
Mereka berenam sepantas kilat menyarung baju akademi tetapi, tie hanya disangkut ke leher manakala blazer pula diletakkan di lengan. Mereka mencapai sekeping roti dan bergegas ke superbikes dan kereta sports masing-masing.
VROMM!!!
....
Mereka memandang kiri dan kanan apabila keluar dari garaj kereta yang dikhaskan untuk mereka oleh pengetua Dream Academy. Dari jauh mereka mendengar kekecohan.
"Masuk kelas sekarang!"
"Kenapa kami perlu dengar cakap korang?"
"Aku kata masuk kelas, masuk saja! Tak payah banyak bunyi!!"
"Hari ini hari korang, Destiny Shadow. Tetapi, hari lain hari kami."
"Korang akan dibenci oleh semua orang suatu hari nanti. Masa itu, kau akan berada dalam kegelapan."
"Menyampah betul aku dengan kumpulan diva tu." kutuk Faryana sebelum beredar.
"Wei..." panggil Akira.
"Apa?" tanya Faryana.
"Siapa mereka?" tanya Rubah.
"Mereka yang tengah mendenda itu ke?"
"Haah." jawab The KnightZ.
"Mereka ialah Destiny Shadow. Pengawas—eh bukan. Mereka adalah unit khas yang ditubuhkan oleh Cikgu Rin sendiri beberapa tahun lepas. Kalau tak silap, pada hari pertama mereka pindah sini, unit tersebut telah ditubuhkan dan dianggotai oleh Destiny Shadow atas sebab-sebab tertentu. Aku minta diri dulu."
"HOI!! PERGI MASUK KE-"
ZUPP!!!
"Aik? Hilang?"
"Biarlah mereka... Baik kita berpecah dan masuk kelas sekarang."
....
"Kenapa kita tak pernah nampak mereka sebelum ni?" tanya Yuu.
"Kita pelajar baru, memang lah tak kenal." balas Hiroshi.
"Masalahnya, muka mereka macam beberapa orang pelajar di Vogue Academy tetapi mereka tiba-tiba menghilangkan diri."
"Nampaknya kita berpisah di sini. Kelas kami di blok lain manakala kelas korang dekat blok ni."
"Nanti waktu rehat kita jumpa dekat kafe. Ada masalah telefon," pesan Rubah.
"Baik!!" kata mereka sebelum berpecah.
....
"Baiklah para pelajar, hari ini kita ada beberapa pelajar baru. Harap kamu berikan tunjuk ajar kepada mereka ya..." kata Cikgu Wen.
"Baik cikgu!!"
"Nama saya Akira Hanase. Sila beri tunjuk ajar."
"Miyaguci Yuu."
"Zurinz Ed. Jangan cari masalah dengan aku." kata Zurinz sebelum tersenyum sinis. Semua pelajar memeluk tubuh apabila angin dingin menyapa wajah.
"Baiklah! Kamu boleh duduk di kerusi kosong itu." kata cikgu Wen sebelum membetulkan cermin mata miliknya.
"Terima kasih, sensei." ucap Miyaguci perlahan.
BUK!!
Beberapa orang pelajar perempuan terduduk di hadapan kelas sambil memegang beberapa buah buku.
"Kami minta maaf kerana masuk lambat!"
"Destiny Shadow... Haish... Tidak mengapa, saya faham kamu banyak tugasan yang perlu diselesaikan."
"Kami minta maaf sekali lagi." Mereka menundukkan kepala berulang kali.
"Duduk tempat kamu sebelum saya..."
Mereka pantas berlari ke tempat masing-masing.
"EHH??!!"
Mereka bangun sambil menudingkan jari ke sebelah.
"Kenapa dia duduk sebelah saya cikgu?!"
"Ta-nya-cik-gu-Rin." Terus mereka duduk dan membuat muka masam. Kadang kala mereka juga takut dengan Cikgu Rin walaupun Cikgu Rin baik.
"Pelik." getus Yuu, Miyaguchi dan Zurinz dalam hati.
"Aku Hayashima." bisik Hayashima perlahan sambil menumpukan perhatian. Namun tiada balasan yang diberikan oleh Zurinz. Hayashima menjadi bengang.
"Hai... Aku Akira Hanase. Kau boleh panggil aku Akira." kata Akira sambil tersenyum. Hanni hanya mengangguk tanpa memandang.
"Kau siapa?" tanya Akira selepas cikgu Wen keluar. Hanni menarik nafas sebelum memandang Akira.
"Aku Hanni Khaira. Panggil aku Hanni." kata Hanni sebelum meletakkan kepala di atas meja.
"Stress aku layan orang sebelah," rungut Hanni perlahan.
"Nama kau siapa? Kau boleh panggil aku Diana. Kenapa muka kau dingin? Senyumlah..." kata Diana sebelum mencuit hidung Yuu. Yuu menjeling sebelum menulis sesuatu di atas kertas lalu diberikan kepada Diana. Yuu meletakkan kepala di atas meja.
Nama aku Miyaguci Yuu. Kau boleh panggil aku Yuu. Jangan kacau aku tidur.
Diana menganggukkan kepala.
....
"Kenapa kau pergi kafe walaupun kau tahu sekarang ni dance lesson?" tanya Wani bengang.
"Aku ingatkan lepas ni producing stage. Boleh lah kita masuk lambat dengan alasan kita ada gastrik." kata Iris.
"Gastrik kau!!" kata Hilya bengang.
"DESTINY SHADOW!!"
"Ya ampun... Sir sudah panggil!! LARI!!!" jerit mereka sebelum melarikan diri.
BUKK!!
Mereka bertembung dengan Rayz, Akabane dan Hiroshi.
"Aduh..." kata Farz sambil mengurut bahu.
"Mata kamu semua letak dekat mana? Destiny Shadow pergi lari seratus pusingan dan panjat wall climbing sepuluh kali."
"WHAT?!"jerit Destiny Shadow bengang.
"Kau punya pasal lah ni..." rungut Melysa.
"Aku juga..." kata Akabane perlahan.
"Haa... Kamu pun kena buat macam mereka. Pelajar baru pun masuk lambat apa nak jadi dengan kamu semua ni?" bebel Sir Heyl.
"Kita pun kena sekali? Kita bawa barang dari kereta dia." rungut Rayz.
"Entah. kita buat saja lah." balas Hiroshi ceria.
....
"Memang cari masalah betul kumpulan diva tu." kata Rubah sebelum mencapai kain pembalut di atas meja.
"Ambil sebagai pengajaran. Jangan berani lalu di kawasan yang ramai perempuan kalau bilangan kita sedikit. Inilah akibatnya." kata Tsukasa sebelum menyapu iodin di bahagian luka di dahi.
"Nasib baik kita kunci pintu," kata Rubah sebelum merebahkan badan di atas katil.
"Cikgu bukannya ada di dalam kelas. Baik kita ambil kesempatan ni untuk tidur," kata Tsukasa sebelum memejamkan mata.
Imbas kembali tamat
"Kenangan yang tidak dapat aku lupakan." kata Rayz perlahan.
"Apa kau cakap?" tanya Zurinz. Rayz hanya menggelengkan kepala sebelum meluku kepala Zurinz apabila Zurinz membuat muka blackmoon.
"Jom masuk tidur. Nasib baik esok akademi cuti." kata Akira sebelum menapak ke biliknya diikuti dengan yang lain.Sebuah bintang bercahaya terang sebelum malap.
"Suatu hari nanti, kita akan berjumpa, The KnightZ dan Destiny Shadow..." kata seseorang sebelum hilang di sebalik kegelapan malam.
Tbc
11/9/18
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top