Chapter 18
ALVELLA Aline memerhati rakan sekelasnya tanpa perasaan. Scarlet Zaver, Violet Zedra, Lyana Alice dan Iris Herlac berbincang tentang serangan di kota tempoh hari. Mereka tahu Alvella turut memikirkan perkara yang sama tetapi tidak turut serta dalam perbincangan mereka.
"Aku rasa ada sesuatu yang ganjil tentang serangan di kota tempoh hari."
Mereka berlima memasang telinga namun berpura-pura melakukan hal lain. Mereka juga ingin tahu pendapat rakan sekelas mengenai serangan tersebut. Mereka perlu berhati-hati, jika tidak rahsia mereka akan terbongkar.
"Semua bangkai raksasa hilang begitu sahaja sebelum tiga orang ahli sihir kecil tiba. Kau tak rasa pelik ke?"
"Betul ke? Menyesalnya aku tidur petang tu!"
"Tapi kenapa Destiny Shadow ada bersama The KnightZ? Bukan ke The KnightZ bertugas petang tu? Setahu aku orang lain tidak boleh ada bersama kerana akan membahayakan nyawa mereka."
"Mereka tiada kuasa, kan?"
Mereka berlima dipandang hairan sebelum dihampiri. Alvella Aline mengalihkan pandangan apabila mejanya diketuk perlahan.
"Ada apa yang aku boleh bantu?" Tanya Alvella Aline tenang walaupun dia sebenarnya gemuruh mendengar perbualan beberapa orang rakan sekelas mereka.
"Macam mana kau orang boleh ada bersama The Knight Z semasa kejadian berlaku?"
Mereka berempat saling berpandangan apabila Violet Zedra mengukir senyuman. Mereka tahu Violet Zedra ada jawapannya.
"Kau orang sendiri tahu kami tidak sedarkan diri tempoh hari. Jadi mereka datang melawat kami. Kebetulan pula, Destiny Shadow merancang untuk berjalan di kota. Mereka tahu tentang rancangan Destiny Shadow dan The KnightZ pergi bersama memandang kami tidak sembuh lagi," terang Violet Zedra panjang lebar.
"Macam mana kau orang boleh ada kuasa? Setahu aku, kau orang tiada kuasa, kan?"
"Ahli sihir kecil mencipta senjata yang sesuai dengan kebolehan kami," balas Iris Herlac pantas.
Dia tahu lebih banyak soalan ditanya, masalah akan timbul. Bukannya dia tidak tahu musuh mereka memasang telinga.
"Kenapa Rayven, Red Hood dan Hiroshi tak ada dalam kelas? Kenapa masalah selalu timbul apabila mereka tiada di tempat kejadian?" rungut Lyana Alice perlahan.
"Aku dengar cerita The KnightZ jumpa pengetua, betul ke? Ada benda yang kami terlepas ke?" tanya Scarlet Zavier hairan.
Dia cuba mengalihkan perhatian tiga orang pelajar di hadapan mereka agar tidak memeningkan kepala mereka untuk berfikir.
"Nasib baik kau tanya. Aku terlupa tentang hal itu. Tak lama lagi akademi kita akan menyertai pertandingan antara akademi. Kita akan berlawan dan sesiapa yang berjaya akan mewakili akademi untuk pertandingan tersebut."
Lima orang ahli Destiny Shadow menganggukkan kepala kerana mereka terlupa akan hal itu. Maklumlah, mereka berada di dunia biasa hampir beberapa tahun dan mereka tidak ambil peduli akan hal yang berlaku di dunia fantasi.
"Tahun lepas siapa jadi wakil Akademi Izumi?" tanya Alvella Aline sambil menongkat dagu.
"Tahun lepas dan tahun sebelumnya pengetua tak hantar wakil. Wakil terakhir akademi kita ialah kau orang dan The KnightZ."
Mereka berlima mengeluh. Nampaknya pengetua memang mengharap mereka kembali semula.
"Aku tertanya apa yang berlaku dengan mereka bertiga. Aku tak rasa mereka okey," ujar Iris Herlac sebelum memandang ke luar jendela.
■ ■ ■ ■
HANNI Sakura dan Crystale menikus memandang meja apabila Reol mengetuk meja dengan jari perlahan-lahan. Mereka tahu Reol sedang marah.
"Apa kau orang dah buat?" tanya Reol bengang. Rasa seperti ingin menyiat kulit mereka berdua.
"Kami tak sengaja," ujar Hanni Sakura perlahan.
"Kau orang sendiri tahu apa akibatnya kalau benda ni sampai ke pengetahuan Alvella," marah Reol dengan nada perlahan.
Guru subjek tiada kerana ada mesyuarat tergempar dan kelas mereka bising walaupun kelas hadapan.
"Kau pun tahu aku menyampah dengan mereka. Aku setuju saja dengan cabaran mereka. Tercalarlah identiti aku sebagai ahli Destiny Shadow kalau aku tolak cabaran mereka," bidas Crystale sebelum mengembungkan pipi.
"Kalau Alvella dapat tahu, kau dua orang jawab dengan dia. Jangan mengadu bila kena marah," ujar Reol.
"Tapi kenapa kita tak boleh turut serta dalam perlawanan nanti? Kuasa kita sudah pulih, kan?" tanya Hanni Sakura perlahan selepas Crystale mengerdipkan mata ke arahnya beberapa kali. Reol menoleh sebelum mengecilkan mata tanda bengang.
"Kami hanya bergurau. Jangan marah lagi," balas Crystale pantas sebelum Reol membebel lagi.
Telinga mereka sudah merah mendengar Reol membebel setengah jam yang lalu.
"Aku rindu mereka berlima, kenapa kena berpisah? Aku takut dengan pandangan rakan sekelas kita."
"Kau sendiri tahu mereka akan menyokong musuh kita kerana musuh kita ialah golongan bangsawan. Kita di sini bukan siapa-siapa."
"Aku harap sangat identiti kita lagi satu terbongkar. Penatlah kena buli macam ni."
Bonda, selamatkanlah kami bertiga! jerit mereka bertiga dalam hati.
"Dengar sini semua! Pertandingan akan diadakan tidak lama lagi! Jadi kita dibenarkan pulang awal!"
Mereka bertiga menghela nafas lega seraya mengemas barang ke dalam beg. Mereka orang pertama keluar dari kelas dan bertembung dengan Yuu Kousuke, Alex Nightmare dan Endene Ayll.
"Hai kau orang!" sapa Yuu Kousuke.
"Hai Kousuke," sapa Hanni Sakura kembali.
"Kelas habis awal atau kau orang ponteng kelas?" tanya Endene Ayll.
Dia tertanya kenapa wajah mereka bertiga gembira selepas keluar dari kelas. Ada sesuatu berlaku ke ketika ketiadaan mereka bertiga?
"Cikgu tiada kerana mesyuarat, jadi kelas habis awal," terang Crystale.
Reol dan Alex Nightmare saling berpandangan sebelum berjalan meninggalkan mereka berempat yang rancak berbual. Mereka berdua berjalan sebelum mendengar jeritan empat sekawan menyuruh mereka menunggu.
"Kenapa pertandingan diadakan secara mengejut?" tanya Reol.
"Ada khabar angin yang mengatakan bahawa tidak lama lagi akan berlaku peperangan," balas Alex Nightmare.
"Jadi, kerajaan kegelapan akan berperang dengan kerajaan ni? Aku tak rasa kerajaan kegelapan sebarkan khabar angin. Sekurang-kurangnya mereka akan hantar utusan mereka, kan?" bidas Reol sebelum berhenti melangkah.
Alex Nightmare tersentak. Jejaka itu berhenti melangkah sebelum berpaling ke belakang dan berdiri di hadapan Reol.
"Aku rasa ini kali pertama kau dengar tentang perang. Biar aku beritahu kau. Kerajaan kegelapan memang ada hantar seorang utusan berbelas tahun dahulu tetapi wakil mereka kata perang akan berlaku apabila puteri-puteri mereka bangkit. Jadi, kerajaan buat persediaan awal. Kita tak tahu jika mereka ubah fikiran."
"Maksudnya, orang yang menjadi wakil akademi akan menjadi pahlawan di medan perang?" tanya Hanni Sakura.
"Memang itu rancangan pemerintah tetapi disebabkan beberapa tahun belakangan ini pertandingan tidak diadakan, tentera kerajaan terpaksa berlatih dengan bersunguh-sungguh."
"Reol! Sakura! Crystale!"
Perbualan mereka terhenti apabila tiga suara menjerit nyaring memanggil tiga orang ahli muda Destiny Shadow. Siap lagi kalau bukan Alvella Aline, Violet Zedra dan Iris Herlac. Scarlet Zaver dan Lyana Alice hanya mengangkat tangan menyapa The KnightZ.
"Alvella! Scarlet! Violet! Alice! Iris!"
Lima ahli Destiny Shadow dipeluk erat oleh Hanni Sakura dan Crystale. Mereka berlima saling berpandangan.
"Ada sesuatu yang kami terlepas ke?"
Mereka mengalihkan pandangan dan memandang beberapa ahli tertua The KnightZ berjalan menghampiri mereka.
"Kelakuan mereka berdua pelik. Bila kami panggil, mereka peluk dan menangis."
"Tak sangka mereka buli kau orang lagi," keluh Alvella Aline perlahan.
Buli lagi? soal Rayven de la Crusz dalam hati.
"Iris, Alice. Kau berdua jaga budak bertiga ni. Yang lain ikut aku, kita selesaikan masalah hari ini juga!"
"Kau nak buat apa?" tanya Rayven de la Crusz selepas memegang lengan Alvella Aline.
"Aku nak buat perhitungan dengan pembuli mereka bertiga."
"Kau..."
"Aku nak cabar mereka berlawan. Kau fikir aku nak bertumbuk ke? Silap hari bulan, aku terlantar di hospital. Aku mana ada kuasa," nafi Alvella Aline tapi memang itu niatnya. Dia mahu menumbuk orang yang sakitkan adik-adik dia.
"Aku nak turut serta sekali boleh?" tanya Endene Ayll sambil menggenggam penumbuk.
"Aku nak prank mereka!" jerit Red Hood teruja.
"Jangan lupa aku sekali," sampuk Sayaka sebelum melipat lengan kemeja sehingga ke siku.
"Jomlah Rayven. Bukan selalu kita perdajalkan budak-budak," pujuk Kitsune Yamamoto sebelum memaut bahu Rayven de la Crusz. Entah apa yang difikirkan jejaka yang muda dua tahun daripadanya dia pun tidak tahu.
"Rayven? Luz? Kousuke? Alex? Kau orang nak sertai tak?" tanya Sayaka.
"Tak, kami ada hal tapi kami akan pastikan kau orang tidak tertangkap nanti," ujar Yuu Kousuke. Nak harapkan yang lain? Memang berjanggut yang lain menunggu mereka bertiga menjawab.
Yuu Kousuke melihat mereka pergi ke bilik pengetua sebelum membuka mulut.
"Sakura."
Lyana Alice mencengkam bahu Yu Kousuke.
"Sakura!" Yang lain melopong melihat tindakan pantas Lyana Alice.
Hanni Sakura tersentak sebelum menoleh ke belakang dan melihat muka Yuu Kousuke berkerut.
"Baik kau cakap sekarang sebelum kau menyesal nanti," bisik Lyana Alice tegas.
"Jaga diri! Jangan cedera!" Cengkaman dikuatkan lagi membuatkan Yuu Kousuke melangkah setapak.
"Nanti aku risau!"
Hanni Sakura mengukir senyuman sebelum mengangguk. Gadis bermata ungu itu berpaling sebelum berlari-lari anak mengejar Destiny Shadow dan The KnightZ yang sudah jauh di hadapan.
"Kejam," gumam The KnightZ.
"Kan senang kalau kau cakap saja. Tak payahlah Alice guna kekerasan," ujar Iris Herlac sebelum mengeluarkan tongkat sihir miliknya.
"Kuasa penyembuh," seru Crystale. Iris Herlac menyeru sihir penyembuh untuk memulihkan tenaga Crystale.
Cahaya putih keluar dan mengelilingi Yuu Kousuke. Destiny Shadow yang lain menarik nafas lega kerana cahaya hitam tidak keluar.
Kenapa tongkat sihir milik Iris berbeza dengan tongkat sihir yang dicipta oleh ahli sihir kecil? Tak akanlah mereka ada kuasa, soal Luz dalam hati.
"Jom balik, aku lapar."
The KnightZ saling berpandangan apabila Crystale selamba merangkul lengan Alex Nightmare yang merelakan dirinya ditarik oleh gadis bermata biru cair.
"Pelik."
Tbc
1/5/2021
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top