Chapter 17

"IRIS, kau tak nak cuba kuasa kau ke? Apa kata kau cuba sesuatu yang berlainan daripada sihir penyembuh kau dan kuasa teleportasi?" tanya Scarlet Zaver sebelum melihat ke luar jendela. Hari yang sesuai untuk keluar ke kota jika Reol tidak mengamuk.

"Kau nak kata yang kuasa teleportasi aku tak okey la?" marah Iris Herlac sebelum bercekak pinggang.

"Memang pun," ujar Destiny Shadow.

Iris Herlac mendengus sebelum melangkah ke arah peti kayu di atas meja bersebelahan kotak kecemasan. Peti kayu dibuka kasar sebelum sebatang tongkat sihir dikeluarkan. Berbanding dengan tongkat sihir milik ahli sihir yang bekerja dengan kerajaan yang berbeza, hanya tongkat sihir milik Iris Herlac yang berbeza. Senjata Destiny Shadow juga begitu.

"Sihir pemulih!"

Destiny Shadow berundur ke belakang apabila satu cahaya menyinari tongkat sihir Iris Herlac. Mereka melihat senjata milik mereka muncul sedikit demi sedikit sebelum senjata mereka berubah warna dan bentuk.

"Nampaknya kita sudah pulih sepenuhnya. Masa untuk kita balas semula perbuatan Flower kepada kita," ujar Violet Zedra dengan senyuman sinis. Pedang halilintar ungu dipusing beberapa kali dengan riang.

"Kita balas dua kali ganda lebih teruk," sambung Lyana Alice seraya memadamkan panah bersalut api biru.

"Aku ada banyak rancangan untuk kenakan mereka," ujar Hanni Sakura dengan pandangan dingin. Reben jernih dengan kuasa lightning blood ditukarkan menjadi reben bercorak kilat berwarna merah lalu dijadikan pengikat rambut.

"Aku harap rancangan kau boleh pakai," sindir Reol tanpa perasaan.

Hanni Sakura mengambil sebuah kotak kayu bersaiz kecil sebelum dilambung beberapa kali sambil memandang Reol. 

■ ■ ■ ■

THE KnightZ melangkah masuk ke bilik kesihatan dengan wajah tenang. Kalau Destiny Shadow tahu mereka risau, mereka akan dibahan sepanjang hari.

Ketika Luz menutup pintu, sebuah objek melayang ke arahnya tanpa disedari. Destiny Shadow cemas sebelum Iris Herlac mengeluarkan tongkat sihir miliknya.

"Berhenti!"

Objek tersebut berhenti tepat di hadapan wajah Luz. Destiny Shadow menarik nafas lega manakala The KnightZ memandang Iris Herlac dengan pandangan tergamam.

"Macam mana?"

"Apa yang kau cuba lakukan?" tanya Luz selepas beberapa minit dia menghadam keadaan yang berlaku.

"Dia mencuba alat yang ahli sihir kecil cipta untuk kami. Tak sangka pula dia berjaya," balas Lyana Alice sambil mengoncang perlahan tongkat sihir milik Iris Herlac.

Destiny Shadow mengangguk beberapa kali. Iris meletakkan semula tongkat sihir ke dalam laci.

"Kenapa kau orang tak beritahu nak datang? Kalau Iris terlambat baca jampi, kau memang cedera," bebel Scarlet Zaver sebelum mencapai segelas cawan kosong.

Alvella Aline menjegilkan mata ke arah Iris Herlac kerana mengeluarkan tongkat sihir yang sebenar. Iris Herlac hanya menyengih apabila ketua membebel dengan isyarat mata.

"Nasib baik Iris sempat baca jampi, kalau tak buta mata dia," marah Alvella Aline perlahan. Hanni Sakura menggaru belakang telinga sebelum mengalihkan pandangan.

"Dah Alvella, nanti takut pula dia nak berlatih alat ciptaan ahli sihir kecil," tegur Endene Ayll sebeum dijeling oleh Alvella Aline.

"Jangan sakat anak orang dengan pandangan kau," tegur Violet Zedra sebelum menggelengkan kepala.

Susah dapat ketua suka mengusik ni. Pagi, petang, siang dan malam nak mengusik saja kerjanya, getus Violet Zedra.

"Tongkat berlian aku tak berfungsi. Terlebih guna kuasa la ni," gumam Reol sambil membelek tongkat belian yang dicipta oleh Nia.

Dia menunduk dan tidak memandang pandangan tajam milik Alvella Aline. Mereka berdua bersalah dalam hal ini.

Reol mengambil tongkat berlian sebenar sebelum diketuk pada meja kayu lalu cuaca yang cerah menjadi mendung. Reol mendongak dan melihat Crystale menekup muka dengan bantal. Dia tahu Crystale sedang ketawa.

"Memandangkan kau orang dah sedarkan diri..."

Kata-kata Kitsune Yamamoto tergantung apabila angin menyapa rambutnya. Rambut yang disikat rapi menjadi serabut dan dihiasi dengan beberapa helai daun kering.

"Aku rasa tadi cuaca cerah. Baru nak ajak kau orang pergi kota petang nanti," keluh Yuu Kousuke sebelum membetulkan rambut Kitsune.

Destiny Shadow memandang Reol sambil menggelengkan kepala. Mereka mengeluh kerana hari ini merupakan hari malang bagi mereka.

"Kenapa hari ni malang?" Destiny Shadow dan The KnightZ merungut serentak.

"Cuaca kembali kepada asal," bisik Reol sebelum tongkat berlian dihalakan ke hadapan.

Langit yang mendung beransur-beransur menjadi terang. Sementara The KnightZ dalam keadaan terpinga-pinga, tongkat berlian dihilangkan sebelum tongkat berlian ciptaan Nia dipegang. Crystale ketawa berdekah-dekah sambil mengipas persekitaan sekeliling sehingga mereka menggigil kesejukan.

"Crystale," tegur Yuu Kousuke apabila keadaan menjadi semakin sejuk.

"Maaf."

Crystale mengipas beberapa kali namun suhu semakin turun.

 Alvella Aline menyeru pisau belati sebelum dibaling ke arah sudut punca keadaan menjadi dingin.  Yuu Kousuke dan Alvella Aline berdiri saling membelakangi lalu menghalakan tapak tangan ke hadapan.

"Api!" Mereka berdua menjerit serentak.

Mereka semua basah kuyup kerana penggera keselamatan berbunyi.

"Crystale!!" 

Crystale berlari sebelum menyorok di belakang Alex Nightmare. Cyrystale menjenguk sebelum menundukkan kepala beberapa kali.

"Undurkan masa," ujar Luz sebelum keadaan menjadi seperti sediakala. Scarlet Zaver menepuk tangan sebelum kepalanya diluku oleh Luz. Orang tengah serius, dia boleh bersuka ria.

"Baik kita pisahkan mereka buat sementara waktu," kata Rayven de la Crusz sebelum menarik Alvella Aline keluar.

"Hei! Bagi aku tukar baju dulu!"

Aydina, Nia dan Fiya tersedak apabila mendengar jeritan dari jauh.

"Aish... kenapa kita boleh dengar jeritan mereka dari jauh?" rungut Aydina.

"Kita terikat dengan mereka," balas Fiya.

"Lagipun, kita penjaga rasmi mereka. Kita kena cari jalan supaya kegembiraan Destiny Shadow dan The KnightZ bertahan sehingga Destiny Shadow sedar di dunia sebenar," sambung Nia.

"Walaupun nyawa kita menjadi taruhan ketika hal itu berlaku?" tanya Aydina.

"Serta mereka lupa apa itu senyuman?" soal Fiya sebelum mengeluh.

"Beta harap sangat boleh tolong tapi beta tak boleh jumpa kamu semua selepas ini dengan kerap. Beta perlu fikirkan strategi peperangan." Putera Carl melangkah pergi selepas mendengar perbualan ahli sihir kecil.

"Kalaulah kita boleh lakukan sesuatu untuk halang perkara itu berlaku."

■ ■ ■ ■

LYANA Alice berpeluk tubuh sambil menjeling belakang Sayaka yang duduk di hadapannya.

"Jangan jeling aku macam aku buat kesalahan besar. Terima kasih kerana teman aku naik benda ni walaupun kau tak sudi," ujar Sayaka perlahan.

"Masalahnya, kita boleh jalan kaki lihat keadaan sekeliling, kan? Kenapa naik naga bayang?" marah Lyana Alice.

Sayaka mengabaikan rungutan Lyana Alice kerana dia mendapat suatu misi sewaktu menyeru kuasa bayang. Dia risau jika meninggalkan Lyana Alice seorang diri di kafe jadi dia terpaksa membawa gadis itu bersama.

"Kau dengar tak?"

Jerkahan Lyana Alice membuatkan Sayaka terpaksa menoleh sebelum matanya terbeliak. Sayaka menarik Lyana Alice ke dalam dakapan sebelum melompat turun dari naga bayang. Lyana Alice menoleh sebelum terkejut melihat seekor raksasa terbang ke arah mereka. Jeritan nyaring menyebabkan mereka berempat belas terpaksa mendongak melihat langit.

"Alice!"

"Iris, tolong aku. Yang lain selamatkan orang ramai dan hapuskan raksasa!"

"Baik!"

Mereka berdua belas berpecah kepada dua kumpulan.

"Mati."

Apabila pedang besar disilang menjadi bentuk X, api hitam membelah raksasa yang menghampiri mereka.

"Sihir terapung!"

Lyana Alice menekup telinga apabila mendengar jeritan nyaring raksasa yang diserang oleh rakan-rakannya.

"Kau kena biasakan diri berlawan dari jarah dekat seperti kami. Aku tahu kau dengar mereka minta tolong, tapi kau kena kentalkan hati kau. Mereka selamat dengan bantuan puteri kegelapan," ujar Violet Zedra perlahan sebelum berlaku letupan di belakangnya.

"Sepatutnya, aku seru lebih banyak pedang petir ungu."

"Simpan tenaga untuk perlawanan nanti," tegur Kitsune Yamamoto sebelum menyerang seekor raksasa gergasi yang terbang menghampiri Red Hood.

"Takebushi no-jutsu!"

Tiga bilah katana dipegang dengan gaya Zoro sebelum meluru ke hadapan.

"Kuasa masa!"

Luz juga menolong Kitsune Yamamoto dari jauh dengan menghasilkan seberapa banyak klon yang dia mahu sementara dia melindungi Lyana Alice.

Reol, Alex Nightmare dan Hanni Sakura saling membelakangi sebelum Reol dan Alex Nightmare menggunakan kuasa mereka.

"Cuaca berubah!"

"Angin kencang!"

Dengan bantuan mereka, Destiny Shadow dan The KnightZ yang ada kuasa api, ais, element dan petir menghalakan kuasa mereka sebelum pusaran angin memantulkan semula kuasa ke arah beberapa ekor raksasa yang belum mereka tewaskan.

"Hilang."

Semua bangkai raksasa hilang sekelip mata dengan cahaya ungu. Ada di antara mereka terduduk menarik nafas manakala ada yang tenang melihat kejadian itu.

"Hilangkan ingatan mereka."

The KnightZ pengsan apabila empat orang ahli sihir kerajaan kegelapan membaca jampi.

"Kita dalam masalah besar jika mereka ingat," kata Nia selepas mendarat.

"Kenapa kau seru semua raksasa ni?" marah Lyana Alice.

"Aku nak sasarkan orang lain tapi kuasa teleportasi aku lemah. Mereka berada di tempat yang salah," ujar Aydina.

Iris Herlac jatuh terduduk apabila Crystale menggunakan kuasa penyembuh.

"Macam mana kita nak pergi ke akademi semula? Kita mana boleh guna kuasa teleportasi," ujar Hanni Sakura.

"Beta boleh tolong."

Mereka bersebelas hilang sekelip mata tanpa  sempat melihat orang yang menolong mereka manakala The KnightZ diteleport ke rumah mereka.

"Bangunlah, abang tahu kau dengar," ujar Putera Carl sebelum berpaling ke belakang.

Luz duduk bersila sebelum menepuk debu pada pakaian.

"Betul ke mereka puteri kegelapan? Orang yang akan kami lawan suatu hari nanti?" tanya Luz perlahan seraya melihat rakan-rakannya yang terbaring di atas katil.

"Kalau betul kenapa? Nak benci mereka kerana perbuatan mereka nanti?" soal Putera Carl.

Luz terkedu mendengar soalan putera mahkota. Dia menunduk memandang katil seraya menggelengkan kepala.

"Luz tak tahu nak buat apa jika hal itu berlaku."

"Kenapa? Kamu sayang dia, kan? Scarlet Zaver, gadis bermata jingga menarik perhatian kamu dengan kelakuannya atau sebab lain?"

"Sebenarnya, Luz..."

Tbc

31/12/2020

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top