Chapter 16

DESTINY Shadow saling berpandangan apabila mendengar kata-kata yang didengari sebentar tadi.

"Kami sahut!!"

Destiny Shadow ketawa perlahan apabila wajah mereka bertukar merah. Mereka melakukan tekan tubi dalam bulatan. Mereka lebih rela bermain bola keranjang daripada bermain badminton. Tidak mencabar dan tidak mengeluarkan peluh bak kata mereka.

Akhirnya, mereka mesti melakukan tekan tubi tanpa henti selama 10 minit dan satu set tekan tubi sebanyak 25 kali. Fikir guru sukan, mereka berlapan akan menyerah namun sangkaan meleset apabila Destiny Shadow berdiri dalam bulatan.

"Selagi belum habis 12 set tekan tubi, jangan kamu bermimpi mahu bermain bola keranjang!"

"Baik!!"

The KnightZ melakukan senaman dengan mengelak serangan masing-masing. Tubuh mereka peka dengan serangan namun mata leka memerhati gelagat Destiny Shadow.

Kalau bukan kerana amanah lapan orang gadis misteri, mereka akan sentiasa menjaga Destiny Shadow dari jauh atau dekat. Tetapi adakah mereka akan menjaga Destiny Shadow untuk selamanya?

"Boleh lagi mereka ketawa? Guru sukan mereka garang, tapi apa yang aku pelik kenapa dengan mereka cikgu tu baik?" ujar Yuu Kousuke lalu menyerang The KnightZ dengan kuasa element.

"Hmm... mereka memang macam tu. Walau apa cara sekalipun, mereka tetap akan dapatkan benda yang mereka mahu," balas Fiya sebelum mengelap peluh. Nia terbaring di sebelah Aydina yang bersandar di belakang Fiya.

"Penatnya..."

Destiny Shadow menoleh apabila mendengar suara seseorang. Mereka saling berpandangan sebelum menghabiskan satu set lagi.

"Apa yang berlaku?" tanya Alvella Aline sebelum menolak beberapa orang pelajar ke tepi. Mereka melopong apabila melihat beberapa orang gadis terduduk dengan bekal makanan berterabur.

"Aku tak nak makan! Kau tak faham bahasa ke? Kau nak aku cakap bahasa apa baru kau faham?"

Nafas ditarik dalam-dalam. Tiada gunanya jika mereka membelasah gadis-gadis ini, mereka juga akan susah nanti.

Alvella Aline ketawa perlahan apabila melihat Rayven de la Crusz berpeluk tubuh. Jelas menunjukkan bahawa jejaka itu tidak suka akan hal yang sedang berlaku.

Destiny Shadow menyuruh ketua mereka menundukkan kepala sebelum mereka menyelit. Riak wajah risau bertukar meluat melihat wajah-wajah yang menganggu The KnightZ.

"Mereka lagi..."

"Menyampah aku. Ingatkan aku bila ada kuasa nanti, aku nak buat sesuatu," ujar Violet Zedra sebelum beredar.

Boleh gugur bulu mata melihat drama tidak berbayar. Destiny Shadow meninggalkan Alvella Aline, Reol, Lyana Alice, Scarlet dan Hanni Sakura.

"Tapi aku cuma takut kau lapar je."

Crystale, Violet Zedra dan Iris Herlac mengajuk percakapan seorang gadis dengan lengguk mengada. Mengekek mereka ketawa sambil berjalan menghampiri The KnightZ.

"Kau orang kenal ke mereka siapa?"

Mereka bertiga saling berpandangan sebelum Crystale memandang The KnightZ apabila Violet Zedra dan Iris Herlac memandang tempat lain.

"Orang yang kami tak ingin berjumpa selepas menjejakkan kaki di sekolah."

The KnightZ saling berpandangan. Lihat daripada pandangan yang dilemparkan oleh mereka berlapan sebentar tadi, membuatkan mereka tertanya-tanya.

"Apa kau cakap? Lapar? Kalau aku lapar, aku tak akan menyusahkan kau kerana dia ada."

Rayven de la Crusz menarik Alvella Aline pergi ke tempat lain. Tercengang Alvella Aline apabila dia ditarik tanpa hala tuju.

"Diam dan jangan buka mulut."

Alvella Aline mencebik.

Macam tahu-tahu saja aku nak membebel, getus Alvella Aline dalam hati.

"Kalau aku lambat masuk kelas, tolong terangkan dekat aku nanti!!"

"Kita berjumpa lagi, Destiny Shadow."

Wajah Destiny Shadow menjadi merah padam, nafas tidak teratur. Tangan mereka tergetar-getar menunjuk ke arah gadis-gadis itu.

"Mana potret yang mereka bagi? Jawablah!" tengking Reol. Genggaman pada baju lawannya semakin kejap.

Sesiapa yang memandang pasti tidak akan berani menoleh sekali lagi. Mata merah yang memukau namun dalam masa yang sama menakutkan orang yang menganggunya.

"Tak tahu. Kalau kami tahu, kami tak akan beritahu."

 Lyana Alice, Violet Zedra dan Hanni Sakura mencekak kolar kemeja ahli kumpulan Flower yang lain.

"Kau pulangkan balik potret yang The KnightZ bagi kami! Kau tak bagi dalam masa yang ditetapkan, kau orang tahu apa akibatnya!" marah Melysa sambil berpeluk tubuh.

The KnightZ saling berpandangan sebelum memandang Destiny Shadow.

"Nama kumpulan saja sama tapi orangnya berbeza," balas Iris Herlac selepas Crystale menyiku pinggangnya.

Wajah Destiny Shadow menjadi mendung apabila terkenang kenangan mereka berenam belas di hadapan pagar. Destiny Shadow ditahan oleh The KnightZ di hadapan pagar kerana tidak mengikut kriteria pemakaian sekolah.

Destiny Shadow pengsan dan tidak sedarkan diri selepas menukar pakaian. Tiada sesiapa selain mereka berlapan dalam bilik persendirian.

■ ■ ■ ■

AYDINA dan Fiya menepuk dahi apabila mendengar hukuman Destiny Shadow.

"Tak mungkin mereka lakukannya. Kita sendiri nampak Destiny Shadow pengsan di bilik persendirian mereka," bisik Aydina sebelum menyorok di antara rak buku.

"Aku tak tahu, tapi apa yang aku tahu, mereka tak akan berdiam diri. Flower akan cuba menimbulkan masalah yang akan menyusahkan Destiny Shadow," balas Nia perlahan.

Fiya berjalan ke hulu dan ke hilir sebelum duduk bersila di hadapan Aydina.

"Kau tengok tak reaksi The KnightZ macam mana?" tanya Fiya.

"Wajah mereka seperti biasa, beku dan dingin," balas Nia.

"Apa? Mereka percaya kata-kata sebelah pihak sahaja? Tabib baru bagitahu aku, Flower diracun."

Ahli sihir kecil tercengang apabila mendengar suara garau. Mereka saling berpandangan sebelum menghilangkan diri dengan sihir halimunan. Mereka terkejut apabila melihat pemilik suara itu.

"Tak mungkin Destiny Shadow yang meracuni mereka. Gerak geri Destiny Shadow dikawal ketat tanpa mereka sedari."

"Aku pelik tapi aku rasa ini bukan kes biasa-biasa. Hal ini mesti disiasat tanpa pengetahuan mereka semua, jika tidak Destiny Shadow pasti akan campur tangan."

"Kau tak rasa sesuatu ke?"

"Sesuatu? Apa maksud kau?"

"Rasa cemburu, marah, sayu, gembira dan angau apabila berada berhampiran Destiny Shadow."

"Aku pun keliru tetapi aku harap sangat Destiny Shadow di dunia fantasi ialah Destiny Shadow di dunia realiti. Tetapi kita sendiri tahu, Destiny Shadow tidak mempunyai kuasa."

"Kalau betul mereka manusia biasa, kenapa ada di antara mereka ada kuasa?"

"Mungkin ahli sihir kecil cipta alat untuk mereka, boleh jadi, kan?"

"Mereka dapat masuk akademi sebab mereka bekas pelajar akademi tanpa perlu menjalani latihan fizikal."

"Aku harap sangat Destiny Shadow akan sedar tidak lama lagi."

Ahli sihir kecil saling berpandangan sebelum menghampiri kumpulan itu.

"Aku tak tahu nak sebelahkan siapa. Destiny Shadow dan Flower seperti sudah lama bermusuh, malah Flower sanggup lakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Destiny Shadow."

"Kita kena berlaku adil. Kita perlu kumpulkan bukti untuk menidakkan dakwaan ke atas Destiny Shadow."

"Mereka tidak boleh dibuang sekolah namun digantung sekolah mungkin boleh. Aku tak tahu kenapa hanya Destiny Shadow ada bilik persendirian sendiri sedangkan kita tak ada."

"Kau kena tanya Destiny Shadow dahulu."

"Sikit lagi kita boleh tahu perasaan The KnightZ terhadap Destiny Shadow," rungut Nia sebelum memetik jari.

"Kita tak boleh biarkan identiti Destiny Shadow terbongkar sekarang. Mereka perlu bertahan sehingga hari itu tiba," ujar Aydina sebelum menarik nafas dan menghembus nafas beberapa kali.

"Kita kena minta tolong puteri kegelapan sampaikan berita ini kepada Destiny Shadow," kata Fiya sebelum menghiris jarinya lalu dimasukkan ke dalam cawan kaca.

"Kejap." Mereka bertiga menoleh sebelum terpana.

Tak akan mereka nampak kami? getus mereka.

"Kenapa aku rasa seperti dejavu?"

"Maksud kau, kejadian seperti ini pernah berlaku dahulu? Seingat aku macam tak ada."

"Kau dah lupa kita pernah kemalangan dulu? Aku lupa nama kumpulan mereka tapi mereka berjanji tak akan menjejakkan di dunia fantasi lagi."

"Aku ada tanya cikgu pasal tu tapi cikgu kata aku merepek."

"Kau terjah cikgu, mana cikgu tak cakap kau merepek. Nasib baik cikgu tak denda kau."

"Jom lawat Destiny Shadow, sekurang-kurangnya ahli sihir kecil boleh rehat sekejap."

Mereka bertiga mengeluh lega.

Nasib baik tak tertangkap, getus mereka.

"Mereka nak tolong kita ke? Kau tak ingat tempoh hari apa jadi bila kita seru mereka?" tanya Aydina.

"Kau nak terjah Destiny Shadow ke? Identiti kita pun hampir terbongkar tadi bila bertekak dengan Flower. Geram aku," bebel Fiya.

"Rantai mereka mana?" tanya Nia sebelum matanya terbeliak.

"Rasanya, hari pertama mereka datang akademi rantai memang mereka tak pakai. Kau tak rasa ke malam ketika mereka hilang kawalan, rantai mereka ada. Tapi mereka ambil semula kan rantai tu dari tangan The KnightZ?" jawab Aydina.

"Masalahnya, budak berlapan ni tak reti nak letak alat penjejak pada rantai mereka. Harap ketua pari-pari jumpa rantai mereka sebelum Flower jumpa. Kalau Flower jumpa, kita dalam bahaya," balas Fiya sebelum meraup wajah.

"Rantai puteri kegelapan? Kau orang perlu jelaskan kepada kami nanti."

Rayven de la Crusz melangkah ke arah The KnightZ.

"Kau pergi mana?" tanya Sayaka.

"Ambil barang. Jom pergi. Kita tak tahu apa rancangan Flower, kita mesti lindungi mereka walaupun ada rahsia yang mereka sembunyikan."

Mereka bertujuh saling berpandangan apabila mendengar ayat terakhir ketua mereka.

"Rahsia."

Tbc

29/12/2020

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top