Chapter 19

EMPAT orang ahli The KnightZ mendengar Violet Zedra dan Scarlet Zaver ketawa jahat apabila bertukar pendapat untuk mendera beberapa orang pembuli adik-adik mereka. Mereka berdua berjalan di hadapan, Alvella Aline, Sayaka, Endene Ayll dan Hanni Sakura di tengah manakala Red Hood dan Kitsune Yamamoto di belakang.

"Al. Apa sebenarnya yang berlaku sehingga kau orang nak belasah mereka?" tanya Sayaka apabila dia berjalan di sebelah gadis bermata merah. Kalau Rayven tahu, memang dia kena dengan jejaka itu.

"Mereka hampir mati dibuli kalau kami tak sempat selamatkan mereka dulu. Kau rasa aku akan biarkan mereka terlepas tanpa hukuman?" balas Alvella Aline dingin. Tangan digenggam erat seakan mahu menumbuk wajah-wajah yang dimaksudkan.

"Siapa yang hampir mati?" sampuk Kitsune Yamamoto. Dia leka berbual dengan Hanni Sakura di belakang mereka berdua sebelum dia terdengar ketua Destiny Shadow bercakap tentang seseorang hampir mati.

"Kau!" sampuk Violet Zedra dan Scarlet Zaver serentak sebelum mereka ketawa lagi.

"Hei, aku hidup lagi la! Sampai hati kau cakap aku mati," marah jejaka bermata hijau itu sebelum berpeluk tubuh dan memuncungkan bibir.

"Aku tak tahu la macam mana Iris Alys boleh tahan dengan perangai kebudak-budakan kau," tegur Sayaka sebelum menggelengkan kepala.

"Aku rindu budak tu, bila nak bangun aku pun tak tahu," rungut Kitsune Yamamoto.

"Berbalik kepada soalan kau tadi, wahai Encik Musang. Kami bertiga hampir mati apabila diserang tanpa henti. Kami tidak dapat mempertahankan diri menggunakan alat ciptaan ahli sihir kecil kerana alat tersebut musnah," terang Hanni Sakura panjang lebar.

Namun ada sesuatu yang dia tidak ceritakan. Kuasa mereka mungkin sudah pulih namun mereka masih belum mahir mengawal kuasa mereka kerana sudah lama tidak berlatih.

"Kalaulah kau orang tahu yang mereka bertiga hilang kawalan dan hampir sahaja membunuh pembuli mereka menggunakan kuasa kegelapan, apa reaksi kau orang?"

Soalan tersebut hanya terluah dalam hati. Pandangan Scarlet Zaver berubah menjadi sayu apabila terkenang akan darah yang mengalir dalam badan mereka.

"Nah, Luz bagi tadi."

Sehelai sapu tangan berwarna merah, bercorak jam berwarna kuning diletakkan di atas kepala gadis bermata jingga. Scarlet Zaver memandang Endene Ayll meminta penjelasan. Mana tahu jejaka bermata hitam itu mengusik dirinya. Bukan boleh percaya sangat.

"Beritahu dia hal sebenarnya. Dia tak percaya dekat aku," ujar Endene Ayll seraya memandang tiga orang rakannya yang lain.

"Betullah apa yang Endene cakap tu," balas Red Hood malas.

Scarlet Zaver menolak pipi Alvella Aline ke tepi apabila gadis itu tersenyum lebar. Dia tahu apa makna senyuman itu.

"Kau jangan mulakan, Al! Aku simpan rahsia kau," ugut Scarlet Zaver garang.

"Al, jangan mulakannya. Nanti balik memang ada yang kena tuam dengan ais," tegur Hanni Sakura. Mereka berdua tidak boleh dibiarkan bergaduh. Nanti ada di antara mereka yang terluka dan lebam sana sini.

"Aku tak cakap apa-apa pun," balas Alvella Aline selamba sebelum mengetuk pintu pengetua.

Scarlet Zaver seperti mahu mencekik ketuanya.

"Sabar, kau macam tak tahu perangai Alvella macam mana," pujuk Hanni Sakura.

"Masuk!"

Mereka berlapan masuk dan berdiri menghadap pengetua Akademi Izumi.

"Akhirnya kamu datang juga, Destiny Shadow walaupun tak lengkap."

"Kalau bukan sebab ahli sihir kecil, kami tidak akan jejak kaki di sini semula," bidas Violet Zedra selamba.

Hampir terkeluar mata The KnightZ apabila Violet Zedra buat perangai di hadapan pengetua. Mereka tak mungkin lupa orang di hadapan mereka ialah salah satu pahlawan istana yang sangat hebat suatu ketika dahulu.

"Violet. Kamu masih bermulut puaka seperti dulu, tak kurang tetapi sekarang lebih berbisa."

"Terus-terang sahaja, Pengetua Isaac. Kenapa tak hantar wakil untuk pertandingan tu?" tanya Hanni Sakura tanpa berdalih.

"Nampaknya kamu sudah tahu. Rasanya saya tak perlu terangkan lagi peraturannya. Sebelum kamu nak belasah mereka, kamu mesti menjalani ujian untuk menentukan senjata atau kuasa kamu terlebih dahulu."

"Ujian apa pula kali ni?" rungut Hanni Sakura.

Melihat senyuman lebar Pengetua Isaac membuatkan Destiny Shadow menggelengkan kepala beberapa kali. Bukan mereka tidak tahu siapa lawan mereka nanti.

"Jangan cakap mereka orangnya." Wajah mereka berempat menjadi pucat apabila Pengetua Isaac menganggukkan kepala.

"Hanya mereka yang boleh tentukan kuasa atau jenis senjata kamu."

"Kita berempat saja yang tak tahu siapa yang pengetua maksudkan ke?" celah Kitsune Yamamoto apabila merasakan mereka terpinggir.

"Tapi Crystale ada kipas tangan, itu kira senjata juga ke?" tanya Sayaka pelik.

"Kalau kipas tangan tu boleh digunakan untuk berlawan, kenapa pula tidak boleh?"

The KnightZ menganggukkan kepala tanda memahami.

"Bila latihannya?" tanya Endene Ayll tidak sabar.

"Sebelum tu, kenapa kamu berempat ada sekali? Setahu saya, yang cedera adik mereka, apa kaitan budak bertiga tu dengan kamu?"

"Err..."

The KnightZ saling berpandangan. Mereka menggosok lengan dan belakang tengkuk tetapi tidak menjawab pertanyaan yang diajukan.

"Nanti minta tolong Iris buka portal. Ahli sihir kecil tiada seminggu kerana ada misi. Sakura, kamu minta Crystale supaya bekerjasama dengan kamu untuk tolong Iris."

"Baik!"

"Eh?" The KnightZ tidak dapat bergerak namun Destiny Shadow bebas bergerak. Tahulah mereka bahawa pengetua mengenakan sihir kaku.

"Tak akan pengetua nak uji kami sekarang? Tak masuk akal la. Kami penat, kami nak makan. Malam nanti kami lawan la," rungut Hanni Sakura sebelum memandang The KnightZ yang terkial-kial mahu bangun daripada melutut.

"Nak mengusik kamu pun tak boleh. Haish... Bila dah sedia pergi sana, okey?" arah Pengetua Isaac sebelum mengukir senyuman nipis. Dia berasa lega kerana salah satu amanat dapat ditunaikan walaupun dia tidak tahu seberapa lama dia mampu menyimpan rahsia tersebut.

"Baik!!"

Apabila Pengetua Isaac melihat pintu pejabatnya ditutup rapat, dia segera menghantar pesanan kepada seekor burung merpati.

"Uji mereka sekarang juga. Kita tak boleh berlengah lagi."

■ ■ ■ ■

CRYSTALE memeluk erat lengan Alex Nightmare sambil tersenyum. Lyana Alice dan Reol terkial-kial mahu berjalan apabila Iris Herlac menarik tangan mereka agar mengejar Crystale dan ALex Nightmare. Rayven de la Crusz dan Luz menggelengkan kepala apabila Yuu Kousuke menyuruh mereka berjalan lebih pantas.

"Kau pelik."

"Maksud kau?" tanya Crystale sebelum mendongak.

"Tiada siapa berani dekat dengan aku. Malah nak arah aku sesuka hati pun mereka fikir banyak kali."

"Kiranya aku bertuah, kan?" tanya Crystale seraya mengukir senyuman lebar. Alex Nightmare mengalihkan pandangan sebelum menggosok belakang tengkuk.

"Crystale!"

Mereka berdua menoleh apabila seseorang memanggil nama gadis bermata biru cair itu. Alex Nightmare turut berhenti sebelum dia memerhati gerangan yang memanggil Crystale. Crystale melepaskan lengan Alex Nightmare sebelum menghampiri gerangan tersebut.

"Pengetua kata nanti tolong Iris. Bila dah sedia pergi sana." Crystale hanya menganggukkan kepala.

"Nak mengelak daripada latihan, terpaksa la menghadap ujian," rungut Crystale dan Iris Herlac kuat.

"Nampak macam kau orang seperti sudah biasa kena denda," kata Yuu Kousuke pelik.

Lyana Alice, Crystale, Reol dan Iris Herlac saling berpandangan sebelum memandang tempat lain. Ujian, hukuman atau denda tidak dapat dipisahkan dengan mereka sejak dulu lagi. Sudahlah mereka dihukum tanpa sebab, kali ini pula kena menjalani ujian untuk menentukan kuasa atau jenis senjata.

"Kalau rajin tanyalah pelajar-pelajar yang lain. Itu pun kalau mereka nak jawab soalan kau," ujar Iris Herlac dengan sengihan.

"Okey," balas Yuu Kousuke bersemangat.

Luz, Alex Nightmare dan Rayven de la Crusz saling berpandangan apabila mereka berasa tidak sedap hati seperti sesuatu yang buruk akan berlaku tidak lama lagi.

"Akak Destiny Shadow! Abang The KnightZ"

Mereka berlapan menoleh apabila satu suara nyaring memanggil empat orang gadis yang bersiap sedia untuk melarikan diri daripada disoal oleh Yu Kousuke.

"Aku rasa lebih baik kita lari daripada mereka. Mesti mereka diupah oleh pengetua," ujar Lyana Alice sebelum memeluk erat lengan Iris Herlac.

"Tunggu apa lagi Reol? Larilah!" jerit Crystale sebelum berpatah balik dan menarik Reol bersama.

"Kau orang tak nak lari ke?" tanya Iris Herlac panik apabila melihat The KnightZ berdiri tegak tanpa melakukan apa-apa. Apa mereka tidak tahu ke sesiapa yang berada bersama dengan orang yang perlu menjalani ujian akan diserang juga?

"Perlu ke?" tanya Alex Nightmare hairan. Rasanya mereka hanya akan mengejar Destiny Shadow sahaja.

"Perlu kalau kau orang rasa nak hidup lama," balas Reol sebelum menepuk lengan Crystale beberapa kali kerana hampir membuatnya tersungkur. Dia tidak bersedia lagi, gadis bermata biru cair itu sudah menarik lengannya.

"Cabut!" jerit Crystale dan Iris Herlac nyaring.

Rayven de la Crusz turut berlari apabila tangannya ditarik oleh Crystale. Dia memandang Luz, Alex Nightmare dan Yuu Kousuke yang berada di belakangnya. Mata jejaka berwarna emas itu membulat apabila melihat sekumpulan pelajar mengejar mereka.

"Iris! Buatlah sesuatu!" jerit Rayven de la Crusz apabila seorang pelajar perempuan berlari dengan lebih laju menghampirinya.

"Aku tertinggal rantai dekat dorm! Maaf!" balas Iris Herlac sebelum melontar sebelah kasut ke arah pelajar perempuan yang mengejar Rayven de la Crusz.

"Siapa nak kutip kasut kau?" marah Lyana Alice. Sudahlah kasut yang dilempar oleh gadis bermata hijau itu baru dibeli semalam.

"Nanti aku fikir. Harta ahli sihir kecil kan banyak, aku pinjam la beli beberapa pasang kasut," jawab Iris Herlac.

"Kenapa aku lari dengan kau orang sekali? Sepatutnya aku boleh bekukan mereka dengan kuasa aku," marah Crystale.

Kuasa? Bukankah mereka tiada kuasa? getus The KnightZ. Destiny Shadow tidak sedar bahawa kebenaran yang mereka sembunyikan hampir terbongkar tanpa mereka sedari, disebabkan kecuaian mereka sendiri.

"Kita lari saja dengan kaki ayam. Jangan nak bertengkar," marah Reol sebelum dia melakukan perkara yang sama dengan Iris Herlac.

Yuu Kousuke dan Luz sempat mengelak balingan kasut daripada terkena wajah mereka. Rayven de la Crusz mengeluh sebelum meleraikan tali kasut. Kasut tersebut dibaling tepat mengenai orang yang mengetuai rancangan untuk mengejar mereka. Kini mereka berlapan dikepung.

Tbc

21/5/2021

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top